Khamis, 7 Oktober 2021

ENGKADO TANAH BARUH

Memilih klon yang sesuai bagi penanaman di dataran rendah lebih rumit berbanding dataran tinggi (Kawasan sejuk). Setakat hari ini pengusaha Avokado di dataran rendah tidak mempunyai banyak pilihan kerana varieti unggul bagi avokado tanah rendah amat terhad. Petani boleh pertimbangkan varieti lokal ataupun dari ras West Indian, Pilihan saya untuk lahan dataran rendah iaitu.
1. Lilin (Singkawang/ Kalimantan Barat) - 1pokok
2. Btg Rajang (Mukah/ Sarawak) - 1pokok
3. Miki (Depok/ Jawa)  - 1+8pokok
4. Alligator (Semarang/ Jawa) -  1pokok landeh
5. Semil 034 (Dominican Republic)  - 1pokok
6. QAV1 (Sabah) - 7pokok
7. QAV3 (Sabah) - 3pokok
8. Pirak (Sabah) - 2pokok
9. Pendil -1pokok landeh

8 varieti di atas dipilih sesuai dengan lokasi penanaman yang terletak pada ketinggian 25-27mdpl. Lahan terhad yang sempit seluas 0.3 ekar (36M X 36M) terletak di pinggir kampung Sibuloh (Bau/ Sarawak) dan Pengkalan Ampat (Landeh/ Sarawak). Pada awal perancangan saya ingin menanam dengan jarak 4.5m x 5.0m, setelah difikirkan semula akhirnya saya memilih jarak 6m x 7m


Kerja Pengukuran Tanah oleh staff Jab.Ukur Sarawak di Kpg Sibuloh dilakukan sepanjang bulan Sept-Oct 2021, manakala ditapak ini dijalankan pada 12.10.2021




Kerja Pembersihan Tapak 11.10.2021

Teknik penanaman secara Hügelkultur donut bersaiz 0.5m x 2.5m


Hanya 3 pokok sempat ditanam dihari pertama pembukaan (13.10.2021) kebun sebagai kenangan.




Kesemuanya ada 24 pokok dan pokok terakhir (QAV-1) ditanam pada 13. Dec 2022





Tiada ulasan: