Agent Pendebungaan
Agent Pendebungaan amat penting dalam pertanian terutama tanaman yang menghasilkan buah. agent pendebungaan terdiri daripada Angin, Serangga, Burung, Haiwan dan Manusia.
AgroBorneo merupakan Blog peribadi yang Mengongsikan pengalaman bercucuk tanam. Amalan yang digunakan mungkin sedikit berbeza dengan orang lain. Penulis cuba memberi penerangan sebaik mungkin tetapi tidak dipertanggunggjawab atas kerugian pembaca yang menggunakan bahan siaran dalam blog ini.
Agent Pendebungaan
Agent Pendebungaan amat penting dalam pertanian terutama tanaman yang menghasilkan buah. agent pendebungaan terdiri daripada Angin, Serangga, Burung, Haiwan dan Manusia.
PELBAGAI JENIS WARNA BUNGA ROSE
Pokok Rose mempunyai bunga pelbagai warna. Saya tak kisah apa makna warna tersebut yang penting hati kita suka.
Setakat ini saya hanya memiliki pokok rose bunga warna pink. Saya masih mencari baka warna lain seperti rose warna putih, merah dan kuning.
Kelapa adalah tumbuhan dari keluarga palma.
Akar kelapa banyak bergerak ke arah horizontal dan boleh menjalar hingga 32kaki. Kedalaman akar kelapa pula seperti berikut
Punca daun kelapa kering (rujuk gambar dibawah) - KUMBANG BRONTISPA boleh diselesaikan dengan racun serangga seperti Alika
Limau Kasturi (Citrus Microcarpa)adalah dari keluarga Calamansi Lime dipercayai kacukan Kumquat (Fortunella) dengan citrus yang dahulunya tumbuh liar di hutan Borneo, seterusnya menyebar ke philippines, Sulawasi, Malaya, Sumatera, Jawa, Taiwan dan selatan China. Dahulunya habitat asalnya boleh dijumpai di hutan dara tetapi kini sudah banyak ditanam secara kebun atau dihalaman rumah. Nama latin bagi limau kasturi iaitu Mangifera Casturi boleh tumbuh setinggi hingga 6meter. Limau kasturi ini hidup subur di tanah dataran rendah saliran yang baik seperti tanah loam berpasir, keasaman tanah yang optimum bagi limau kasturi sekitar pH 5-6.5. Limau kasturi tidak asing bagi masyarakat sarawak (Kaum Malanau) kerana ianya banyak digunakan dalam menyediakan hidangan umai atau Hinaba (kaum Dusun). Limau kasturi kaya dengan vitaamin C: E dan A
Penulisan kali ini berasarkan pengalaman mengusahakan 24pokok limau kasturi sebagai hobi dan pendapatan sampingan.
Panduan menaman limau kasturi
Jarak Tanaman: 3m x 4m (amalan saya) hingga 6m x 6m
Tinggi (topping): 4kaki ketinggian pokok dihadkan kepada 2.5meter
Busut (tanah rata): 40cm
Pengeluaran hasil: 2 tahun selepas ditanam dan optimum selepas 4 tahun
Jangka hayat produktif: 12tahun
Hasil keluaran: 15-20kg/pokok semusim (24pokok x 15kg= 360Kg) atau 4T per ekar
Buah boleh dipetik dari 100-130hari selepas antesis
Musim: Berbuah sepanjang tahun tetapi ada 2 kali musim perdana setahun
Keperluan baja dan tanah
Jenis: Loam berpasir
pH: 5.0 - 6.5
EC: The Best below 1.4 dS/M dan hasil berkurangan apabila EC 1.7-2.4 dS/M. semasa aruhan EC boleh ditingkatkan dlm tempoh singkat ke 2.5-3.0 dS/M
watertable: melebihi 1meter
Baja: Jumlah baja setahun dari umor selepas tanam
1tahun (300-400g 15:15:15) dibahagi 6 pusingan
2tahun (500-800g 12:12:17) dibahagi 4 pusingan
3tahun (1.0-1.5kg 12:12:17) dibahagi 4 pusingan
4tahun (2.0-2.5kg 12:12:17) dibahagi 4 pusingan
5tahun daan seterusnya (3-4kg 12:12:17) dibahagi 4 pusingan
Beberapa Penyebab Mengapa Buah Mangga Boleh Pecah walau masih di Pucuk.
1. Terlebih air
2. Perubahan cuaca mendadak
3. Kulit nipis
4. Pembajaan yang salah waktunya
5. Ketidak seimbangan unsur nutrisi
6. Dijangkiti oleh kulat
7. Diserang oleh hama
KULIT NIPIS
Beberapa varieti mangga mempunyai kulit yg nipis dan mudah pecah apabila pembesaran buah terlalu cepat. Pembesaran buah dipengaruhi oleh kecepatan pengisian isi ianya berkaitan dengan penyerapan air dan baja. Sel kulit yang nipis mudah pecah apabila pengisian terlalu cepat. Pemberian unsur kalsium dapat mengurangkan masalah ini. Kalsium membantu dalam pembinaan sel tumbuhan. Sumber kalsium seperti Gypsum (Kalsium Sulfat), Zeolite atau Dolomite dll.
TERLEBIH AIR
Masaalah ini sering terjadi semasa musim hujan. Sebab utama buah merekah/splitting. Terjadi pada buah klon tertentu ialah disebabkan oleh tekanan air/hydrostatic pressure. Air yang mengejut banyak dalam tanah akan disedut naik oleh akar pokok dan dihantar ke daun dan buah. Hal ini menyebabkan tekanan air menjadi tinggi di dalam buah lalu menyebabkan kulit mangga merekah. Kawalan air ini menjadi rumit bagi penanaman di zon taburan hujan yang tinggi. Satu kaedah yang boleh digunakan iaitu menggunakan teknik penanaman berbusut atau membuat penyiraman berkala supaya tiada kejutan apabila musim hujan yang tak tersangka.
Pemilihan klon juga harus diambil kira.
Elak mananam varieti yang berkulit nipis di daerah yang lebat hujan. Kalau sudah terlajak tanam kita boleh tukar kepada varieti lain yang lebih tahan perubahan cuaca dengan melakukan cantuman dewasa (Top Working)
BAJA
Kita mahu buah yang besar dan cantik dengan membekalkaan nutrisi secukupnya. Elakan memberi baja secara berlebihan dairpada jumlah keperluan pokok kerana ini akan menyebabkan buah menjadi terlalu padat dan boleh merekah. Semasa pembentukan buah, unsur Nitrogen (N) hanya sedikit sahaja diperlukan oleh itu tak perlu diberi unsur N tambahan. Bagi pokok yang berbuah nipis seperti mangga, pemberian kalsium nitrate tidak disyorkan kerana ianya mengandungi nitrogen. Dimusim hujan penggunaan CaBor banyak membantu, manakala kapur boleh diberikan sebelum musim buah. Dimusim huan kita perlu unsur kalsium yang boleh diserap dengan cepat seperti dalam bentuk foliar, kapur mengambil masa yang lama untuk menampakan kesannya (Slow realease).
Sebelum ini telah diceritakan tentang pentingnya unsur Kalsium (Ca) untuk membina sel. Membina sahaja mungkin tidak cukup tetapi sel tersebut perlu dimantapkan lagi dengan memberikan unsur Boron (B). Boron berperanan untuk mengikat sel2 tumbuhan supaya lebih kenyal. Sekali lagi CaBor mungkin boleh mengurangkan kerugian buah merekah ini.
Gambar kejadian dibawah diambil dari perkongsian rakan2 di FB. Mohon dihalalkan
Cempedak
Rambutan
Buah Nona
Kerosakan akibat kimia
Satu lagi yang boleh menyebabkan buah merekah iaitu penggunaan racun rumput jenis serap dibawah kanopi pokok. Elakan meracun rumput semasa pokok sedang berbuah dan gunakan racun yang mesra tanaman contohnya Basta 15 (a.i Glufosinate - Ammonium)
TANAM HALIA
Halia ( Zingiber Officinale) termasuk dalam famili Zingiberaceae merupakan tanaman yang mudah diusahakan. Kurang dijangkiti penyakit dan tahan kemarau tapi tidak tahan air bertakung, Terdapat 4 spesis halia yang biasa ditanam secara komersial iaitu halia putih, halia hitam, halia merah dan halia besar.
Halia ditanam dengan cara keratan ubi. tempoh matang halia 10-16bulan mengikut varieti. Antara varieti yang popular ditanam iaitu.
Saya pernah menanam Halia Dayak, Halia Bentong, Halia Bara dan Halia Hitam secara kecilan di dalam bekas dan hasilnya memuaskan. Penjagaan tak susah seperti menjaga sayuran. Hanya siram 4-6 hari sekali dimusim kemarau. Pembajaan 3 kali sudah cukup. Pembajaan jarang orang cerita kecuali anda menghadiri kursus khas, itu pun anda hanya diterangkan dengan penggunaan Baja AB. Baja AB sudah tersedia hanya bancuh ikut sukatan dan tuang dalam tong baja fertigasi. tapi satu masalah jika anda menanam cara biasa di tanah.
kerja lazim yang perlu dilakukan selain menyiram seperti
Penanaman secara terbuka di atas tanah harus mengunakan sistem batas dan biasanya ditanam dengan jarak 15 x 24inci. Sebab jika musim hujan tiba, air yang bertakung boleh merosakan ubi halia. Tanah juga mesti poros supaya tidak menghalang ubinya membesar. Sebelum ditanam keratan (Rhizom) halia hendaklah dicambahkan terlebih dahulu ditapak semaian. Pilih hanya rhizom dari pokok yang sihat sahaja harus disemai bagi mengelakan penyakit merebak di tapak semaian atau lahan kita. digalakan juga untuk merawat benih sebelum rhizom disemai dengan menggunakan bancuhan larutan Bordeaux selama 15-20minit dengan kepekatan 500ppm atau bancuhan larutan Binomil
Keperluan Nutrisi
Sebelum penanaman atau semasa membina batas, semburkan racun kulat dan tabur sedikit dolomite. Baja organik atau tinjar ayam dan baja akar diberikan semasa menanam. Baja subur boleh diberikan pada minggu ke-6 kamudian baja buah pada minggu ke-14/16 dan minggu ke-22/24.
Semasa menanam tabur RP atau TSP dan baja organik. selepas ditanam anak halia disiram denggan mengunakan hormon akar seperti Atonik,, boleh juga menggunaan Chitosan
Pembajaan
Minggu ke-6 (120g bagi Program Pembajaan-1) tabur baja subur NPK 16:16:16
Pembajaan selanjutnya menggunakan baja 12:12:17 atau 10:18:24 atau 0:52:34 dicampur Kalsium Nitrate (15.4:0:0:26Ca+0.3B)
Minggu ke-14 atau 16 (250g bagi Program Pembajaan-2)
Minggu ke-22 atau 24 (500g bagi Program Pembajaan-3)
Minggu ke-32 (500g bagi Program Pembajaan-4).
Jika menggunakan MKP dan Kalsium-nitrat dalam program pembajaan utama. Pembajaan harus dilakukan setiap 2-3minggu kerana MKP dan Kalsium Nitrat mudah larut dan hilang dibawa air (Water Soluble Fertilizer). Jumlah baja yang diberikan 16-20-35-50-70g sepokok mengikut saiz.
N- Bagi minimum
P- Banyak
K- Banyak
Ca - Sederhana
Mg - Sederhana tp rendah
S - Sederhana tp rendah
B - Sesikit
H2O - Secukupnya
Halia muda boleh diambil bila berusia 6 bulan dan halia matang kira2 10bulan atau 12bulan bagi halia Jernang. Halia yg hendak dibuat benih dituai selepas 12-14bulan.
Perosak yang terdapat pada tanaman halia adalah:
POKOK KANTAN
Pokok Kantan atau Torch Ginger (Etlinggera Elatior) termasuk dalam famili Zingiberaceae merupakan tanaman yang mudah diusahakan. Pokok kantan antara tanaman herba atau rempah yang mudah dijaga, berpenyakit dan tahan kemarau. Saya memiliki 3 jenis pokok kantan iaitu Kantan Merah, Kantan, Putih dan Kantan Pink.
Masyarakat Balau di Sarawak menggunakan kantan sebaggai makanan. bahagian yang sering digunakan seperti umbut, buah dan bunga. Sup buah kantan rasa masam dan harum sangat sedap, menambahkan selera makan. Umbut Kantan pula selalu digunakan untuk masakan ikan pasuh (masak dalam buluh) manakala bunga kantan banyak digunakan dalam menu masakan asam pedas, kerabu, tomyam dan laksa. Kantan Pink lebih berpotensi ditanam untuk Komersial kerana aroma lebih menarik dan bunga lebih banyak.
Budidaya kantan boleh memberikan pulangan lumayan bagi pengusahanya. Orang kata pokok yang ditanam daripada Rhizom boleh menghasilkan bunga selepas 9bulan ditanam, tapi pengalaman saya 14bulan. Manakala tanaman dari biji mengambil masa kira-kira 2 tahun untuk keluar hasil. Jarak penanaman yang disyorkan untuk penanaman komersial iaitu 2m x 3m x 4m (bagi kantan Pink). Tanah mesti digemburkan supaya akar pokok kantan cepat berkembang. Pilih hanya rhizom dari pokok yang sihat bagi mengelakan penyakit merebak di lahan. Sebelum ditanam keratan (Rhizom) kantan hendaklah merawat menggunakan bancuhan larutan Bordeaux selama 15-20minit dengan kepekatan 500ppm atau bancuhan larutan Binomil.
Bagi tapak penanaman tanah rata pastikan air tidak bertakung. Tapak penanaman hendaklah dibuat parit supaya air mudah mengalir keluar selepas hujan bagi mengelakkan akar kantan reput jika terendam lama dalam air.
Keperluan Nutrisi
Sebelum penanaman lubang bersaiz 1kaki x 1kkaki perlu ddisediakan 3-4 minggu awal, lubang tersebut perlu semburkan racun kulat dan tabur sedikit dolomite. Baja organik atau tinjar ayam dan baja akar (RP) diberikan semasa menanam. Akar dijangka akan mula bertumbuh dengan banyak selepas minggu ke-6 ditanam ianya boleh dilihat jika ada pucuk baru mula muncul. Pada saat itu baja subur (NPK 15:15:15 campur Kalsium-Nitrat) sudah boleh diberikan dengan jumlah sedikit setiap 2 bulan..