PENYAKIT TANAMAN AVOKADO
Masalah kulat bagi tanaman avokado menjadi cabaran kepada para petani bermula dari peringkat penyemaian lagi. Semasa awal peringkat semian media yang digunakan haruslah dirawat dengan racun kulat dan perlu dicampur sedikit kapur pertanian. Didapati media semaian yang menggunakan sekam padi mentah sering terjangkit kulat terutama kulat akar putih atau hawar. Jika menggunakan sekam mentah kita harus menyebur racun kulat. Saya bahagikan racun kulat kepada 3 group uitama iaitu; Group 1 (Nativo, Luna, Amistartop) Group 2 (Aliette, Redomil) dan Group 3 (Copper Oxychloride, Copper Hydroxide atau Copper Sulphate).
Terus sembur dengan racun kulat sebaik sahaja biji disemai, gunakan racun dari group 1 terlebih dahulu dan 2 bulan kamudian disembur pula dengan racun kulat dari group 2. Bagi pokok yang sudah ditanam dilapangan, disyorkan untuk merawat dengan racun kulat dari group 1 dan group 2 selang-seli setiap 4-6 bulan sekali.
Jenis-jenis penyakit kulat yang biasa pada pokok Avokado
Kanker batang (Patch Canker) yg disebabkan oleh kulat Phytophthora palmivora dan Kanker akar atau reput akar pythium yg disebabkan oleh kulat Phtyhium vexans. Racun utk rawatan :- Fosetyl Alumimium (Aliette), Metalaxyl-M(Ridomil) dan Dimethomorph
Akar putih yg disebabkan oleh kulat Rosellinia necatrix, Phellinus naxius atau Rigidiporus lignosus. Racun untuk mengawal seperti Hexaconazole, Triadimefon dan Tridmorph
Hawar pucuk yg disebabkan oleh kulat amaranthus. Racun yg sesuai utk merawat seperti Tebuconazole-Trifloxistrobin (BM Nativo) dll
Hawar daun Rhizoctonia yg disebabkan oleh kulat Rhizoctonia Solani. Racun untuk mengawal seperti pencycuron (Monceren) dll
Penyakit lain yg selalu menyerang avokado seperti,
- Powdery Mildew
- Aktranos
- Cercospora
Cercospora Spot pada buah avokado yang dijangkiti oleh kulat Cercospora
Fig. 1 Natural symptoms of shoot and branch cankers (a-g) and symptoms that developed subsequent to inoculation (h-i) on avocado. a Dieback of infected branches. b Cankers on shoots. c White powder on the surface of cankered shoots of young plants. d Internal branch cankers showing dark discolouration. e-f Internal wedge-shaped canker. g Internal discoloration due to cankers on shoots. h-i Presence of canker-related discoloration and white powder at inoculation locations
Penyakit ini dinamakan Rhizoctonia theobromae yang menyebabkan Vascular Streak Dieback (VSD) diserang oleh pathogen "Oncobasidium theobromae" dan "Thanatephorus theobromae". Penyakit ini merebak melalui angin, banyak memyerang pucuk dan batang muda tanaman avokado dan koko.
PEROSAK TANAMAN AVOKADO
Belalang dan serangga pemakan daun. Racun serangga yg digunakan seperti Deltamethrin & Chlorpyrifos
Kumbang Pengorek batang. Racun serangga yg digunakan seperti dimethoate, Colam ZC (Lambda Cyhalothrin + Thiamethoxam)
Kutu seperti bena, teritip, trip, hama merah iaitu serangga halus yg menghisap cecair tubuhan. Racun serangga yg digunakan Imidacloprid, Deltamethrin, Amitraz dll
Lalat Buah yang menyutik telurnya dlm buah. Populasi lalat boleh dikurangkan dengan memasang perangkap yg di beri umpanam nagi menarik perhatiam lalat lelaki. Antara racun kawalan seperti fenthion, cypermethrin dan dimethoate, chlorantraniriprole
dll
Anai2 & Merong/Sampok. Racun yg digunakan seperti Fipronil & Chlorpyrifos.
NEMATOD
Kali ini saya ingin berkongsi tentang masalah bintil akar yg biasanya disebabkan oleh cacing halus. Terdapat beribu2 cacing dalam tanah yg boleh jadi sehabat mahupun menjadi musuh tanaman. Nematod adalah cacing halus yg sering dikaitkan dengan permasalahan akar. Ianya merosakan akar dan menyebabkan pokok terbantut dan mudah diserang penyakit lain.
Nematod suka dan senang merebak pada tanah banyak bahan organik yg berkelembapan tinggi dan masam. Pastikan julat pH tanah juga bersesuaian
Ada 4 a.i racun yg biasa digunakan apabila serangan nematod menjadi serius. Saya pernah guna Carbofuran dan Dazomet. Racun lain adalah seperti dibawah:-
1. Carbofuran/Dinotefuran
2. Fenamiphos
3. Dazomet
4. Cadusafos
Racun2 ini hendaklah digunakan dengan berhati2. Lakukan pemulihan semula tanah selepas penggunaan racun di atas.
Difahamkan Chitosan juga boleh digunakan untuk mengurangkan masalah akibat nemoted ini. Ini adalah kawalan secara organik.
Aphid tanah
Aphid tanah boleh merosakan sistem pengakaran tanan avokado yg masih kecil secara langsung atau tidak langsung.
NYAMUK KEPINDING (Helopeltis)
Nyamuk Kepinding ini dari keluarga Helopeltis Sp. Serangga ini menghidap cairan pada buah avokado menyebabkan kesan rosak kehitaman (mole) pada kulit dan isi avokado menjadi kurang menarik. Buah yang masih kecil boleh gugur.
Pengorek biji Avokado (weevil)
Heilipus lauri
Serangga ini menyerang biji avokado. Bubuk betina menyutik telur ke dalam lapisan kulit avokado. Apabila telur menetas, larvanya akan masuk ke dlm biji avokado dan terus tinggal didalamnya hingga dewasa. Kawalan hendaklah dibuat semasa buah masih kecil. Hapuskan telurnya sebelum menetas menjadi larva. Jika sudah masuk jauh ke kulit buah amat sukar untuk dibunuh dan kesan pada buah menyebabkan kualiti buah rosak
Selain serangga dan perosak. buah avokado juga boleh mengalami kerosakan apabila dikendalikan dengan tidak cermat. contohnya buah yang diletakkan lama dalam bilik sejuk beku. Buah yang berhimpit2 semasa dihantar ke pusat pembungkusan atau buah yang jatuh terhempas. Selain itu penggunaan racun kimia berlebihan juga boleh merosakkan hasil tanaman.
Hamama (Mite)
Hamama adalah perosak tanaman yang sukar dibunuh dengan racun biasa. Terdapat 2 spesis yg biasa ditemui di tempat saya iaitu spider mite dan red mite.
Racun yg saya gunakan iaitu Amatic 20Ec yang mempunyai bahan aktif - Amitraz atau Otrus 5Sc yg bahan aktifnya - Fenpyroximate. Racun ini bertindak secara sentuh dan pernafasan. Perlu disembur 2-3 kali setiap 5 hari kerana telur berkemungkinan akan menetas. Racun ini juga boleh dicampur dengan white oil supaya lebih berkesan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan