Ahad, 26 Disember 2021

MENANAM POKOK ROS



CARA MENANAM DAN MENJAGA POKOK ROS SUPAYA SUBUR DAN KERAP BERBUNGA:

1. Sediakan bekas dan pilih pokok bunga ros yang sihat. Untuk lebih cantik anda boleh menanam 2 pokok yang bercorak berlainan.

2. Pokok bunga ros memerlukan pasu sederhana besar saiz sekitar 8" - 12" supaya akar dpt bebas dan selesa. Padah bahagian bawah pasu elok kalau diletakan ketulan arang kayu yg bersaiz besar atau batu supaya lubang bawah pasu tidak tersumbat.
3. Pokok bunga ros memerlukan tanah yang gembur dan kaya organiknya. Media menanam dari hasil campuran Tanah atas, Bahan organik (kompos) dan Arang/Pasir dengan ratio 2:2:1. Tambahkan sesudu kapur pertanian seperti Zeolite atau Dolomite atau Sulka

4. Pada awal penanaman pokok perlu disiram dua kali sehari dan sebaik-baiknya pagi dan petang. Semasa menyiram jangan siram terlalu banyak air pada daun dan batang kerana pokok yang terlalu lembab boleh mengundang pelbagai penyakit. Siramlah di bahagian tanah dengan jumlah sikit atau sekadar membasahkan tanah. Pastikan air disiram dengan tekanan yang rendah dan jangan siram pada kuntum bunga.
Bagi pokok yang sudah stabil siraman hanya sekali sahari. Siram 2 kali jika cuaca terlalu kering dan ada tanda2 pokok stress.

5. Berikan baja bunga yang tinggi kandungan potassium (K) untuk menambahkan nutrien pokok setiap 2 minggu. Anda boleh juga gunakan air basuhan beras dan ikan diletakkan bersama-sama kulit pisang pada pangkal pokok bunga ros. Kulit pisang dikatakan mengandungi tinggi potassium boleh membantu pokok berbunga. Selain itu, kulit udang, dan ketam juga boleh digunakan sebagai penambah makro & mikro nutrien yang tinggi untuk pokok bunga ros.

6. Pruning dilakukan untuk membentuk pokok supaya rimbun. Pucuk yang telah habis berbunga perlu dicantas untuk menggalakkan pertumbuhan dahan dan pengeluaran bunga baru.

7. Penyakit yang selalu menyerang pokok bunga ros ialah:
a. Serangga Kutu
Thrips, teritip dan lalat putih yang menghisap nutrien pokok. Tanda-tanda yang dapat dilihat adalah seperti kecacatan (kerinting) pada pucuk, bunga, dan perlahan-lahan membantut pertumbuhan pokok. Jika tidak dirawat pokok boleh rosak dan seterusnya perlahan-lahan mati.
Kawalan - Ia boleh dikawal dengan menyeburkan cuka kayu dan racun serangga organik.

b. Semut
Semut suka bersarang pada pasu dan merosakan akar. Aktiviti semut boleh menggangu fungsi akar dan merosakan pertumbuhan pokok

Kawalan - sembur dengan racun semut seperti Fipronil

c. Blackspot.
Merupakan penyakit sering terjadi di musim hujan berpunca daripada serangan kulat. Benih iaitu spora kulat bercambah apabila daun atau batang selalu lembab atau basah.

Kawalan - Asingkan pokok yang terjangkiti dan sembur dengan racun kulat

d. Reput akar
Reput akar terjadi apabila media terlalu basah dalam tempoh yang lama atau pokok dijangkiti kulat akar. Oleh itu menentukan ratio media yg betul sangat penting dari peringkat penanaman
Semoga perkongsian diatas ini dapat membantu mereka yang baru memulakan minat menanam ros.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan