HIBRID, KLON, KLON HIBRID & KLON KAMPUNG
Ramai keliru dengan istilah Pokok Hybrid dan Pokok Klon. Pengusaha nurseri pasti tahu maksud benih hibrid mahupun klon. Kita selalu melihat iklan seperti MusangKing Hibrid, Petai Hibrid.. mungkin ada yang pernah dengar durian hibrid ASFA50 yang didakwa hasil daripada gabungan pelbagai klon durian menggunakan teknik baji, matatunas dan tisu kultur.
Mari fahami Asasnya.
Apakah pokok benih HIBRID?
Pokok hibrid adalah pokok yang dihasilkan daripada PENDEBUNGAAN silang secara TERKAWAL antara dua varieti induk yang berlainan tetapi dari Spesis yang sama. Pokok hibrid biasanya diberi nama sebagai F1. Kita biasa dengar bijibenih sayuran atau tanaman seperti Jagung Manis F1 dll
Mungkin anda pernah dengar kelapa Matag. Kelapa Matag adalah kelapa hibrid hasil kacukan kelapa Malayan (MRD) dan kelapa Tagnanan (MYD). Bunga jantan diambil dari pokok kelapa MYD dan didebungakan secara manual kepada bunga betina pokok kelapa MRD. Bunga jantan pada pokok MRD dibuang terlebih dahulu supaya tidak terjadi pendebungaan tak tersengaja sebelum bunga betina MRD matang. Pendebungaan secara manual dengan bunga jantan MYD dilakukan sebaik shj bunga betina MRD matang dan bunga tersebut akan ditutup dengan plastik bagi mengelakan pendebungaan dari bunga jantan pokok lain secara tidak sengaja oleh agent pendebungaan semulajadi. Buah yg terhasil akan dicambahkan untuk menghasilkan benih hibrid MATAG. Perkatan MATAG diambil drpd nama ibu dan bapanya Malayan (MA) + Tagnanan (TAG). Benih hidrid MESTI dihasilkan dengan cara diatas.
Boleh tonton bagaimana proses membuat Kelapa Hibrid.
Klik link berikut:- https://youtu.be/93jpahFizbA
Apakah pokok benih KLON?
Pokok klon adalah pokok yang dibiakan secara tampang daripada bahagian pokok induk dengan cara keratan atau tut atau cantuman atau pembelahan. Yang sering menjadikan orang keliru iaitu kaedah Cantuman. Ramai yg dikelirukan oleh pembiak baka yg mengatakan pokok hasil cantuman itu adalah pokok Hibrid. Benih pokok yang diklonkan mempunyai ciri-ciri yang sama dengan pokok induk (True to Type). Contohnya benih pokok durian Musang King.
Apakah pokok benih KLON HIBRID?
Pokok klon hibrid adalah pokok yang dibiakan secara tampang dari pokok induk hibrid yg telah dihasilkan terlebih dahulu. Contohnya benih pokok durian MDUR78, MDUR79, MDUR88 yg induknya hasil hibrid antara durian D24 dengan durian D10. Durian MDUR88 (D190) adalah hasil penyelidikan MARDI yg mengambil masa bertahun-tahun. Durian D10 dan D24 adalah dari spesis Durio Zibethinus.
Contoh lain seperti:-
- Nangcem atau Cempedak Champion hasil daripada kacukan cempedak dan nangka. Klon hibrid Nangcem yang popular seperti CH28 (Jika kod CH28 ini salah tolong maafkan). Cempedak adalah dari genus Artocarpus Integer manakala Nangka dari spesis Artocarpus Heterophyllus
- Nanas Josapine hasil daripada
Nanas Johor + Nanas Sarawak.
Apakah pokok benih KLON KAMPUNG?
Seperti Klon Hibrid cuma ianya berbeza pada proses pendebungaan. Benih atau tanaman yang proses pendebungaan tidak terkawal diketegorikan sebagai pokok kampung. Pendebungaan dilakukan oleh agent semulajadi seperti angin, serangga, semut, haiwan atau burung. Benih tanaman F2 juga diketegori sebagai varieti kampung.
Bagi peminat durian, dua klon dan tokoh ini sangat penting iaitu.
D190 (Klon Hibrid hasil penyelidikan Mardi oleh Bapa Durian Nagara Dr. Zainal Abidin Mohamed). Pokok klon Hibrid ini mula perkenalkan kepada petani pada tahun 1991.
D197 (Klon kampung milik Datuk Durian Nusantara Chung Chun Seng). Pokok induk mati akibat petir pada tahun 1974. Nasib baik sempat diklonkan.
Kalau anda pemilik nurseri. Benih hibrid yang telah anda klonkan boleh diiklan menggunakan nama Pokok KLON HIBRID atau Pokok KLON sahaja. Contohnya Bibit durian MDUR88 (D190). Menggunakan nama klon D190 atau klon Hibrid D190. Bagi durian Musang King anda boleh letak nama klon D197 tapi tidak boleh letak sebagai klon Hibrid D197.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan