Isnin, 30 Januari 2017

Ketum

 

Ketum Mitragin

Ketum Mitragin (Nama saintifik: Mitragyna Speciosa). Pohon ini juga dikenali sebagai Puri' oleh kaum iban yang sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk memulihkan tenaga dalaman dan menurunkan kasar gula darah bagi mareka yang bermasalah kencing manis. Walaupun demikian Ketum Mitragin tidak boleh diambil secara berlebihan kerana ianya mengadungi bahan kimia Mitragyne yang boleh memberikan kesan ketagihan sama seperti pengambilan dadah. 


Di nagara jiran Thailand dan Indonesia industry penanaman ketum boleh memberi pendapatan lumayan kepada petani tetapi di Malaysia penyualan air ketum merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.

 

Ketum ayam

Ketum ayam (Nama saintific: Trichanthera gigantea atau dikenali Mandre de Agua) adalah sumber makanan ternakan yang kaya dengan protein. Daun ketum ayam mengadungi lemak yang rendah tetapi setinggi  protein (18-24%) dan fiber 16% oleh itu ianya sangat sesuai sebagai makanan haiwan seperti Arnab, Ayam, Itek, Babi dan ternakan ruminan lazim tetapi kurang sesuai untuk ternakan ikan jenis Omnivor.



Ikan seperti tilapia memerlukan sumber makanan yang lebih tinggi protein iaitu 28% dan rendah fiber iaitu kurang daripada 7% (sumber info dari jab. Perikanan Malaysia).