Khamis, 19 November 2020

Pembentukan Pokok Petai

PEMANGKASAN - Pembentukan Pokok


Secara semulajadi petai tumbuh tinggi hingga 20-30meter bagi Parkia Speciosa manakala Parkia Timoriana boleh tumbuh sehingga 45meter.  Dua faktor utama mengapa petai tumbuh meninggi

- Berebut Cahaya
- Sifat Semulajadi


Ketinggian pokok petai hampir sama seperti Babangan/Embawang, Kelapa atau Durian. Buah petai yang matang perlu dipanjat, tidak seperti pokok diatas yg mana buahnya jatuh sendiri apabila tua atau masak. 


  



Masalah UTAMA yang saya hadapi dalam budidaya petai iaitu memetik buah dari pokok yang sudah tinggi. Bagi mengatasi masalah ini, pokok petai hendaklah ditanam dalam jarak yang betul dan dicantas dari awal penanaman. Jarak tanaman yang di syorkam 10-15meter supaya pokok mendapat cahaya matahhari secukupnya.



Disamping itu pemangkasan berperingkat juga sangat penting. Pembentukan pokok boleh dilakukan semenjak kecil lagi supaya pokoknya rimbun dan rendah. Saya belum mendapat bahan rujukan tentang SOP (Standard of Practice) pemangkasan Petai. Jadi saya buat sendiri SSP (Self Standard Practice) mungkin boleh dijadikan rujukan kpd rakan yg lain. 



SSP1 (ketinggian 20-25ft)

Cantasan pertama dibuat ada ketinggian 4-5kaki dan cantasan kedua pada ketinggian 10-15kaki


SSP2 (cadangan ketinggian 15-20ft).

Cantasan pertama dibuat ada ketinggian 2 kaki dan cantasan kedua pada ketinggian 6-8kaki dan cantasan ketiga pada 10-12kaki.


SSP1 telah saya cuba dan memuaskan tapi masih terasa tinggi. Saya akan cuba perbaiki dlm SSP2 pada pokok yg baru ditanam. Dibawah adalah gambar2 yg pernah dikongsikan dlm group ini dari siaran Mohd Hasbi Asics, Abd Karim Karim,  Midi Solar, Pokciq Kayo dan Ramli Real. Semoga ianya dpt dijadikan panduan berguna kepada semua kita. Cara lain yg anda boleh gunakan iaitu 'melentur' seperti dalam youtube dibawah.

https://youtu.be/oS5pYXU7qlE


Sekiranya rakan2 ada cadangan atau pandangan sila kongsikan. Tq


Ahad, 15 November 2020

Musuh Tanaman1

 

ANAI-ANAI MUSNAHAN TANAMAN PETAI, DURIAN, GETAH Dll.


Anai-anai adalah salah satu perosak tanaman petai. Batang petai yang lembut sangat digemari dan mudah diserang oleh anai-anai. Biasanya bersarang dalam tanah atau dibawah batang pokok yang mati. Cara membunuh anai-anai  dengan yang efektif dan mudah iaitu dengan membuat umpan. pasang atau lakukan pengumpanan jika terlihat kehadiran mareka dalam kawasan tanaman kita.

 

Umpan secara sederhana dengan menggunakan kertaa kotak telur yg telah disembur atau disiram dengan racun anai2.




Buat umpan bagi mengawal serangan anai-anai


semasa membuka tanah untuk diusahakan, sebaik-baiknya batang kayu dibakar supaya tidak menjadi sarangga atau makanan kepada anai-anai seperti ini.

Bagi tanaman yg sedang berbuah. Pastikan penggunaan Fipronil mematuhi Pre Harvest Interval 28days. Kesan racun ini cepat hilang jika terkena UV. Bagi tempat yg tidak kena hujan atau UV. Contohnya bawah pondok kebun, racun ini masih dapat dikesan hingga 125days


Anai2 juga menjadi musuh utama bagi tanaman durian, avokado dan rumah berkayu.


Rabu, 11 November 2020

Musuh Petai

 MUSSIDIA PEROSAK BUAH PETAI



 
 
Mussidia Pectinicornella

Kali ini saya nak berkongsi tentang buah petai berulat. Mussidia Pectinicornella adalah satu spesis kupu-kupu yang suka bertelur di buah petai yang masih muda. Larva Mussidia ini akan menebuk kulit buah serta memakan bijirin petai. Kitaran hidup Mussidia sekitar 28hari dari telur hingga menjadi kupu2 dewasa.

Memadangkan pokok petai amat tinggi, penggunaan racun amat sukar. Bagi perladangan komersial pokok disyorkan tidak lebih drpd 10meter. Kebanyakan pesticide yg boleh digunakan utk membunuh serangga ini.


 

Kawalan secara kimia boleh menggunakan racun seperti Alika, Karate, Decis dll. Kawalan bukan kimia juga boleh digunakan dengan membuat asap dibawah pokok yg sedang berbuah atau membuat perangkap lampu. Buah petai yg rosak hendaklah dibakar supaya ulat2 ini mati. Gambar dari sumber Mr.Google

Selasa, 3 November 2020

Produk petaI

 PRODUK PETAI

Selain dijual segar petai juga boleh diproses untuk dijeruk atau ditinkan




Jangan hairan jika terjumpa petai isi putih😊




Petai dijual dalam Tin


Petai jeruk

  


Petai segar yang telah dibuang kulit boleh dijual dengan harga RM45 sekilo mengikut permintaan


Selasa, 20 Oktober 2020

Petai Akar

 PETAI AKAR



Rupa seperti petai biasa tetapi ianya adalah pokok menjalar. Di Sarawak ianya dinamakan pokok Beluru dan di Semanjung pula dikenali sebagai pokok Sintok. Dalam botani ianya dipanggil pokok Entada. Ada pelbagai spesis Entaba seperti Entaba Phaseoloides, Entada Spiralis, Entada Liana dll. 



Saiz buah Entada besar dan panjang berbanding petai. Panjang buah oleh mencecah lebih 4kaki dan ada yg bergulung seperti buah Jering. Saya tak pernah mendengar org makan buah beluru tetapi akarnya digunakan dalam bidang perubatan tradisional utk merawat kulit bermasalah.




Gambar diambil dari sumbar google di page mstar.com.my yang di siarkan oleh pengarang Mohd Izzat Mohd Khalizan.


Tujuan posting ini hanya utk memberi info dan pengatahuan Am sahaja. Ianya tidak penting dalam budidaya Petai.


Selasa, 28 Julai 2020

Durian Kampung Unggul

Memilih durian kampung untuk diangkat sebagai baka durian unggul bukan suatu yang mudah. Semasa kita membuat risikan, ramai yang mengatakan mereka memiliki durian hebat tetapi bila kita membuat penelitian hanya sedikit sahaja yg memenuhi ciri-ciri durian unggulan. Banyak faktor yg perlu diambil kira seperti.

1. Rasa, tekstur, aroma, warna dan ketebalan isi

2. Saiz, warna dan ketebalan kulit buah

3. Konsisten berbuah lebat, penyesuaian iklim dan tahan penyakit.

Senarai Durian kampung dari Malaydia yang diangkat menjadi durian klon unggul hingga ke peringkat dunia.

1. Durian Raja Kunyit dari Tanam Merah Kelantan didaftarkan dengan kod D197 dan di jenama semula sebagai Musang King

2. Durian Hjh. Hasman yg juga dikenali sebagai durian IOI atau di Sarawak lebih popular dengan nama Johor Mas. Didaftarkan demgan kod D168

3. Isu Kuab sempena nama asalnya dari kpg Kuab adalah Isu pertama didaftarkan dengan jabatan pertanian Malaysia dengan kod pendaftaran DQ1. Kod DG25 digunakan dalam pendendaftaran dengan jabatan pertanian Sarawak

4. Suluk 2 klon durian hibrid semulajadi antara species durio Zibethinus dan durio Graveolens 

Negara jiran kita juga banyak membuat penelitian durian unggul dari jaguh kampung melalui pertandingan durian seperti durian Djarum Mas, Raja Udang, Terong dll

 


Rasa itu subjektif. Sedap bagi saya belum tentu sedap bagi anda. Meskipun sebelum dapat merasa, kebanyakan orang akan menikmati durian dengan matanya. Ramai yang tertarik setelah kerana warna isi durian tersebut. Ciri2 warna isi yang menjadi tarikan selalunya berwarna kuning keemasan, kuning jingga, kemerahan. 


Panduan warna durian mengikut varieti 



Durian yang lemak dan sedikit pahit menjadi pilihan utama saya. Selain itu isinya hendaklah sederhana tebal lembut, kering dan tidak berserabut. 

Kemanisan antara ciri-ciri yang harus kita ambil kira. Kebanyakan durian unggul memiliki tahap kemanisan melebihi 30brix. Bagi kita Malaysia dan China level kemanisan yang digemari adalah seperti berikut.


17 < Poor > 21

22 < Avg > 31

32 < Good > 46


Musang King : 39-44 Brix

XO : 33 - 36 Brix

Tekka : 31 - 34 Brix

Monthong : 26 - 28 Brix

Buah durian terdiri daripada kulit, pulp dan biji. Durian unggul seharusnya bersaiz sederhana dengan berat antara 1.8-3.6kg sebiji. Katakan purata durian bersaiz 2kg, setengah daripada berat ini adalah kulit. Durian seperti musang king mempunyai banyak biji yang kesep menajadikan bahagian yg boleh dimakan melebihi 33%. Cateria dalam pencalonan pemilihan durian unggul isinya hendaklah cukup tebal dan tidak kurang daripada 22% daripada berat buah. Biji kesep adalah suatu kelebihan dan ketebalan kulit harus sederhana iaitu 13-17mm. Ketebalan kulit tidak terlalu nipis mahupun tebal, kulit nipis dikuatiri boleh menyebabkan mutu buah tidak baik dan mudah merekah. Ketebalan kulit dipengaruhi oleh sifat genetik dan pembajaan.

Biji kesep >22% daripada TW


Ketebalan kulit 13-17mm

Faktor yang menpengaruhi kualiti durian.

- Warisan genatik (spesis & varieti)
- Pembajaan dan penjagaan
- Kandungan galian setempat
- Cuaca semasa
- Iklim
- Keserasian rootstock


Kajian beberapa pakar dari segi iklim, lahan di kedudukan longitude (garisan bujur bumi) 3-6° menghasilkan buah yang lebih manis dan beraroma berbanding durian yg ke sebelah selatan atau utara. Lahan lebih 6° lebih sesuai kpd varieti saiz besar yg dimakan secara mentah seperti Monthong.

APA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM MAKAN DURIAN? 

Kandungan dan kesan durian kepada kesihatan manusia

a. Durian kaya bahan asid amino tryptophan - Bahan ini menenangkan fikiran dan sesuai untuk orang yang ada masalah insomnia (susah tidur). 

b. Durian merupakan satu-satunya buah tropika yang tinggi kandungan organosulfur. Bahan organosulfur (bahan bau) bersifat antikanser, antioksidan, antimikrob dan melindungi jantung.  

c. Jika kita makan 100 g durian, kandungan kalorinya adalah 147 berbanding nasi - 151

d. Pesakit kencing manis tidak boleh makan durian secara berlebihan. Ada kajian menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetis. Namun, peratus penurunan gula darah oleh kulit durian lebih rendah berbanding glibenklamid (‘ubat’ hospital) 

f. Ada kajian menunjukkan makan isi durian pada kadar tinggi boleh tingkatkan kadar denyutan jantung. Justeru makan ikut kadarnya 

g. Durian kaya potassium. Kandungan potassium dalam isi durian adalah 426 mg dalam 100g isi durian. Justeru untuk sesiapa yang ada masalah buah pinggang, dinasihatkan jangan makan berlebihan
 
h. Elak makan durian bersama paracetamol. Ini kerana dikhuatiri boleh sebabkan kesan toksik. Ujian ke atas tikus mendapati kombinasi durian dan paracetamol boleh menyebabkan suhu badan turun mendadak dan ia mungkin mendatangkan kesan toksik.

i. Durian juga tidak boleh dimakan bersama-sama minuman alkohol. Kes klinikal menunjukkan seorang wanita di India mati selepas makan durian bersama minuman beralkohol. Kombinasi alkohol dan durian boleh menyebabkan kembung perut. Memandangkan tapai juga mengandungi alkohol walaupun pada kadar yang rendah, memakan buah durian bersama tapai sebaiknya dielakkan. 

Justeru makanlah durian ikut kadarnya dan mengikut cara yang betul 

Rujukan dari seorang Principal Scientist Malaysia Dr.SuriRoowi Ph.D KMN


Aktiviti Durian Hunters

Antara aktiviti yang kami jalankan untuk mengumpulkan durian kampung unggul. 

1. Mendidik masyarakat desa yg memiliki durian asal membiakan baka unggul setempat

2. Mengadakan pertandingan buah durian unggul

3. Berkerjasama dengan jabatan pertanian tempatan untuk merisik durian 

Kursus Cantuman Durian group kpg Stass Bau

Pertandingan durian antara penduduk setempat

Berkerjasama dengan jabatan pertanian bagi memberi semangat kepada masyarakat setempat. Kursus Rehab (Pemulihan durian kampung yang berpotensi) 

Antara kejayaan program Rehab. Meningkatkan kualiti hasil seperti dalam gambar dibawah. Pokok milik saudara Abg Kamarul yang dulunya buah isi kuning pucat dan kini menjadi kuning kunyit selepas melalui perawatan khas.


Durian Mok Wok (Ganu) milik saudara Pie Dass yang telah memenangi pertandingan durian kpg premium peringkat Daerah tahun 2000 dan negeri pada tahun 2021. Durian Ganu menjadi kebanggan saya kerana suatu ketika dahulu (sebelum pokok popular) saya telah memilikinya. Pokok induknya perlu diselamatkan kerana sekah hampir sampai ke pangkal. Pokok induk Mok Wok terletak di kuala Nerus Terangganu



Mengapa Menanam Durian

MENGAPA ANDA MENANAM DURIAN

Durian merupakan buah yang sangat digemari dan paling popular di Asia Tengara. Di Borneo durian biasanya dimakan segar dan boleh dimasak sebagai lauk, tempoyak, jem, aiskrim, dodol dan produk makanan yang lain. Percubaan telah dibuat untuk mengeksport durian dalam bentuk sejuk beku menggunakan teknologi Nitrogen cecair.


Dibawah ini adalah ketegori orang yang menanam durian mengikut kemahuan masing2.

- Penanaman untuk komersial
- Penanaman untuk kendiri
- Penanaman untuk koleksi
- Penanaman untuk RnD
- Penanaman untuk diwarisi


Komersial

# Durian yg bermutu tinggi yg byk permintaan oleh masyarakat. Biasanya yg dipilih adalah durian klon unggul seperti Musang King, Ochee, Kanyou, Djarum Mas dll

# Di budidayakan secara besar-besaran dengan sistem yg teratur


Sendiri Makan

# Durian yg diminati oleh pemiliknya. Biasanya ditanam secara kecil-kecilan di kebun campur atau dihalaman rumah


Koleksi

# Durian yg memiliki ciri2 unik dikumpulkan oleh peminatnya. Biasanya ini dilakukan oleh durian hunter. Ada yg memiliki ratusan veriati durian di dusunnya. Contoh koleksi sahabat saya - Durian kerantongan, durian kura-kura, durian, isi merah, durian duri merah, durian daun, durian botak, durian burung dll


Sahabat-sahabat dari seluruh Malaysia yang aktif mengumpulkan durian kampung premium


RnD

Aktiviti Research and development ini biasanya dilakukan oleh badan tertentu untuk meningkatkan produktiviti durian masa depan. Contoh MARDI (Malaysian Agricultural Research and Development Institute) yg telah menghasilkan veriati MDUR 88 dll


Warisan

Ditanam sebagai warisan untuk cucu-cicit. dijadikan sebagai pengikat silaturahim dan tanda memiliki suatu tempat. Contohnya tembawai atau PNG

Adik-beradik dan keluarga masing-masing berkumpul semasa musim buah durian. Durian Junggur