TIP MENANAM PETAI
Gambar buah petai Padi
Pokok Petai merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Fabaceae berasal dari kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap. Boleh hidup pada suhu 16-36°C tapi pertumbuhan optimum pada 20-28°C di ketinggian sehingga 1400m dpl.
Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan-hutan Borneo, Malaya, Indonesia and Thailand, tetapi jarang didapati selain kawasan Asia Selatan. Nama botaninya Parkia dari keluarga Fabaceae. Petai belalang juga dari keluarga Fabaceae tapi dari Genus Leucaena. Spesis petai yang biasa dan digemari ramai seperti Parkia Speciosa (Petai Padi), Parkia Timoriana (Petai Hutan/Kerayung), Parkia Javanica (Petai Jawa/ Kedong) dan Parkia sumatrana (Petai Siam/ Nering).
Pokok petai boleh dibiakan dengan cara Penyemaian Biji, Tut dan Cantuman. Pokok hasil Cantuman boleh berbuah seawal 3 tahun jika dijaga dengan baik, manakala pokok tanam dari Biji boleh berbuah seawal 7 tahun. Pokok petai yg ditanam haruslah tidak terlindung dari cahaya matahari. Jarak tanaman yang di syorkam 10-15meter
Pokok petai suka pada tanah yang memempunyai saliran yang baik seperti tanah loam berpasir. Dari pengalaman saya, pokok petai yang ditanam di tanah loam berpasir rata2 mengeluarkan buah selepas 3 tahun ditanam berbanding di tanah lain yang mengambil masa 4 ke 5 tahun.
Pokok petai pada sifat asalnya adalah seperti balak yang tumbuh tinggi. Oleh itu dari peringkat penanaman pokok perlu dibuat pemangkasan. Pemangkasan pemeliharaan perlu dibuat setiap 3 tahun jika pokok sudah matang dan berbuah.
Tiga jenis petai yang saya tanam
- Petai Padi (Parkia Speciosa)
- Petai Baning (Parkia paya)
- Petai Kelingkang (Parkia Timoriana)
PEMBAJAAN
Pembajaan petai tidak perlu terlalu rumit. Apa yg penting kita kena monitor pH tanah, bagi baja subur dan bagi baja buah. Tempoh buah petai matang agak singkat jd semasa berbuah hanya memggunakan foliar.
Baja awal. Semasa tanam bagi baja organik digaul dlm lubang tanaman. 3 bulan kamudian bagi baja semi-organik 8.8.8.8 diselang-seli dengan baja NPK kimia 15:15:15+Te setiap 2 bulan.
Apabila saiz pangkal batang mencapai ukurlilit 25cm. Hentikan pemberian baja 15:15:15 dan bagi pula baja NPK 12:12:17 atau 10:18:24. Pokok sedia untuk berbuah apabila ukur-lilit batangnya mencapai 40cm.
Persediaan sebelum pokok berbuah. Pokok hendaklah sihat / subur dan nutrient yang seimbang. Antara unsur penting iaitu K, Mg, Ca, S, B, Zn, Mn.
Jika pH tanah rendah, pengapuran boleh dilakukan 6 bulan sekali. Kapur juga sebagai pembekal unsur Mg dan Ca. Antara kapur yg biasa digunakan iaitu GML, Dolomite dan Zeolite. Jika pH tidak menjadi isu, maka anda boleh pilih Sulka.
Pembajaan pokok matang dilakukan 3-4 kali setahun. Saya menggunakan 2 jenis baja utama yang ditabur secara selang seli.
1. Nifosk-S Premium
2. Innotec Blue
Jangan memberikan baja semasa pokok sedang berbunga kerana ianya boleh menyebabkan bunga keguguran. Sebab petai mempunyai tempoh buah yang agak singkat. Semasa pembentukan buah saya menggunakan foliar kerana ianya lebih efektif berbanding baja granular yang lambat diserap melalui akar.
Program pembajaan ini mungkin tidak sesuai bagi setiap orang kerana keperluan pokok mungkin berbeza mengikut iklim setempat.