Rabu, 1 Februari 2017

SABUNG


SABUNG
 




POKOK GNETUM GNEMON / SABUNG

Buah dan pucuk daun sabung adalah tumbuhan hutan yg bisa menjadi makanan. Kaum kami ( Iban Balau) biasa memetik pucuk sabung yg masih muda untuk dimasak menjadi sayur. Cara menyediakan santapan ini amat mudah, daun sabung yg masih muda direbus dalam periuk dan ditambah ikan pusu, garam dan MSG.

Buah sabung juga boleh dimakan. Buah muda boleh dimasak rebus bersama daunnya. Manakala buah matang bisa dijadikan emping / keropok yang amat enak.

Nama buku bagi pokok ini iaitu "Gnetum Gnemon". Di kabupaten lain namanya bisa dikenali sebagai Melinjau/Belinjo/Belinjau/Binjau, Niling, Soh, Mende, Bagok/BagĂș, Tulip, Daun Dua, Un Mulieng/Muling, Don Dodah, Tangkil, Minja, Ceperai, Cukok

Pokok ini hidup subur di tanah rendah dan lembap pada ketinggian 30-350 mdpl. Terdapat tiga jenis pokok sabung iaitu sabung manis, sabung niling dan sabung jawa. Pokok sabung manis dan sabung niling boleh didapati dalam hutan Borneo.

Sabung manis (daun kecil kemerahan tetapi sedap dimakan. Pokok saiz 2-4meter tinggi). Hidup subur di bawah tempat yg redup

Sabung Niling (daun lebih tebal dan pokok lebih besar 4-6meter tinggi daripada pokok sabung manis)

Sabung Jawa/Muling/Tangkil (daun tebal dan lebar tetapi sedikit kelat, buahnya juga lebih lebat dan biasa dibuat sebagai emping. Saiz pokok besar sehingga 20m tinggi). Boleh hidup subur di kawasan terbuka.

Khasiat sabung. Pucuk dan buah yang masih muda mengandungi khasiat makanan yang agak tinggi, terutama vitamin A dan vitamin C. Buah yang matang kaya dengan protein, lemak, karbohidrat, fiber dan zat galian yg lain.

Cara membiakan pokok sabung iaitu dengan kaedah semai biji, keratan dan tut. Pokok yg saya tanam adalah hasil drpd semaian biji. Penyemaian biji mengambil masa 4-6bulan utk bercambah.


Ulasan pakar tentang pokok sabung

Biji Melinjau dan GOUT

Biji melinjau mengandungi bahan khasiat resveratrol yang mempunyai banyak khasiat.  

Kajian telah dilakukan ke atas 29 lelaki berusia antara 35-70 tahun. Sebahagian lelaki diberi serbuk biji melinjau manakala sebahagian lagi tidak. 

Hasil kajian dalam masa 4 hingga 8 minggu mendapati, lelaki yang diberi serbuk biji melinjau kurang asid urik dalam darah berbanding lelaki yang tidak diberi serbuk melinjau. Kolesterol ‘baik’ atau HDL juga meningkat dengan ketara. 

Biji belinjau segar lebih tinggi kandungan bahan khasiat resveraterol (1.3 mg/g berat kering). Biji melinjau biasanya dimakan dengan cara memanggang, menggoreng (emping) dan merebus.  Hasil kajian mendapati, bahan resveratrol dalam biji melinjau menurun dari 36% menjadi 10% setelah digoreng. 

Cara terbaik untuk mendapatkan biji melinjau tinggi khasiat adalah dengan cara merebus. Kandungan bahan khasiat masih lagi tinggi (30%) berbanding yang digoreng.

Sumber lain tinggi khasiat bahan resveratrol adalah biji anggur dan buah mulbery. Manakala sumber yang boleh digunakan untuk membantu merawat gout adalah misai kucing, ceri, saderi dan kunyit. Pesakit gout juga perlu kurangkan memakan makanan tinggi bahan purine seperti hati, kupang, ketam dan sardin.

#DrSuriRoowi Ph.D KMN
Principal Scientist



Tiada ulasan:

Catat Ulasan