Khamis, 19 November 2020

Petai Rumbau



 BUNGA PETAI GAGAL BERPUTIK





7 faktor utama menyebabkan pokok petai yang berbunga gagal menjadi buah.


1- Genetik

Pokok petai boleh ditanam secara tunggal kerana ianya mengeluarkan bunga jantan dan betina. Akan tetapi ada juga pokok petai yg hanya mengeluarkan bunga jantan. Pokok yg hanya menghasilkan bunga jantan dipanggil pokok jantan manakala pokok yg menghasilkan bunga betina dan juga bunga jantan dinamakan pokok betina. Setiap bunga yg dihasilkan oleh pokok jantan secara umumnya tidak akan berputik menjadi buah. Kadar terjadinya pokok jantan amat rendah berbanding pokok seperti gelugur, rambutan atau dabai. Jangan dibunuh sebab anda boleh ubah pokok tersebut menjadi klon dengan melakukan Top-Working.


2- Pokok belum cukup matang.

Pokok petai hasil tut biasanya akan berbuah selepas dua tahun. Manakala hasil cantum mata tunas akan berbuah selepas 3-5 tahun dan paling lambat 7 tahun bergantung dengan cara penjagaan. Pokok tanam biji berbuah agak lambat ada yg bernasib boleh berbuah selepas 6 tahun tapi ada juga yg mengambil masa belasan tahun. Bunga pertama dan kedua biasanya tak banyak yg lekat atau langsung tak melekat kerana pokok belum cukup matang.


3- Cuaca terlampau. 


Kemarau yang terlalu lama dan panas terlampau boleh menganggu bunga petai, dimana benang sari atau bunga jantan menjadi kekeringan. Bunga akan rosak dan akan keguguran.


Begitu juga jika terlalu kerap hujan. Jika hujan lebat berpanjangan semasa bunga sedang matang. Bunga Jantan boleh dihanyutkan bersama aliran air jatuh ke tanah. Agent pendebungaan juga tidak keluar bekerja semasa hujan lebat.


4- Kekurangan Nutrisi

Pembajaan pokok sangat menpengaruhi hasil. Bubuh baja buah yang unsur K dan P tinggi serta baja yang mengadungi unsur B, Ca, S,  Mn dan Zn. 


5- Bunga tidak Normal

Bunga tidak normal bermaksud Bunga Jantan dan Betina tidak matang dengan serentak. Ini menyebabkan pendebungaan gagal terjadi. Masalah ini boleh dikurangkan dengan memberi hormon Asid Gibberelin (GA3) dalam kadaran kepekatan rendah ~200ppm.


6. Faktor kelainan iklim

Masalah ini sering dihadapi oleh mareka yg menanam Parkia sumatrana atau Parkia Leiophylla (Petai Siam) atau popular dengan panggilan petai hybrid. Parkia sumatrana banyak ditanam di  Thailand, Vietnam atau Myanmar iklim sederhana dan tidak sesuai dengan iklim Malaysia. Jangan terpedaya dengan penjual bibit hibrid yg menayangkan petai berbuah dlm pasu atau petai pokok renek. Kena pastikan hybrid tersebut baka lokal atau baka dari tempat beriklim lain.


7. Pendebungaan

Pokok petai mengeluarkan bunga  jantan dan bunga betina. Pendebungaan terjadi pada waktu malam dengan bantuan angin, serangga dan haiwan. Tanpa agent pendebungaan penghasilan buah amat rendah. Agent pendebungaan utama bagi pokok petai adalah kelawar Nektar dan beberapa spesis lebah malam. Hanya 2 spesis lebah yg dikenalpasti bekerja pada waktu malam. Lebah liar spesis Reepenia Bituberculata dan Meroglossa Gemmata yang mencari makan waktu malam


    Kelawar adalah kawan kita... Bina habitat yg kelawar suka 

*Gambar ini hanya sebagai rujukaan. Di ambil dari sumber Mr.Google

Tiada ulasan:

Catat Ulasan