Memaparkan catatan dengan label Sayur Hutan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sayur Hutan. Papar semua catatan

Khamis, 16 Februari 2017

KESINDU


POKOK KESINDU / KULIM





Alam: Tumbuhan

Klad: Angiosperms

Klad: Eudikot

Klad: Core eudicots

Order: Santalales

Keluarga: Olacaceae

Genus: Scorodocarpus

Species: Scorodocarpus borneensis

Kesindu sejenis kayu keras yg hampir menyerupai pokok belian. Nama botani bagi kesindu iaitu Scorodocarpus Borneensis. Dua spesis kesindu yg boleh ditemui di pulau Borneo iaitu.
1. Kesidu Buan (Pucuk berwarna hijau muda)
2. Kesindu Api (Pucuk berwarna kemerahan dan rasa sedikit pedas)
Seperti belian buah kesindu juga bercengkerang keras oleh itu tempoh percambahan mengabil masa berbulan2.
Kaum Iban Balau di Borneo memetik pucuk kesindu utk dijadikan menu santapan. Ianya sering dijadikan sebagai hidangan VVIP kerana ianya amat terhad. Walaupun saya bukan VVIP, saya suka menu pucuk kesindu goreng sambal buah petai.


Gambar diatas adalah buah kesindu yg sudah matang manakala gambar dibawah pula asalah buah kesindu yg masih muda. Buah dan rebusan kulit secara tradisional digunakan bagi merawat keracunan ""antiaris"" (Antiaris toxicaria Lesch.). Hasilan dari buahnya menunjukkan aktiviti antimicrobial.




Pokok ini boleh dibiakan dr biji atau tut. Nama lainnya seperti dibawah ini.tq


Biji Kesindu mengambil masa 2-4 bulan untuk bercambah malah boleh sampai 2 tahun.

Bibit Kesindu usia 10-12 bulan sedia untuk ditanam ke lapangan

Menurut pengamal perubatan, manfaat kesindu adalah seperti berikut.


Kesindu (Scorodocarpus) atau bawang hutan dalam bahasa ikut daerah ada yang mengenalinya sebagai Kulim, Udu, Suna, Kudar, Merca, Tadou, Ansam, Treduh, Topurau, Ungsanah,  Onsod. Tempoh matang pokok kesindu mengambil masa kira-kira 30 tahun berukuran keratan rentas 18-29 cm dan berketinggi 18-21 meter. Pokok kesindu menghasilkan kayu keras berat serdahana hingga berat dengan kepadatan isipadu 645-1080 kg/m pada kandungan kelembapan 15%.

Rabu, 1 Februari 2017

SABUNG


SABUNG
 




POKOK GNETUM GNEMON / SABUNG

Buah dan pucuk daun sabung adalah tumbuhan hutan yg bisa menjadi makanan. Kaum kami ( Iban Balau) biasa memetik pucuk sabung yg masih muda untuk dimasak menjadi sayur. Cara menyediakan santapan ini amat mudah, daun sabung yg masih muda direbus dalam periuk dan ditambah ikan pusu, garam dan MSG.

Buah sabung juga boleh dimakan. Buah muda boleh dimasak rebus bersama daunnya. Manakala buah matang bisa dijadikan emping / keropok yang amat enak.

Nama buku bagi pokok ini iaitu "Gnetum Gnemon". Di kabupaten lain namanya bisa dikenali sebagai Melinjau/Belinjo/Belinjau/Binjau, Niling, Soh, Mende, Bagok/BagĂș, Tulip, Daun Dua, Un Mulieng/Muling, Don Dodah, Tangkil, Minja, Ceperai, Cukok

Pokok ini hidup subur di tanah rendah dan lembap pada ketinggian 30-350 mdpl. Terdapat tiga jenis pokok sabung iaitu sabung manis, sabung niling dan sabung jawa. Pokok sabung manis dan sabung niling boleh didapati dalam hutan Borneo.

Sabung manis (daun kecil kemerahan tetapi sedap dimakan. Pokok saiz 2-4meter tinggi). Hidup subur di bawah tempat yg redup

Sabung Niling (daun lebih tebal dan pokok lebih besar 4-6meter tinggi daripada pokok sabung manis)

Sabung Jawa/Muling/Tangkil (daun tebal dan lebar tetapi sedikit kelat, buahnya juga lebih lebat dan biasa dibuat sebagai emping. Saiz pokok besar sehingga 20m tinggi). Boleh hidup subur di kawasan terbuka.

Khasiat sabung. Pucuk dan buah yang masih muda mengandungi khasiat makanan yang agak tinggi, terutama vitamin A dan vitamin C. Buah yang matang kaya dengan protein, lemak, karbohidrat, fiber dan zat galian yg lain.

Cara membiakan pokok sabung iaitu dengan kaedah semai biji, keratan dan tut. Pokok yg saya tanam adalah hasil drpd semaian biji. Penyemaian biji mengambil masa 4-6bulan utk bercambah.


Ulasan pakar tentang pokok sabung

Biji Melinjau dan GOUT

Biji melinjau mengandungi bahan khasiat resveratrol yang mempunyai banyak khasiat.  

Kajian telah dilakukan ke atas 29 lelaki berusia antara 35-70 tahun. Sebahagian lelaki diberi serbuk biji melinjau manakala sebahagian lagi tidak. 

Hasil kajian dalam masa 4 hingga 8 minggu mendapati, lelaki yang diberi serbuk biji melinjau kurang asid urik dalam darah berbanding lelaki yang tidak diberi serbuk melinjau. Kolesterol ‘baik’ atau HDL juga meningkat dengan ketara. 

Biji belinjau segar lebih tinggi kandungan bahan khasiat resveraterol (1.3 mg/g berat kering). Biji melinjau biasanya dimakan dengan cara memanggang, menggoreng (emping) dan merebus.  Hasil kajian mendapati, bahan resveratrol dalam biji melinjau menurun dari 36% menjadi 10% setelah digoreng. 

Cara terbaik untuk mendapatkan biji melinjau tinggi khasiat adalah dengan cara merebus. Kandungan bahan khasiat masih lagi tinggi (30%) berbanding yang digoreng.

Sumber lain tinggi khasiat bahan resveratrol adalah biji anggur dan buah mulbery. Manakala sumber yang boleh digunakan untuk membantu merawat gout adalah misai kucing, ceri, saderi dan kunyit. Pesakit gout juga perlu kurangkan memakan makanan tinggi bahan purine seperti hati, kupang, ketam dan sardin.

#DrSuriRoowi Ph.D KMN
Principal Scientist