Jumaat, 31 Disember 2021

Aktiviti Perkebunan Pasca Bah


Pengurusan dan pemulihan kebun selepas banjir

Pertumbuhan tanaman dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti air, cahaya matahari, tekanan udara, pH, kelembapan udara, angin, dan ketinggian tanah dari aras laut boleh mempengaruhi perkembangan tumbuhan secara langsung. Unsur-unsur ini dipanggil sebagai faktor abiotik.

Sarawak menerima hujan yang tinggi berbanding negeri2 lain di Malaysia. Kita mempunyai tanah rendah dan juga berbukit yang luas untuk bertanam. Masalah yang sering dihadapi oleh petanindi dataran rendah iaitu ancaman banjir. Ada tanaman yang sukakan air dan ada yang sangat sensitif terhadap air yang bertakung. Para petani harus memikirkan jenis tanaman yang sesuai bagi tanah mareka. Masih banyak ruang pengeluaran pertanian yang belum dipenuhi. 

Pelbagai jenis tanaman untuk menjana pendapatan sesuai dengan persekitaran kita. Contohnya kawasan tanah rendah, kawasan tanah rendah biasanya mengandungi bahan organik yg tinggi seperti tanah gambut. Tanaman yang sesuai bagi tanah rendah seperti pokok robia, apong atau balak pelaie. Tanaman jangka masa pendek seperti padi, jagung, keladi juga sangat sesuai.

Jika anda sudah tersalah memilih tanaman. Dua contoh pokok yang sangat sensitif terhadap air bertakung iaitu engkado dan durian. Jika kebun anda mengalami bencana banjir? Apakah langkah awal yang perlu dilakukan bagi mengurangkan kesan kerosakan kepada tanaman. Perkara yang perlu anda ambil kira sebelum melangkah ke program pemulihan. 



1. Kenalpasti keluasan zon becana. Tandakan mana pokok yang terlibat. Kita boleh melihat bekas2 kotoran pada daun atau batang pokok 

2. Kenalpasti jenis air banjir. Sama ada air berkelodak seperti milo pekat atau teh tarik cair atau air teh kosong. Jika anda tidak dpt melihat air semasa banjir, anda2 masih boleh melihat pada tanda2 yang tertinggal pada daun atau batang tanaman

3. Adakah anda tahu berapa lama pokok terendam dalam air. Atau berapa lama hujan tanpa henti di kebun anda.


Tindakkan selanjutnya

Jika air banjir melanda kebun warnanya seperti milo mebih dari 2 hari. Maka anda perlu bersedia untuk mengantikan pokok. Manakala jika seperti teh kosong dlm tempoh 2 hari mungkin masih ada harapan untuk dipulihkan kembali. Bagi air banjir jernih mengalir, tempoh rendaman 3-4 hari mungkin masih ada harapan berbanding air berkelodak.

1. Bersihkan kawasan bawah kanopi supaya akar dapat menyerap oksigen dengan baik. Mendapan kelodak halus yang menutupi permukaan tanah akan menghalang  pengudaraan. Selain itu mendapan ini juga mungkin memerangkap compound bertoxic seperti sulfur, karbon dioksida, ferum dan manganes manakala semasa pereputan organik boleh membebaskan unsur seperti gas  ethanol, acetaldehyde dan hydrogen cyanide. Bagi mengatasinya kita perlu melakukan pengemburan tanah di ⅔ zon kanopi dengan menggunakan cangkul mata-3. 

2. Jika pokok kecil dan daunnya dibaluti kelodak. Kotoran di daun harus dibersihkan supaya proses transpirasi dan fotosintesis tidak terhalang. Aktiviti transpirasi dan fotosintesis ini mempengaruhi kadar penyerapan air dan gas O2 dari akar. Sembur chitosan bagi memgurangkan pokok stress

3. Air bah melarikan banyak mineral dalam tanah, iannya juga akan membawa sisa organik yg baru. Bahan organik baru yg belum terurai sepenuhnya mungkin membebaskan asid. Periksa pH tanah dan lakukan pengapuran jika pH tanah rendah.

4. Semasa bah banyak makluk dan pathogen hanyut bersama. Antara nya seperti tungau, spora kulat, nematode dan perosak tanaman yang lain. Buat semburan racun kulat dan serangga sebagai langkah berjaga-jaga.

5. Jika daun lekuningan ini menunjukan sistem pengakaran telah terjejas teruk. Berikan nutrint secara semburan foliar, pilih foliar organik yamg mudah diserap seperti FAA dan ransang pertumbuhan akar dengan HA. Perlu elakkan memberi baja kimia buat sementara waktu.

6. Jika daun sudah kelihatan kekuningan. Kita perlu melakukan pruning dengan membuang dahan yg kurang penting. Ini bagi mengurangkan beban stress yang dialami pokok. Begitu juga dengan bahan yang mati supaya tidak menjadi rumah kulat

7. Pokok yang mati perlu disulap dengan pokok baru. Tetapi sebelum itu kita perlu melakukan perawatan tanah. Jangan lupa utk membina batas atau busut lebih tinggi dari lavel air bah yang lalu. Sebaiknya tinggi tanah yang diolah sekitar 0.8-1.5m dari level tertinggi air bah.




Kebun saya di kawasan tinggi. Saya menulis artikal ini berdasarkan luahan hati rakan2 lain yang sedang mengalami banjir.


Ancaman Avokado 3 - Giant Silkworm

 Kupu-kupu Gajah atau Giant silkworm moth nama saintifik iaitu Attacus atlas adalah kupu-kupu yang bertelur di daun tumbuhan.



Larva Attacus atlas ini memakan daun matang tumbuhan. Daun avokado antara makanan kegemaran anak kupu-kupu gajah ini. Sebaik shj telurnya menetas, ia akan makan sebanyak mungkin. Tempoh hayat dewasanya sekitar 20hari, semasa menjadi kupu2 ianya jarang makan.



Apabila sudah nampak kehadiran larva Attacus atlas ini pada avokado anda. Kalau larat kutip dan musnahkan tapi kalau banyak dan pokok tinggi maka racun yang anda boleh gunakan seperti Decis, Malathion, Lambada dll. Saya suka sekali jalan bila meracun, saya guna Alika Zc. 

Larva tak perlu dimusnahkan bagi pokok matang kerana ulat ini akan membantu pemangkasan daun. Biasanya akan disusuli dengan pucuk baru yang akan membawa bunga sekali. Kalau pokok sedang membesar atau berbunga/berbuah maka kawalan perlu dilakukan dengan segera supaya tidak menganggu pembesaran pokok atau pembuahan.

Rabu, 29 Disember 2021

PERTANIAN ORGANIK

Pertanian Organik

Pertanian oganik menjadi semangkin popular semejak kebelakangan ini. Harga hasil petanian organik menjadi lebih mahal bukan sehaja kerana kos pengeluaran yang tinggi tetapi kerana nilai khasiatnya.



Perbizaan harga terlur organik (RM18) dan telur biasa (RM12.90) telur Omega (RM17) dan telur STF (RM14.50). Bagi menghasilkan telur organik sudh tentu sumber makanan ayam juga dari sumber organik. satu darippada contoh makanan organik yang digunakan untuk memberi ayam makan iaitu dun ketum ayam (Trichanthera Gigantea). Dalam kontek penanaman durian dan avokado masalah utama yang dihadapi petani durian ahupun avokado iaitu masalah akar putih, kanker akar dan batang. Tahukah sahabat yang penyebab penyakit ini boleh dihidari tanpa menggunakan racun kimia. kita lawan atau basmi kulat jahat ini dengan kulat atau bakteria baik. Sebelumnya kita sering menghandalkan racun kimia sebagai senjata utama dalam menangani penyakit reput akar batang ini, harga bahan kimia ini juga bukan murah. Mengapa mahu menggunakan racun yang mahal lagi berbahaya jika kita mempunyai altenatif seperti menggunakan bahan alami yang murah dan selamat kepada kita yang mengendali mahupun pengguna yang memakannya.


Mikro Organisma baik (Mikrobe) dalam pertanian yang senang diperolehi dan mudah  disediakan contohnya

- Sulfur Bacteria 

- Lactic bakteria

- Nitrobacter (Nitrifying bacteria)

- Trichoderma

- RiceBak (Alga beras air)

Sulfur Bacteria 

Sulfur bakteria adalah bakteria baik yang dapat mengubah bahan organik sulfur kepada asid amino atau bioaktif. Sulfur bakteria tergulong dalam Photosintetic Bacteria yang mana bakteria berkembang dengan bantuan cahaya matahari. Terdapat 5 jenis Photosintetic bakteria baik yang boleh dimanfaat dalam bidang pertanian.  iaitu:

- Green Sulphur Bacteria (GSB)

- Green Non Sulphur Bacteria (GNSB)

- Purple Sulphur Bacteria (PSB)

- Purple Non Sulphur Bacteria (PNSB)

- Cyanobacteria.

Photosintetic Bacteria banyak digunakan dalam pertanian organik. Saya sendiri telah menggunakan Photosintetic Bacteria dari jenis Purple Sulphur Bacteria (PSB). Bahan utk membiakkan bakteria ini mudah didapati, dimana saya menggunakan telur ayam dan Sos ikan. Saya menggunakan telur ayam kerana PSB memerlukan sulfur. Manakala Sos ikan pula sebagai  sumber Karbon dan Natrium. Proses pembuatan mengambil masa 3-5minggu bergantung kepada cuaca.

Photosintetic Bacteria memerlukan cahaya, tempat pembuatannya hendaklah dari bekas yang dapat ditembusi cahaya. Bahan tadi digaul dan ditutup rapat supaya membentuk keadaan kedap udara atau anaerob. Apabila berjaya, hasilnya kelihatan cairan berwarna merah muda iaitu asam amino yang merupakan protein yang penting kepada tanaman.

PSB boleh di bancuh dan diberikaan kepada tanaman secara semburan daun setiap 7-10hari atau siram pada tanah setiap 2minggu. Kepekatan semburan sekitar 180-250ppm ikut jenis tanaman.

Peranan dan manfaat PSB kepada tanaman kita iaitu.

- Menyuburkan tanaman kerana ianya kaya unsur Nitrogen

- Meningkatkan kualiti hasil. Contohnya durian akan rasa lebih sedap dan isinya menarik serta lunak

- Merangsang pertumbuhan akar dan meningkatkan daya tahan tanaman


Membuat Sulfur Bacteria - PSB DIY.

Sulfur Bacteri boleh dibuat skala kecilan di rumah dengan bahan seperti berikut

1. 2biji telor manuk 

2. 1L air tanpa klorin

3. Bekas tembus cahaya yang kedap udara (Botol air mineral 1.5L)



Purple Sulphur Bacteria (PSB)



Green Sulphur Bacteria (GSB)


Lactic Bacteria 

Lactic bakteria (LAB) adalah bakteria asid laktik yang boleh dimanfaatkan dalam bidang pertanian atau hidupan harian kita. Larutan EM, bokhasi, Cheese dan minuman Yakult adalah bahan yang berasaskan LAB. Contoh bakteria LAB iaitu Lactobacillus,  Lactococcus, Leuconostoc dll. LAB dapat diperolehi dari bahan tenusu, yis dan sisa dapur organik.


Cara membuat induk LAB bagi menghasilkan EM

EM adalah larutan probiotic dengan kultur / penapaian asid laktik.  induk LAB diternak secara anaerob (Tanpa Oksigen) oleh itu sangat penting dalam penghasilan LAB bekas yang digunaakan kedap udara. Ramai yang gagal membuat LAB kerana bekas yang digunakan tidak kedap udara dan tercemar. Penapaian yang gagal akan menghasilkan larutan yang berbau kurang enak manakala LAB yang berjaya berbau manis seperti air tuak atau air Yakult / Vitagen. 


Membuat induk LAB - DIY

Bahan membuat induk LAB dapat ditemukan dengan mudah iaitu hanya menggunakan

1. Susu cair segar

2. Gula perang atau Molasses

3. Air tanpa klorin

Nisbah campuran Susu: Molasses: Air adalah 2:1:10. Jika tiada susu segar, kita boleh juga menggunakan sisa dapur (kulit buah/ sayur mentah dengan ratio 3:2:10.

bahan di atas dimasukkan dalam bekas kedap udara dan diletakan di tempat teduh selama 3 minggu. Selepas 3 minggu cecair yang dihasilkan adalah induk EM1 yang terdiri daripada Laktik bakteria, yis dan photosintetik bakteria. Populasi bakteria dalam EM1 dapat dibanyakan lagi dengan menambah gula perang dan air tanpa klorin dengan nisbah 1:1:20 lalu di tapai semula dalam bekas kedap udara selama 2 minggu lalu terhasillah EM2.  Setelah mendapat induk, bahagikan cairan EM tersebut kepada 6 (5 bahagian untuk digunakan pada tanaman manakala 1 bahagian dijadikan induk simpanan). Induk LAB ini boleh disimpan lama kira-kira 6 bulan. Sebelum ianya mati dalam 6 bulan kita tanbah atau biakkn lagi dengan mencampur molasses.

Pembiakan- 1:1:20

pengaktifan-  1:20 ( kira-kira 50g gula perang bagi setiap liter EM2)


Diatas adalah cara dari asas pembikinan induk LAB. cara lebih mudah iaitu dengan menggunakan Yakult atau air Vitagen


125ml Vitagen dicampur 50g gula perang dan 1L air dan simpan dlam botol minuman 1.5L. Seminggu kamudian sudah boleh digunakan.

Nitro-Bacter

Nitro-bakter adalah bakteria yang menggunakan ammonia dan menukarkannya kapada Nitrite seterusnya menjadi nitrate (NO3). Nitro-bakter sangat penting kerana tumbuhan tidak dapat menyerap nitrogen secara langsung yang masih dalam bentuk ammonia. Hanya nitrogen dalam bentuk nitrate  (NO3) dan ammonium (NH4) dapat diserap oleh tanaman.


N2 - Nitrogen gas

N2O - Nitrous Oxide

NO2 - Nitrite

NO3 - Nitrate

NH3 - Ammonia (un-ionized)

NH4 - Ammonium (ionized)

CH4N2O - Uria atau  CO(NH2)2 / NH2CONH2


Pemberian ammoni kepada tanaman mengambil mas 3-7 hari untuk diserap. kehilangan nitrogen boleh terjadi akibt sejatan (volatilisation) atau lerut resap (leaching)

Nitro-bakter dapat diperbanyakkan untuk menguraikan ammonia supaya menjadi ammonium / nitrate dengan mudah. Nitro-bakter boleh diperangkap dengan mengambil tanah yang dibawah kandang.


Membuat induk Nitro-bakter

Bahan membuat induk Nitro-bakter dapat ditemukan dengan mudah iaitu hanya menggunakan

1. Tanah bawah kandang

2. Baja uria

3. Air tanpa klorin

Bahan di atas dimasukkan dalam bekas dan diletakan di tempat teduh selama 5 hari untuk penapaian. Selepas 3 hari cecair yang berbau hamis itu adalah induk Nitro-bakter. Dalam pross penapaian ini uria akan diurai menjadi ammonium seterusnya menjadi nitrate


Trichoderma

Trichoderma adalah sejenis kulat baik yang dapat mengurangkan masalah kanker batang dan reput akar. Trichoderma boleh dibiakkan jika kita sudah ada induknya, induk Trichoderma biasanya ditemuai di kawasan bawah pokok buluh. Kita boleh membuat starter dengan memerangkap induk Trichoderma menggunakan nasi dibawah pohon buluh.


RiceJelly

Ricejelly adalah sejenis Protista dari air beras (Alga beras) bentuknya hampir serupa  terumbu karang. Kandungan utama air bancuhan beras iaitu larutan kanji dan protien gluten jika difemertasi ianya akan menjadi Ricejelly. Ricejelly ini memanafaatkan kepada tumbuhan kerana ianya kaya dengan unsur seperti N, P, K, Mg, Mn, Zn, amino asid dan Vit B.  Proses fermentasi air cucian beras ini mengambil masa kira-kira 2-3 minggu. Sebelum itu air cucian beras didiamkan selama 3-5 hari supaya kanji terasing daripada gluten. Hanya gluten diambil utk di fermantasikan. Letakan larutan gluten di tempat teduh pada suhu bilik, selepas minggu kedua kita sudah dapat melihat ketulan terumbu karang terbentuk di atas permukaan bekas tadi. Biarkan terumbu karang itu membesar lagi seminggu sebelum kita ambil untuk dibuat baja.

Ricejelly boleh digunakan sebagai baja organik dan juga untuk mengurangkan masalah akar daripada diserang oleh kulat fusarium.



Ahad, 26 Disember 2021

MENANAM POKOK ROS



CARA MENANAM DAN MENJAGA POKOK ROS SUPAYA SUBUR DAN KERAP BERBUNGA:

1. Sediakan bekas dan pilih pokok bunga ros yang sihat. Untuk lebih cantik anda boleh menanam 2 pokok yang bercorak berlainan.

2. Pokok bunga ros memerlukan pasu sederhana besar saiz sekitar 8" - 12" supaya akar dpt bebas dan selesa. Padah bahagian bawah pasu elok kalau diletakan ketulan arang kayu yg bersaiz besar atau batu supaya lubang bawah pasu tidak tersumbat.
3. Pokok bunga ros memerlukan tanah yang gembur dan kaya organiknya. Media menanam dari hasil campuran Tanah atas, Bahan organik (kompos) dan Arang/Pasir dengan ratio 2:2:1. Tambahkan sesudu kapur pertanian seperti Zeolite atau Dolomite atau Sulka

4. Pada awal penanaman pokok perlu disiram dua kali sehari dan sebaik-baiknya pagi dan petang. Semasa menyiram jangan siram terlalu banyak air pada daun dan batang kerana pokok yang terlalu lembab boleh mengundang pelbagai penyakit. Siramlah di bahagian tanah dengan jumlah sikit atau sekadar membasahkan tanah. Pastikan air disiram dengan tekanan yang rendah dan jangan siram pada kuntum bunga.
Bagi pokok yang sudah stabil siraman hanya sekali sahari. Siram 2 kali jika cuaca terlalu kering dan ada tanda2 pokok stress.

5. Berikan baja bunga yang tinggi kandungan potassium (K) untuk menambahkan nutrien pokok setiap 2 minggu. Anda boleh juga gunakan air basuhan beras dan ikan diletakkan bersama-sama kulit pisang pada pangkal pokok bunga ros. Kulit pisang dikatakan mengandungi tinggi potassium boleh membantu pokok berbunga. Selain itu, kulit udang, dan ketam juga boleh digunakan sebagai penambah makro & mikro nutrien yang tinggi untuk pokok bunga ros.

6. Pruning dilakukan untuk membentuk pokok supaya rimbun. Pucuk yang telah habis berbunga perlu dicantas untuk menggalakkan pertumbuhan dahan dan pengeluaran bunga baru.

7. Penyakit yang selalu menyerang pokok bunga ros ialah:
a. Serangga Kutu
Thrips, teritip dan lalat putih yang menghisap nutrien pokok. Tanda-tanda yang dapat dilihat adalah seperti kecacatan (kerinting) pada pucuk, bunga, dan perlahan-lahan membantut pertumbuhan pokok. Jika tidak dirawat pokok boleh rosak dan seterusnya perlahan-lahan mati.
Kawalan - Ia boleh dikawal dengan menyeburkan cuka kayu dan racun serangga organik.

b. Semut
Semut suka bersarang pada pasu dan merosakan akar. Aktiviti semut boleh menggangu fungsi akar dan merosakan pertumbuhan pokok

Kawalan - sembur dengan racun semut seperti Fipronil

c. Blackspot.
Merupakan penyakit sering terjadi di musim hujan berpunca daripada serangan kulat. Benih iaitu spora kulat bercambah apabila daun atau batang selalu lembab atau basah.

Kawalan - Asingkan pokok yang terjangkiti dan sembur dengan racun kulat

d. Reput akar
Reput akar terjadi apabila media terlalu basah dalam tempoh yang lama atau pokok dijangkiti kulat akar. Oleh itu menentukan ratio media yg betul sangat penting dari peringkat penanaman
Semoga perkongsian diatas ini dapat membantu mereka yang baru memulakan minat menanam ros.

Jumaat, 26 November 2021

Ternakan Ayam Organik

Tempoh matang ayam kampung organik sekitar 3-5bulan. Ayam sudah boleh dipasarkan jika beratnya 1.3-1.8kg. keluasan bagi kandang ayam bergantung kepada jumlah ayam yg diternak. Pada asasnya 1kaki per segi cukup utk seekor ayam dewasa.


Pemakanan ayam adalah kos utama ternakan, bagi ayam organik nisbah makanan bagi membesarkan seekaor yam sehingga boleh dipasarkan iaitu  1:4-6 (setiap 1kg daging ayam memerlukan 4-6kg makanan) manakala ayam biasa pula kira-kira 1:3

Contoh ayam daging dengan target berat jualan 1.5kg maka jumlah makanan yang perlu disediakan (1:3) adalah 1.5kg x 3 = 4.5kg dedak.

Jadual pemakanan seekor ayam ikut umor

Bulan pertama : 0.5kg

Bulan ke-2: 1.5kg

Bulan ke-3: 2.5kg

Jumlah 4.5Kg (0.5kg + 1.5kg + 2.5kg = 4.5kg)


Jenis makaanan ayam

1. Layer Starter Mash 

Dedak halus yang diberikan kepada anak ayam dari kecil hingga umor 4minggu. Makanan ini wajib bagi ayam biasa mahupun ayam orgaanik

2. Layer Grower Mash/Pellet

Dedak kasar yang diberikan kepada ayam dari usia 5minggu hingga umor 8minggu. dedak untuk pembesaran ini perlu mengandungi protien sebanyak 19-21 peratus. Bagi ternakan ayam organik, pemberian dedak perlu dikurangkan perlahan-lahan dari minggu ke-4 sehingga minggu ke-6

3. Layer Finisher Mash/Pellet

Dedak kasar atau bijirin seperti jagung yang diberikan kepada ayam matang sehingga ianya dipasarkan

Keperluan makanan ayam harian menggikut usia mingguan

Minggu-1: 13g/day

Minggu-2: 25g/day

Minggu-3: 34g/day

Minggu-4: 40g/day (Boleh diberi makanan organik)

Minggu-5: 50g/day

Minggu-6: 60g/day

Minggu-7: 70g/day

Minggu-8 dan seterusnya hingga ayam tersebut terjual juga 80g/day.

Makanan organik yang tinggi protien diberikan kepada ayam organik. sumber makanan organik seperti Ketum Ayam (18-23.3% protien & 2.6% lemak), Bayam air, rumput Israel, pucuk jabang, daun betik, napier dan hampas sagu.

Pengasingan ayam dibuat kepada 3 group utama itu ayam yg masih kecil (anak ayam), ayam dara dan induk ayam. bagi nak ayam ianya perlu tempat yang berdinding serta dilengkapai alat pemanas bagi mengurangkan kematian akibat kesejukan terutaama di musim hujan. Bagi sangkar induk setiap satu ayam jantan perlu dipasangkan dengan 10 ekor ayam betina.


Kandungan ketum ayam Vs Dedak

Dedak ayam mengandungi kira-kira 18-19% protien & 7.3% lemak

Ketum ayam mengandungi 18-23.3% protien & 2.6% lemak

Daripada data ini kita boleh andaikan isi ayam lebih padat dan kurang lemak jika diberi ketum berbanding jika diberi dedak biasa.

Selasa, 23 November 2021

Ketuat Daun


 Kejadian ketuat atau galls (Alstonia scholarris) pada daun memang sering kita jumpai terutamanya daun jambu susu (semelatong). Apakah punca terjadinya galls ini. 

Ianya boleh terjadi apabila pokok diserang hama seperti Psyllid, mites, trioza aguacatae, Pauropsylla tuberculata, Hemiptera psylloidea,Hemiptera Cynipidae, Diptera Cecidomyiidae.

Pada tanaman avokado juga tidak terkecuali biasa disebabkan oleh hama Trioza aguacatae .

Rabu, 20 Oktober 2021

ASAS PEMBAJAAN 1

 

PEMBAJAAN TUMBUHAN

Tumbuhan memerlukan 16 unsur nutrient utama untuk kelangsungan hidup sama seperti manusia yang perlu makan dan minum setiap hari. Unsur yang diperlukan oleh tanaman selain air (H2O), Oksigen (O2) dan karbon dioksida (CO2) iaitu seperti nitrogen (N), fosforus (P), kalium (K), kalsium (Ca), magnesium (Mg), dan sulfur (S) dan mikronutrien seperti boron (B), zink (Zn), besi (Fe), tembaga (Cu), mangan (Mn), molibdenum (Mo) dan klorin (Cl)

 

                 Gambar dari sumber YaraMalaysia

 

Baja membekalkan nutrien kepada tumbuhan supaya dapat bertumbuh dengan subur. Pembekalan nutrient kepada tumbuhan pada asasnya adalah melalui akar dan boleh juga diberikan melalui daun dan batang. Biasanya baja berbentuk putiran (Granular fertilizer) diberikan melalui akar manakala baja cecair (Liquid fertilizer / Foliar) boleh disembur ke daun dan batang.

 

Sebelum kita mendalami lebih lanjut keperluan nutrient tanaman, mari kita mengenali asas perbezaan antara Baja Kimia, Baja Semi-Organik dan Kompos. Baja biasanya menyediakan nutrien seperti Nitrogen (N), Phosporus (P), Potassium (K), Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), Sulfur (S), Boron (B), Tembaga (Cu), Besi (Fe), Mangan (Mn), Molibdenum (Mo), Zink (Zn) dan Klorin (Cl)

Nombor-nombor pada guni baja itu boleh memberitahu kandungan unsur nutrient yang dibekalkan. Sebagai contoh NovaTec Premium 15-3-20-2+10S+Te bermaksud bahawa peratusan baja tersebut mengandungi 15% Nitrogen, 3% Phosphorous, 20% Potassium (kalium), 2% Magnesium, 10% Sulfur dan Trace-elements (mikronutrien). Jika dicampurkan jumlah unsur nutrient kira-kita 50% dan selebihnya terdiri bahan tambah (inert materials) seperti tanah, mineral powder, resin, polymer sebagai coating agent dll


N biasanya dibekalkan sebagai amonium atau nitrat


K dibekalkan sebagai potassium cloride atau potassium sulfate atau potassium nitrate. Sumber potassium ini memberi kesan kepada hasil tanaman. Contohnya buah nanas yang dibaja dengan K2SO4 terasa lebih manis drpd buah yang dibaja dengan KCl.


 


 

 

Baja NPK berformulasi 16:16:16 ini Menggandungi N-16%, P-16% dan K-16% dengan Ratio 1:1:1

 

Setiap 1Kg mengandungi (N=160g, P-160g, K-160g & bl - 600g)

Bentuk baja

Baja dipasaran biasanya dalam bentuk butiran, powder dan cecair, boleh diberikan kepada tanaman secara serapan akar dan daun. Baja biasa (Oxide), mudah larut (water sulable) dan cecair amino organik. Baja jenis cecair yg disembur pada daun (masuk melalui liang stoma) boleh diserap lebih cepat drpd yg diserap dari akar. Jadual dibawah adalah tempoh penyerapan nutrin sehingga 50%


Mengenali fungsi berdasarkan formula. Sebagai petani kita perlu tahu fungsi asas baja berdasarkan ratio atau formulanya. Baja subur, bunga dan buah dapat dibezakan dengan ratio kandungan NPK yg kita boleh rujuk pada bungkusan. Baja yang datang dari nagara pembekal 1-1-2, 1-2-2, 2-1-2. dalam bentuk pukal dan dipack semula di kilang2 tempatan. 

Rujuk gambar dibawah, dari formulanya (12.12.17) kita dapat agak bahawa baja ini adalah direka untuk pembungaan dan pembuahan. Bagaimana nak tahu?


Memahami formula baja subur. 
Baja subur mengadungi N yang tinggi berbanding unsur P dan K

Perbezaan Utama:  Terdapat dua jenis baja yang biasa kita temuai dipasaran iaitu jenis baja jenis Sintetik (Kimia) dan satu lagi adalah Semi-organik (Biasa diniagakan sebagai baja Organik, ianya berbeza dengan Kompos). Baja organik adalah baja yang dicipta menggunakan campuran produk semulajadi seperti kapur, kompos yang dicampur sedikit bahan berunsur kimia untuk meningkatkan kandungan NPK. Baja sintetik popular kerana ia dapat diserap dengan cepat dan memberi pulangan hasil dengan baik ianya diperbuat daripada campuran bahan kimia.

Kompos adalah bahan organik yang telah direput/uraikan (Fermented Cattle Manure)  untuk digunakan sebagai penyubur tanah. Popular dikalangan pengeluar tanaman organik kerana tidak memberikan kesan buruk kepada alam sekitar dan lebih bermanfaat untuk tumbuh-tumbuhan dalam jangka panjang.

Kompos memberi pemakanan yang perlahan kepada hidupan dalam tanah. Pada asasnya kompos adalah campuran bahan organik basah seperti dedaun, sisa makanan, sisa kandang dan air. Proses pemecahan mengambil masa, yang juga membolehkan tumbuhan perlahan-lahan mengambil nutrient tersebut. Tujuan utama penyediaan kompos organik adalah untuk menarik organisme yang boleh menguraikan timbunan organik. Semasa penguraian ini ianya akan membebaskan nutrient yang dapat diserap oleh tumbuhan sebagai imbalan.

Penyedian Kompos moden lebih cepat (4-6minggu) dan mudah dengan menyiram timbunan organik menggunakan EM. Kompos yang telah matang akan dibungkus bagi memastikan ia mempunyai sejumlah air, udara dan bahan yang kaya dengan karbon, nitrogen dan mikrobe baik. Kompos yang aktif mempunyai organisma seperti bakteria, actinomycetes, kulat baik, protozoa dan rotifers.

 


Baja Organik berasaskan tinja ayam yang telah di Fermentasi

 

Baja dan kompos sebenarnya berbeza dari satu sama lain. Baja menyediakan nutrien dan tenaga kepada tumbuhan, manakala kompos meremajakan tanah. Baja boleh dibandingkan dengan orang yang diberi minumanan isotonik , ia akan memberi mereka tenaga segera tetapi ia juga akan berkurang sebagai kadar yang lebih cepat.

Walau bagaimanapun, kompos terurai perlahan-lahan dan juga menyediakan pemakanan secara perlahan membolehkan tumbuhan dapat mengekalkan diri mereka dalam jangka waktu yang lebih lama. Untuk mempunyai kebun yang berjaya, kita harus memastikan bahawa tanah serta tanaman mendapat nutrient secukupnya. Kedua-dua baja dan kompos harus digunakan sama.

 



 

Ternakan

Kandungan Nutrient %

N

P

K

Ayam

1.0-3.2

0.8-3.0

0.4-2.0

Kambing

0.8-1.0

0.3-0.5

1.0-1.2

Sapi

0.1-1.0

0.6-1.2

0.5-1.0

 

Unsur baja Makro serta mikro

Kelebihan

Kekurangan

Baja Kimia (Synthetic Fertilizer)

-  Bertindakbalas dengan cepat

-  Formula boleh diubah mengikut keperluan tanaman

-  Membekalkan nutrient untuk ladang skala besar

-  Senang diangkut

-   Mudah larut resap (Leaching)

-   Pemberian yang lebih kerap

-   Boleh menyebabkan toxic kepada tanah

-   Diperbuat daripada proses kimia. Kemungkinan mengadungi logam berat

Harga perkilo yang mahal tetapi unsur nutrient yang tinggi, penggunaan hanya sedikit. Keseluruhan lebih hemat belanja. Harga sekilo RM3-5 sepokok tanaman durian memerlukan 3kg ($3 x 3kali = RM9.00-15.00)

 

 

Baja Organik

-  Senang diperolehi di Kawasan luar bandar. Diproses dari sisa sumber semulajadi

-  Kurang mencemarkan alam sekitar.tidak mengandungi logam berat

-  Dapat memelihara hidupan mikro tanah

-  Dapat memperbaiki struktur tanah

-   Tindakbalas perlahan bergantung dengan penguraian oleh microbe

-   Ration nutrient yang terhad

-   Memerlukan pekerja yang ramai untuk menyediakan

-   Mungkin mengadungi bakteria berbahaya

Harga perkilo yang murah tetapi unsur nutrient yang rendah, penggunaan yang banyak untuk membekal secukup nutrient kepada tanaman.

 

 

Contoh:

                            Baja NPK 16-16-16 Vs Tinja Ayam (1.32-1.57-1.79)

 

Sepokok durian remaja usia 3 tahun memerlukan 240-295g unsur N setahun. Jika anda menggunakan baja NPK berformula 16:16:16 maka jumlah baja yang anda perlu beri sebanyak 1.5-1.8 Kilogram. Manakala 18-22 Kilogram jika anda menggunakan tinja ayam. Cara pengiraannya seperti berikut.

 

Baja NPK (16-16-16)

Seguni Baja 50kg x 16% mengadungi 8kg unsur N. Maka 8000g / 240g = 33pokok atau 1.5-1.8kg

 

Formula baja yang digunakan (N - 16% @ 0.16)

Jumlah unsur N diperlukan 240g ÷16% = 1.5Kg / 295g ÷16% = 1.8Kg

 

Tinja Ayam (1.32-1.57-1.79)

Seguni Baja 20kg x 1.32% mengadungi 264g unsur N. Maka 264g / 240g = 1pokok

 

Formula baja yang digunakan (N-1.32% @ 0.0132)

Baja 240g / 0.0132 = 18.2kg / Baja 295g / 0.0132 = 22.3kg

 

Seguni 20kg Tinja ayam belum proses harga RM8-12, manakala yang sudah diproses RM28-40. Baja gradula seguni 50kg berharga RM135 bersamaan RM2.70/Kg

 


Fungsi Unsur Makro serta mikro


1. NITROGEN (N)

Nitrogen diserap oleh tanaman dalam bentuk NO3– (N-nitrate) atau NH4+ (N-amonium) atau keduanya. Tumbuhan yang sukakan air lebih banyak atau suka menyerap N dalam bentuk NH4- contohnya sayur daun hijau seperti kangkong, sawi dan tumbuhan air. Manakala tumbuhan berkayu lebih menyukai N dalam bentuk NO3-. 

Sebaiknya NH4+ (N-amonium) diberikan kepada tanaman tidak lebih dari 30% dari keperluan keseluruhan N. Jika berlebihan boleh menyebabkan sel daun tipis, cepat lemas / layu, dan rentan terhadap serangan penyakit.


Fungsi NH4+ terhadap pertumbuhan tanaman akan menyebabkan tanaman tumbuh pesat, sel-sel membesar, daun melebar.

Fungsi NO3- terhadap pertumbuhan tanaman adalah boleh memanjangkan usia tanaman atau daya simpan bunga/buah, toleran terhadap kekurangan air, membuat daun lebih hijau, mengurangi keguguran bunga, buah terbentuk lebih sempurna.


FUNGSI :

– Membentuk klorofil, membuat protein, lemak amino dan senyawa organik

- merangsang pertumbuhan tanaman keseluruhannya

– Membuat enzim-enzim yang berperanan dalam membentuk daun dan produksi bahan kering

– Termasuk unsur hara yang mobil di dalam tanaman (apabila daun-daun muda kekurangan N, maka N dari daun-daun tua akan ditranslokasikan ke daun-daun muda.


GEJALA KEKURANGAN :

– Pertumbuhan terbantut

– Daun terlihat hijau muda dan menjadi kekuningan

– Biasanya daun diposisi paling hujung lebih awal bergejala

- Bagi pokok yang sempat berbuag. buah akan kerdil. masak tidak cukup masa lalu gugur


2. POSPHORUS (P)

Phosphorus/ Fosfor diserap tanaman dalam bentuk ion H2PO4-, dan sebahagian kecil dapat diserap dalam bentuk ion HPO4-2.

Pemberian P bersama-sama dengan NH4+ dapat merangsang pertumbuhan akar, tetapi penyerapan P oleh akar meningkat apabila yang digunakan adalah NO3- daripada menggunakan NH4+.


FUNGSI :

– Mempercepat pertumbuhan dan perkembangan hujung akar dan titik tumbuh

– Mempunyai peranan dalam proses fotosintesis, pembakaran karbohidrat

– P dalam tanaman bersifat mobil


GEJALA KEKURANGAN :

– Warna daun berubah menjadi gelap dan selanjutnya menjadi kelabu

– Sistem perakaran kurang berkembang

– Pertumbuhan pucuk pada pokok muda terbantut

- Beberapa jenis tumbuahan. tepi daun akan bertukar ke warna puple


3. POTASSIUM / KALIUM (K)

Potassium diserap oleh tanaman dalam bentuk ion K+ dan ketersediaan K dari pupuk relatif lebih cepat daripada dengan fosfat.


FUNGSI :

– Sangat diperlukan pada phasa reproduksi  / pembungaan

– Sebagai katalisator dalam proses metabolisme tanaman

– Berperanan penting dalam penyusunan protein dan karbohidrat

– Mempercepat pertumbuhan jaringan maristematik

– Mengukuhkan atau menebalkan sel-sel pada batang dan kulit tumbuhan 

- Meningkatkan daya tahan tanaman terhadap stress

– Meningkatkan kualiti bunga dan buah

– K dalam tanaman bersifat mobil


GEJALA KEKURANGAN :

– Kekurangan Potassium ditandai dengan berubahnya tepi daun dari warna hijau menjadi kuning muda

– Warna kuning tersebut berlanjut menjadi kecoklatan dan kekeringan

– Tepi daun berlobang 

– Dapat menurunkan daya tahan terhadap cuaca, serangan hama dan penyakit


4. KALSIUM (Ca)

Kalsium diserap oleh tanaman dalam bentuk ion Ca++, ketersediaan Ca ternyata dapat mempengaruhi unsur hara lain terutama Mg, apabila Ca pada kondisi kekurangan, maka penyerapan Mg akan terlalu besar dan dapat meracuni tanaman. Penambahan atau pemberian Ca bersama-sama dengan unsur N akan menguntungkan pada perkembangan batang dan pembentukan tunas-tunas baru. Ca banyak terdapat dibahagian tanaman yang tua dan bersifat immobil.


FUNGSI :

– Membina dan menguatkan dinding sel tanaman

- Membantu dalam pembentukan pucuk tanaman 

- Membantu pemanjangan ujung akar

– Berperanan dalam pembentukan protein dan penyerapan nitrat


GEJALA KEKURANGAN :

– Daun-daun berukuran kecil dan gagal berkembang penuh

– Warna daun menjadi gelap

- Akar dan pucuk terbantut

- Kulit buah mudah pecah dan buruk (end rot)

5. MAGNESIUM (Mg)

Tanaman menyerap Magnesium dalam bentuk ion Mg++, ketersediaan Mg tidak boleh berlebihan karena dapat meracuni tanaman, unsur Mg harus seimbang dengan unsur Ca. Unsur hara Mg adalah bersifat mobil.

FUNGSI :

– Berperanan dalam proses fotosintesis dan pembentukan klorofil

– Untuk pembentukan enzim dan protein dalam tanaman

– Menaikan kadar minyak pada tanaman

– Termasuk unsur hara yang mobil didalam tanaman


GEJALA KEKURANGAN :

Gejala ini biasanya terlihat pada daun tua

– Diantara tulang daun terlihat klorosis

– Perubahan warna daun menjadi kuning tetapi tulang daun tetap berwarna hijau

– Dapat menyebabkan kegagalan pertumbuhan dan perkembangan kuncup bunga

- Mempengaruhi rasa buah (Kurang manis)


6. SULFUR (S)

Tanaman menyerap Sulfur melewati akar dalam bentuk ion SO4= dan dapat diserap melalui daun dalam bentuk ion SO2-, tetapi pada kadar yang terlalu tinggi dapat meracuni tanaman. Kadar S di dalam tanaman rata-rata 0,1 – 0,4 %. Unsur S di dalam tanaman dapat menekan kelebihan nitrat sehingga akibat negatif dari penumpukan nitrat yang terlalu tinggi dapat dicegah. Sulfur adalah unsur hara yang bersifat mobil.


FUNGSI :

– Menyusun asam amino, aktivator enzim dan pembentukan Vitamin

- Meningkatkan aroma buah

GEJALA KEKURANGAN :

– Daun berwarna gelap pada sebahagian daun yang paling dekat dengan batang

– Urat-urat daun berubah menjadi kuning

– Batang tanaman kurus dan kecil


UNSUR BAJA MIKRO

1. BORON (B)

Tanaman menyerap Boron dalam bentuk ion H3BO3-, walaupun B merupakan unsur yang diperlukan dalam jumlah sedikit, tetapi harus tersedia untuk pertumbuhannya. Boron tidak boleh berlebihan karena dapat meracuni dan merosakan protoplasma tanaman. Boron adalah unsur hara yang bersifat immobil.


FUNGSI :

– Berperanan seprti glue dalam pembentukan dinding sel tumbuhan (Daun, pucuk, tangkai bunga / buah)

- Berperanan sebagai aktivator mahupun inaktivator hormon auksin dalam pembelahan dan pembesaran sel

- Membantu dalam respirasi dan metabolisma karbohidrat

– Penting dalam pendebungaan dapat meningkatkan kecekapan penghasilan serbuk sari

– B dalam tanaman bersifat immobil


GEJALA KEKURANGAN :

– Gejala dapat dilihat pada daun dengan tanda-tanda yang mengering dan kurus, ujung daun menjadi coklat

– Apabila suhu tinggi dan tanaman kekurangan B dapat menyebabkan kelopak bunga menjadi pecah (calyx splinting) atau dapat juga sebagai akibat perbezaan suhu udara siang dan malam terlalu tinggi (lebih dari 10'C).

– Pertumbuhan rata-rata tanaman merosot, pertumbuhan kerdil dengan ruas-ruas yang pendek 

- Pucuk kering dan pertumbuhan terhenti

- Bunga kering lalu gugur atau buah berbentuk tidak seragam

– Buah pecah-pecah/retak kulit


2. Besi / Ferum (Fe)

Tanaman menyerap Besi dalam bentuk ion Fe3+, tetapi lebih banyak diserap dalam bentuk ion Fe2+. Besi juga dapat diserap dalam bentuk garam-garam kompleks organik (chelate) dan dapat juga diserap oleh daun dalam bentuk Fe sulfat. Fe adalah salah satu unsur immobil.


FUNGSI :

– Membentuk klorofil, diperlukan dalam membentuk fotosintesis

– Berperanan dalam mengaktifkan berbagai enzim


GEJALA KEKURANGAN :

– Warna daun akan pudar dan menjadi kering lalu menjadi keriput

– Pada ujung daun menjadi terkikis tetapi urat-urat daun masih tetap hijau


3. MANGAN (Mn)

Mangan diserap oleh tanaman dalam bentuk ion Mn2+ dan juga dalam bentuk kompleks organik. Apabila kadar Mn berelebihan bagi tanaman dapat menyebabkan keracunan. Sifat dari Mangan adalah immobil


FUNGSI :

– Berfungsi dalam pembelahan sel

– Di gunakan dalam proses pernafasan dan fotosintesis


GEJALA KEKURANGAN :

– Daun akan tampak berwarna gelap dan muda

– Perkembangan kuncup akan mengalami kegagalan

– Pertumbuhan tanaman terhambat


4. Kuprum (Cu)

Tanaman menyerap Cu dalam bentuk Cu2+ dan dapat diserap melalui daun dalam bentuk molekul kompleks organik

FUNGSI :

– Cu diserap oleh tanaman dalam jumlah sedikit

– Berfungsi sebagai aktivator beberapa enzim laktase, oksidase dan asid askorbat


GEJALA KEKURANGAN :

– Terlihat pada ujung daun yang mengisut dan merana, dan terkadang terlihat seperti gejala kekurangan K, karena tepi-tepi daunnya mengering.


5. Zink (Zn)

Tanaman menyerap Zn dalam bentuk ion Zn2+ dan dapat dalam bentuk kompleks organik, seperti EDTA.


FUNGSI :

– Berperanan dalam pembentukan asid Indol asetic Acid (IAA), sehingga akan banyak berperanan dalam pembelahan sel-sel maristem


GEJALA KEKURANGAN :

– Terjadi salah tumbuh pada ujung akar dan terjadi kelambatan tunas di pucuk karena pembelahan sel maristem tidak sempurna

– Daun berwarna hijau muda, kuning atau putih di antara tulang daun, dan ruas-ruas batang memendek, daun menjadi kecil, sempit dan agak tebal, kemudian dapat menyebabkan daun menjadi gugur.


6. MOLIBDENIUM (Mo)

Tanaman menyerap Mo dalam bentuk ion MoO4= dan dalam jumlah sedikit, kelebihan sedikit saja dapat menyebabkan keracunan bagi tanaman.


FUNGSI :

– Berfungsi mengikat nitrogen dari udara dalam penghasilan nitrat pada akr sayuran


GEJALA KEKURANGAN :

– Kekurangan Mo dapat mempengaruhi berlangsungnya sintesis asid amino dan protein, sehingga dapat mempengaruhi fungsi N di dalam tanaman


6. KLORIN (CL)

Tanaman menyerap CL dalam bentuk ion klorida (CL-). Tumbuhan jarang mengalami masalah kekurangan CL malah banyak yang menghadapi masalah keracunan CL akibat telebih. Unsur CL digunakan dalam jumlah yang amat sedikit, kelebihan sedikit saja dapat menyebabkan keracunan bagi kebanyakan jenis tanaman.


FUNGSI :

– Berfungsi fisiologis dalam proses fotosintesis bagi merangsang hormon ATP 

- Berperanan dalam aktiviti Enzim

- Bertidakbalas bersama ion H untuk membentuk HCl bagi tanaman tertentu. HCl ini adalah satu cecair berasid yg boleh membunuh pathogen.


GEJALA KEKURANGAN :

– Kekurangan Cl dapat mempengaruhi perpentukan daun yang tidak normal terutama tanaman sayuran. Daun berwarna gelap / tembaga dan keriput.


Jenis Immobile dan mobile nutrient dalam tanaman

Kalsium, besi. Boron, Mangan, Zink, Tembaga dan Molibdenium adalah unsur nutrient yang bersifat immobile manakala nutrient yang bersifat mobile seperti Nitrogen, Phosphorus, Potassium, Sulfur dan Magnesium dan Klorin

Keperluan nutrient dalam tanah bagi tanaman berbeza mengikut jenis tanaman dan fasa pertumbuhan. Asasnya seperti berikut.

N: 25-50mg N Kg
P: 7-100mg N Kg
K: 35-280mg N Kg

Nisbah NPK tanah pada fasa

Pertumbuhan- 4:2:1
Pembungaan - 1:3;3
Pembuahan - 2:1:4








Alat pengukur nilai NPK, pH, EC, kelembapan dan suhu tanah yang saya gunakan.