Mealybug atau teritip adalah serangga yang memghisap cecair tanaman termasuk avokado. Terdapat ratusan jenis teritip ditemuai diseluruh dunia. Secara tidak langsung teritip juga sering menjadi punca marebaknya penyakit tanaman. Terdapat teritip yang bercekerang (armored scales insects) dan yang tidak bercekerang (unarmored scales insects).
Hanya menggunakan racun serangga biasa tidak mudah membunuh teritip. Kerana kulitnya keras dan tidak mudah ditembusi racun. Kawalan secara kimia boleh menggunakan White oil atau Adjuvant yang dicampur dengan racun serangga seperti (Adjuvabt + Dimethoate) atau (White Oil + Decis) atau (Adjuvabt + Buprofezin) . White Oil akan merosakan sistem pernafasan teritip lalu membunuhnya. Selain itu kita juga boleh menggunakan cuka kayu supaya kulit teritip menjadi lembut dan dapat ditembusi racun. Saya selalu menggunakan racun serangga yg mempunyai 2 bahan aktif yang bertindak secara setuh dan sistemik seperti Alika Zc.
Gambar diambil dari sumber pihak lain. Hanya sebagai rujukan supaya lebih senang difahami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan