Penyakit Utama Tanaman Durian
Musuh tanaman durian (Kulat)
Kanker Batang (Patch Canker) yang disebabkan oleh kulat Phytophthora palmivora. Racun utk rawatan :- Fosetyl Alumimium (Aliette), Metalaxyl (Ridomil) dan Dimethomorph (Abado). Contoh cara rawatan dengan Injection 20ml dalam setiap 4 lubang dengan larutan Ridomil (2ml) + Air (18ml). Dwi-a.i gabungan Metalaxyl+ Mancozwb (MetalaxylMZ)
Mati rosot anak benih yang disebabkan oleh kulat Phytophthora Palmivora. Biasa menyerang anak benih yang masih di tapak semaian.
Hawar Phytophthora yg disebabkan oleh kulat Phytophthora Parasitica. Racun untuk mengawal seperti Fosetyl Alumimium (Aliette), Metalaxyl (Ridomil) dan Mancozeb.
Mati rosot Fusarium yang disebabkan oleh pathogen Fusarium saloni sering mengelirukan para petani durian. Ramai yang menanggap penyakit mati rosot Fusarium adalah Hawar Phytophthora.
Hawar Phytophthora disebabkan oleh serangan kulat Phytophthora palmivora manakala mati rosot Fusarium disebabkan oleh kulat Fusarium saloni. Sudah pasti perawatan juga tidak tepat apabila puncanya tidak dikatahuai. Serangan kulat Fusarium saloni akan menyebabkan batang atau dahan pokok berwarna coklet atau kehitaman (dark brown) manakala daun pula menjadi kekuningan dan keguguran. Racun kulat yang boleh digunakan untuk kawalan jangkitan kulat Fusarium saloni seperti Nativo
Reput buah phytophthora yg disebabkan oleh kulat Phytophthora palmivora. Racun untuk mengawal seperti Fosetyl Alumimium (Aliette) disembur sebelum musim bunga
Kanker akar atau reput akar pythium yg disebabkan oleh kulat Phtyhium vexans. Racun untuk mengawal seperti Fosetyl Alumimium (Aliette), Metalaxyl (Ridomil)
Kanker kulit yg disebabkan oleh kulat cytospora. Pengawal dibuat dengan cuka kayu dan rawat dengan racun kulat seperti Fosetyl Alumimium (Aliette), Metalaxyl (Ridomil). Penyakit ini kurang bahaya berbanding dengan kanker akar dan kanker batang. Tetapi jika tidak dirawat dengan segera ianya boleh memudahkan jangkitan Phytophthora palmivora atau virus perosak
Akar putih yg disebabkan oleh kulat Rigidiporus lignosus. Racun untuk mengawal seperti Hexaconazole, Triadimefon dan Tridmorph
Hawar pucuk "Chonephora Cucurbitarum" disebabkan oleh kulat amaranthus. Tanda-tanda serangan hampir sama dengan kulat akar putih. Racun yg sesuai utk merawat seperti Tebuconazole-Trifloxistrobin (BM Nativo), Benomyl & hexaconazole
Hawar daun Rhizoctonia yg disebabkan oleh kulat Rhizoctonia Solani. Racun untuk mengawal seperti pencycuron (Monceren), Thiram, Benomyl, Mancozeb, Carbendazim, difenoconazole, hexaconazole
Antraknos daun yg disebabkan oleh kulat Colletorichum gloeosporioides. Racun untuk mengawal seperti Propined (Antracol), Benomyl, Carbendazim, Mancozeb atau Maneb
Kulat Rhizomorph yg boleh merosakan bahagian organ tumbuhan. Dahan yang dijangkiti boleh mereput dan pucuk mati. Jangkitan kulat ini boleh dikawal dengan racun seperti copper hydroxide atau hexaconazole. Nak senang boleh juga gunakan Luna
Bintik daun yg disebabkan oleh kulat Phomopsis durionis. Racun untuk mengawal seperti Copper hydroxide, Copper oxychloride, Benomyl, Carbendazim, Mancozeb,Captan, Maneb atau propined
Cendawan angin atau kulat Mayah yg disebabkan oleh kulat Corticium salmonicolor. Racun untuk mengawal seperti Copper hydroxide, Copper oxychloride, Metalaxyl, Benomyl, Carbendazim atau tridemorph
Kulat Baldu yg disebabkan oleh kulat Septobasidium sp. Kulat ini tidak berbahaya kepada pokok durian malah memberi kebaikan kerana boleh menghidari perasit lain yg berbahaya kpd durian.
AWAS - Jangan campurkan racun Fosetyl Alumimium (Aliette) dan Metalaxyl (Ridomil) dengan Foliar atau racun serangga yg lain. Bacuh secara tunggal. Elakan membuat koktail racun (mencampur lebih drpd 3jenis dlm satu bancuhan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan