Khamis, 22 Julai 2021

ENGKADO MATANG


BUAH AVOKADO MATANG

BELI ATAU PETIK BUAH AVOKADO YANG CUKUP MATANG

Buah ini sudah dibeli lama (14 hari) tapi masih keras. Kulit dah mula berkedut dan bila dibuka isinya ada sedikit kehitaman. Rasa tidak sedap, tawar ada sedikit pahit. Biji yang disemai dak mahu bercambah dan mudah berkulat. Ini yang terjadi kepada saya setelah terambil buah yang belum cukup matang.


TEMPOH BUAH MATANG.

Tempoh matang buah avokado bergantung kepada beberapa faktor seperti Ras/Varieti, Cuaca dan Saiz buah. Buah yang dipetik terlalu awal tidak akan masak dengan sempurna. Ramai petani yang penjual buah yang masih muda. Bagi yang berpengalaman, mareka tahu bagaimana beza rupa kulit buah avokado matang atau yang masih muda. Saya menanam beberapa varieti avokado sahaja oleh itu pengatahuan saya amat terhad, mohon input dari pembaca untuk berkongsi berapa lama tempoh buah avokado anda matang. 

Saya ingin kumpulkan data tentang tempoh buah avokado menjadi matang. Untuk menjayakan program ini saya amat memerlukan infomasi dan kerjasama pengemar avokado nusantara. Saya senaraikan beberapa yang varieti sebagai rujukkan kita bersama.

*Miki (6-7bulan)
*Hass (12-14bulan)
*Pinkerton (8-10bulan)
*GEM (10-12bulan)
*Wina (8-10bulan)
*Dina (6-7bulan)
*Booth7 (7-8bulan)
*Aligator (7bulan)

Reed
Wurtz
Fuerte
Shawil
Russell
Lamb Hass

Sekali lagi saya minta kerjasama sahabat2 untuk kongsikan info supaya saya dapat update. Jika tiada dlm senarai di atas.. Sila senaraikan varieti baru tu di ruang komen. Nyatakan varieti pokok dan berapa tempoh buah mula boleh dipetik.


JANGAN PETIK BUAH MUDA

Masalah buah stem-end rot atau vascular straining

 

Terima kasih kepada Joyce Tan atas sumbangan gambar yg dikongsikan.

Pernah jumpa isi buah kelihatan berbintik-bintik hitam. Punca adalah dari buah yg dipetik masih terlalu muda dan disimpan lama dalam bilik sejuk dengan suhu penyimpanan yg tidak terkawal. Buah yang bermasalah masih boleh dimakan tetapi rasa memang tidak sedap dan kadang2 rasa sedikit pahit. Ini selalu ditemuai bagi avokado yang di import dari nagara Afrika.

Belilah buah Avokado lokal, buah yang cukup matang dan masih segar. Saya percaya dalam 4-6 tahun (2024) lagi kita mampu menghasilkan buah avokado untuk permintaan pasaran tempatan.


Bagaimana menentukan tarikh buah matang bagi varieti baru


Seperti yg saya terangkan di artikal sebelumnya. Kebanyakan avokado yang ditanam di Malaysia adalah dari keluarga  West Indian. Buah avokado keluarga ini mengambil masa 5-7bulan utk matang.


Kapan avokado anda bisa dipanen?

Sesetengah avokado  bila cukup matang akan bertukar warna hijau yang lebih gelap. Ada yg bertukar ke warna Unggu tua atau warna Merah. Ada juga yg tidak bertukar warna tapi kulit buahnya akan kelihatan lebih kasar. 


Ada jenis lain yg mungkin bila ada goncang akan terdengar bijinya menari2 sambil memukul2 gendang didalam.


Cara paling aman - 

1. Catit tarikh bilakah pokok avokado anda mula berbunga. Biarkan sebiji buahnya jatuh masak semulajadi sebagai korban kajian. Selepas sebiji buah masak maka buah lain yang sama usinya sudah sukup matang dan boleh dipetiku. Gnakan juga panduan ini untuk menentukan tempoh buah matang pada musim berikutnya.

Musim akan datang anda boleh menuai buah berdasarkan info tadi. Tarikh buah gugur dari tarikh pokok bunga lalu ditolak 50hari.



2. Petik sebiji buahnya dan peram. Buah avokado matang dari keluarga West Indian mengabil masa 6-10 hari untuk masak selepas diperam. Jika buah yg anda petik tadi masak dengan sempurna... Maka buah yg lain anda boleh petik juga. Amat penting kita catatkan tarikh pembentukan buah dan tempoh boleh panen. Gunakan juga tempoh ini sebagai rujukan bagi musim panen akan datang



Tiada ulasan:

Catat Ulasan