Alam: Tumbuhan
Klad: Angiosperms
Klad: Eudikot
Klad: Core eudicots
Order: Santalales
Keluarga: Olacaceae
Genus: Scorodocarpus
Species: Scorodocarpus borneensis
Kesindu sejenis kayu keras yg hampir menyerupai pokok belian. Nama botani bagi kesindu iaitu Scorodocarpus Borneensis. Dua spesis kesindu yg boleh ditemui di pulau Borneo iaitu.
1. Kesidu Buan (Pucuk berwarna hijau muda)
2. Kesindu Api (Pucuk berwarna kemerahan dan rasa sedikit pedas)
Seperti belian buah kesindu juga bercengkerang keras oleh itu tempoh percambahan mengabil masa berbulan2.
Kaum Iban Balau di Borneo memetik pucuk kesindu utk dijadikan menu santapan. Ianya sering dijadikan sebagai hidangan VVIP kerana ianya amat terhad. Walaupun saya bukan VVIP, saya suka menu pucuk kesindu goreng sambal buah petai.
Gambar diatas adalah buah kesindu yg sudah matang manakala gambar dibawah pula asalah buah kesindu yg masih muda. Buah dan rebusan kulit secara tradisional digunakan bagi merawat keracunan ""antiaris"" (Antiaris toxicaria Lesch.). Hasilan dari buahnya menunjukkan aktiviti antimicrobial.
Pokok ini boleh dibiakan dr biji atau tut. Nama lainnya seperti dibawah ini.tq
Biji Kesindu mengambil masa 2-4 bulan untuk bercambah malah boleh sampai 2 tahun.
Bibit Kesindu usia 10-12 bulan sedia untuk ditanam ke lapangan
Menurut pengamal perubatan, manfaat kesindu adalah seperti berikut.
Kesindu (Scorodocarpus) atau bawang hutan dalam bahasa ikut daerah ada yang mengenalinya sebagai Kulim, Udu, Suna, Kudar, Merca, Tadou, Ansam, Treduh, Topurau, Ungsanah, Onsod. Tempoh matang pokok kesindu mengambil masa kira-kira 30 tahun berukuran keratan rentas 18-29 cm dan berketinggi 18-21 meter. Pokok kesindu menghasilkan kayu keras berat serdahana hingga berat dengan kepadatan isipadu 645-1080 kg/m pada kandungan kelembapan 15%.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan