Pokok D-168 ini hanya setahun empat bulan di kebun saya jalan Landeh.
Pernahkah pokok anda kekuningan dan terbantut seperti gambar dibawah. Walaupun dibaja tetapi pokok masih macam tak cukup nutrient.
Masalah ini biasanya berkaitan dengan sistem pengakaran yang mempengaruhi penyerapan nutrisi.
Puncanya mungkin apa?
1. Tanah keras dan padat sehingga menyebabkan akar tidak dapat berkembang dengan baik
2. Tanah mati dan pengudaraan tanah lemah. Oksigen sangat penting untuk hidupan mikro tanah dan pokok menyerap oksigen dari akar.
3. Tanah masam. Nilai pH (potential of Hydrogen) tanah terlalu rendah hingga menggangu kadar penyerapan nutrisi. Pastikan pH berada pada julat 5.2-6.5
3. Tanah masam. Nilai pH (potential of Hydrogen) tanah terlalu rendah hingga menggangu kadar penyerapan nutrisi. Pastikan pH berada pada julat 5.2-6.5
4. Akar diserang penyakit seperti penyakit busuk akar & akar putih
5. Kecederaan akar secara mekanikal seperti pemotongan akar utama.
5. Kecederaan akar secara mekanikal seperti pemotongan akar utama.
6. Kerosakan pada akar rerambut yg banyak akibat serangga, anai2 dan cacing nomatode
7. Tanah kekeringan dan panas (>35°C) terutamanya pada musim kemarau panjang.
8. Tanah mati akibat penggunaan kimia (baja dan racun) berlebihan.
9. Tanah menakung air terlalu lama. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan akar pokok lemas dan senang dijangkiti oleh kulat
10. Pemberian nutrint yg tidak sesuai

11. Persaingan merebut air dan nutrisi antara akar pokok yg berdekatan
12. Kesan Allelopathic dari tumbuhan disekitarnya
Satu keadaan lagi yang sering dihadapi iaitu pokok mudah stress bila musim kemarau, daun cepat menjadi tua, kuning dan gugur tetapi toada tanda2 jangkitan kulat. Pertumbuhan juga lambat dan ruas daun pendek (<2.5cm). Saya tertarik dengan posting Mr. Azizul Gjoy Ayob dalam satu group facebook durian. Daun durian beliau cepat tua dan banyak keguguran
Jangan terlalu risau, ini hanya fisiologi tumbuhan. Pokok tidak mati jika anda melakukan perawatan yang betul.
Tanda2nya.
Pucuk baru masih keluar walupun banyak daun tua gugur, bahagian tepi daun juga ada sedikit kekeringan. Manakala ruas antara tangkai daun agak rapat. Sepertinya ini adalah masalah defisiensi unsur potassium.
Perawatan awal perlu mengunakan kaedah semburan foliar organik yg tinggi kandungan unsur-K dan dicampur Chitosan. Pada masa yg sama buat pemereksaan akar dan pengujian asas pada tanah. Lakukan perawatan sebelum memberi semula baja.
Ada juga pokok yg mudah layu bila panas dan akan pulih bila malam dan awal pagi seperti yang dikongsikan dalam posting FB Mr. Laksamana Cheng Ho VI
Pucuk daun bergulung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan