TANAM HALIA
Halia ( Zingiber Officinale) termasuk dalam famili Zingiberaceae merupakan tanaman yang mudah diusahakan. Kurang dijangkiti penyakit dan tahan kemarau tapi tidak tahan air bertakung, Terdapat 4 spesis halia yang biasa ditanam secara komersial iaitu halia putih, halia hitam, halia merah dan halia besar.
Halia ditanam dengan cara keratan ubi. tempoh matang halia 10-16bulan mengikut varieti. Antara varieti yang popular ditanam iaitu.
- Halia Jernang (merah/bara)
- Halia Bentong
- Halia Tabunan
Saya pernah menanam Halia Dayak, Halia Bentong, Halia Bara dan Halia Hitam secara kecilan di dalam bekas dan hasilnya memuaskan. Penjagaan tak susah seperti menjaga sayuran. Hanya siram 4-6 hari sekali dimusim kemarau. Pembajaan 3 kali sudah cukup. Pembajaan jarang orang cerita kecuali anda menghadiri kursus khas, itu pun anda hanya diterangkan dengan penggunaan Baja AB. Baja AB sudah tersedia hanya bancuh ikut sukatan dan tuang dalam tong baja fertigasi. tapi satu masalah jika anda menanam cara biasa di tanah.
kerja lazim yang perlu dilakukan selain menyiram seperti
- Memantau serangan hama penyakit
- Membaja
- Menimbus (Mulchhing)
Penanaman secara terbuka di atas tanah harus mengunakan sistem batas dan biasanya ditanam dengan jarak 15 x 24inci. Sebab jika musim hujan tiba, air yang bertakung boleh merosakan ubi halia. Tanah juga mesti poros supaya tidak menghalang ubinya membesar. Sebelum ditanam keratan (Rhizom) halia hendaklah dicambahkan terlebih dahulu ditapak semaian. Pilih hanya rhizom dari pokok yang sihat sahaja harus disemai bagi mengelakan penyakit merebak di tapak semaian atau lahan kita. digalakan juga untuk merawat benih sebelum rhizom disemai dengan menggunakan bancuhan larutan Bordeaux selama 15-20minit dengan kepekatan 500ppm atau bancuhan larutan Binomil
Keperluan Nutrisi
Sebelum penanaman atau semasa membina batas, semburkan racun kulat dan tabur sedikit dolomite. Baja organik atau tinjar ayam dan baja akar diberikan semasa menanam. Baja subur boleh diberikan pada minggu ke-6 kamudian baja buah pada minggu ke-14/16 dan minggu ke-22/24.
Semasa menanam tabur RP atau TSP dan baja organik. selepas ditanam anak halia disiram denggan mengunakan hormon akar seperti Atonik,, boleh juga menggunaan Chitosan
Pembajaan
Minggu ke-6 (120g bagi Program Pembajaan-1) tabur baja subur NPK 16:16:16
Pembajaan selanjutnya menggunakan baja 12:12:17 atau 10:18:24 atau 0:52:34 dicampur Kalsium Nitrate (15.4:0:0:26Ca+0.3B)
Minggu ke-14 atau 16 (250g bagi Program Pembajaan-2)
Minggu ke-22 atau 24 (500g bagi Program Pembajaan-3)
Minggu ke-32 (500g bagi Program Pembajaan-4).
Jika menggunakan MKP dan Kalsium-nitrat dalam program pembajaan utama. Pembajaan harus dilakukan setiap 2-3minggu kerana MKP dan Kalsium Nitrat mudah larut dan hilang dibawa air (Water Soluble Fertilizer). Jumlah baja yang diberikan 16-20-35-50-70g sepokok mengikut saiz.
N- Bagi minimum
P- Banyak
K- Banyak
Ca - Sederhana
Mg - Sederhana tp rendah
S - Sederhana tp rendah
B - Sesikit
H2O - Secukupnya
Halia muda boleh diambil bila berusia 6 bulan dan halia matang kira2 10bulan atau 12bulan bagi halia Jernang. Halia yg hendak dibuat benih dituai selepas 12-14bulan.
Perosak yang terdapat pada tanaman halia adalah:
- Asian ladybugs, menyerang daun sehingga berlubang
- Pengorek batang (Conogethes punctiferalis)
- Ulat pengorek akar (Crambidae & Conogethes punctiferalis, Holotrichia ssp), menyebabkan pokok halia mati kering
- Pemakan daun Belalang, Kumbang (Epilachna sp), Pengulung daun (Udaspes Folus)
- Semut pangang dan anai-anai
- Teritip (Rhizom - Aspidiella Hartii, diaspididae), (Pucuk - Stenchaetathrips Indicus)
- Nematode