MENGAPA ANDA MENANAM DURIAN
Durian merupakan buah yang sangat digemari dan paling popular di Asia Tengara. Di Borneo durian biasanya dimakan segar dan boleh dimasak sebagai lauk, tempoyak, jem, aiskrim, dodol dan produk makanan yang lain. Percubaan telah dibuat untuk mengeksport durian dalam bentuk sejuk beku menggunakan teknologi Nitrogen cecair.
Dibawah ini adalah ketegori orang yang menanam durian mengikut kemahuan masing2.
- Penanaman untuk kendiri
- Penanaman untuk koleksi
- Penanaman untuk RnD
- Penanaman untuk diwarisi
Komersial
# Durian yg bermutu tinggi yg byk permintaan oleh masyarakat. Biasanya yg dipilih adalah durian klon unggul seperti Musang King, Ochee, Kanyou, Djarum Mas dll
# Di budidayakan secara besar-besaran dengan sistem yg teratur
Sendiri Makan
# Durian yg diminati oleh pemiliknya. Biasanya ditanam secara kecil-kecilan di kebun campur atau dihalaman rumah
Koleksi
# Durian yg memiliki ciri2 unik dikumpulkan oleh peminatnya. Biasanya ini dilakukan oleh durian hunter. Ada yg memiliki ratusan veriati durian di dusunnya. Contoh koleksi sahabat saya - Durian kerantongan, durian kura-kura, durian, isi merah, durian duri merah, durian daun, durian botak, durian burung dll
Sahabat-sahabat dari seluruh Malaysia yang aktif mengumpulkan durian kampung premium
RnD
Aktiviti Research and development ini biasanya dilakukan oleh badan tertentu untuk meningkatkan produktiviti durian masa depan. Contoh MARDI (Malaysian Agricultural Research and Development Institute) yg telah menghasilkan veriati MDUR 88 dll
Warisan
Ditanam sebagai warisan untuk cucu-cicit. dijadikan sebagai pengikat silaturahim dan tanda memiliki suatu tempat. Contohnya tembawai atau PNG
Adik-beradik dan keluarga masing-masing berkumpul semasa musim buah durian. Durian Junggur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan