Ahad, 8 September 2019

ENGKADO PROPAGATION

MENGKLON AVOKADO


Kaedah Memperbanyakan Engkado (Avocados Propagated) boleh dilakukann dengan;

1. Tut

2. Cantuman

3. Keratan Batang

4.  Biji


Kebanyakan bibit Engkado yang dipasaran dihasilkan daripada "Cantuman Baji". Biasanya cantuman dibuat pada pokok penanti yang berusia 4-8 bulan. Jika untuk kegunaan sendiri saya lebih suka membuat cantuman baji tinggi. 

10 Tips Pembibitan Engkado

1. Teknik cantuman yang biasa diamalkan

- Teknik cantuman baji dan selit sering menjadi pilihan pembibit. walau bagaimanapun ianya bergantung kepada keadaan pokok dan kesesuaian semasa.

2. Jenis pokok penanti

- Mengikut kajian ada klon khas yang digunakan sebagai penanti iaitu klon Dusa kerana tahap toleransi yang lebih tinggi terhadap salinity tanah dan juga boleh mengurangkan masalah reput akar akibat jangkitan kulat. Manakala klon rootstock Miriam yang dibangunkan di Israel dikatakan lebih tahan terhadap tanah yang beralkali dan juga tahan cuaca kering. Penanti Dusa dan Miriam dibiakkan secara tut dan akan dicantum dengan klon lain. Penanti lain seperti klon Tami, Toro Canyon, Duke7, Thomas Velvick boleh juga digunakan. Persoalannya mana nak cari sebab kebanyakan baka-baka ini telah dipatenkan dan tidak mudah dibawa keluar dari nagaranya.🙆‍♂

- Kita bukan nagara bersalji. Pokok yang semaian dari biji lokal Ras West Indian yang didapati lebih sesuai dengan cuaca di Malaysia yang agak panas. Miriam yang dibangunkan di Israel dikatakan berasal daripada Ras West Indian. Penanti Ras West Indian tidak tahan suhu sejuk bawah paras beku sebab itu ianya jarang digunakan di negara sejuk.

3. Berapa ideal panjang entres untuk cantuman baji

 - Panjang entres tidak menjadi masalah utama tetapi cukuplah dengan 2-3 mata tunas sahaja atau sehingga 12cm. Kelak jika entres yang terlalu panjang boleh menyulitkan kerja membalut / menyungkup.

4. Pemilihan Entres (Scion). Klon banyak menentukan kejayaan dalam pertanian. 

-Pemilihan  varieti yang sesuai sangat penting oleh itu pokok yang kita tanam haruslah pokok unggul tulin bagi baka yang kita mahukan

- Sumber scion hendaklah dari pokok yang pernah berbuah atau pokok induk klon yang telah disahkan tulin

5. Berapa saiz ideal batang pokok penanti

- Saiz pokok  penanti hendaklah tidak terlalu kecil, saiz paling sesuai kira-kira 8-12mm dan sebaik-baiknya sama dengan saiz scion jika untuk cantuman baji.

- Ketinggian penanti lebih sekaki tetapi tidak terlalu tinggi hingga 1 meter.

6. Berapa ideal saiz planter beg yg dipunakan

- Saiz planter beg bagi menyemai penanti engkado janganlah terlalu kecil. Planter beg bersaiz 6"x9" tidak mencukupi bagi menampung pertumbuhan akar engkado

- Saiz minimum bermula dari 7"x12" atau 8"x12" atau 10"x12" dan jika pokok yang telah dicantum hendak dijadikan benih APM maka ianya perlu ditukar ke saiz yang lebih besar setiap 4-6 bulan. Boleh tukar dari 7"x12" ke 16"x20" seterusnya 20"x24" dan 24"x24". Setakat ini saya hanya pernah menggunakan saiz terbesar planter beg 20"x24" bagi pokok APM 20bulan (1.5m tinggi)

7. Berapa ratio ideal media semaian

- Pra-Semai untuk percambahan boleh menggunakan 100% peatmoss atau cocopeat atau kompos

- Biji yang sudah berakar dan bercambah boleh dialih ke planter beg yang diisi media semaian dengan Ratio 2:1:1

8. Berapa bulan usia pokok penanti

- Saiz pokok  penanti 8-12mm memelukan masa penyemaian dari biji selama 4-8 bulan. Bagi cantuman mata tunas pastikan batang pokok penanti sudah cukup matang iaitu 6-10bulan dimana kayunya sudah cukup keras dan kulit yang agak tebal

9. Posisi cantuman pada pokok penanti

- Cantuman dibuat pada ketinggian 15-20cm tetapi saya lebih suka mengamalkan kaedah cantuman tinggi (50-60cm) atau max 80cm. Walaupun pada awalnya kelihatan kurang menarik tetapi cantuman tinggi ini mempunyai kelebihan tersendiri iaitu benih cepat stabil dan lebih tahan dariapada jangkitan kulat. Bekas luka cantuman adalah bahagian yg lemah dan senang dimasuki oleh pathogen yang merebak dari tanah atau bawaan air.

10. Berapa lama pokok yang sudah dicantum boleh dipindahkan ke lapangan

- Pokok yang sedia untuk di tanam ke lapangan haruslah sihat dan panjang pucuknya sudah melebihi 30cm. Pucuk semua berdaun matang dan telah melalui proses hardening

Selasa, 29 Januari 2019

Agent pendebungaan

 Agent Pendebungaan

 


Agent Pendebungaan amat penting dalam pertanian terutama tanaman yang menghasilkan buah. agent pendebungaan terdiri daripada Angin, Serangga, Burung, Haiwan dan Manusia.


 


Lebah ini bekerja keras membawa debunga (pollen ) jantan ke bunga betina.



Sepasang seranggga sedang berkerja di bunga Avokado


Jumaat, 1 Jun 2018

Warna Rose

PELBAGAI JENIS WARNA BUNGA ROSE


Pokok Rose mempunyai bunga pelbagai warna. Saya tak kisah apa makna warna tersebut yang penting hati kita suka. 

Setakat ini saya hanya memiliki pokok rose bunga warna pink. Saya masih mencari baka warna lain seperti  rose warna putih, merah dan kuning.





Ahad, 14 Mei 2017

Tanaman kepala

Kelapa adalah tumbuhan dari keluarga palma. 


Akar kelapa banyak bergerak ke arah horizontal dan boleh menjalar hingga 32kaki. Kedalaman  akar kelapa pula seperti berikut

30-90cm (60-80%)
90-150cm (10-15%)
150-200cm (~5%)


Punca daun kelapa kering (rujuk gambar dibawah) - KUMBANG BRONTISPA boleh diselesaikan dengan racun serangga seperti Alika


Sukatan 1ml/L sembur 2 pusingan dalam tempoh 2 minggu.



Pucuk kelapa mati daun terbakar seperti dalam gambar dibawah disebabkan oleh serangga Kumbang Plesispa. Dirawat dengan racun serangga a.i Cypermethrin



Khamis, 11 Mei 2017

Limau kasturi

 Limau Kasturi (Citrus Microcarpa)adalah dari keluarga Calamansi Lime dipercayai kacukan Kumquat (Fortunella) dengan citrus yang dahulunya tumbuh liar di hutan Borneo, seterusnya menyebar ke philippines, Sulawasi, Malaya, Sumatera, Jawa, Taiwan dan selatan China. Dahulunya habitat asalnya boleh dijumpai di hutan dara tetapi kini sudah banyak ditanam secara kebun atau dihalaman rumah. Nama latin bagi limau kasturi iaitu Mangifera Casturi boleh tumbuh setinggi hingga 6meter. Limau kasturi ini hidup subur di tanah dataran rendah saliran yang baik seperti tanah loam berpasir, keasaman tanah yang optimum bagi limau kasturi sekitar pH 5-6.5. Limau kasturi tidak asing bagi masyarakat sarawak (Kaum Malanau) kerana ianya banyak digunakan dalam menyediakan hidangan umai atau Hinaba (kaum Dusun). Limau kasturi kaya dengan vitaamin C: E dan A

Penulisan kali ini berasarkan pengalaman mengusahakan 24pokok limau kasturi sebagai hobi dan pendapatan sampingan.



Panduan menaman limau kasturi

Jarak Tanaman: 3m x 4m (amalan saya) hingga 6m x 6m

Tinggi (topping): 4kaki ketinggian pokok dihadkan kepada 2.5meter

Busut (tanah rata): 40cm

Pengeluaran hasil: 2 tahun selepas ditanam dan optimum selepas 4 tahun

Jangka hayat produktif: 12tahun

Hasil keluaran: 15-20kg/pokok semusim (24pokok x 15kg= 360Kg) atau 4T per ekar

Buah boleh dipetik dari 100-130hari selepas antesis

Musim: Berbuah sepanjang tahun tetapi ada 2 kali musim perdana setahun



Keperluan baja dan tanah

Jenis: Loam berpasir

pH: 5.0 - 6.5

EC: The Best below 1.4 dS/M dan hasil berkurangan apabila EC 1.7-2.4 dS/M. semasa aruhan EC boleh ditingkatkan dlm tempoh singkat ke 2.5-3.0 dS/M

watertable: melebihi 1meter

Baja: Jumlah baja setahun dari umor selepas tanam

1tahun (300-400g 15:15:15) dibahagi 6 pusingan

2tahun (500-800g 12:12:17) dibahagi 4 pusingan

3tahun (1.0-1.5kg 12:12:17) dibahagi 4 pusingan

4tahun (2.0-2.5kg 12:12:17) dibahagi 4 pusingan

5tahun daan seterusnya (3-4kg 12:12:17) dibahagi 4 pusingan

Selasa, 2 Mei 2017

Buah Berekah

MASALAH BUAH MEREKAH SEBELUM MASAK

Masalah ini mungin tidak asing bagi penanam mangga. Boleh juga terjadi kepada buah2an lain seperti rambutan, langsat, durian, cempedak, nangka, limau manis, nona dll. Kita guna pohon mangga sebagai topik penerangan


Mangga Merekah Apa Sebabnya?



Beberapa Penyebab Mengapa Buah Mangga Boleh Pecah walau masih di Pucuk.

1. Terlebih air

2. Perubahan cuaca mendadak

3. Kulit nipis

4. Pembajaan yang salah waktunya

5. Ketidak seimbangan unsur nutrisi

6. Dijangkiti oleh kulat 

7. Diserang oleh hama


KULIT NIPIS

Beberapa varieti mangga mempunyai kulit yg nipis dan mudah pecah apabila pembesaran buah terlalu cepat. Pembesaran buah dipengaruhi oleh kecepatan pengisian isi ianya berkaitan dengan penyerapan air dan baja. Sel kulit yang nipis mudah pecah apabila pengisian terlalu cepat. Pemberian unsur kalsium dapat mengurangkan masalah ini. Kalsium membantu dalam pembinaan sel tumbuhan. Sumber kalsium seperti Gypsum (Kalsium Sulfat), Zeolite atau Dolomite dll.


TERLEBIH AIR

Masaalah ini sering terjadi semasa musim hujan. Sebab utama buah merekah/splitting. Terjadi pada buah klon tertentu ialah disebabkan oleh tekanan air/hydrostatic pressure. Air yang mengejut banyak dalam tanah akan disedut naik oleh akar pokok dan dihantar ke daun dan buah. Hal ini menyebabkan tekanan air menjadi tinggi di dalam buah lalu menyebabkan kulit mangga merekah. Kawalan air ini menjadi rumit bagi penanaman di zon taburan hujan yang tinggi. Satu kaedah yang boleh digunakan iaitu menggunakan teknik penanaman berbusut atau membuat penyiraman berkala supaya tiada kejutan apabila musim hujan yang tak tersangka.

Pemilihan klon juga harus diambil kira. 

Elak mananam varieti yang berkulit nipis di daerah yang lebat hujan. Kalau sudah terlajak tanam kita boleh tukar kepada varieti lain yang lebih tahan perubahan cuaca dengan melakukan cantuman dewasa (Top Working)


BAJA

Kita mahu buah yang besar dan cantik dengan membekalkaan nutrisi secukupnya. Elakan memberi baja secara berlebihan dairpada jumlah keperluan pokok kerana ini akan menyebabkan buah menjadi terlalu padat dan boleh merekah. Semasa pembentukan buah, unsur Nitrogen (N) hanya sedikit sahaja diperlukan oleh itu tak perlu diberi unsur N tambahan. Bagi pokok yang berbuah nipis seperti mangga, pemberian kalsium nitrate tidak disyorkan kerana ianya  mengandungi nitrogen. Dimusim hujan penggunaan CaBor banyak membantu, manakala kapur boleh diberikan sebelum musim buah. Dimusim huan kita perlu unsur kalsium yang boleh diserap dengan cepat seperti dalam bentuk foliar, kapur mengambil masa yang lama untuk menampakan kesannya (Slow realease).



Sebelum ini telah diceritakan tentang pentingnya unsur Kalsium (Ca) untuk membina sel. Membina sahaja mungkin tidak cukup tetapi sel tersebut perlu dimantapkan lagi dengan memberikan unsur Boron (B). Boron berperanan untuk mengikat sel2 tumbuhan supaya lebih kenyal. Sekali lagi CaBor mungkin boleh mengurangkan kerugian buah merekah ini.

Gambar kejadian dibawah diambil dari perkongsian rakan2 di FB. Mohon dihalalkan


 

Cempedak

Rambutan

Buah Nona

Kerosakan akibat kimia

Satu lagi yang boleh menyebabkan buah merekah iaitu penggunaan racun rumput jenis serap dibawah kanopi pokok. Elakan meracun rumput semasa pokok sedang berbuah dan gunakan racun yang mesra tanaman contohnya Basta 15 (a.i Glufosinate - Ammonium)

Jumaat, 24 Mac 2017

Tanaman Halia

TANAM HALIA


Halia ( Zingiber Officinale) termasuk dalam famili Zingiberaceae merupakan tanaman yang mudah diusahakan. Kurang dijangkiti penyakit dan tahan kemarau tapi tidak tahan air bertakung, Terdapat 4 spesis halia yang biasa ditanam secara komersial iaitu halia putih, halia hitam, halia merah dan halia besar.



Halia ditanam dengan cara keratan ubi. tempoh matang halia 10-16bulan mengikut varieti. Antara varieti yang popular ditanam iaitu.

 - Halia Dayak
 - Halia Jernang (merah/bara)
 - Halia Bentong
 - Halia Tabunan 
 - Halia Cina



Saya pernah menanam Halia Dayak, Halia Bentong, Halia Bara dan Halia Hitam secara kecilan di dalam bekas dan hasilnya memuaskan. Penjagaan tak susah seperti menjaga sayuran. Hanya siram 4-6 hari sekali dimusim kemarau. Pembajaan 3 kali sudah cukup. Pembajaan jarang orang cerita kecuali anda menghadiri kursus khas, itu pun anda hanya diterangkan dengan penggunaan Baja AB. Baja AB sudah tersedia hanya bancuh ikut sukatan dan tuang dalam tong baja fertigasi. tapi satu masalah jika anda menanam cara biasa di tanah.

kerja lazim yang perlu dilakukan selain menyiram seperti

- Merumput
- Memantau serangan hama penyakit
- Membaja
- Menimbus (Mulchhing)




Penanaman secara terbuka di atas tanah harus mengunakan sistem batas dan biasanya ditanam dengan jarak 15 x 24inci. Sebab jika musim hujan tiba, air yang bertakung boleh merosakan ubi halia. Tanah juga mesti poros supaya tidak menghalang ubinya membesar. Sebelum ditanam keratan (Rhizom) halia hendaklah dicambahkan terlebih dahulu ditapak semaian. Pilih hanya rhizom dari pokok yang sihat sahaja harus disemai bagi mengelakan penyakit merebak di tapak semaian atau lahan kita. digalakan juga untuk merawat benih sebelum rhizom disemai dengan menggunakan bancuhan larutan Bordeaux selama 15-20minit dengan kepekatan 500ppm atau bancuhan larutan Binomil

Keperluan Nutrisi

Sebelum penanaman atau semasa membina batas, semburkan racun kulat dan tabur sedikit dolomite. Baja organik atau tinjar ayam dan baja akar diberikan semasa menanam. Baja subur boleh diberikan pada minggu ke-6 kamudian baja buah pada minggu ke-14/16 dan minggu ke-22/24.


Semasa menanam tabur RP atau TSP dan baja organik. selepas ditanam anak halia disiram denggan mengunakan hormon akar seperti Atonik,, boleh juga menggunaan Chitosan



Pembajaan

Minggu ke-6 (120g bagi Program Pembajaan-1) tabur baja subur NPK 16:16:16 

Pembajaan selanjutnya menggunakan baja 12:12:17 atau 10:18:24 atau 0:52:34 dicampur Kalsium Nitrate (15.4:0:0:26Ca+0.3B)



Minggu ke-14 atau 16 (250g bagi Program Pembajaan-2) 

Minggu ke-22 atau 24 (500g bagi Program Pembajaan-3)  

Minggu ke-32 (500g bagi Program Pembajaan-4). 

Jika menggunakan MKP dan Kalsium-nitrat dalam program pembajaan utama. Pembajaan harus dilakukan setiap 2-3minggu kerana MKP dan Kalsium Nitrat mudah larut dan hilang dibawa air (Water Soluble Fertilizer). Jumlah baja yang diberikan 16-20-35-50-70g sepokok mengikut saiz.


N- Bagi minimum
P- Banyak
K- Banyak
Ca - Sederhana
Mg - Sederhana tp rendah
S - Sederhana tp rendah
B - Sesikit
H2O - Secukupnya



Halia muda boleh diambil bila berusia 6 bulan dan halia matang kira2 10bulan atau 12bulan bagi halia Jernang. Halia yg hendak dibuat benih dituai selepas 12-14bulan.



Perosak yang terdapat pada tanaman halia adalah:

  1. Asian ladybugs, menyerang daun sehingga berlubang
  2. Pengorek batang (Conogethes punctiferalis)
  3. Ulat pengorek akar (Crambidae & Conogethes punctiferalis, Holotrichia ssp), menyebabkan pokok halia  mati kering 
  4. Pemakan daun Belalang, Kumbang (Epilachna sp), Pengulung daun (Udaspes Folus)
  5. Semut pangang dan anai-anai
  6. Teritip (Rhizom - Aspidiella Hartii, diaspididae), (Pucuk - Stenchaetathrips Indicus)
  7. Nematode



Ulat pengorek akar ini boleh dikawal dengan menyeburkan racun Alika (a.i Lamda).

Penyakit yang terdapat pada tanaman halia adalah:

1. Penyakit layu bakteria (bakteria bawaan tanah-Pseudomonas Solanacearum atau Ralstoonia Solanacearum). Tanda awal dapat dilihat pada daun, daun pokok yang dijangkiti akan kelihatan kekuningan bermula dari bahagian daun di tangkai terendah lalu naik ke atas. Serangan bakteria ini sangat cepat dalam sebulan sahaja boleh medatangkan kerugian besar kepada petani. Batang pokok yang sudah layu berwarna coklet mudah tercabut daripada rhizomnya. Rhizom yang reput kelihatan lembik berair dan busuk. Penyakit layu bakteria sangat sukar dirawat dan boleh berada ditapak penanaman bertahun-tahun, oleh itu petani perlu pastikan behih yang ditanam bebas daripada Pseudomonas Solanacearum ini. Copper Oxychloride

2. Penyakit kulat layu (kulat bawaan tanah - Fusarium oxysporum). Tanda awal dapat dilihat pada daun mula menguning dan pertumbuhan terbantut. Bila mengalami jangkitan teruk daun pokok di tangkai terendah akan layu lalu merebak naik ke atas. Bila dicabut kita dapat melihat rhizom halia tersebut mengecut kekeringan atau tinggal kulitnya sahaja. Penyakit kulat  ini boleh dikawal fungicide Metalaxy MZ (a.i Metalaxy + Mancozeb) atau Copper Hydroxide

3. Penyakit reput rhizom (kulat bawaan tanah - Pythium aphanidermatum/ P. vexans / P. myriotylum). Tanda awal dapat dilihat pada daun mula menguning dan pertumbuhan terbantut. Bila mengalami jangkitan teruk daun pokok di tangkai terendah akan layu lalu merebak naik ke atas. Bila dicabut kita dapat melihat rhizom halia tersebut mengecut kekeringan atau tinggal kulitnya sahaja. Penyakit kulat  ini boleh dikawal fungicide Metalaxy MZ (a.i Metalaxy + Mancozeb) atau Aliette (a.i  Fosetyl-Aluminium)

4. Penyakit kulat Bintik Daun dimana penyakit ini disebabkan oleh kulat Phyllosticta Zingiberi. Tanda awal penyakit dddapat dikenal yang mana terdapat bintik-bintik kecil berwarna kuning pada daun terjangkit. Bagi mengawal penyakit bintik daun saya memilih untuk menggunakan racun kulat Luna (a.i Fluopyram + Tebuconazole) dan Copper Oxychloride bagi mengawal jangkitan pathogen merebak.