DUA JENIS BUNGA AVOKADO (Type-A & Type-B)
Apa type-A / type-B?
Hal ini dibahagikan mengikut sihat bunga. Sepokok Engkado bersifat dichogamy iaitu kuntum bunga yang sama boleh menghasilkan bunga Jantan dan bunga Bertina. Bunga jantan akan mekar terlebih dahulu rujuk pada rajah dibawah.
Serangga dan semut membantu dalam pendebungaan avokado.Waktu bunga jantan dan bunga betina mekar pada waktu berbeza. Peluang pendebungaan mungkin gagal jika pertindihan waktu bunga mekar singkat. Hanya bunga yg berjaya didebungakan akan menjadi buah. Pendebungaan ini terjadi dengan bantuan serangga, angin dan burung walaupun pada pokok yang sama. Pemeliharaan kelulut sangat digalakkan bagi penanaman skala besar
Type-A
Bunga jantan mekar pagi
Type-B
Bunga jantan mekar petang
Persoalannya.
Perlukan kita menanam kedua2nya atau hanya satu jenis sahaja. Ramai yg mengadu - mengapa pokok avokado saya bunga tapi buahnya tidak banyak yg melekat atau langsung tidak melakat menjadi buah.
Hanya satu varieti yg memiliki bunga Type-A & Type-B iaitu Wurtz @ Little Cado
Jika ada kesilapan tolong maafkan. Semua digalakkan utk berkongsikan pendapat untuk perbincangan di ruang komen. Sama2 kita perbincangan secara sihat. tq
Tiada ulasan:
Catat Ulasan