Ahad, 17 September 2023

Buah Mawang


Belum dapat buah Mawang  (Embang/Embawang/Bambangan) yg betul2 memuaskan hati. Dari puluhan buah Mawang yg saya makan bulan ini dari penjual seluruh laluan Lundu - Lachau ini yg terbaik. Harap dapat buah yg lebih baik selepas ini


Saiz buah. Berat purata 1.2-1.5kg dengan ukurlilit datar 398mm/ tegak 423mm. Berat kulit 416g dengan ketebalan kulit 5.5-6.0mm. Bahagian boleh dimakan 637g dengan ketebalan isi (hujung 2.4mm /tengah 3.7mm). 








Saiz ini boleh dikatakan sangat mantap tapi isinya belum memuaskan dari segi kehalusan / texture apabila dimakan.


Mawang madu


Saiz buah. Berat purata 1.6-1.8kg dengan ukurlilit datar 431mm/ tegak 468mm. Berat kulit 420g dengan ketebalan kulit 5.5-6.0mm. Biji sederhana besar dengan berat 251g. Bahagian boleh dimakan 1130g dengan ketebalan isi (hujung 2.8mm /tengah 4.2mm). 


Buah mawang madu lebih manis dari kebanyakan mawang yg pernah saya rasa dan texture sederhana halus kurang serabut. Kadar kamanisan buah yg baru jatuh 11.2brix dan kamanisan meningkat selepas 6 hari kita dapat rasakan sehingga 15.9brix. Saya akan kembangkan mawang jenis ini.






Sabtu, 2 September 2023

Panduan Bulan Tani

 Panduan Lunar Tani



Pergerakan bumi berputar satu pusingan (1hari) mengambil masa 23jam56minit dan 4 saat. Putaran bumi mepengaruhi pertumbuhan tanaman. Terdapat 4 jenis  gerak balas tumbuhan yang disebabkan oleh rangsangan di sekelilingnya. Dalam bahasa buku gerak-balas ini dipanggil sebagai Tropisme. Semasa sekolah rendah dahulu kita ada pelajari tentang 4 tropisme ini iaitu :-


i. Cahaya

ii. Air

iii. Graviti

iv. Sentuhan


Bulan memberi 3 daripada gerak-balas tropisme kepada tumbuhan iaitu cahaya, graviti dan kelembapan/air. Secara ringkasnya iaitu Cahaya - Mempengaruhi pertumbuhan daun, pucuk dan batang. Manakala Air & Graviti - Mempengaruhi akar.



Sebelum menceritakan lanjut tentang tropisme, mari kita perhatikan pergerakan bulan di langit. Bulan yang mengelilingi bumi dalam sistem suria mengalami 8 fasa utama. Satu kitaran fasa mengambil masa kira-kira 29.5 hari.


i. Anak Bulan @ New moon (1-2)

ii. Anak Bulan Sabit (3-6)

iii. Anak Bulan separa (7-10)

iv. Bulan separuh Purnama (11-13)

v. Bulan Purnama (14-16)

vi. Bulan selepas Purnama (17-20)

vii. Bulan Separa surut (21-25)

viii.Bulan Sabit surut (26-29)


Fasa bulan ini akan mempengaruhi medan magnet dan sinaran cahaya bumi. Dalam amalan kaum saya di Borneo, kami akan merujuk kepada fasa bulan bagi hal harian seperti masa yg  sesuai menebang kayu  utk buat rumah panjang, masa menanam padi huma, masa mengambil madu, memburu haiwan di malam hari dan lain2.


Berpandukan fasa bulan. Hari menyemai biji bagi tumbuhan berbuah seperti Padi, Lingkau, Gandum, Kacang panjang, Bendi, terong atau sayuran berpucuk paling sesuai pada fasa anak bulan kerana kelembapan udara amat tinggi baik untuk proses percambahan benih. Cahaya malam juga akan jadi semangkin terang, keadaan ini baik utk pertumbuhan pucuk dan akar secara seimbang.


Menanam tumbuhan berumbi seperti Abok, Jabang, Lobak, keladi pula lebih sesuai dari fasa bulan purnama hingga bulan surut. Akar lebih aktif pada fasa bulan surut.


Pemangkasan utk mengeluarkan pucuk bagi merangsang bunga keluar pada tumbuhan seperti mangga paling sesuai 2 hari sebelum atau sehingga 2 hari selepas anak bulan. Manakala pemangkasan bagi pembentukan pohon dilakukan pada atau selepas bulan purnama kerana pertumbuhan pucuk baru agak perlahan. Selain itu faktor cuaca juga harus di ambil kira.


Pembajaan tanaman yang diberi melalui serapan daun (foliar) lebih efektif pada masa awal anak bulan hingga bulan Purnama manakala bagi serapan akar diberikan selepas bulan Purnama


Mari kita bincangkan hal dibawah ini, bilakah hari paling sesuai untuk aktiviti berikut?


1. Bilakah hari terbaik untuk menyemai pokok penanti


2. Bilakah hari terbaik untuk melakukan pembiakan tampang teknik keratan batang


3. Bilakah hari terbaik untuk melakukan pembiakan tampang teknik mengetut


4. Bilakah hari terbaik untuk melakukan cantuman pokok


5. Bilakah hari terbaik untuk menebang pohon bagi cantuman dewasa.


6. Bilakah hari terbaik untuk memberikan baja butir 


7. Bilakah hari terbaik untuk menyembur baja daun (foliar) pada pokok penanti.


Posting ini hanya sebagai info amalan pertanian berpadukan amalan yg digunakan oleh moyang kami terdahulu. Gambar yang digunakan adalah dari pihak lain, ianya hanya sebagai panduan penerangan shj. Abaikan jika anda tidak setuju