1. Abu Kayu (0:1:3)
2. Kencing manusia (11:2:4). Perlu dicairkan 5-15
AgroBorneo merupakan Blog peribadi yang Mengongsikan pengalaman bercucuk tanam. Amalan yang digunakan mungkin sedikit berbeza dengan orang lain. Penulis cuba memberi penerangan sebaik mungkin tetapi tidak dipertanggunggjawab atas kerugian pembaca yang menggunakan bahan siaran dalam blog ini.
Cara kawalan rumpai di kebun buah2an sebaiknya dilakukan secara menual supaya rumput dan kayu tidak mengalahkan tanaman dari segi berebut makanan dan baja. Semak juga menjadi tempat persembunyian serangga dan binatang yg menjadi musuh tanaman mahupun musuh manusia.
Ada beberapa racun yang sesuai digunakan di kebun buah2an. Ini adalah senarai racun yg saya selalu guna.
Zagro Trast 15 /Basta15
Racun ini mengandungi (a.i Bahan Aktif: Glufosinate-ammonium = 13.5%)
Tiba-tiba pula minat mengenali serangga terutama serangga-serangga berkaitan dengan pertanian. Sama ada serangga baik mahupun serangga perosak tanaman.
Bahan dalam artikal ini kebanyakkan saya siar semula dari group Facebook Group Sarangga Malaysia. Saya kumpulkan disini sebagai rujukan peribadi dan ini bukan untuk tujuan komersial.
Anai-anai
Rujukan dari posting Ahmad Zahran
Apa beza anai2 dan semut?
Semut akan ada segmentation yang ketara antara kepala, thorax dan abdomen, manakala anai2 segmentation tidak jelas. Anai2 spesis kelingkang (coptotermes gestroi) hidup dalam tanah. Anai2 jenis ini makan barang dan akar tumbuhan termasuk kertas dan perabot kayu.
Lipan Bara
Cherry red centipede (Scolopendra subspinipes)
Rujukan dari posting Saiful Zayanni
LIPAN KAKI BIRU
Blue leg centipede (ethmostigmus trigonopodus)
Rujukan dari posting Nur Faizah
TOK JANGGUT
Long horn
Order: Coleoptera (beetles)
Family: Cerambycidae (longhorn beetles)
Genus/species: Epepeotes luscus
Rujukan dari posting Saiful Zayanni
NYAMUK BELANG HIJAU
Crane fly
Rujukan dari posting Mohd Faizal
SEMUT MERAH
Myrmaplata plataleoides (Red Weaver Ant-mimicking Spider), Yang mempunyai rahang panjang jantan, rahang pendek betina
Rujukan dari posting Azhar Suratman
Lalat Tipulidae
Fungus gnat (Mycetophilidae), dari genus Gnoriste sp.
Rujukan dari posting Mohd Abid
Citrus Beetles
Rhynchocoris humeralis (fasa nymph). Family Pentatomidae
Rujukan dari posting Hafizi Hafiz
Semut Keranjang (Odontopnera Transversa)
Rujukan dari posting Azhar Suratman
Rujukan dari posting Agus Maulana
Clearwing Moth (Sesiidae)
Macrotarsipus sp.
Ada 2 spesis yang hampir serupa M.similis atau M. albipunctus.
Macrotarsipus similis
Rujukan dari posting Haziqh Fikhrie
NGIGIT
Cacada's (Dundubia sp.)
Yellow assassin bug with prey(wasp)
Rujukan dari posting Ryan Jetty
Velinus nigrigenu
Class : Insecta
Order : Hemiptera
Family : Reduviidae
Genus : Velinus
Pepijat pembunuh kuning dengan jalur hitam, panjangnya kira-kira 15mm. Antara bug yang bahaya di dunia serangga, ia penyamar yang cekap dalam menunggu mangsa . Spesies ini dilengkapi dengan sayap untuk terbang sehingga mereka dapat melarikan diri atau melakukan perjalanan dengan lebih cekap.
Tartessus ferrugineus
Orderr: hemiptera
Family: cicadellidae (Typical leafhppers)
Tribe: Tartessini
Rujukan dari posting Chairil Aiman
Odontomantis planiceps
Rujukan dari posting Muhammad Khaidhir Ariff
Hoverfly (Eristalinus sp)
Pandangan Dorsal/atas perbezaan betina dan jantan.
Rujukan dari posting Husni Che Ngah / Shafiq
Pengorek buah durian
Durian hawkmoth (Daphnusa ocellaris)
Larva mudah dijumpai di pokok durian dan rambutan.
Rujukan dari posting Nur Waeda
Hummingbird hawkmoth.
Rujukan dari posting Hafizi Hafiz
Genus Macroglossum sitiene. Berasal dari China turun ke Vietnam, Thai, Malaya dan ke Singapore. Belum pernah ditenuai di Borneo. Boleh terbang laju seperti burung.
Ridun (Leafcutter bee) Megachile sp.
Megachile Tuberculata
Rujukan dari posting Lantana
Rerama Limau
Papilio demoleus ( Lime caterpillar / butterfly )
Rujukan dari posting Fadhlina Yasin
Anomala pallida (Fabricius,1775)
Scarabs beetle/Leaf Chafers
Genus: Anomola
Family : Scarabaeidae
Salah satu spesis kumbang yang common di negara kita.Amat mudah di jumpai di persekitaran kediaman rumah atau pokok bunga.Spesis comel ini berwarana coklat keperangan hanya memakan akar rumput sebagai diet utama.
Rujukan dari posting Nur Waeda
Resepi Pupuk Organik Cair dari bahan semulajadi keliling halanan rumah
Harga baja semangkin meningkat dan sukar untuk mendapatkan bekalan dari kedai. kali ini saya kongsikan cara untuk membuat baja cair dari bahan sekitaran halaman rumah kita termasuk sisa dapur. kos sangat murah dan tidak rumit untuk dilakukan. Ada dua ketegori POC yang biasa dibuat iaitu FAA, FPJ dan FFJ.
Apakah FAA, FPJ dan PFJ. proses untuk membuatnya adalah sama dan tempoh juga sama manakala jumlah gula perang sedikit berbeza. FPJ atau nama panjangnya iaitu Fermented Plant Juice manakala FFJ ialah Fermented Plant Juice. Proses fermentasi mengambil masa kira-kira 10hri atau lebih bergantung kepada saiz hirisan bahan. kalau bahan kita sudah kisar halus prosesnya kira-kira 10hari manakala yang dipotong tanpa kisar mengambil masa 2-5minggu. Bagi FAA (Fish Amino Acid) mengambil masa yg lebih lama bagi mengurangkan bau kira-kira 1-3bulan. Biasanya saya tak kisar sebab bukan nak segaut mahu pakai, stok lama sentiasa masih ada.
Asas Nisbah bahan vs molasses vs air
FPJ = Daun hijau 2:1:3 jika menggunakan gula perang nisbahnya 3:1:5
FFJ = Buah-buahan 1:1:2 jika menggunakan gula perang. Gunakan 1/2 shj
FAA = Ikan 1:1:1 jika menggunakan gula perang. Gunakan 1/3 shj
Hanya 4 bahan sahaja digunakan
1. Air tanpa klorin (Air Hujan / air paip yang dibiarkan lebih 24jam)
2. Probiotic cultured drink (Yakult/ Vitagen/ Tuak)
3. Gula perang.
4. Daun / Rumput disekitaran halaman rumah
INI CARA NAK BUAT :
1. Cari satu tong atau bekas yang ada penutup. jika skala kecil boleh gunakan tong cat besar. Saya menggunakan tong warna biru 160L terpakai. Boleh tanya di hardware berdekatan anda, di tempat saya dulu dijual dengan harga RM45.
2. Masukan air tanpa klorin sebanyak se per lima (32L @ 20%) dan bancuh gula perang (1kg setiap 10L air)
3. Masukan air vitagen (100ml setiap 10L air). Tong biru 160L kita suda isi kira-kira 30L air tanpa klorin. Bermakna 30L perlukan 300ml Probiotic cultured drink. Probiotic ini mengadungi bakteria baik yang dikenali sebagai Lactobacillus.
4. Gaulkan air tanpa klorin + Vitagen + gula perang. Tutup dan biarkan selama 2minggu, ini adalah proses memperbanyak bakteria probiotic.
5. Selepas 2 minggu kita campurkan 3kg lagi gula perang. Kini kita boleh masukan daun-daun atau sisa dapur kedalam tong. Gaul supaya semua daun sama basah, tutup kembali dan peram selama 2-3minggu.
6. Pusing atau kacau daun dalam tong setiap 3-5 hari supaya semua basah kembali. selepas 2-3 minggu kita boleh gunakan.
7. Tapis cairan organik tersebut untuk dijadikan foliar / ceduk dan bancuh untuk disiram di pangkal pokok.
8. Jika POC ini disimpan untuk jangka masa lama. penambahan gula perang 1kg per 10L air perlu dibuat setiap 6bulan supaya bakteria Lactobacillus kekal hidup.
9. Daun yang tidak hancur dalam tong boleh dikeluarkan untuk diletak bawah pokok tanaman sebagai baja bokasi
10. Sebelum POC habis kita boleh top up semula gula perang dan dedaun supaya bekalan kita tak putus.
.
CARA NAK PAKAI BAJA NI.
1. Kadar bacuhan (Ratio) penggunaan sebagai semburan foliar pada daun iaitu 5-8ml bagi setiap 1L air. semburan boleh dilakukan setiap 3-10 hari sekali.
Setiap formula mungin ratio penggunaan berbeza. Untuk lebih selamat kita perlu gunakan alat yg boleh mengukur dengan spesifik. Yang paling penting kita perlu ada alat yg boleh mengukur EC dan TDS.
Kalau guna ppm mulakan dr 200ppm bagi anak pokok di polibag. Kalau pokok yang sudah tanam dilapangan mulakan 500ppm. Bagi pokok dewasa 1800-2400ppm. Kalau menggunakan ukuran EC yg selamat 0.3-0.6 bagi pokok kecil dan dewasa 0.8. maksimum bagi sesetengah pokok boleh sehingga 1.0.
Pokok seperti kelapa atau kelapa sawit daun matang boleh max 3000ppm
2. Kadar bacuhan (Ratio) penggunaan sebagai bahan siraman pada pangkal pokok tidak begitu kritikal. siraman pada tanah biasanya saya guna 1 per 10. larutkan kedalam air siraman setiap 1- 2 minggu.
Nota tambahan:
Daun mengadungi unsur Nitrogen (N) yang tinggi, jadi POC di atas sesuai untuk kesuburan tanaman berdaun. Jika anda ingin membuat POC bagi pembuahan tanaman maka bahan yang digunakan hendaklah yang tinggi unsur Potassium (K). Bahan yang tinggi unsur K seperti buah labu manis, sekam dll
Sekian dan Semoga bermanfaat.
EM4 yang saya beli di teko pertanian Indonesia dengan harga ~RM8. Saya beli kerana mahu mendapatkan botol bagi tujuan pembelajaran semasa saya aktif menyampaikan kursus kpd rakam2 di Malaysia.
Effective-Microorganism atau singkatannya EM adalah bakteria baik yang membantu para petani dan penternak. Menurun ceritanya EM adalah gabungan micro-organism baik yang telah ditemui oleh Professor Teruo Higa di University of the Ryukyu Japan. Hasil kajian Prof. Teruo,didapati EM boleh menyuburkan tanah, tanaman, air dan kesihatan manusia dengan cara mereputkan bahan organik dalam tanah, menggunakan (fixing) nitrogen diudara dan menjadi makanan (feed) tanaman dan haiwan disamping melindungi nya daripada ancaman penyakit. Micro-organisms tersebut terdiri daripada primary yeast, pro-biotic atau photosynthetic bacteria dan lactic acid bacteria. Mungkin kita tidak sedar bahawa masyarakat dayak juga sering membuat EM terutama menjelang hari Gawai atau Pesta Menuai. Air tuak adalah contoh minuman yang mengadungi EM. Contoh lain seperti Vitagen atau Yalkut.
Dalam bidang pertanian kita selalu menemukan EM1 dan EM4 yang harganya masih lumayan mahal. Kita boleh membuat (kultur) sendiri EM ini dengan kos minimal. Dalam tempoh kurang sebulan dengan bermodalkan RM15 sudah cukup untuk kita membuat 10L EM.
Membuat EM dari dasar
Terdapat 3 ketegori bakteria iaitu Bakt-Aerobik, Bakt-Heterotropik dan Bakt-Anaerobik. Bakteria Aerobik adalah bakteria yang hidup memerlukan Oksigen. Manakal bakteria Anaerobik pula adalah bakteria yang boleh hidup tanpa Oksigen contonya bakteria Lactobacillus Serum.
Tujuan kita adalah untuk menternak Lactobacillus Serum. Pada peringkat awal amat penting bagi kita menutupi bekas pembuat EM dengan rapat supaya bakteria aerobik mati setelah kehabisan oksigen. Cara asas membiakkan EM bermula dari EM1 hingga EM4. Jika anda berjaya membuat EM1 maka mudah bagi anda membuat EM2...selanjutnya.
Proses awal yang paling penting iaitu penyikiran bakteria aerobik dan sekali gus menghasilkan EM1. Sifat cecair EM1 yang berjaya mempunyai bau kemanis-manisan, jika hasilnya berbau kuat busuk bermakna anda gagal menghasilkan bakteria Lactobacillus Serum. Kegagalan sering berpunca drpd penutup bekas yg tidak rapat dan sumber makanannya tidak sesikit.
Artikal di atas tadi kita sudah tahu Tuak dan Yalkut adalah salah satu contoh minuman berasaskan EM. Kita mahu memperbanyakkan bakteria ini bagi tujuan pertanian. Seterusnya saya ingin berkongsi bagaimana membuat EM dari bahan diatas dengan kos serandah RM5. Terdapat 5 jenis EM yang biasa dihasilkan iaitu EM1....EM5 tetapi yang popular EM4.
Angan2 sebelum menanam nak tuai hasil dari tangan sendiri. Tunggu punya tunggu... bilakah pokok yang sudah kita tanam boleh diambil. Saya kongsikan beberapa tanaman disini... Saya masih mencari beberapa info.
Jika amda mengatahui tempoh selain drpd tanaman dibawah sila bagitahu dlm ruang komen. Saya dahului sumbangan anda dengan ucaan terima kasih.
Terung Dayak: 22-28 Minggu
Terung Ungu (10-12 minggu)
Tauge (4hari)
Halia muda: (6-7bulan #Fert 5bln)
Halia Tua (10-14bulan)
Daun bawang (24-26hari)
Jagung (8-9minggu)
Bayam (4minggu)
Kobis bulat (8minggu)
Kangkung (3minggu)
Labu manis (10minggu)
Petola (4-5minggu)
Timun (4-6minggu)
Bendi (5-7minggu)
Kaledek (12-15minggu)
Cili (10minggu)
Kacang buncis (5-6minggu)
Kacang panjang (6-8minggu)
Tomato (10-12minggu)
Kobis bunga (8-10minggu)
Kailan (9-10minggu)
Peria (10-12minggu)
Cekur (9-12bulan)
Lobak (10-14minggu)
Keladi (9-10bulan)
Kunyit (9-12bulan)
Lengkuas (12-14bulan)
Bunga Kantan ( Rhizom 10-14bulan / biji 2tahun)
Kentang (15-18minggu)
Lobak (10-14minggu)
Kacang tanah (5bulan)
Tembikai merah(10-12minggu)
Tembikai susu (10 minggu)
Info ini boleh digunakan oleh sahabat2 diluar sana sebagai rujukan asas
Pokok D-168 ini hanya setahun empat bulan di kebun saya jalan Landeh.
Pernahkah pokok anda kekuningan dan terbantut seperti gambar dibawah. Walaupun dibaja tetapi pokok masih macam tak cukup nutrient.
Masalah ini biasanya berkaitan dengan sistem pengakaran yang mempengaruhi penyerapan nutrisi.
Puncanya mungkin apa?
Jangan terlalu risau, ini hanya fisiologi tumbuhan. Pokok tidak mati jika anda melakukan perawatan yang betul.