Sabtu, 26 Mac 2022

Pengecatan batang pokok

 Apakah tujuan pengecatan pokok. 



Antara sebab2 mengapa kita perlu mengecat pokok.

- Mengelakan jangkitan kulat

- Menghalang serangan serangga pengorek batang

- Menutupi luka terbuka contohnya selepas pemangkasan

- Menghidari kerosakan akibat perubahan suhu dan cuaca terlampau



Apakah bahan yang digunakan?

Campuran bahan yang digunakan adalah terdiri drpd racun serangga, racun kulat, kapur / cat air dan air. Perlu berhati-hati mencampurkan racun serangga dan racun kulat, pastikan racun yg dicampur adalah serasi. Jika tidak pasti ianya harus di aplikasikan secara berasingan.

Bahan racun dicairkan/bancuh terlebih dahulu dan bukan dicampur langsung dengan cat. Gunakan cat berwarna putih supaya senang dipantau dan kurang menyerap haba bila terkena matahari. 


Antara bahan yang biasa digunakan 

Racun kulat Aliette + Cat

Racun kulat Luna + Fipronil + Cat

Racun kulat copper sulfat+ Alika Zc + cat

Racun kulat copper hydroxide + kapur siling


** Racun kulat Copper based tidak boleh dicampur;

- Copper Hydroxide tidak boleh bercampur dengan bahan yang yang berasid (bawah pH7)

- Copper Oxychloride tidak boleh bercampur dengan bahan yang  beralkali / racun serangga

- Copper Sulfate tidak boleh bercampur dengan bahan yang yang beralkali seperti racun serangga chlorpyrifos/fevalerate

- Tribasic Copper Sulfate tidak boleh bercampur dengan bahan yang beralkali




Bahagian / kawasan pokok yang perlu dicat

- Batang atau dahan yang mengalami kecederaan mekanikal (calar oleh binatang/ bekas pemangkasan

- Bahagian bawah batang yang kurang drpd 1.0meter dari level tanah

- Bekas luka yang disebabkan jangkitan kulat


Sebaik-baiknya pengecatan diulangi setiap 4-6 bulan pada batang bawah atau sehingga luka telah sembuh sepenuhnya bagi luka akibat penyakit atau luka mekanikal.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan