Ahad, 22 Disember 2019

PROPAGATION Asas-2

 ISTILAH DALAM CANTUMAN untuk Tuk Kadi


Generatif - teknik memperbanyakan tanaman menggunakan bijibenih (embrio). Juga dikenali sebagai hasil pembiakan secara seks


Vegetatif - teknik memperbanyakan tanaman dari sel induk (sel Soma) secara buatan tanpa menggunakan biji benih seperti teknik tut, keratan batang, rezom dll. Juga dikenali sebagai teknik pembiakan secara aseks


Veg-generatif - gabungan teknik generatif dengan vegetatif. Biasanya batang bawah ditanam secara generatif dan dicantumkan dengan batang atas yang terpilih


Klon - kumpulan tanaman yg dibiakan secara vegetatif atau secara Veg-generatif. Pokok klon akan mempunyai ciri-ciri genetik yg serupa dengan pokok induk.


Hybrid - Penghasilan varieti secara generatif atau juga dikenali sebagai pendebungaan silang dari dua klon tumbuhan unggul yang terpilih. Contoh pokok hybrib ialah MDUR88 yg dihasilkan dgn pendebungaan silang antara D10 dan D24 hasil penyelidikan MARDI. MDUR88 didarftarkan sebagai pokok durian klon D190


Pokok penanti - Pokok yg disemai untuk dijadikan pokok tumpangan atau rootstock. Pemilihan pokok penanti yg bagus adalah dgn menanam benih yg sesuai dgn iklim kawasan tersebut dan yg tahan penyakit.


Pokok Induk Tanaman (PIT)

Pokok induk asal dari biji yang  bersifat unggul. Ianya mungkin pokok kampung atau yang dibangunkan di pusat penyelidikan.


Pokok Induk Klon (PIK) - Pokok klon yang telah dikatahui sifat unggulnya untuk dijadikan sumber mendapatkan sion. Bagi klon yg telah berdaftar sebaik-baiknya pokok induk itu memiliki sijil SPBT yg dikeluarkan oleh jab. Pertanian


Mata tunas - Tunas yang baru hendak muncul untuk menbentuk pucuk baru. 


Sion - Batang atas atau pucuk yang memiliki mata tunas. Bahagian yang akan dicantum untuk menghasilkan pucuk baru.


Tunas aktif - Bahagian yang mempunyai matatunas subur dan sesuai untuk dicantumkan kepada pokok penanti. Tunas aktif bagi durian adalah berbentuk mata lembing


Kambium - Satu lapisan tumbuhan yg terletak antara kulit dan kayu gambus. Akan membentuk kayu disebelah dalam dan kulit disebelah luarnya.


# sebagai tukang cantum kita tidak perlu belajar terlalu mendalam. Cukup sekadar memahami secara asas sahaja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan