Pertanian Organik
Pertanian oganik menjadi semangkin popular semejak kebelakangan ini. Harga hasil petanian organik menjadi lebih mahal bukan sehaja kerana kos pengeluaran yang tinggi tetapi kerana nilai khasiatnya.
Perbizaan harga terlur organik (RM18) dan telur biasa (RM12.90) telur Omega (RM17) dan telur STF (RM14.50). Bagi menghasilkan telur organik sudh tentu sumber makanan ayam juga dari sumber organik. satu darippada contoh makanan organik yang digunakan untuk memberi ayam makan iaitu dun ketum ayam (Trichanthera Gigantea). Dalam kontek penanaman durian dan avokado masalah utama yang dihadapi petani durian ahupun avokado iaitu masalah akar putih, kanker akar dan batang. Tahukah sahabat yang penyebab penyakit ini boleh dihidari tanpa menggunakan racun kimia. kita lawan atau basmi kulat jahat ini dengan kulat atau bakteria baik. Sebelumnya kita sering menghandalkan racun kimia sebagai senjata utama dalam menangani penyakit reput akar batang ini, harga bahan kimia ini juga bukan murah. Mengapa mahu menggunakan racun yang mahal lagi berbahaya jika kita mempunyai altenatif seperti menggunakan bahan alami yang murah dan selamat kepada kita yang mengendali mahupun pengguna yang memakannya.
Mikro Organisma baik (Mikrobe) dalam pertanian yang senang diperolehi dan mudah disediakan contohnya
- Sulfur Bacteria
- Lactic bakteria
- Nitrobacter (Nitrifying bacteria)
- Trichoderma
- RiceBak (Alga beras air)
Sulfur Bacteria
Sulfur bakteria adalah bakteria baik yang dapat mengubah bahan organik sulfur kepada asid amino atau bioaktif. Sulfur bakteria tergulong dalam Photosintetic Bacteria yang mana bakteria berkembang dengan bantuan cahaya matahari. Terdapat 5 jenis Photosintetic bakteria baik yang boleh dimanfaat dalam bidang pertanian. iaitu:
- Green Sulphur Bacteria (GSB)
- Green Non Sulphur Bacteria (GNSB)
- Purple Sulphur Bacteria (PSB)
- Purple Non Sulphur Bacteria (PNSB)
- Cyanobacteria.
Photosintetic Bacteria banyak digunakan dalam pertanian organik. Saya sendiri telah menggunakan Photosintetic Bacteria dari jenis Purple Sulphur Bacteria (PSB). Bahan utk membiakkan bakteria ini mudah didapati, dimana saya menggunakan telur ayam dan Sos ikan. Saya menggunakan telur ayam kerana PSB memerlukan sulfur. Manakala Sos ikan pula sebagai sumber Karbon dan Natrium. Proses pembuatan mengambil masa 3-5minggu bergantung kepada cuaca.
Photosintetic Bacteria memerlukan cahaya, tempat pembuatannya hendaklah dari bekas yang dapat ditembusi cahaya. Bahan tadi digaul dan ditutup rapat supaya membentuk keadaan kedap udara atau anaerob. Apabila berjaya, hasilnya kelihatan cairan berwarna merah muda iaitu asam amino yang merupakan protein yang penting kepada tanaman.
PSB boleh di bancuh dan diberikaan kepada tanaman secara semburan daun setiap 7-10hari atau siram pada tanah setiap 2minggu. Kepekatan semburan sekitar 180-250ppm ikut jenis tanaman.
Peranan dan manfaat PSB kepada tanaman kita iaitu.
- Menyuburkan tanaman kerana ianya kaya unsur Nitrogen
- Meningkatkan kualiti hasil. Contohnya durian akan rasa lebih sedap dan isinya menarik serta lunak
- Merangsang pertumbuhan akar dan meningkatkan daya tahan tanaman
Membuat Sulfur Bacteria - PSB DIY.
Sulfur Bacteri boleh dibuat skala kecilan di rumah dengan bahan seperti berikut
1. 2biji telor manuk
2. 1L air tanpa klorin
3. Bekas tembus cahaya yang kedap udara (Botol air mineral 1.5L)
Purple Sulphur Bacteria (PSB)
Green Sulphur Bacteria (GSB)
Lactic Bacteria
Lactic bakteria (LAB) adalah bakteria asid laktik yang boleh dimanfaatkan dalam bidang pertanian atau hidupan harian kita. Larutan EM, bokhasi, Cheese dan minuman Yakult adalah bahan yang berasaskan LAB. Contoh bakteria LAB iaitu Lactobacillus, Lactococcus, Leuconostoc dll. LAB dapat diperolehi dari bahan tenusu, yis dan sisa dapur organik.
Cara membuat induk LAB bagi menghasilkan EM
EM adalah larutan probiotic dengan kultur / penapaian asid laktik. induk LAB diternak secara anaerob (Tanpa Oksigen) oleh itu sangat penting dalam penghasilan LAB bekas yang digunaakan kedap udara. Ramai yang gagal membuat LAB kerana bekas yang digunakan tidak kedap udara dan tercemar. Penapaian yang gagal akan menghasilkan larutan yang berbau kurang enak manakala LAB yang berjaya berbau manis seperti air tuak atau air Yakult / Vitagen.
Membuat induk LAB - DIY
Bahan membuat induk LAB dapat ditemukan dengan mudah iaitu hanya menggunakan
1. Susu cair segar
2. Gula perang atau Molasses
3. Air tanpa klorin
Nisbah campuran Susu: Molasses: Air adalah 2:1:10. Jika tiada susu segar, kita boleh juga menggunakan sisa dapur (kulit buah/ sayur mentah dengan ratio 3:2:10.
bahan di atas dimasukkan dalam bekas kedap udara dan diletakan di tempat teduh selama 3 minggu. Selepas 3 minggu cecair yang dihasilkan adalah induk EM1 yang terdiri daripada Laktik bakteria, yis dan photosintetik bakteria. Populasi bakteria dalam EM1 dapat dibanyakan lagi dengan menambah gula perang dan air tanpa klorin dengan nisbah 1:1:20 lalu di tapai semula dalam bekas kedap udara selama 2 minggu lalu terhasillah EM2. Setelah mendapat induk, bahagikan cairan EM tersebut kepada 6 (5 bahagian untuk digunakan pada tanaman manakala 1 bahagian dijadikan induk simpanan). Induk LAB ini boleh disimpan lama kira-kira 6 bulan. Sebelum ianya mati dalam 6 bulan kita tanbah atau biakkn lagi dengan mencampur molasses.
Pembiakan- 1:1:20
pengaktifan- 1:20 ( kira-kira 50g gula perang bagi setiap liter EM2)
Diatas adalah cara dari asas pembikinan induk LAB. cara lebih mudah iaitu dengan menggunakan Yakult atau air Vitagen
125ml Vitagen dicampur 50g gula perang dan 1L air dan simpan dlam botol minuman 1.5L. Seminggu kamudian sudah boleh digunakan.
Nitro-Bacter
Nitro-bakter adalah bakteria yang menggunakan ammonia dan menukarkannya kapada Nitrite seterusnya menjadi nitrate (NO3). Nitro-bakter sangat penting kerana tumbuhan tidak dapat menyerap nitrogen secara langsung yang masih dalam bentuk ammonia. Hanya nitrogen dalam bentuk nitrate (NO3) dan ammonium (NH4) dapat diserap oleh tanaman.
N2 - Nitrogen gas
N2O - Nitrous Oxide
NO2 - Nitrite
NO3 - Nitrate
NH3 - Ammonia (un-ionized)
NH4 - Ammonium (ionized)
CH4N2O - Uria atau CO(NH2)2 / NH2CONH2
Nitro-bakter dapat diperbanyakkan untuk menguraikan ammonia supaya menjadi ammonium / nitrate dengan mudah. Nitro-bakter boleh diperangkap dengan mengambil tanah yang dibawah kandang.
Membuat induk Nitro-bakter
Bahan membuat induk Nitro-bakter dapat ditemukan dengan mudah iaitu hanya menggunakan
1. Tanah bawah kandang
2. Baja uria
3. Air tanpa klorin
Bahan di atas dimasukkan dalam bekas dan diletakan di tempat teduh selama 5 hari untuk penapaian. Selepas 3 hari cecair yang berbau hamis itu adalah induk Nitro-bakter. Dalam pross penapaian ini uria akan diurai menjadi ammonium seterusnya menjadi nitrate
Trichoderma
Trichoderma adalah sejenis kulat baik yang dapat mengurangkan masalah kanker batang dan reput akar. Trichoderma boleh dibiakkan jika kita sudah ada induknya, induk Trichoderma biasanya ditemuai di kawasan bawah pokok buluh. Kita boleh membuat starter dengan memerangkap induk Trichoderma menggunakan nasi dibawah pohon buluh.
RiceJelly
Ricejelly adalah sejenis Protista dari air beras (Alga beras) bentuknya hampir serupa terumbu karang. Kandungan utama air bancuhan beras iaitu larutan kanji dan protien gluten jika difemertasi ianya akan menjadi Ricejelly. Ricejelly ini memanafaatkan kepada tumbuhan kerana ianya kaya dengan unsur seperti N, P, K, Mg, Mn, Zn, amino asid dan Vit B. Proses fermentasi air cucian beras ini mengambil masa kira-kira 2-3 minggu. Sebelum itu air cucian beras didiamkan selama 3-5 hari supaya kanji terasing daripada gluten. Hanya gluten diambil utk di fermantasikan. Letakan larutan gluten di tempat teduh pada suhu bilik, selepas minggu kedua kita sudah dapat melihat ketulan terumbu karang terbentuk di atas permukaan bekas tadi. Biarkan terumbu karang itu membesar lagi seminggu sebelum kita ambil untuk dibuat baja.
Ricejelly boleh digunakan sebagai baja organik dan juga untuk mengurangkan masalah akar daripada diserang oleh kulat fusarium.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan