Isnin, 26 Julai 2021

BUNGA ENGKADO

DUA JENIS BUNGA AVOKADO  (Type-A & Type-B)




Apa type-A / type-B?

Hal ini dibahagikan mengikut sihat bunga. Sepokok Engkado bersifat dichogamy iaitu kuntum bunga yang sama boleh menghasilkan bunga Jantan dan bunga Bertina. Bunga jantan akan mekar terlebih dahulu rujuk pada rajah dibawah.

Serangga dan semut membantu dalam pendebungaan avokado.


Waktu bunga jantan dan bunga betina mekar pada waktu berbeza. Peluang pendebungaan mungkin gagal jika pertindihan waktu bunga mekar singkat. Hanya bunga yg berjaya didebungakan akan menjadi buah. Pendebungaan ini terjadi dengan bantuan serangga, angin dan burung walaupun pada pokok yang sama. Pemeliharaan kelulut sangat digalakkan bagi penanaman skala besar




Type-A
Bunga jantan mekar pagi

Type-B
Bunga jantan mekar petang

Persoalannya.
Perlukan kita menanam kedua2nya atau hanya satu jenis sahaja. Ramai yg mengadu - mengapa pokok avokado saya bunga tapi buahnya tidak banyak yg melekat atau langsung tidak melakat menjadi buah.

Hanya satu varieti yg memiliki bunga Type-A & Type-B iaitu Wurtz @ Little Cado

Jika ada kesilapan tolong maafkan. Semua digalakkan utk berkongsikan pendapat untuk perbincangan di ruang komen. Sama2 kita perbincangan secara sihat. tq

Jumaat, 23 Julai 2021

Pengurusan Buah

Kali ini saya ingin kongsikan sedikit tips bagaimana memetik dan melindungi buah Engkado. Supaya kualiti buah tidak tergangu dan tahan di simpan lama. Semua kita tahu bahawa buah Engkado perlu diperam beberapa hari sebelum boleh dimakan.

1. Pastikan buah bebas dari sisa kimia beracun. Patuhi larangan memunggut hasil selepas penyeburan racun perosak seperti dalam garispanduan yang telah ditetapkan dlm Akta Racun.



2. Petik buah yang cukup matang sahaja. Pekerja harus belajar mengenal buah yang matang.



3. Jangan biarkan buah Engkado jatuh ke tanah. Buah yang jatuh boleh cedera dan isinya lebam kehitaman. Buah sebaiknya dipetik dan bukan dijuluk.


4. Jangan meletakan buah yang dipetik di atas tanah tanpa ada bahan pelapik.

5. Jangan memunggut buah semasa hujan atau 24jam selepas hujan lebat (48jam jika mendung). Buah yang basah akibat hujan mudah dihingapi kulat dan tak boleh disimpan lama



6. Jangan dicabut tangkai buah atau pun jangan simpan tangkai terlalu panjang. Sebaiknya ditinggalkan ~3mm supaya tidak mudah tertanggal.



7. Buah yang dikutip jangan disimpan dalam guni terlalu banyak berhimpit-himpitan atau bersengol-sengolan. Sebaiknya disimpan dlm bakul atau tray.


8. Lakukan penggeredan dan jangan dijual buah yang rosak. Hargai pelangan anda.


9.  Beberapa tahap suhu yang kita perlu tahu iaitu suhu penyimpanan untuk pengeksportan.

Suhu chilling injury: ≤4°C
Suhu  pengangkutan: >4~6°C
Suhu penyimpanan: <16°C  (MG ~5°C / WI ~7°C)
Suhu penyualan: 16-25°C ( Buah akan cepat masak bila suhu >18°C)
Buah avokado boleh disimpan hingga 4 minggu jika berada pada suhu 6°C.

Petani kita mesti dibimbing untuk menghasilkan buah yang berkualiti setanding dengan buah import. Semoga tips ini bermanfaat kepada semua teman.

Khamis, 22 Julai 2021

ENGKADO MATANG


BUAH AVOKADO MATANG

BELI ATAU PETIK BUAH AVOKADO YANG CUKUP MATANG

Buah ini sudah dibeli lama (14 hari) tapi masih keras. Kulit dah mula berkedut dan bila dibuka isinya ada sedikit kehitaman. Rasa tidak sedap, tawar ada sedikit pahit. Biji yang disemai dak mahu bercambah dan mudah berkulat. Ini yang terjadi kepada saya setelah terambil buah yang belum cukup matang.


TEMPOH BUAH MATANG.

Tempoh matang buah avokado bergantung kepada beberapa faktor seperti Ras/Varieti, Cuaca dan Saiz buah. Buah yang dipetik terlalu awal tidak akan masak dengan sempurna. Ramai petani yang penjual buah yang masih muda. Bagi yang berpengalaman, mareka tahu bagaimana beza rupa kulit buah avokado matang atau yang masih muda. Saya menanam beberapa varieti avokado sahaja oleh itu pengatahuan saya amat terhad, mohon input dari pembaca untuk berkongsi berapa lama tempoh buah avokado anda matang. 

Saya ingin kumpulkan data tentang tempoh buah avokado menjadi matang. Untuk menjayakan program ini saya amat memerlukan infomasi dan kerjasama pengemar avokado nusantara. Saya senaraikan beberapa yang varieti sebagai rujukkan kita bersama.

*Miki (6-7bulan)
*Hass (12-14bulan)
*Pinkerton (8-10bulan)
*GEM (10-12bulan)
*Wina (8-10bulan)
*Dina (6-7bulan)
*Booth7 (7-8bulan)
*Aligator (7bulan)

Reed
Wurtz
Fuerte
Shawil
Russell
Lamb Hass

Sekali lagi saya minta kerjasama sahabat2 untuk kongsikan info supaya saya dapat update. Jika tiada dlm senarai di atas.. Sila senaraikan varieti baru tu di ruang komen. Nyatakan varieti pokok dan berapa tempoh buah mula boleh dipetik.


JANGAN PETIK BUAH MUDA

Masalah buah stem-end rot atau vascular straining

 

Terima kasih kepada Joyce Tan atas sumbangan gambar yg dikongsikan.

Pernah jumpa isi buah kelihatan berbintik-bintik hitam. Punca adalah dari buah yg dipetik masih terlalu muda dan disimpan lama dalam bilik sejuk dengan suhu penyimpanan yg tidak terkawal. Buah yang bermasalah masih boleh dimakan tetapi rasa memang tidak sedap dan kadang2 rasa sedikit pahit. Ini selalu ditemuai bagi avokado yang di import dari nagara Afrika.

Belilah buah Avokado lokal, buah yang cukup matang dan masih segar. Saya percaya dalam 4-6 tahun (2024) lagi kita mampu menghasilkan buah avokado untuk permintaan pasaran tempatan.


Bagaimana menentukan tarikh buah matang bagi varieti baru


Seperti yg saya terangkan di artikal sebelumnya. Kebanyakan avokado yang ditanam di Malaysia adalah dari keluarga  West Indian. Buah avokado keluarga ini mengambil masa 5-7bulan utk matang.


Kapan avokado anda bisa dipanen?

Sesetengah avokado  bila cukup matang akan bertukar warna hijau yang lebih gelap. Ada yg bertukar ke warna Unggu tua atau warna Merah. Ada juga yg tidak bertukar warna tapi kulit buahnya akan kelihatan lebih kasar. 


Ada jenis lain yg mungkin bila ada goncang akan terdengar bijinya menari2 sambil memukul2 gendang didalam.


Cara paling aman - 

1. Catit tarikh bilakah pokok avokado anda mula berbunga. Biarkan sebiji buahnya jatuh masak semulajadi sebagai korban kajian. Selepas sebiji buah masak maka buah lain yang sama usinya sudah sukup matang dan boleh dipetiku. Gnakan juga panduan ini untuk menentukan tempoh buah matang pada musim berikutnya.

Musim akan datang anda boleh menuai buah berdasarkan info tadi. Tarikh buah gugur dari tarikh pokok bunga lalu ditolak 50hari.



2. Petik sebiji buahnya dan peram. Buah avokado matang dari keluarga West Indian mengabil masa 6-10 hari untuk masak selepas diperam. Jika buah yg anda petik tadi masak dengan sempurna... Maka buah yg lain anda boleh petik juga. Amat penting kita catatkan tarikh pembentukan buah dan tempoh boleh panen. Gunakan juga tempoh ini sebagai rujukan bagi musim panen akan datang



Ahad, 18 Julai 2021

MASALAHAN TANAMAN ENGKADO

 PENYAKIT TANAMAN AVOKADO


Masalah kulat bagi tanaman avokado menjadi cabaran kepada para petani bermula dari peringkat penyemaian lagi. Semasa awal peringkat semian media yang digunakan haruslah dirawat dengan  racun kulat dan perlu dicampur sedikit kapur pertanian. Didapati media semaian yang menggunakan sekam padi mentah sering terjangkit kulat terutama kulat akar putih atau hawar. Jika menggunakan sekam mentah kita harus menyebur racun kulat. Saya bahagikan racun kulat kepada 3 group uitama iaitu; Group 1 (Nativo, Luna, Amistartop) Group 2 (Aliette, Redomil) dan Group 3 (Copper Oxychloride, Copper Hydroxide atau Copper Sulphate).

Terus sembur dengan racun kulat sebaik sahaja biji disemai, gunakan racun dari group 1 terlebih dahulu dan 2 bulan kamudian disembur pula dengan racun kulat dari group 2. Bagi pokok yang sudah ditanam dilapangan, disyorkan untuk merawat dengan racun kulat dari group 1 dan group 2 selang-seli setiap 4-6 bulan sekali.

Jenis-jenis penyakit kulat yang biasa pada pokok Avokado

Kanker batang (Patch Canker) yg disebabkan oleh kulat Phytophthora palmivora dan Kanker akar atau reput akar pythium yg disebabkan oleh kulat Phtyhium vexans. Racun utk rawatan :- Fosetyl Alumimium (Aliette), Metalaxyl-M(Ridomil) dan Dimethomorph


Akar putih yg disebabkan oleh kulat Rosellinia necatrix, Phellinus naxius atau Rigidiporus lignosus. Racun untuk mengawal seperti Hexaconazole, Triadimefon dan Tridmorph


Hawar pucuk yg disebabkan oleh kulat amaranthus. Racun yg sesuai utk merawat seperti Tebuconazole-Trifloxistrobin (BM Nativo) dll


Hawar daun Rhizoctonia yg disebabkan oleh kulat Rhizoctonia Solani. Racun untuk mengawal seperti pencycuron (Monceren) dll


Penyakit lain yg selalu menyerang avokado seperti,


- Powdery Mildew

- Aktranos

- Cercospora




Cercospora Spot pada buah avokado yang dijangkiti oleh kulat Cercospora

Fig. 1 Natural symptoms of shoot and branch cankers (a-g) and symptoms that developed subsequent to inoculation (h-i) on avocado. a Dieback of infected branches. b Cankers on shoots. c White powder on the surface of cankered shoots of young plants. d Internal branch cankers showing dark discolouration. e-f Internal wedge-shaped canker. g Internal discoloration due to cankers on shoots. h-i Presence of canker-related discoloration and white powder at inoculation locations 


Penyakit ini dinamakan Rhizoctonia theobromae yang menyebabkan Vascular Streak Dieback (VSD) diserang oleh pathogen "Oncobasidium theobromae" dan "Thanatephorus theobromae". Penyakit ini merebak melalui angin, banyak memyerang pucuk dan batang muda tanaman avokado dan koko.





Bintik kulat karang (Nectria Cinnabarina). Bahagian yang teruk dijangkiti perlu dipotong dan dibakar. Racun kulat yg digunakan seperti Benomyl, Thiram, copper oxychloride. Sumner gambar daripada Linda Zainal.



PEROSAK TANAMAN AVOKADO


Belalang dan serangga pemakan daun. Racun serangga yg digunakan seperti Deltamethrin & Chlorpyrifos


Kumbang Pengorek batang. Racun serangga yg digunakan seperti dimethoate, Colam ZC (Lambda Cyhalothrin + Thiamethoxam)




Kutu seperti bena, teritip, trip, hama merah iaitu serangga halus yg menghisap  cecair tubuhan. Racun serangga yg digunakan Imidacloprid, Deltamethrin, Amitraz dll


Lalat Buah yang menyutik telurnya dlm buah. Populasi lalat boleh dikurangkan dengan memasang perangkap yg di beri umpanam nagi menarik perhatiam lalat lelaki. Antara racun kawalan seperti fenthion, cypermethrin dan dimethoate, chlorantraniriprole

 dll



Anai2 & Merong/Sampok. Racun  yg digunakan seperti Fipronil & Chlorpyrifos.


NEMATOD

Kali ini saya ingin berkongsi tentang masalah bintil akar yg biasanya disebabkan oleh cacing halus. Terdapat beribu2 cacing dalam tanah yg boleh jadi sehabat mahupun menjadi musuh tanaman. Nematod adalah cacing halus yg sering dikaitkan dengan permasalahan akar. Ianya merosakan akar dan menyebabkan pokok terbantut dan mudah diserang penyakit lain. 


Nematod suka dan senang merebak pada tanah banyak bahan organik yg berkelembapan tinggi dan masam. Pastikan julat pH tanah juga bersesuaian


Ada 4 a.i racun yg biasa digunakan apabila serangan nematod menjadi serius. Saya pernah guna Carbofuran dan Dazomet. Racun lain adalah seperti dibawah:-


1. Carbofuran/Dinotefuran

2. Fenamiphos

3. Dazomet

4. Cadusafos


Racun2 ini hendaklah digunakan dengan berhati2. Lakukan pemulihan semula tanah selepas penggunaan racun di atas. 


Difahamkan Chitosan juga boleh digunakan untuk mengurangkan masalah akibat nemoted ini. Ini adalah kawalan secara organik.


Aphid tanah


Aphid tanah boleh merosakan sistem pengakaran tanan avokado yg masih kecil secara langsung atau tidak langsung.


NYAMUK KEPINDING (Helopeltis)

Nyamuk Kepinding ini dari keluarga Helopeltis Sp. Serangga ini menghidap cairan pada buah avokado menyebabkan kesan rosak kehitaman (mole) pada kulit dan isi avokado menjadi kurang menarik. Buah yang masih kecil boleh gugur.



Pengorek biji Avokado (moth)
Avocado seed moth

avocado seed moth

Pengorek biji Avokado (weevil)

Heilipus lauri 


Serangga ini menyerang biji avokado. Bubuk betina menyutik telur ke dalam lapisan kulit avokado. Apabila telur menetas, larvanya akan masuk ke dlm biji avokado dan terus tinggal didalamnya hingga dewasa. Kawalan hendaklah dibuat semasa buah masih kecil. Hapuskan telurnya sebelum menetas menjadi larva. Jika sudah masuk jauh ke kulit buah amat sukar untuk dibunuh dan kesan pada buah menyebabkan kualiti buah rosak



Selain serangga dan perosak. buah avokado juga boleh mengalami kerosakan apabila dikendalikan dengan tidak cermat. contohnya buah yang diletakkan lama dalam bilik sejuk beku. Buah yang berhimpit2 semasa dihantar ke pusat pembungkusan atau buah yang jatuh terhempas. Selain itu penggunaan racun kimia berlebihan juga boleh merosakkan hasil tanaman.


 Hamama (Mite)

Hamama adalah perosak tanaman yang sukar dibunuh dengan racun biasa. Terdapat 2 spesis yg biasa ditemui di tempat saya iaitu spider mite dan red mite.

Racun yg saya gunakan iaitu Amatic 20Ec yang mempunyai bahan aktif - Amitraz atau Otrus 5Sc yg bahan aktifnya - Fenpyroximate. Racun ini bertindak secara sentuh dan pernafasan. Perlu disembur 2-3 kali setiap 5 hari kerana telur berkemungkinan akan menetas. Racun ini juga boleh dicampur dengan white oil supaya lebih berkesan.



BUAH ENGKADO GUGUR

 BUAH GUGUR SEBELUM MATANG.



Biasanya buah Engkado tidak mudah gugur sendirinya. Sedangkan untuk buah masak pun kita perlu petik dan peram. Sama macam buah ciku perlu petik dan peram. Apabila ada buah gugur sebelum masanya, itu memang ada sesuatu tanda masalah. 

Apakah yg menyebabkan buah gugur sebelum matang seperti dlm gambar di bawah (gambar dr sumber google). Antara punca buah gugur:-

A. Peringkat awal pembentukan bunga/buah

A.1- Kekurangan unsur Kalsium (Ca) dan Boron (B)

A.2 - Ketidakseimbangnya hormon Auksin serta Methyl Jasmonate

A.3 - Agent pendebungaan tidak berkerja

A.4. - Suhu tidak sesuai untuk pendebungaan

A.5- Pengaruh cuaca yg terlalu panas atau kerap hujan atau kemarau

A.6- Bunga atau putik buah diserang kulat (Antraknos)

A.7- putik buah diserang oleh serangga contohnya Teritip

A.8- Kesilapan membaja

A.9- Angin kencang (>65km/h)


B. Peringkat pertengahan pembentukan buah

B.1- Pengaruh cuaca yg terlalu panas atau kerap hujan. Pokok perlu di siram jika tanah terlalu kering. Semasa musim hujan pastikan bawah pokok tidak menakong air lama. Pembinaan busut setinggi 1kaki atau 15-20inci memang sangat penting  jika menanam di tanah rata.

B.2- Pastikan buah tidak terlalu banyak dan melebihi kemampuan pokok. Secara automatik buah berlebihan akan jatuh secara semulabjadi jika pokok tak mampu menampungnya

B.3- Pastikan nutrisi yg mencukupi terutama unsur potassium dan Kalsium semasa pembentukan buah. Selepas menuai pokok perlu diberikan baja secukupnya bagi mengantikaan nutrisi yg telah digunanya utk membentuk buah. Hal ini sama seperti seorang ibu selepas melahirkan perlu makanan yg sesuai utk pemulihan kesihatan.

B.4- Lakukan pengawasan dan kawalan kulat reput akar (berhati2 menggunakan racun kimia dan sentiasa patuhi tempoh bebas tuai)

B5- Buah disengat oleh serangga biasanya nyamuk buah dan lalat buah

Untuk mengatasi kita perlu tahu aa punca dari tanda2 masalah. Jika ada faktor lain sila tulis di ruang komen.


ENGKADO REPUT AKAR

  MASALAH REPUT AKAR

Akar banyak mempengaruhi ketahanan dan kesuburan pokok. Pemilihan rootstock sangat penting bagi mengurangkan masalah penyakit di bahagian akar. Ramai pengusaha Engkado komersial mengunakan rootstock yang tahan cuaca, tahan penyakit dan keserasi. Beberapa pengusaha memilih ranting dari pokok yang berkualiti seperti Dusa, Zutano .... Ranting tersebut ditut untuk dijadikan rootstock. Ada juga yang menggunakan biji Dusa tapi biji kurang berkesan berbanding tut.

3 punca utama masalah reput akar iaitu

1. Lemas akibat terendam dalam air terlalu lama

2. Diserang oleh penyakit kulat (Kulat Pythium, Phytophthora dan Rigidiporus Lignosus, Armillaria luteobubalina, Rosellinia necatrix, Fusarium sp) 

3. Dimakan ulat atau anai-anai dalam tanah

AKAR LEMAS

Bagi kawasan kerap hujan seperti Selatan Sarawak dan tanah jenis yang menakung air (clay) atau saliran yg kurang baik. Gunakan teknik "Parit Bulan Sabit" supaya air tidak melemaskan akar tanaman kita. 

Parit bulan sabit bagi mehalang lebihan air  memasuki zon akar. Kedalaman parit di bahagian atas kira-kira ½-1 kaki manakala bhg bawah tak perlu diparite. Tknik ini boleh mengurangkan masalah pokok mati akibat akar reput.




PENYAKIT AKAR PUTIH 




GEJALA PENYAKIT

Penyakit akar putih adalah salah satu masalah utama dalam penanaman engkado. Penyakit ini harus ditangani dengan cepat sebaik shj anda mengesan tanda2 jangkitan. Jika terlambat membuat perawatan boleh menyebabkan kerugian (Pokok Mati). 

- Tanda awal dapat dilihat pada bahagian pucuk yg lambat berkembang dan mudah layu walaupun baru disiram

- Bahagian pangkal batang dan akar terdapat bebenang putih.


PUNCA PENYAKIT


Reput akar yg disebabkan oleh pathogen Rigidiporus lignosus juga dikenali sebagai penyakit kulat Akar Putih. 


PERAWATA & KAWALAN

Pastikan kebun dalam keadaan bersih dn tiada sisa reputan kayu/sampah pada lubang penanaman. Lakukan pemantauan dan kawalan penyakit secara berjadual.

- Racun untuk mengawal seperti Hexaconazole, Triadimefon dan Tridmorph.
- Ada pekebun menggunakan kaedah organik dengan memberikan Trichoderma spp.

PENYAKIT KANKER AKAR

GEJALA PENYAKIT

Penyakit Kanker akar adalah salah satu masalah utama dalam penanaman engkado. Penyakit ini harus ditangani dengan cepat sebaik shj anda mengesan tanda2 jangkitan. Jika terlambat membuat perawatan boleh menyebabkan kerugian (Pokok Mati). Terdapat 4 Jeni's kulat yg menyebabkan Kanker akar iaitu Pythium, Phytophthora, Ganoderma lucidum dan Fusarium sp.

- Tanda awal serangan Kanker akibat Phytophthora dapat dilihat pada bahagian pangkal pokok2 Dan akar yang mengeluarkan cairan warna perang.

- Tanda awal serangan Kanker akibat Pythium dapat dilihat pada kulit akar Dan bahagian pangkal kelabu hitam tapi tidak berair


PUNCA PENYAKIT

Kanker akar yg disebabkan oleh pathogen  Phytophthora cinnamomi, Phytophthora niederhauserii, Phytophthora nicotianae, Pythium vexans, Ganoderma lucidum dan Fusarium sp


PERAWATA & KAWALAN

Pastikan kebun dalam keadaan bersih dn tiada sisa reputan kayu/sampah pada lubang penanaman. Lakukan pemantauan dan kawalan penyakit secara berjadual.

- Racun untuk mengawal seperti Metalaxyl, Fosetyl-Aluminium, Potassium phosphonate

Khamis, 1 Julai 2021

ENGKADO FROZEN


MENYIMPAN AVOKADO AGAR TAHAN LAMA




Avokado selepas dipetik perlu dimakan dengan segera jika sudah masak. Biasanya buah avokado yang diletakan pada suhhu bilik akan masak dalam 3-8hari. Manakala jika buah tersebut disimpan dalam peti sejuk (Suhu 2-5° Celsius) kita  masih boleh menikmatinya 2-3minggu lagi.



Jika kita ada buah yang banyak dan ingin menikmati avokado tersebut dalam tempoh yang lama maka ianya boleh simpan di Freezer dengan suhu bawah 0°C. Avokado frozen ini boleh disimpan berbulan lama. Ambil isinya sahaja dan simpan dalam bekas container makanan kecil.
 supaya senang dikeluarkan apabila perlu.