Engkado Sarawak
Sebelum ini telah ada 6 tapak percuba menanam avocado, dicuba hampir 50 vareati lokal dan luar nagara.
Plot pertama di Ulu Mawang (Bawah kaki banjaran Kelingkang) yang bermula pada tahu 2013. Projek ini gagal kerana kurang ilmu pengatahuan tentang Avocado. Tanah disini jenis tanah keranggas ianya tidak sesuai bagi tanaman avocado. Kegagalan juga disebabkan kurang tenaga kerja serta pemilihan varieti yang salah. Pokok avocado di ulu Mawang ini telah dihapuskan bagi menanam tanaman lain yang lebih menghasilkan.
Plot ke-2 di Landeh berdekatan dengan Semengok delta bermula pada tahun 2019. Tanah disini berbukit dan jenis tanah kuning liat. Masalah utama disini adalah penyakit reput akar, banyak pokok telah mati disebabkan kanker batang dan akar. Ada beberapa pokok yang masih hidup juga belum pernah menghasilkan buahnya.
Plot ke-3 terletak di kaki puncak Borneo bermula pada tahun 2020. Tanah disini agak curam dengan elevatian 180-200meter dpl dan texture tanah jenis loam berpasir. Di plot ini saya mencuba beberapa jenis avovado tanah rendah dan sederhana tinggi seperti Pinkerton, Booth-7, Wina dan beberapa avocado tanah sederhana rendah seperti QAV1, QAV3, MB2, Jay, Red lady, ST1, BauHass.
Plot ke-4 terletak di puncak Borneo bermula pada tahun awal tahun 2022 berkerjasama dengan penduduk tempatan. Tanah disini agak beralun dengan elevatian 550meter dpl dan texture tanah jenis loam berpasir. Suhu disini sekitar 28°C. Ada beberapa pokok sudah berbuah. Terdapat beberapa pokok mati akibat penyakit reput akar yang disebabkan kulat akar putih dan kenkar. Plot ini saya mencuba jenis avocado varieti tanah sederhana tinggi seperti Pinkerton, Zutano, Booth-7, Wurtz dan beberapa avocado tanah sederhana tinggi seperti Semil-34, ST-1, Miki, QAV1.
Plot ke-5 di tanam pada hujung tahun 2022 di Samarindah tepi nurseri saya. Menggunakan teknik penanaman berbusut. Semua pokok baru belajar berbunga dan ada yang sudah menghasikan buah. Tanah disini rata dengan jenis tanah tembok berbatu.
Plot ke-6 juga ditanam pada hujung tahun 2022 di Bau. Plot ini terletak di elevation 30meter dpl. Tanah disini jenis tanah loam liat dangan lapisan top soil yang sangat nipis sebab tanah atas telah diratakan. Teknik penanaman menggunakan kaedah berbusut. Busut dibina dari susunan kayu, arang, daun pelepah sawit, kompos dan zeolite kasar. Jenis avocado yang ditanam disini dari varieti tanah rendah seperti Semil34, QAV1, QAV3, Btg Rajang, Perak, ST1, Miki, AV25 dan Singka. Kebanyakan pokok sudah belajar berbunga dan beberapa pokok telah berbuah.
Setelah melakukan percubaan dan penelitian terhadap tanaman avocado di 6 plot sebelum ini. Kini saya berasrat untuk membangunkan kebun avocado dari idea dan pengalaman sendiri. Kali ini saya lebih teliti dalam menentukan jenis varieti avocado yang hendak ditanam, pemilihan rootstock, teknik penanaman, program pemangkasan dan pembajaan.