EM4 yang saya beli di teko pertanian Indonesia dengan harga ~RM8. Saya beli kerana mahu mendapatkan botol bagi tujuan pembelajaran semasa saya aktif menyampaikan kursus kpd rakam2 di Malaysia.
Effective-Microorganism atau singkatannya EM adalah bakteria baik yang membantu para petani dan penternak. Menurun ceritanya EM adalah gabungan micro-organism baik yang telah ditemui oleh Professor Teruo Higa di University of the Ryukyu Japan. Hasil kajian Prof. Teruo,didapati EM boleh menyuburkan tanah, tanaman, air dan kesihatan manusia dengan cara mereputkan bahan organik dalam tanah, menggunakan (fixing) nitrogen diudara dan menjadi makanan (feed) tanaman dan haiwan disamping melindungi nya daripada ancaman penyakit. Micro-organisms tersebut terdiri daripada primary yeast, pro-biotic atau photosynthetic bacteria dan lactic acid bacteria. Mungkin kita tidak sedar bahawa masyarakat dayak juga sering membuat EM terutama menjelang hari Gawai atau Pesta Menuai. Air tuak adalah contoh minuman yang mengadungi EM. Contoh lain seperti Vitagen atau Yalkut.
Dalam bidang pertanian kita selalu menemukan EM1 dan EM4 yang harganya masih lumayan mahal. Kita boleh membuat (kultur) sendiri EM ini dengan kos minimal. Dalam tempoh kurang sebulan dengan bermodalkan RM15 sudah cukup untuk kita membuat 10L EM.
Membuat EM dari dasar
Terdapat 3 ketegori bakteria iaitu Bakt-Aerobik, Bakt-Heterotropik dan Bakt-Anaerobik. Bakteria Aerobik adalah bakteria yang hidup memerlukan Oksigen. Manakal bakteria Anaerobik pula adalah bakteria yang boleh hidup tanpa Oksigen contonya bakteria Lactobacillus Serum.
Tujuan kita adalah untuk menternak Lactobacillus Serum. Pada peringkat awal amat penting bagi kita menutupi bekas pembuat EM dengan rapat supaya bakteria aerobik mati setelah kehabisan oksigen. Cara asas membiakkan EM bermula dari EM1 hingga EM4. Jika anda berjaya membuat EM1 maka mudah bagi anda membuat EM2...selanjutnya.
Proses awal yang paling penting iaitu penyikiran bakteria aerobik dan sekali gus menghasilkan EM1. Sifat cecair EM1 yang berjaya mempunyai bau kemanis-manisan, jika hasilnya berbau kuat busuk bermakna anda gagal menghasilkan bakteria Lactobacillus Serum. Kegagalan sering berpunca drpd penutup bekas yg tidak rapat dan sumber makanannya tidak sesikit.
Artikal di atas tadi kita sudah tahu Tuak dan Yalkut adalah salah satu contoh minuman berasaskan EM. Kita mahu memperbanyakkan bakteria ini bagi tujuan pertanian. Seterusnya saya ingin berkongsi bagaimana membuat EM dari bahan diatas dengan kos serandah RM5. Terdapat 5 jenis EM yang biasa dihasilkan iaitu EM1....EM5 tetapi yang popular EM4.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan