Rabu, 25 Disember 2019

PROPAGATION Asas -1

 HIBRID, KLON, KLON HIBRID & KLON KAMPUNG

Ramai keliru dengan istilah Pokok Hybrid dan Pokok Klon. Pengusaha nurseri pasti tahu maksud benih hibrid mahupun klon. Kita selalu melihat iklan seperti MusangKing Hibrid, Petai Hibrid.. mungkin ada yang pernah dengar durian hibrid ASFA50 yang didakwa hasil daripada gabungan pelbagai klon durian menggunakan teknik baji, matatunas dan tisu kultur.


Mari fahami Asasnya.

Apakah pokok benih HIBRID?

Pokok hibrid adalah pokok yang dihasilkan daripada PENDEBUNGAAN silang secara TERKAWAL antara dua varieti induk yang berlainan tetapi dari Spesis yang sama. Pokok hibrid biasanya diberi nama sebagai F1. Kita biasa dengar bijibenih sayuran atau tanaman seperti Jagung Manis F1 dll


Mungkin anda pernah dengar kelapa Matag. Kelapa Matag adalah kelapa hibrid hasil kacukan kelapa Malayan (MRD) dan kelapa Tagnanan (MYD). Bunga jantan diambil dari pokok kelapa MYD dan didebungakan secara manual kepada bunga betina pokok kelapa MRD. Bunga jantan pada pokok MRD dibuang terlebih dahulu supaya tidak terjadi pendebungaan tak tersengaja sebelum bunga betina MRD matang. Pendebungaan secara manual dengan bunga jantan MYD dilakukan sebaik shj bunga betina MRD matang dan bunga tersebut akan ditutup dengan plastik bagi mengelakan  pendebungaan dari bunga jantan pokok lain secara tidak sengaja oleh agent pendebungaan semulajadi. Buah yg terhasil akan dicambahkan untuk menghasilkan benih hibrid MATAG. Perkatan MATAG diambil drpd nama ibu dan bapanya Malayan (MA) + Tagnanan (TAG). Benih hidrid MESTI dihasilkan dengan cara diatas.


Boleh tonton bagaimana proses membuat Kelapa Hibrid. 

Klik link berikut:- https://youtu.be/93jpahFizbA


Apakah pokok benih KLON?

Pokok klon adalah pokok yang dibiakan secara tampang daripada bahagian pokok induk dengan cara keratan atau tut atau cantuman atau pembelahan. Yang sering menjadikan orang keliru iaitu kaedah Cantuman. Ramai yg dikelirukan oleh pembiak baka  yg mengatakan pokok hasil cantuman itu adalah pokok Hibrid. Benih pokok yang diklonkan mempunyai ciri-ciri yang sama dengan pokok induk (True to Type). Contohnya benih pokok durian Musang King.


Apakah pokok benih KLON HIBRID?

Pokok klon hibrid adalah pokok yang dibiakan secara tampang dari pokok induk hibrid yg telah dihasilkan terlebih dahulu. Contohnya benih pokok durian MDUR78, MDUR79, MDUR88 yg induknya hasil hibrid antara durian D24 dengan durian D10. Durian MDUR88 (D190) adalah hasil penyelidikan MARDI yg mengambil masa bertahun-tahun. Durian D10 dan D24 adalah dari spesis Durio Zibethinus.


Contoh lain seperti:-


- Nangcem atau Cempedak Champion hasil daripada kacukan cempedak dan nangka. Klon hibrid Nangcem yang popular seperti CH28 (Jika kod CH28 ini salah tolong maafkan). Cempedak adalah dari genus Artocarpus Integer manakala Nangka dari spesis Artocarpus Heterophyllus


- Nanas Josapine hasil daripada 

Nanas Johor + Nanas Sarawak. 


Apakah pokok benih KLON KAMPUNG?

Seperti Klon Hibrid cuma ianya berbeza pada proses pendebungaan. Benih atau tanaman yang proses pendebungaan tidak terkawal diketegorikan sebagai pokok kampung. Pendebungaan dilakukan oleh agent semulajadi seperti angin, serangga, semut, haiwan atau burung. Benih tanaman F2 juga diketegori sebagai varieti kampung.


Bagi peminat durian, dua klon dan tokoh ini sangat penting iaitu.


D190 (Klon Hibrid hasil penyelidikan Mardi oleh Bapa Durian Nagara Dr. Zainal Abidin Mohamed). Pokok klon Hibrid ini mula perkenalkan kepada petani pada tahun 1991.

D197 (Klon kampung milik Datuk Durian Nusantara Chung Chun Seng). Pokok induk mati akibat petir pada tahun 1974. Nasib baik sempat diklonkan.


Kalau anda pemilik nurseri. Benih hibrid yang telah anda klonkan boleh diiklan menggunakan nama Pokok KLON HIBRID atau Pokok KLON sahaja. Contohnya Bibit durian MDUR88 (D190). Menggunakan nama klon D190 atau klon Hibrid D190. Bagi durian Musang King anda boleh letak nama klon D197 tapi tidak boleh letak sebagai klon Hibrid D197.

Ahad, 22 Disember 2019

PROPAGATION Asas-2

 ISTILAH DALAM CANTUMAN untuk Tuk Kadi


Generatif - teknik memperbanyakan tanaman menggunakan bijibenih (embrio). Juga dikenali sebagai hasil pembiakan secara seks


Vegetatif - teknik memperbanyakan tanaman dari sel induk (sel Soma) secara buatan tanpa menggunakan biji benih seperti teknik tut, keratan batang, rezom dll. Juga dikenali sebagai teknik pembiakan secara aseks


Veg-generatif - gabungan teknik generatif dengan vegetatif. Biasanya batang bawah ditanam secara generatif dan dicantumkan dengan batang atas yang terpilih


Klon - kumpulan tanaman yg dibiakan secara vegetatif atau secara Veg-generatif. Pokok klon akan mempunyai ciri-ciri genetik yg serupa dengan pokok induk.


Hybrid - Penghasilan varieti secara generatif atau juga dikenali sebagai pendebungaan silang dari dua klon tumbuhan unggul yang terpilih. Contoh pokok hybrib ialah MDUR88 yg dihasilkan dgn pendebungaan silang antara D10 dan D24 hasil penyelidikan MARDI. MDUR88 didarftarkan sebagai pokok durian klon D190


Pokok penanti - Pokok yg disemai untuk dijadikan pokok tumpangan atau rootstock. Pemilihan pokok penanti yg bagus adalah dgn menanam benih yg sesuai dgn iklim kawasan tersebut dan yg tahan penyakit.


Pokok Induk Tanaman (PIT)

Pokok induk asal dari biji yang  bersifat unggul. Ianya mungkin pokok kampung atau yang dibangunkan di pusat penyelidikan.


Pokok Induk Klon (PIK) - Pokok klon yang telah dikatahui sifat unggulnya untuk dijadikan sumber mendapatkan sion. Bagi klon yg telah berdaftar sebaik-baiknya pokok induk itu memiliki sijil SPBT yg dikeluarkan oleh jab. Pertanian


Mata tunas - Tunas yang baru hendak muncul untuk menbentuk pucuk baru. 


Sion - Batang atas atau pucuk yang memiliki mata tunas. Bahagian yang akan dicantum untuk menghasilkan pucuk baru.


Tunas aktif - Bahagian yang mempunyai matatunas subur dan sesuai untuk dicantumkan kepada pokok penanti. Tunas aktif bagi durian adalah berbentuk mata lembing


Kambium - Satu lapisan tumbuhan yg terletak antara kulit dan kayu gambus. Akan membentuk kayu disebelah dalam dan kulit disebelah luarnya.


# sebagai tukang cantum kita tidak perlu belajar terlalu mendalam. Cukup sekadar memahami secara asas sahaja