Pengurusan dan pemulihan kebun selepas banjir
Pertumbuhan tanaman dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti air, cahaya matahari, tekanan udara, pH, kelembapan udara, angin, dan ketinggian tanah dari aras laut boleh mempengaruhi perkembangan tumbuhan secara langsung. Unsur-unsur ini dipanggil sebagai faktor abiotik.
Sarawak menerima hujan yang tinggi berbanding negeri2 lain di Malaysia. Kita mempunyai tanah rendah dan juga berbukit yang luas untuk bertanam. Masalah yang sering dihadapi oleh petanindi dataran rendah iaitu ancaman banjir. Ada tanaman yang sukakan air dan ada yang sangat sensitif terhadap air yang bertakung. Para petani harus memikirkan jenis tanaman yang sesuai bagi tanah mareka. Masih banyak ruang pengeluaran pertanian yang belum dipenuhi.
Pelbagai jenis tanaman untuk menjana pendapatan sesuai dengan persekitaran kita. Contohnya kawasan tanah rendah, kawasan tanah rendah biasanya mengandungi bahan organik yg tinggi seperti tanah gambut. Tanaman yang sesuai bagi tanah rendah seperti pokok robia, apong atau balak pelaie. Tanaman jangka masa pendek seperti padi, jagung, keladi juga sangat sesuai.
Jika anda sudah tersalah memilih tanaman. Dua contoh pokok yang sangat sensitif terhadap air bertakung iaitu engkado dan durian. Jika kebun anda mengalami bencana banjir? Apakah langkah awal yang perlu dilakukan bagi mengurangkan kesan kerosakan kepada tanaman. Perkara yang perlu anda ambil kira sebelum melangkah ke program pemulihan.
1. Kenalpasti keluasan zon becana. Tandakan mana pokok yang terlibat. Kita boleh melihat bekas2 kotoran pada daun atau batang pokok
2. Kenalpasti jenis air banjir. Sama ada air berkelodak seperti milo pekat atau teh tarik cair atau air teh kosong. Jika anda tidak dpt melihat air semasa banjir, anda2 masih boleh melihat pada tanda2 yang tertinggal pada daun atau batang tanaman
3. Adakah anda tahu berapa lama pokok terendam dalam air. Atau berapa lama hujan tanpa henti di kebun anda.
Tindakkan selanjutnya
Jika air banjir melanda kebun warnanya seperti milo mebih dari 2 hari. Maka anda perlu bersedia untuk mengantikan pokok. Manakala jika seperti teh kosong dlm tempoh 2 hari mungkin masih ada harapan untuk dipulihkan kembali. Bagi air banjir jernih mengalir, tempoh rendaman 3-4 hari mungkin masih ada harapan berbanding air berkelodak.
1. Bersihkan kawasan bawah kanopi supaya akar dapat menyerap oksigen dengan baik. Mendapan kelodak halus yang menutupi permukaan tanah akan menghalang pengudaraan. Selain itu mendapan ini juga mungkin memerangkap compound bertoxic seperti sulfur, karbon dioksida, ferum dan manganes manakala semasa pereputan organik boleh membebaskan unsur seperti gas ethanol, acetaldehyde dan hydrogen cyanide. Bagi mengatasinya kita perlu melakukan pengemburan tanah di ⅔ zon kanopi dengan menggunakan cangkul mata-3.
2. Jika pokok kecil dan daunnya dibaluti kelodak. Kotoran di daun harus dibersihkan supaya proses transpirasi dan fotosintesis tidak terhalang. Aktiviti transpirasi dan fotosintesis ini mempengaruhi kadar penyerapan air dan gas O2 dari akar. Sembur chitosan bagi memgurangkan pokok stress
3. Air bah melarikan banyak mineral dalam tanah, iannya juga akan membawa sisa organik yg baru. Bahan organik baru yg belum terurai sepenuhnya mungkin membebaskan asid. Periksa pH tanah dan lakukan pengapuran jika pH tanah rendah.
4. Semasa bah banyak makluk dan pathogen hanyut bersama. Antara nya seperti tungau, spora kulat, nematode dan perosak tanaman yang lain. Buat semburan racun kulat dan serangga sebagai langkah berjaga-jaga.
5. Jika daun lekuningan ini menunjukan sistem pengakaran telah terjejas teruk. Berikan nutrint secara semburan foliar, pilih foliar organik yamg mudah diserap seperti FAA dan ransang pertumbuhan akar dengan HA. Perlu elakkan memberi baja kimia buat sementara waktu.
6. Jika daun sudah kelihatan kekuningan. Kita perlu melakukan pruning dengan membuang dahan yg kurang penting. Ini bagi mengurangkan beban stress yang dialami pokok. Begitu juga dengan bahan yang mati supaya tidak menjadi rumah kulat
7. Pokok yang mati perlu disulap dengan pokok baru. Tetapi sebelum itu kita perlu melakukan perawatan tanah. Jangan lupa utk membina batas atau busut lebih tinggi dari lavel air bah yang lalu. Sebaiknya tinggi tanah yang diolah sekitar 0.8-1.5m dari level tertinggi air bah.
Kebun saya di kawasan tinggi. Saya menulis artikal ini berdasarkan luahan hati rakan2 lain yang sedang mengalami banjir.