Sabtu, 11 Mac 2017

Tanaman Kantan

 POKOK KANTAN 

Pokok Kantan atau Torch Ginger (Etlinggera Elatior) termasuk dalam famili Zingiberaceae merupakan tanaman yang mudah diusahakan. Pokok kantan antara tanaman herba atau rempah yang mudah dijaga, berpenyakit dan tahan kemarau. Saya memiliki 3 jenis pokok kantan iaitu Kantan Merah, Kantan, Putih dan Kantan Pink

Masyarakat Balau di Sarawak menggunakan kantan sebaggai makanan. bahagian yang sering digunakan seperti umbut, buah dan bunga. Sup buah kantan rasa masam dan harum sangat sedap, menambahkan selera makan. Umbut Kantan pula selalu digunakan untuk masakan ikan pasuh (masak dalam buluh) manakala bunga kantan banyak digunakan dalam menu masakan asam pedas, kerabu, tomyam dan laksa. Kantan Pink lebih berpotensi ditanam untuk Komersial kerana aroma lebih menarik dan bunga lebih banyak.





Kantan boleh ditanam daripada biji atau Rhizom

Budidaya kantan boleh memberikan pulangan lumayan bagi pengusahanya. Orang kata pokok yang ditanam daripada Rhizom boleh menghasilkan bunga selepas 9bulan ditanam, tapi pengalaman saya 14bulan. Manakala tanaman dari biji mengambil masa kira-kira 2 tahun untuk keluar hasil. Jarak penanaman yang disyorkan untuk penanaman komersial iaitu 2m x 3m x 4m (bagi kantan Pink). Tanah mesti digemburkan supaya akar pokok kantan cepat berkembang. Pilih hanya rhizom dari pokok yang sihat bagi mengelakan penyakit merebak di lahan. Sebelum ditanam keratan (Rhizom) kantan hendaklah merawat menggunakan bancuhan larutan Bordeaux selama 15-20minit dengan kepekatan 500ppm atau bancuhan larutan Binomil

Bagi tapak penanaman tanah rata pastikan air tidak bertakung. Tapak penanaman hendaklah dibuat parit supaya air mudah mengalir keluar selepas hujan bagi mengelakkan akar kantan reput jika terendam lama dalam air.

Keperluan Nutrisi

Sebelum penanaman lubang bersaiz 1kaki x 1kkaki perlu ddisediakan 3-4 minggu awal, lubang tersebut perlu semburkan racun kulat dan tabur sedikit dolomite. Baja organik atau tinjar ayam dan baja akar (RP) diberikan semasa menanam. Akar dijangka akan mula bertumbuh dengan banyak selepas minggu ke-6 ditanam ianya boleh dilihat jika ada pucuk baru mula muncul. Pada saat itu baja subur (NPK 15:15:15 campur Kalsium-Nitrat) sudah boleh diberikan dengan jumlah sedikit setiap 2 bulan..


Program Pembajaan

Sebelum penanaman lubang 50-100g RP ddiberikan dalam lubang bersama baja organik

Pembajaan dari awal penaman sehingga pokok matang
Bulan ke-2 NPK 15:15:15 campur Kalsium-Nitrat (20g)
Bulan ke-4 NPK 15:15:15 campur Kalsium-Nitrat (30g)
Bulan ke-6 NPK 15:15:15 campur Kalsium-Nitrat (80g)
Bulan ke-8 NPK 15:15:15 campur Kalsium-Nitrat (120g)
Bulan ke-10 NPK 12:12:17 campur Kalsium-Nitrat (180g)
Bulan ke-12 NPK Baja Organik 8:8:8 (1.2kg) dan Zeolite (200g)
Bulan ke-14 NPK 12:12:17 campur Kalsium-Nitrat (250g)
Bulan ke-15 NPK 12:12:17 campur Kalsium-Nitrat (400g)
Bulan ke-18 NPK 12:12:17 campur Kalsium-Nitrat (600g)

Pembajaan pokok matang dan tahun berikutnya (2-5-5 bulan). Pada usia ini saiz rumpun kantan boleh mencapai ukurlilit 2meter.
Bulan ke-21 Baja Organik 8:8:8 (2.0kg) dan Zeolite (0.5kg)
Bulan ke-23 NPK 12:12:17 campur Kalsium-Nitrat (1.0kg)
Bulan ke-28 NPK 12:12:17 campur Kalsium-Nitrat (1.0kg)
Bulan ke-33 Baja Organik 8:8:8 (2.0kg) dan Zeolite (0.5kg)
Bulan ke-35 NPK 12:12:17 campur Kalsium-Nitrat (1.0kg)
Bulan ke-40 NPK 12:12:17 campur Kalsium-Nitrat (1.0kg)


Bunga kantan yg dijual boleh dipunggut sebelum kuntum bunga mekar. Bagi masakan sendiri saya lebih suka menggunakan bunga kantan yg beru mekar.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan