Ahad, 18 Julai 2021

BUAH ENGKADO GUGUR

 BUAH GUGUR SEBELUM MATANG.



Biasanya buah Engkado tidak mudah gugur sendirinya. Sedangkan untuk buah masak pun kita perlu petik dan peram. Sama macam buah ciku perlu petik dan peram. Apabila ada buah gugur sebelum masanya, itu memang ada sesuatu tanda masalah. 

Apakah yg menyebabkan buah gugur sebelum matang seperti dlm gambar di bawah (gambar dr sumber google). Antara punca buah gugur:-

A. Peringkat awal pembentukan bunga/buah

A.1- Kekurangan unsur Kalsium (Ca) dan Boron (B)

A.2 - Ketidakseimbangnya hormon Auksin serta Methyl Jasmonate

A.3 - Agent pendebungaan tidak berkerja

A.4. - Suhu tidak sesuai untuk pendebungaan

A.5- Pengaruh cuaca yg terlalu panas atau kerap hujan atau kemarau

A.6- Bunga atau putik buah diserang kulat (Antraknos)

A.7- putik buah diserang oleh serangga contohnya Teritip

A.8- Kesilapan membaja

A.9- Angin kencang (>65km/h)


B. Peringkat pertengahan pembentukan buah

B.1- Pengaruh cuaca yg terlalu panas atau kerap hujan. Pokok perlu di siram jika tanah terlalu kering. Semasa musim hujan pastikan bawah pokok tidak menakong air lama. Pembinaan busut setinggi 1kaki atau 15-20inci memang sangat penting  jika menanam di tanah rata.

B.2- Pastikan buah tidak terlalu banyak dan melebihi kemampuan pokok. Secara automatik buah berlebihan akan jatuh secara semulabjadi jika pokok tak mampu menampungnya

B.3- Pastikan nutrisi yg mencukupi terutama unsur potassium dan Kalsium semasa pembentukan buah. Selepas menuai pokok perlu diberikan baja secukupnya bagi mengantikaan nutrisi yg telah digunanya utk membentuk buah. Hal ini sama seperti seorang ibu selepas melahirkan perlu makanan yg sesuai utk pemulihan kesihatan.

B.4- Lakukan pengawasan dan kawalan kulat reput akar (berhati2 menggunakan racun kimia dan sentiasa patuhi tempoh bebas tuai)

B5- Buah disengat oleh serangga biasanya nyamuk buah dan lalat buah

Untuk mengatasi kita perlu tahu aa punca dari tanda2 masalah. Jika ada faktor lain sila tulis di ruang komen.


ENGKADO REPUT AKAR

  MASALAH REPUT AKAR

Akar banyak mempengaruhi ketahanan dan kesuburan pokok. Pemilihan rootstock sangat penting bagi mengurangkan masalah penyakit di bahagian akar. Ramai pengusaha Engkado komersial mengunakan rootstock yang tahan cuaca, tahan penyakit dan keserasi. Beberapa pengusaha memilih ranting dari pokok yang berkualiti seperti Dusa, Zutano .... Ranting tersebut ditut untuk dijadikan rootstock. Ada juga yang menggunakan biji Dusa tapi biji kurang berkesan berbanding tut.

3 punca utama masalah reput akar iaitu

1. Lemas akibat terendam dalam air terlalu lama

2. Diserang oleh penyakit kulat (Kulat Pythium, Phytophthora dan Rigidiporus Lignosus, Armillaria luteobubalina, Rosellinia necatrix, Fusarium sp) 

3. Dimakan ulat atau anai-anai dalam tanah

AKAR LEMAS

Bagi kawasan kerap hujan seperti Selatan Sarawak dan tanah jenis yang menakung air (clay) atau saliran yg kurang baik. Gunakan teknik "Parit Bulan Sabit" supaya air tidak melemaskan akar tanaman kita. 

Parit bulan sabit bagi mehalang lebihan air  memasuki zon akar. Kedalaman parit di bahagian atas kira-kira ½-1 kaki manakala bhg bawah tak perlu diparite. Tknik ini boleh mengurangkan masalah pokok mati akibat akar reput.




PENYAKIT AKAR PUTIH 




GEJALA PENYAKIT

Penyakit akar putih adalah salah satu masalah utama dalam penanaman engkado. Penyakit ini harus ditangani dengan cepat sebaik shj anda mengesan tanda2 jangkitan. Jika terlambat membuat perawatan boleh menyebabkan kerugian (Pokok Mati). 

- Tanda awal dapat dilihat pada bahagian pucuk yg lambat berkembang dan mudah layu walaupun baru disiram

- Bahagian pangkal batang dan akar terdapat bebenang putih.


PUNCA PENYAKIT


Reput akar yg disebabkan oleh pathogen Rigidiporus lignosus juga dikenali sebagai penyakit kulat Akar Putih. 


PERAWATA & KAWALAN

Pastikan kebun dalam keadaan bersih dn tiada sisa reputan kayu/sampah pada lubang penanaman. Lakukan pemantauan dan kawalan penyakit secara berjadual.

- Racun untuk mengawal seperti Hexaconazole, Triadimefon dan Tridmorph.
- Ada pekebun menggunakan kaedah organik dengan memberikan Trichoderma spp.

PENYAKIT KANKER AKAR

GEJALA PENYAKIT

Penyakit Kanker akar adalah salah satu masalah utama dalam penanaman engkado. Penyakit ini harus ditangani dengan cepat sebaik shj anda mengesan tanda2 jangkitan. Jika terlambat membuat perawatan boleh menyebabkan kerugian (Pokok Mati). Terdapat 4 Jeni's kulat yg menyebabkan Kanker akar iaitu Pythium, Phytophthora, Ganoderma lucidum dan Fusarium sp.

- Tanda awal serangan Kanker akibat Phytophthora dapat dilihat pada bahagian pangkal pokok2 Dan akar yang mengeluarkan cairan warna perang.

- Tanda awal serangan Kanker akibat Pythium dapat dilihat pada kulit akar Dan bahagian pangkal kelabu hitam tapi tidak berair


PUNCA PENYAKIT

Kanker akar yg disebabkan oleh pathogen  Phytophthora cinnamomi, Phytophthora niederhauserii, Phytophthora nicotianae, Pythium vexans, Ganoderma lucidum dan Fusarium sp


PERAWATA & KAWALAN

Pastikan kebun dalam keadaan bersih dn tiada sisa reputan kayu/sampah pada lubang penanaman. Lakukan pemantauan dan kawalan penyakit secara berjadual.

- Racun untuk mengawal seperti Metalaxyl, Fosetyl-Aluminium, Potassium phosphonate

Khamis, 1 Julai 2021

ENGKADO FROZEN


MENYIMPAN AVOKADO AGAR TAHAN LAMA




Avokado selepas dipetik perlu dimakan dengan segera jika sudah masak. Biasanya buah avokado yang diletakan pada suhhu bilik akan masak dalam 3-8hari. Manakala jika buah tersebut disimpan dalam peti sejuk (Suhu 2-5° Celsius) kita  masih boleh menikmatinya 2-3minggu lagi.



Jika kita ada buah yang banyak dan ingin menikmati avokado tersebut dalam tempoh yang lama maka ianya boleh simpan di Freezer dengan suhu bawah 0°C. Avokado frozen ini boleh disimpan berbulan lama. Ambil isinya sahaja dan simpan dalam bekas container makanan kecil.
 supaya senang dikeluarkan apabila perlu.



Ahad, 20 Jun 2021

Ancaman Avokado 1

 Pokok dedalu adalah sejenis pokok tumpang atau perasit yg boleh melekat dan mencuri nutrient dari pokok lain. 

Anak pokok perasit


1.Mahasena Corbetti 
2.Pteroma Pendula 
3.Metisa Plana






Kulapok jelaga
kehadiran lapisan kulapuk ini juga menyekat sinaran cahaya yang diperlukan dalam  proses fotosintesis. Kulapuk jelaga bukan organisma parasit yang menyebabkan penyakit tetapi ia tumbuh pada rembesan bergula yang dikeluarkan oleh serangga penghisap seperti kutu daun, benah putih dan serangga penghisap lain. Kulapuk jelaga dapat dikawal dengan mengawal serangga yang mengeluarkan rembesan bergula.



Sabtu, 28 November 2020

Khasiat petai

 Banyak Manfaat Petai



1. Mengurangkan  masalah tekanan darah tinggi.

2. Mengurangkan serangan Stroke 

3. Mengurangkan seranggan Anemia, depresi, stres

4. Mengurangkan kesakitan perut, kecacingan dan beberapa gangguan kesihatan lain


* Rujukan info dari blog Herba & Tumbuhan


Apakah kandungan Nutrisi bagi setiap 100gram biji petai?

Protein - (6.0–27.5g)
Fat- (1.6–13.3g)
Carbohydrate - (13.2–52.9g)
Crude fiber - (1.7–2.0g)
Energy - (91.0–441.5 kcal)
Calcium - (108.0–265.1mg)
Iron - (2.2–2.7mg)
Phosphorus - (115.0mg)
Potassium - (341.0mg)
Magnesium - (29.0mg)                                
Manganese - (42.0ppm)
Copper - (36.7ppm)   
Zink - (8.2ppm)

Dll Zat Vitamin

Selasa, 24 November 2020

Tips tanam petai

 TIP MENANAM PETAI




 

Gambar buah petai Padi


Pokok Petai merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Fabaceae berasal dari kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap. Boleh hidup pada suhu 16-36°C tapi pertumbuhan optimum pada 20-28°C di ketinggian sehingga 1400m dpl.

Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan-hutan Borneo, Malaya, Indonesia  and Thailand, tetapi jarang didapati selain kawasan Asia Selatan. Nama botaninya Parkia dari keluarga Fabaceae. Petai belalang juga dari keluarga Fabaceae tapi dari Genus Leucaena. Spesis petai yang biasa dan digemari ramai seperti Parkia Speciosa (Petai Padi), Parkia Timoriana (Petai Hutan/Kerayung), Parkia Javanica (Petai Jawa/ Kedong) dan Parkia sumatrana (Petai Siam/ Nering).

Pokok petai boleh dibiakan dengan cara Penyemaian Biji, Tut dan Cantuman. Pokok hasil Cantuman boleh berbuah seawal 3 tahun jika dijaga dengan baik, manakala pokok tanam dari Biji boleh berbuah seawal 7 tahun. Pokok petai yg ditanam haruslah tidak terlindung dari cahaya matahari. Jarak tanaman yang di syorkam 10-15meter


Pokok petai suka pada tanah yang memempunyai saliran yang baik seperti tanah loam berpasir. Dari pengalaman saya, pokok petai yang ditanam di tanah loam berpasir rata2 mengeluarkan buah selepas 3 tahun ditanam berbanding di tanah lain yang mengambil masa 4 ke 5 tahun.

Pokok petai pada sifat asalnya adalah seperti balak yang tumbuh tinggi. Oleh itu dari peringkat penanaman pokok perlu dibuat pemangkasan. Pemangkasan pemeliharaan perlu dibuat setiap 3 tahun jika pokok sudah matang dan berbuah.

 

Tiga jenis petai yang saya tanam

- Petai Padi (Parkia Speciosa)

- Petai Baning (Parkia paya)

- Petai Kelingkang (Parkia Timoriana)




PEMBAJAAN

Pembajaan petai tidak perlu terlalu rumit. Apa yg penting kita kena monitor pH tanah, bagi baja subur dan bagi baja buah. Tempoh buah petai matang agak singkat jd semasa berbuah hanya memggunakan foliar.

Baja awal. Semasa tanam bagi baja organik digaul dlm lubang tanaman. 3 bulan kamudian bagi baja semi-organik 8.8.8.8 diselang-seli dengan baja NPK kimia 15:15:15+Te setiap 2 bulan.

Apabila saiz pangkal batang mencapai ukurlilit 25cm. Hentikan pemberian baja 15:15:15 dan bagi pula baja NPK 12:12:17 atau 10:18:24. Pokok sedia untuk berbuah apabila ukur-lilit batangnya mencapai 40cm.

Persediaan sebelum pokok berbuah. Pokok hendaklah sihat / subur dan nutrient yang seimbang. Antara unsur penting iaitu K, Mg, Ca, S, B, Zn, Mn.

Jika pH tanah rendah, pengapuran boleh dilakukan 6 bulan sekali. Kapur juga sebagai pembekal unsur Mg dan Ca. Antara kapur yg biasa digunakan iaitu GML, Dolomite dan Zeolite. Jika pH tidak menjadi isu, maka anda boleh pilih Sulka.  

Pembajaan pokok matang dilakukan 3-4 kali setahun. Saya menggunakan 2 jenis baja utama yang ditabur secara selang seli.

1. Nifosk-S Premium
2. Innotec Blue

Jangan memberikan baja semasa pokok sedang berbunga kerana ianya boleh menyebabkan bunga keguguran. Sebab petai mempunyai tempoh buah yang agak singkat. Semasa pembentukan buah saya menggunakan foliar kerana ianya lebih efektif berbanding baja granular yang lambat diserap melalui akar.



Program pembajaan ini mungkin tidak sesuai bagi setiap orang kerana keperluan pokok mungkin berbeza mengikut iklim setempat.



Khamis, 19 November 2020

Petai Rumbau



 BUNGA PETAI GAGAL BERPUTIK





7 faktor utama menyebabkan pokok petai yang berbunga gagal menjadi buah.


1- Genetik

Pokok petai boleh ditanam secara tunggal kerana ianya mengeluarkan bunga jantan dan betina. Akan tetapi ada juga pokok petai yg hanya mengeluarkan bunga jantan. Pokok yg hanya menghasilkan bunga jantan dipanggil pokok jantan manakala pokok yg menghasilkan bunga betina dan juga bunga jantan dinamakan pokok betina. Setiap bunga yg dihasilkan oleh pokok jantan secara umumnya tidak akan berputik menjadi buah. Kadar terjadinya pokok jantan amat rendah berbanding pokok seperti gelugur, rambutan atau dabai. Jangan dibunuh sebab anda boleh ubah pokok tersebut menjadi klon dengan melakukan Top-Working.


2- Pokok belum cukup matang.

Pokok petai hasil tut biasanya akan berbuah selepas dua tahun. Manakala hasil cantum mata tunas akan berbuah selepas 3-5 tahun dan paling lambat 7 tahun bergantung dengan cara penjagaan. Pokok tanam biji berbuah agak lambat ada yg bernasib boleh berbuah selepas 6 tahun tapi ada juga yg mengambil masa belasan tahun. Bunga pertama dan kedua biasanya tak banyak yg lekat atau langsung tak melekat kerana pokok belum cukup matang.


3- Cuaca terlampau. 


Kemarau yang terlalu lama dan panas terlampau boleh menganggu bunga petai, dimana benang sari atau bunga jantan menjadi kekeringan. Bunga akan rosak dan akan keguguran.


Begitu juga jika terlalu kerap hujan. Jika hujan lebat berpanjangan semasa bunga sedang matang. Bunga Jantan boleh dihanyutkan bersama aliran air jatuh ke tanah. Agent pendebungaan juga tidak keluar bekerja semasa hujan lebat.


4- Kekurangan Nutrisi

Pembajaan pokok sangat menpengaruhi hasil. Bubuh baja buah yang unsur K dan P tinggi serta baja yang mengadungi unsur B, Ca, S,  Mn dan Zn. 


5- Bunga tidak Normal

Bunga tidak normal bermaksud Bunga Jantan dan Betina tidak matang dengan serentak. Ini menyebabkan pendebungaan gagal terjadi. Masalah ini boleh dikurangkan dengan memberi hormon Asid Gibberelin (GA3) dalam kadaran kepekatan rendah ~200ppm.


6. Faktor kelainan iklim

Masalah ini sering dihadapi oleh mareka yg menanam Parkia sumatrana atau Parkia Leiophylla (Petai Siam) atau popular dengan panggilan petai hybrid. Parkia sumatrana banyak ditanam di  Thailand, Vietnam atau Myanmar iklim sederhana dan tidak sesuai dengan iklim Malaysia. Jangan terpedaya dengan penjual bibit hibrid yg menayangkan petai berbuah dlm pasu atau petai pokok renek. Kena pastikan hybrid tersebut baka lokal atau baka dari tempat beriklim lain.


7. Pendebungaan

Pokok petai mengeluarkan bunga  jantan dan bunga betina. Pendebungaan terjadi pada waktu malam dengan bantuan angin, serangga dan haiwan. Tanpa agent pendebungaan penghasilan buah amat rendah. Agent pendebungaan utama bagi pokok petai adalah kelawar Nektar dan beberapa spesis lebah malam. Hanya 2 spesis lebah yg dikenalpasti bekerja pada waktu malam. Lebah liar spesis Reepenia Bituberculata dan Meroglossa Gemmata yang mencari makan waktu malam


    Kelawar adalah kawan kita... Bina habitat yg kelawar suka 

*Gambar ini hanya sebagai rujukaan. Di ambil dari sumber Mr.Google