Memaparkan catatan dengan label AgroChem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AgroChem. Papar semua catatan

Rabu, 22 Februari 2023

Triazole

 Triazoles adalah kumpulan bahan aktif kimia yg sering digunakan dalam kawalan penyakit kulat. Contoh racun kulat dari kumpulan triazole iaitu Luna (Fluopyram dan Tubaconazole ), Anvil ( Hexaconazole ), AmistarTop (Azoxystrobin dan Difenoconazole ) dll... triazole juga boleh mehalang atau menutup pertumbuhan pucuk jika digunakan secara berlebihan. Selain itu ianya juga biasa digunakan utk merangsang pendebungaan. Dalam aruhan bunga kita boleh menggunakan Paclobutrazol


Pandai tutup mesti pandai buka. Ini yg sering terjadi dengan orang kita. Akibatnya pokok terlalu stress dan mudah sakit. Gambar dibawah ini adalah gambar pohon durian yg menggunakan paclobutrazol. Berbunga 4kali setahun di kuching.





Sabtu, 26 Mac 2022

Pengecatan batang pokok

 Apakah tujuan pengecatan pokok. 



Antara sebab2 mengapa kita perlu mengecat pokok.

- Mengelakan jangkitan kulat

- Menghalang serangan serangga pengorek batang

- Menutupi luka terbuka contohnya selepas pemangkasan

- Menghidari kerosakan akibat perubahan suhu dan cuaca terlampau



Apakah bahan yang digunakan?

Campuran bahan yang digunakan adalah terdiri drpd racun serangga, racun kulat, kapur / cat air dan air. Perlu berhati-hati mencampurkan racun serangga dan racun kulat, pastikan racun yg dicampur adalah serasi. Jika tidak pasti ianya harus di aplikasikan secara berasingan.

Bahan racun dicairkan/bancuh terlebih dahulu dan bukan dicampur langsung dengan cat. Gunakan cat berwarna putih supaya senang dipantau dan kurang menyerap haba bila terkena matahari. 


Antara bahan yang biasa digunakan 

Racun kulat Aliette + Cat

Racun kulat Luna + Fipronil + Cat

Racun kulat copper sulfat+ Alika Zc + cat

Racun kulat copper hydroxide + kapur siling


** Racun kulat Copper based tidak boleh dicampur;

- Copper Hydroxide tidak boleh bercampur dengan bahan yang yang berasid (bawah pH7)

- Copper Oxychloride tidak boleh bercampur dengan bahan yang  beralkali / racun serangga

- Copper Sulfate tidak boleh bercampur dengan bahan yang yang beralkali seperti racun serangga chlorpyrifos/fevalerate

- Tribasic Copper Sulfate tidak boleh bercampur dengan bahan yang beralkali




Bahagian / kawasan pokok yang perlu dicat

- Batang atau dahan yang mengalami kecederaan mekanikal (calar oleh binatang/ bekas pemangkasan

- Bahagian bawah batang yang kurang drpd 1.0meter dari level tanah

- Bekas luka yang disebabkan jangkitan kulat


Sebaik-baiknya pengecatan diulangi setiap 4-6 bulan pada batang bawah atau sehingga luka telah sembuh sepenuhnya bagi luka akibat penyakit atau luka mekanikal.







Khamis, 3 Februari 2022

Tong Spray - Panduan keselamatan

 Demi keselamatan tanan dan pengguna, sebaik-baiknya tong spray bagi racun yang membahayakan tanaman perlu berasingkan. Contohnya racun rumput tidak seharusnya dibancuh dalam tong spray yang sama dengan foliar kerana seringkali jika tong tidak dibersihkan dengan baik. Ianya berkemungkinan memberi kesan kepada tanaman. Bahagian yang selalu tertinggal racun (terutama jika guna racun tepong) iaitu di bahagian pump selinder dan penapis dlm hose. Kita memerlukan 2 atau 3 jenis tong spray.

1. Tong spray untuk Herbicides (racun rumpai/kayu)


2. Tong spray untuk Pesticides (racun serangga) Dan Fungicides (racun kulat)

3. Tong spray untuk bio (contohnya untuk semburan EM dll)

Ahad, 2 Januari 2022

Kimia kawalan Perosak Tanaman

Panduan Asas

Jenis racun dan sukatan penggunaan bagi kegunaan di kebun anda mungkin berbeza. Ikut jenis tanaman apa yang dirawati


Voliam Flexi Sc

Kandungan: Dua bahan aktif

Chlorantraniliprole 8.8 %  Thiamethoxam 17.5 % SC

Sukatan

Belalang & kumbang daun 4ml/10L

Ulat beluncas 3ml/10L

pengorek batang lembut 4ml/10L

Kutu daun 4ml/10L

Teritip 5ml/10L

Pengulung daun 8ml/10L

Lalat buah (cili, terong, jambu) 4ml/10L

Pengorek buah (mangga/engkado) 5ml/10L

Pengorek buah (buah matang) 8ml/10L & (buah muda) 6ml/10L 




Alika Zc

Kandungan: Dua bahan aktif

Thiameethoxam 12.62%

Lambda-cyphalothrin 9.49%

Belalang, Kumbang, Ulat beluncas, pengorek batang lembut,Lalat putih, Kutu daun 8ml/10L


PesThrin 350 

Kandungan:  Bahan aktif tunggal

Cypermethrin 35%

Kumbang Kaboi, aphids, white fly, lalat buah, lelompat daun, beluncas & ulat ratus -6ml/10L

kumbang tanduk & ulat gulong - 30ml/10L


Hextar Malathion 84

Kandungan:  Bahan aktif tunggal

Malathion 84%

Kumbang Kaboi, aphids, white fly, lalat buah, kutu daun,  beluncas & ulat ratus -20ml/10L

Hamama, bena perang/hijau, lelompat daun- 45ml/10L campur white oil



Decis

Kandungan:  Bahan aktif tunggal

Deltamethrin 2.8%

Pengorek buah (mangga/engkado/koko) 11ml/10L

Kutu, lalat buah, nyamuk buah, kutu trip 6ml/10L

Kepiding 4ml/10L


ALBAROL

Kandungan:  Bahan aktif tunggal

White Oil 72.0%

Teritip - 20ml/10L



Perlu berhati-hati menggunakan racun pada tanaman kerana ada yg bersifat panas. Racun yg bersifat panas seperti decis, malation sebaiknya di aplikasi semasa cuaca sejuk seperti sebelah petang. Jika semburan dibuat di sebelah pagi maka gunakan racun seperti kerate, Alika zc dll.

Ahad, 19 Julai 2020

KESAN KLORIDE




Peranan umum klorin (Cl) pada tanan

1. Menguatkan tanaman daripada penyakit

2. Diperlukan dalam pengaturan air semasa fotosintesis. Defisiensi Cl akan meyebabkan tanaman layu dan akar pendek, pembentukan buah sedikit.

Produk pertanian apa yang mengadungi klorin

Dua sumber Cl yang sering digunakan dalam pertanian iaitu Garam Kasar dan baja Muriate Of Potash (MOP)  . Kedua bahan ini boleh diperolehi dengan mudah dan murah iaitu dari sumber air laut.

Satu-satunya tumbuhan darat yang hidup di Beting Patinggi Ali

Muriate Of Potash juga dikenali sebagai Potassium Chloride dengan formula KCl. Iannya mengadungi hampir 60% K2O dan 40% Cl. Baja MOP banyak digunakan dalam kebun kelapa dan Sawit kerana ianya murah dan tanaman tidak sensintif terhadap klorida. Kelapa boleh hidup ditepi laut dan hidup dengan subur.

Garam mengadungi unsur minaral yg banyak seperti K-1.1%, Ca-1.2%, Mg-3.7%, S-8%, Cl-55%, Na-30% dll. Memang garam boleh dijadikan sebagai baja tetapi bukan semua tanaman sesuai dibaja dgn garam. Unsur Cl (Klorin) diperlukan dengan kadar yg sangat sedikit, jika terlebih boleh menyebabkan chloride injury (toxicity). Kesan kecederaan klorida pada tanaman seperti daun terbakar, buah mengkal, buah tawar dll. 

Sama mcm ikan laut, ikan muara dan ikan ulu sungai. Tahap ketahanan penerimaan garam bagi tumbuhan juga berbeza. Ada yg mengemari dan ada yang sensitif. Dibawah saya senaraikan sedikit tanaman mengikut tahap toleransi terhadap garam laut dan jenis baja yg sepatutnya.


Mengemari

- Kelapa, celery, ubi bit


Sederhana Toleren (Baja MOP)

- Sawit, getah, padi, tebu, pisang, kobis, asparagus, kacang tanah, halia, kapok dll


Separa Toleren (Baja Low chloride)

- Kopi, nanas, kantan, teh, kentang, halia, anggur, kaledek, tomato, timun, labu, lobak, bayan, bunga matahari dll.


Sesintif (Baja SOP)

- Durian, avokado, mangga, limau, chili, koko, lada, tembakau, kundur, strawberry..dll

 Kalau nak taburlah garam epsom pada tanaman.


Kesan kecedaraan baja berkloride (Cl) pada buah durian.

1. Mengurangkaan kandungan gula buah menjadi tawar

2. Merosakan akar muda dan menganggu penyerapan nutrisi 

3. Penyerapan air terganggu. Buah  mengkal

4. Menjadikan buah kelihatan pudar

5. Menyebabkan kurang aroma pada buah

Pembajaan kimia bagi durian, dari segi ekonomi. Pokok kecil boleh bagi baja Low Chloride. Kalau pokok besar semasa berbuah bagi SOP manakala jika tak berbuah bagi Low Chloride.



Merujuk kepada posting dalam fb seorang ahli PPDM. "AssalammuAlaikum semua dan salam muhibah.mohon betanya.daun pokok saya merekot.adakah ni tanda2 kesan kerana terlebih tabur baja ke?(baja organik).

ataupun kesan bahang asap dari pembakaran daun kering berhampiran dengan pokok?

Pokok tua anggaran usia 50 tahun.pokok besar.saya tabur baja lebih kurang satu baldi kedai rm2.lebih kurang 3 minggu lepas.

Di bawah saya sertakan gambar baja organik.
Saya dahului dengan ucapan Terima kasih yg tak terhingga kepada yg sudi berkongsi ilmu dan pengalaman."



Gambar diatas adalah kesan pemberian baja yang tinggi kandungan klorida. Baja boleh meningkatkan salinit tanah dan pokok mengalami chloride toxicity

Lauk tanpa garam memang tawar rasanya. Dulu2 penyakit beguk sering terjadi pada org yg tinggal di kawasan ulu pendalaman sebab mareka tak makan garam. Tapi sekarang ramai yg kena penyakit darah tinggi dan kegagalan buah pingang sebab terlebih garam.

Garam durian

 Garam Laut sumber baja yang murah.


Garam kasar diperbuat dari air laut, ianya adalah sumber minaral yang murah dan mudah. mengadungi mineral yang tinggi. Garam laut mengadungi pelbagai minaral, kira-kira 55% darinya adalah klorida. Bergantung dari mana sumber air garamnya di perolehi, bagi setiap 1liter terkandung 18-23gram unsur klorida.

Bolehkah garam laut diberikan kpd pokok durian dan apa kesannya. 

Durian adalah antara tumbuhan yang sensitif terhadap klorida natrium. Akar tumbuhan seperti durian akan mudah rosak apabila kandungan klorida dan natrium dalam tana. bukankah air laut mengandungi Cl dan Na. Jangan silap dengan kenyataan ini, sebab ada yang mengatakan unsur klorida dan natrium langsung tidak boleh diberikan kepada durian. Sebenarnya tumbuhan seperti pokok durian memerlukan ~0.2gram Cl bagi setiap1kg baja. 

Satu tempat unik di Sarawak. Durian kampung Pasir Pandak di Kuching memang cukup terkenal. Durian tumbuh sekian lama / semulajadi berdekatan dengan kawasan air spara masin (Payau) tetapi masih mengeluarkan buah yang sedap. Durian-durian disini secara semulajadi telah menyesuaikan diri...

Ramai yang syorkan untuk memberi garam jika pokok tidak mahu berbunga. Memang benar kerana natrium dalam garam boleh menyebabkan pokok stress. Ada banyak cara lain yang boleh digunakan untuk membuat simulasi stress seperti kawalan air, puasa nitrogen untuk meningkatkan C:N ratio. Penggunaan garam kasar untuk membuat simulasi stress/berbunga pada pokok durian adalah tidak sesuai. Kesan buruk lebih banyak daripada kebaikan.


Setiap liter Air Laut Mati mengadungi 

lebih 34% garam.


Bagi petani kampung amalan memberi garam kasar memang sudah tidak asing. Ianya boleh menjimatkan kos pembajaan. Pembajaan menggunakkan garam bagi pokok durian kampung yang ditanam dari biji mungkin tidak mendatangkan masalah besar kerana akar durian kampung tanam biji lebih dalam dan durian kampung jarang dibaja. Tetapi selalu juga kita mendengar pekebun durian menggadu beberapa pokok durian klon tertentu seperti D24 mengalami masalah buah mengkal. Satu daripada penyebab buah mengkal iaitu memberi garam kasar. Garam juga bersifat osmotic ianya akan menyekat penyerapan air. Bila air diserap kurang pokok stress dan boleh merangsang bunga tapi semasa pembentukan buah jika air kurang buah akan jadi mengkal.

Dalam bidang pemprosesan makanan ianya digunakan utk mengawit makanan.

Jika kos membeli baja menjadi isu. bilakah masa yang lebih sesuai memberikan garam sebagai baja?


PEMBERIAN GARAM boleh menyebabkan masalah buah MENGKAL bagi POKOK KAWEN, POKOK MUDA & KLON TERTENTU.

Khamis, 20 Oktober 2016

Kapur Pertanian

TANAH MASAM

Dua punca utama tanah menjadi masam

- Kandungn Hidrogen yang tinggi

- Kandungan Aluminium yang tinggi


 JENIS KAPUR PERTANIAN 

Pengapuran sangat penting dalam bidang pertanian. Fungsi utama pengapuram adalah untuk

1. Menyelaraskan pH (potential of Hydrogen) pada skala yg dapat diterima oleh tanaman

2. Membekalkan minaral kepada tanaman

3. Membunuh pathogen perosak

Tanaman yang berbeza mempunyai kadar tolerasi pH yang mungkin berbeza.


Kadar pH juga akan mempengaruhi hasil tanaman. Contohnya pH optimum bagi tanaman jagung 6.8. Walaupun sulit untuk mengawal pH pada nilai tetap, kita boleh meletakannya pada nilai pH 6.5-7.0 melalui kaedah pengapuran.



Kapur boleh diperolehi secara semulajadi dari batu kapur, tulang/cenkerang haiwan dan muntahan dari gunung berapi. Terdapat 3 jenis batu kapur pertanian yang biasa digunakan dalam bercucuk tanam iaitu kapur Dolomite, Zeolite dan Azomite. 

Bergantung kepada sumber diperolehi contohnya Dolomite. Kapur pertanian (Dolomite) mengadungi kalsium dan magnesium yang tinggi tetapi ianya tidak diketegorikan sebagai baja.



Pernahkah anda dengar kapursejuk dan kapur panas?

CaCO3 - Calcium Carbonate atau Limestone (Kapur Sejuk) slow release

Calcium Hydroxide Ca(OH)²  atau Hydrated Lime (Kapur Panas)

Ground Magnesium Limestone (GML) adalah contoh kapur sejuk. Batu GML yang berkualiti tingg dinamakan Dolomite. Ianya mempunyai kandungan MgO lebih dari 18%. Jika kandungan kurang daripada 18% maka ianya tidak layak dipanggil dolomite tapi masih layak di panggil kapur pertanian sahaja.

Hydrated Lime berbeza berbanding Limestone GML CaCO3 atau pun Dolomite CaMg(CO₃)₂.

Ia adalah kapur yang Paling Cepat larut_bertukar menjadi ion bila terdedah kepada air/ kelembapan. 

Kapur tohur Ca(OH)² digunakan secara meluas utk merawat kolam ternakan udang/ikan dan sawah padi sebelum menanam atau memasukan ternakan ikan/udang

Kelebihan Ca(OH)² ini adalah ia lebih cepat untuk meneutralkan pH tanah, tanpa mengakibatkan toksid tanah jangka panjang


Perbezaan Dolomite, zeolite & Azomite  

Dolomite

Dolomite ialah kapur pertanian dan kandungan unsur yang terdapat dalam dolomite adalah unsur magnesium dan kalsium. Struktur dolomite ini ada seperti tepung dan berwarna putih. Fungsi dolomite adalah sebagai perawat tanah dalam memperbaiki struktur tanah dan memulihkan pH tanah yang masam bacaan kurang daripada pH 7. Unsur kandungan mineral makro & mikro di dalam dolomite adalah lebih rendah berbanding zeolite. Jika tanah tersebut telah di uji kaji kemasaman yang tinggi, penaburan kapur pertanian dolomite adalah bersesuaian untuk meningkatkan kesuburan tanah. Menjadikan tanah lebih efektif dan efisiensi untuk penyerapan zat-zat unsur nutrient dalam tanah.

Zeolite

Zeolite adalah mineral semulajadi yang terhasil daripada endapan letusan gunung berapi berjuta-juta tahun dahulu. Zeolite makin di gunakan sebagai salah satu bahan yang terbaik dalam pertanian. Zeolite mengandungi unsur-unsur ion bercaj positif seperti sodium, potassium, magnesium dan kalsium. Zeolite juga mampu menapis unsur-unsur logam berat seperti zink (Zn), Plumbum (Pb) melalui sistem pertukaran ion yang terdapat pada kerangka zeolite. Kadar pertukaran ion dalam zeolite merupakan elemen dalam mengikat dan menarik unsur nutrien yang terkandung dalam tanah agar kekal lebih lama. Disebabkan oleh sifat zeolite yang boleh menukar kation-kationnya, ia sangat sesuai bertindak sebagai baja dan juga sebagai penyubur tanah. Ini kerana zeolite dapat menahan kation-kation dan seterusnya menukar dengan kation-kation lain yang diperlukan dalam tumbuhan.


Kebaikan Zeolite pada tanaman :


1. Merawat tanah berasid dan memulihkan tanah mati akibat kekurangan zat mineral.


2. Zeolite mengandungi silica yang tinggi di mana ia berkeupayaan meingkatkan pegangan nutrien pada tanah tanpa pembaziran (leaching).


3. Berupaya mengurangkan keasidan tanah dan meneutralkan konsidi tanah kepada tahap tanah subur pH (6-7).


4. Zeolite juga mengandungi unsur asas baja NPK untuk keperluan pada tanaman.


5. Zeolite adalah mineral semula jadi yang stabil dan sesuai sebagai bahan organik pada tanah. 


6. Sesuai sebagai bahan tambahan kepada kesuburan tanah, kompos dan baja bertindak perlepasan lambat (slow release) dan perlepasan terkawal (control release) apabila pokok memerlukan nutrien ketika membuat makanan dan tumbesaran.


7. Perawat tanah dan mengekalkan kualiti tanah pada masa jangka panjang. 


8. Klorofil daun pokok kelihatan hijau dan lebih subur serta daya tahan kepada penyakit kepada tanaman.


9. Zeolite dapat menyingkirkan unsur-unsur toksik pada tanah serta memperbaiki kandungan silikat pada tanah

Azomite.

Azomite merupakan galian mineral dengan kandungan yang lengkap kaya dengan unsur mikro nutrien. Dalam pertanian organik ianya sering digunakan sebagai sumber mikro nutrien (Te). Terhasil daripada letusan gunung berapi dan bahan ini telah lama digunakan untuk meningkatkan penghasilan tanaman di Lembah Utah, Amerika Syarikat. Kegunaan azomite dapat memperbaiki kesuburan tanah, meningkatkan kestabilan pH tanah, meningkatkan hasil tanaman, mengurangkan kehilangan unsur nutrien dalam tanah akibat waktu hujan dan meningkatkan ketahanan rintangan penyakit pada tanaman. Kandungan unsur nutrien di dalam azomite adalah lebih banyak daripada unsur terkandung di dalam zeolite mahupun dolomite.