Biasa kita beli racun kulat atau racun serangga. Kita selalu jumpa perkataan SC, EC, SL, WP dan ZC. Ada bermacam-macam kod lagi (AB, AE, AL, AP, BB, BR, CB, CF, CG, CL, CP, CS, DC, DL, DP, DS, DT, ED, EG, EO, ES, EW, FD, FG, FK, FP, FR, FS, FT, FU, FW, GA, GB, GE, GF, GG, GL, GP, GR, GS, GW, HN, KK, KL, KN, KP, LA, LS, LV, MC, ME, MG, MV, OD, OF, OL, OP, PA, PB, PC, PO, PR, PS, RB, SA, SB, SD, SE, SG, SO, SP, SS, ST, SU, TB, TC, TK, TP, UL, VP, WG, WS, WT, XX, ZE dan ZW)
Kita fokus kepada jenis-jenis racun yg biasa ditemuai di kedai-kedai pertanian lokal seperti. Kalau kod ZC, AS, SL, SP, SC, WSC, SG. Ini adalah jenis larut air. Kod WP, F, WDG/DF pula dari jenis tak larut air. Manakala jenis racun berasaskan minyak biasanya bermula dari E seperti EC, EW ...
Biasa teguk orang campur racun macam buat air bandung (sirap + susu). Kebaikan mencampur pelbagai a i racun boleh menjimatkan air, masa serta tenaga kita. Namun bagitu kita perlu tahu adakah bahan tersebut boleh dicampurkan. Kali ini saya ingin berkongsi asas ilmu mencampur racun dengan kawan2.
Apakah petua yang kita perlu tahu jika mahu bunuh serangga dan pada masa yg sama mahu sembur racun kulat. Prinsip asasnya kita elakkan mencampur racun dari kumpulan yg sama. Juga jangan campurkan racun yg pH berbeza (Asid + Alkali).
Racun berasaskan tembaga (copper) adalah bersifat alkali harus disembur secara berasingan tanpa mencampurkan bahan lain. contohnya tembaga oksida dan tembaga hidroksida. Racun bersifat alkali jika bercampur dengan racun bersifat asid. Boleh menyebabkan kerosakan sel tanaman. Bukan shj meracuni kulat akan tetapi meracuni tanaman kita juga. Racun kulat Aliette juga tidak sesuai bercampur dengan racun lain, racun aliette berasaskan aluminium yg bersifat asid.
Ramai yg cadangkan racun perlu dibancuh berasingan sebelum di tuang ke dalam tangki alat penyembur. Tapi saya tidak akan buat seperti itu kerana kita akan memerlukan bekas extra untuk membancuh. Jadi saya gunakan urutan pencampuran. Urutan mencampur racun adalah seperti berikut
Pertama. Bancuhkan dulu jenis yg tak larut air Contoh WP/ F / WDG / DF.
Kedua dan atau ketiga. Bancuh jenis racun yg larut air (Contohnya AS / SL / SP / SC / WSC / SG) atau selanjutnya bancuh racun yang berasaskan minyak contohnya (EC / E / EW).
Keempat / last. Bancuh bahan pelekat / penyerap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan