Resepi Pupuk Organik Cair dari bahan semulajadi keliling halanan rumah
Harga baja semangkin meningkat dan sukar untuk mendapatkan bekalan dari kedai. kali ini saya kongsikan cara untuk membuat baja cair dari bahan sekitaran halaman rumah kita termasuk sisa dapur. kos sangat murah dan tidak rumit untuk dilakukan. Ada dua ketegori POC yang biasa dibuat iaitu FAA, FPJ dan FFJ.
Apakah FAA, FPJ dan PFJ. proses untuk membuatnya adalah sama dan tempoh juga sama manakala jumlah gula perang sedikit berbeza. FPJ atau nama panjangnya iaitu Fermented Plant Juice manakala FFJ ialah Fermented Plant Juice. Proses fermentasi mengambil masa kira-kira 10hri atau lebih bergantung kepada saiz hirisan bahan. kalau bahan kita sudah kisar halus prosesnya kira-kira 10hari manakala yang dipotong tanpa kisar mengambil masa 2-5minggu. Bagi FAA (Fish Amino Acid) mengambil masa yg lebih lama bagi mengurangkan bau kira-kira 1-3bulan. Biasanya saya tak kisar sebab bukan nak segaut mahu pakai, stok lama sentiasa masih ada.
Asas Nisbah bahan vs molasses vs air
FPJ = Daun hijau 2:1:3 jika menggunakan gula perang nisbahnya 3:1:5
FFJ = Buah-buahan 1:1:2 jika menggunakan gula perang. Gunakan 1/2 shj
FAA = Ikan 1:1:1 jika menggunakan gula perang. Gunakan 1/3 shj
Hanya 4 bahan sahaja digunakan
1. Air tanpa klorin (Air Hujan / air paip yang dibiarkan lebih 24jam)
2. Probiotic cultured drink (Yakult/ Vitagen/ Tuak)
3. Gula perang.
4. Daun / Rumput disekitaran halaman rumah
INI CARA NAK BUAT :
1. Cari satu tong atau bekas yang ada penutup. jika skala kecil boleh gunakan tong cat besar. Saya menggunakan tong warna biru 160L terpakai. Boleh tanya di hardware berdekatan anda, di tempat saya dulu dijual dengan harga RM45.
2. Masukan air tanpa klorin sebanyak se per lima (32L @ 20%) dan bancuh gula perang (1kg setiap 10L air)
3. Masukan air vitagen (100ml setiap 10L air). Tong biru 160L kita suda isi kira-kira 30L air tanpa klorin. Bermakna 30L perlukan 300ml Probiotic cultured drink. Probiotic ini mengadungi bakteria baik yang dikenali sebagai Lactobacillus.
4. Gaulkan air tanpa klorin + Vitagen + gula perang. Tutup dan biarkan selama 2minggu, ini adalah proses memperbanyak bakteria probiotic.
5. Selepas 2 minggu kita campurkan 3kg lagi gula perang. Kini kita boleh masukan daun-daun atau sisa dapur kedalam tong. Gaul supaya semua daun sama basah, tutup kembali dan peram selama 2-3minggu.
6. Pusing atau kacau daun dalam tong setiap 3-5 hari supaya semua basah kembali. selepas 2-3 minggu kita boleh gunakan.
7. Tapis cairan organik tersebut untuk dijadikan foliar / ceduk dan bancuh untuk disiram di pangkal pokok.
8. Jika POC ini disimpan untuk jangka masa lama. penambahan gula perang 1kg per 10L air perlu dibuat setiap 6bulan supaya bakteria Lactobacillus kekal hidup.
9. Daun yang tidak hancur dalam tong boleh dikeluarkan untuk diletak bawah pokok tanaman sebagai baja bokasi
10. Sebelum POC habis kita boleh top up semula gula perang dan dedaun supaya bekalan kita tak putus.
.
CARA NAK PAKAI BAJA NI.
1. Kadar bacuhan (Ratio) penggunaan sebagai semburan foliar pada daun iaitu 5-8ml bagi setiap 1L air. semburan boleh dilakukan setiap 3-10 hari sekali.
Setiap formula mungin ratio penggunaan berbeza. Untuk lebih selamat kita perlu gunakan alat yg boleh mengukur dengan spesifik. Yang paling penting kita perlu ada alat yg boleh mengukur EC dan TDS.
Kalau guna ppm mulakan dr 200ppm bagi anak pokok di polibag. Kalau pokok yang sudah tanam dilapangan mulakan 500ppm. Bagi pokok dewasa 1800-2400ppm. Kalau menggunakan ukuran EC yg selamat 0.3-0.6 bagi pokok kecil dan dewasa 0.8. maksimum bagi sesetengah pokok boleh sehingga 1.0.
Pokok seperti kelapa atau kelapa sawit daun matang boleh max 3000ppm
2. Kadar bacuhan (Ratio) penggunaan sebagai bahan siraman pada pangkal pokok tidak begitu kritikal. siraman pada tanah biasanya saya guna 1 per 10. larutkan kedalam air siraman setiap 1- 2 minggu.
Nota tambahan:
Daun mengadungi unsur Nitrogen (N) yang tinggi, jadi POC di atas sesuai untuk kesuburan tanaman berdaun. Jika anda ingin membuat POC bagi pembuahan tanaman maka bahan yang digunakan hendaklah yang tinggi unsur Potassium (K). Bahan yang tinggi unsur K seperti buah labu manis, sekam dll
Sekian dan Semoga bermanfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan