Ahad, 8 September 2019

ENGKADO PROPAGATION

MENGKLON AVOKADO


Kaedah Memperbanyakan Engkado (Avocados Propagated) boleh dilakukann dengan;

1. Tut

2. Cantuman

3. Keratan Batang

4.  Biji


Kebanyakan bibit Engkado yang dipasaran dihasilkan daripada "Cantuman Baji". Biasanya cantuman dibuat pada pokok penanti yang berusia 4-8 bulan. Jika untuk kegunaan sendiri saya lebih suka membuat cantuman baji tinggi. 

10 Tips Pembibitan Engkado

1. Teknik cantuman yang biasa diamalkan

- Teknik cantuman baji dan selit sering menjadi pilihan pembibit. walau bagaimanapun ianya bergantung kepada keadaan pokok dan kesesuaian semasa.

2. Jenis pokok penanti

- Mengikut kajian ada klon khas yang digunakan sebagai penanti iaitu klon Dusa kerana tahap toleransi yang lebih tinggi terhadap salinity tanah dan juga boleh mengurangkan masalah reput akar akibat jangkitan kulat. Manakala klon rootstock Miriam yang dibangunkan di Israel dikatakan lebih tahan terhadap tanah yang beralkali dan juga tahan cuaca kering. Penanti Dusa dan Miriam dibiakkan secara tut dan akan dicantum dengan klon lain. Penanti lain seperti klon Tami, Toro Canyon, Duke7, Thomas Velvick boleh juga digunakan. Persoalannya mana nak cari sebab kebanyakan baka-baka ini telah dipatenkan dan tidak mudah dibawa keluar dari nagaranya.🙆‍♂

- Kita bukan nagara bersalji. Pokok yang semaian dari biji lokal Ras West Indian yang didapati lebih sesuai dengan cuaca di Malaysia yang agak panas. Miriam yang dibangunkan di Israel dikatakan berasal daripada Ras West Indian. Penanti Ras West Indian tidak tahan suhu sejuk bawah paras beku sebab itu ianya jarang digunakan di negara sejuk.

3. Berapa ideal panjang entres untuk cantuman baji

 - Panjang entres tidak menjadi masalah utama tetapi cukuplah dengan 2-3 mata tunas sahaja atau sehingga 12cm. Kelak jika entres yang terlalu panjang boleh menyulitkan kerja membalut / menyungkup.

4. Pemilihan Entres (Scion). Klon banyak menentukan kejayaan dalam pertanian. 

-Pemilihan  varieti yang sesuai sangat penting oleh itu pokok yang kita tanam haruslah pokok unggul tulin bagi baka yang kita mahukan

- Sumber scion hendaklah dari pokok yang pernah berbuah atau pokok induk klon yang telah disahkan tulin

5. Berapa saiz ideal batang pokok penanti

- Saiz pokok  penanti hendaklah tidak terlalu kecil, saiz paling sesuai kira-kira 8-12mm dan sebaik-baiknya sama dengan saiz scion jika untuk cantuman baji.

- Ketinggian penanti lebih sekaki tetapi tidak terlalu tinggi hingga 1 meter.

6. Berapa ideal saiz planter beg yg dipunakan

- Saiz planter beg bagi menyemai penanti engkado janganlah terlalu kecil. Planter beg bersaiz 6"x9" tidak mencukupi bagi menampung pertumbuhan akar engkado

- Saiz minimum bermula dari 7"x12" atau 8"x12" atau 10"x12" dan jika pokok yang telah dicantum hendak dijadikan benih APM maka ianya perlu ditukar ke saiz yang lebih besar setiap 4-6 bulan. Boleh tukar dari 7"x12" ke 16"x20" seterusnya 20"x24" dan 24"x24". Setakat ini saya hanya pernah menggunakan saiz terbesar planter beg 20"x24" bagi pokok APM 20bulan (1.5m tinggi)

7. Berapa ratio ideal media semaian

- Pra-Semai untuk percambahan boleh menggunakan 100% peatmoss atau cocopeat atau kompos

- Biji yang sudah berakar dan bercambah boleh dialih ke planter beg yang diisi media semaian dengan Ratio 2:1:1

8. Berapa bulan usia pokok penanti

- Saiz pokok  penanti 8-12mm memelukan masa penyemaian dari biji selama 4-8 bulan. Bagi cantuman mata tunas pastikan batang pokok penanti sudah cukup matang iaitu 6-10bulan dimana kayunya sudah cukup keras dan kulit yang agak tebal

9. Posisi cantuman pada pokok penanti

- Cantuman dibuat pada ketinggian 15-20cm tetapi saya lebih suka mengamalkan kaedah cantuman tinggi (50-60cm) atau max 80cm. Walaupun pada awalnya kelihatan kurang menarik tetapi cantuman tinggi ini mempunyai kelebihan tersendiri iaitu benih cepat stabil dan lebih tahan dariapada jangkitan kulat. Bekas luka cantuman adalah bahagian yg lemah dan senang dimasuki oleh pathogen yang merebak dari tanah atau bawaan air.

10. Berapa lama pokok yang sudah dicantum boleh dipindahkan ke lapangan

- Pokok yang sedia untuk di tanam ke lapangan haruslah sihat dan panjang pucuknya sudah melebihi 30cm. Pucuk semua berdaun matang dan telah melalui proses hardening