Belum dapat buah Mawang (Embang/Embawang/Bambangan) yg betul2 memuaskan hati. Dari puluhan buah Mawang yg saya makan bulan ini dari penjual seluruh laluan Lundu - Lachau ini yg terbaik. Harap dapat buah yg lebih baik selepas ini
Saiz buah. Berat purata 1.2-1.5kg dengan ukurlilit datar 398mm/ tegak 423mm. Berat kulit 416g dengan ketebalan kulit 5.5-6.0mm. Bahagian boleh dimakan 637g dengan ketebalan isi (hujung 2.4mm /tengah 3.7mm).
Saiz ini boleh dikatakan sangat mantap tapi isinya belum memuaskan dari segi kehalusan / texture apabila dimakan.
Mawang madu
Saiz buah. Berat purata 1.6-1.8kg dengan ukurlilit datar 431mm/ tegak 468mm. Berat kulit 420g dengan ketebalan kulit 5.5-6.0mm. Biji sederhana besar dengan berat 251g. Bahagian boleh dimakan 1130g dengan ketebalan isi (hujung 2.8mm /tengah 4.2mm).
Buah mawang madu lebih manis dari kebanyakan mawang yg pernah saya rasa dan texture sederhana halus kurang serabut. Kadar kamanisan buah yg baru jatuh 11.2brix dan kamanisan meningkat selepas 6 hari kita dapat rasakan sehingga 15.9brix. Saya akan kembangkan mawang jenis ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan