Isnin, 20 Februari 2017

ENGKUBAI

 PYCNARRHENA CAULIFLORA (Mecin Dayak)


Mecin Dayak atau di tempat saya di Desa Jaong btg. Sterap dipanggil Engkubai. Pokok ini bisa tumbuh dengan subur di ketinggian 50-750meter dari paras laut (mdpl). Bahasa buku bagi Mecin Dayak iaitu Pycnarrhena Cauliflora. Amat sukar untuk menemukan pokok ini sekarang kerana ianya diancam kepupusan. Aktiviti pemusnahan hutan utk pembalakan dan pertanian komersial memburukan lagi keadaan.
Pokok Engkubai mempunyai batang yg keras, hidup renek menjalar seperti akar tapi tidak panjang (1.0-2.5m). Pertumbuhan pokok Engkubai amat perlahan. Pokok di atas adalah hasil tut yang saya buat selama hampir 5 bulan (Mac-Sept 2018). Pokok induknya di kebun sepupu saya Jack Chek . Cara lain untuk menanamnya iaitu dengan menyemai bijinya (pokok ini jarang berbuah). Pernah menemu anak pokok Engkubai dijual dengan harga yang amat mahal RM60 sepokok.
Dalam masyarakat kami (Iban Balau), daun Engkubai digunakan sebagai penyedap masakan harian penganti MSG. Kami sering menggunakan daun Engkubai dalam menu masakan daun Empasa dan memasak rebung buluh. Ianya berfungsi sebagai bahan penambah rasa semulajadi seperti Ajinomoto. Daun Engkubai mengadungi Amino Glutamic, Inposin 5-monofosfat (IMP) dan guanosin 5 monofosfat (GMP), Proten, Karbohidrat dan sedikit zat galian yang lain. Selain utk penabah rasa daun Engkubai juga boleh dijadikan ubat tradisonal utk demam panas. Skrg dikhabarkan ada pihak universitas yg membuat kajian tentang pokok ini sebagai anti Cancer.
Di Kabupaten lain nama pokok Engkubai ini juga dipanggil Daun Biching, Pokok Aji (Ajinomoto), Pucuk Tubu, Daun Sisong, Daun Emperuh/Peroh, Daun Mekai/Bekai, Daun Apa, Daukng Sansakng, Daun Sungkai, Pokok Si'uoh, Pokok Sengkubak, Pokok Sengkubai dll.

Buah Engkubai jarang sekali ditemui

Terdapat tiga sub -spesis Engkubai
- Engkubai Sayur
- Engkubai Tubu
- Engkubai Machan.
Daun Engkubai yg telah dikeringkan dan diproses boleh dijual dengan harga pasaran semasa RM80-120 per ki


Engkubai boleh dibiak dengan cara Tut. Kaedah ini mengambil masa 4-6 bulan

Pokoksedia untuk ditanam selepas 6 bulan di Tut


logram.

Khamis, 16 Februari 2017

KESINDU


POKOK KESINDU / KULIM





Alam: Tumbuhan

Klad: Angiosperms

Klad: Eudikot

Klad: Core eudicots

Order: Santalales

Keluarga: Olacaceae

Genus: Scorodocarpus

Species: Scorodocarpus borneensis

Kesindu sejenis kayu keras yg hampir menyerupai pokok belian. Nama botani bagi kesindu iaitu Scorodocarpus Borneensis. Dua spesis kesindu yg boleh ditemui di pulau Borneo iaitu.
1. Kesidu Buan (Pucuk berwarna hijau muda)
2. Kesindu Api (Pucuk berwarna kemerahan dan rasa sedikit pedas)
Seperti belian buah kesindu juga bercengkerang keras oleh itu tempoh percambahan mengabil masa berbulan2.
Kaum Iban Balau di Borneo memetik pucuk kesindu utk dijadikan menu santapan. Ianya sering dijadikan sebagai hidangan VVIP kerana ianya amat terhad. Walaupun saya bukan VVIP, saya suka menu pucuk kesindu goreng sambal buah petai.


Gambar diatas adalah buah kesindu yg sudah matang manakala gambar dibawah pula asalah buah kesindu yg masih muda. Buah dan rebusan kulit secara tradisional digunakan bagi merawat keracunan ""antiaris"" (Antiaris toxicaria Lesch.). Hasilan dari buahnya menunjukkan aktiviti antimicrobial.




Pokok ini boleh dibiakan dr biji atau tut. Nama lainnya seperti dibawah ini.tq


Biji Kesindu mengambil masa 2-4 bulan untuk bercambah malah boleh sampai 2 tahun.

Bibit Kesindu usia 10-12 bulan sedia untuk ditanam ke lapangan

Menurut pengamal perubatan, manfaat kesindu adalah seperti berikut.


Kesindu (Scorodocarpus) atau bawang hutan dalam bahasa ikut daerah ada yang mengenalinya sebagai Kulim, Udu, Suna, Kudar, Merca, Tadou, Ansam, Treduh, Topurau, Ungsanah,  Onsod. Tempoh matang pokok kesindu mengambil masa kira-kira 30 tahun berukuran keratan rentas 18-29 cm dan berketinggi 18-21 meter. Pokok kesindu menghasilkan kayu keras berat serdahana hingga berat dengan kepadatan isipadu 645-1080 kg/m pada kandungan kelembapan 15%.

Ahad, 5 Februari 2017

BUNGKANG

 SYZYGIUM POLYANTHUM /BUNGKANG

Kingdom:Plantae
Clade:Tracheophytes
Clade:Angiosperms
Clade:Eudicots
Clade:Rosids
Order:Myrtales
Family:Myrtaceae
Genus:Syzygium
Species:S.polyanthum
Daun bungkang adalah rempah asli yang bisa digunakan kaum kami (Iban Balau) untuk menambah rasa serta membuang bau binatang hutan dalam masakan. Pokok bungkang bisa hidup subur ditanah Borneo dan boleh membesar hingga 30meter tinggi. Selain sebagai penyedap rasa masakan daun bungkang juga boleh dibuat sebagai ulaman dan Teh Hijau yg mengadungi banyak khasiat. Teh daun bungkang boleh membantu mengurangkan masalah kencing manis, darah tinggi, mencegah kanker, menurunkan kadar kolestrol, menurunkan suhu badan dll
Pokok bungkang adalah tergulung dalam spesis Syzygium iaitu dari keluarga Myrtaceae. Terdapat banyak jenis pokok bungkang tetapi ada dua sub-spesis yg biasa ditemui di Borneo iaitu Bungkang Wangi dan Bungkang Ubah . Kegunaan bungkang mungkin berbeza mengikut varietie contohnya Bungkang Wangi biasa digunakan dalam masakan pansuh manakala Bungkang Ubah biasa dibuat ulam dan menu kerabu.


Di kebupaten lain, bungkang juga dikenali sebagai Bayleaf, Samak, Salam, Serai Kayu, Manting, Meselengan, Dokmaeo, Daengkluai, ubar serai dll. Apakah nama lain Bungkang dalam suku bangsa anda?
Kaedah Propagation (pengebangbiakan) boleh melalui biji benih dan juga tut.

Rabu, 1 Februari 2017

SABUNG


SABUNG
 




POKOK GNETUM GNEMON / SABUNG

Buah dan pucuk daun sabung adalah tumbuhan hutan yg bisa menjadi makanan. Kaum kami ( Iban Balau) biasa memetik pucuk sabung yg masih muda untuk dimasak menjadi sayur. Cara menyediakan santapan ini amat mudah, daun sabung yg masih muda direbus dalam periuk dan ditambah ikan pusu, garam dan MSG.

Buah sabung juga boleh dimakan. Buah muda boleh dimasak rebus bersama daunnya. Manakala buah matang bisa dijadikan emping / keropok yang amat enak.

Nama buku bagi pokok ini iaitu "Gnetum Gnemon". Di kabupaten lain namanya bisa dikenali sebagai Melinjau/Belinjo/Belinjau/Binjau, Niling, Soh, Mende, Bagok/BagĂș, Tulip, Daun Dua, Un Mulieng/Muling, Don Dodah, Tangkil, Minja, Ceperai, Cukok

Pokok ini hidup subur di tanah rendah dan lembap pada ketinggian 30-350 mdpl. Terdapat tiga jenis pokok sabung iaitu sabung manis, sabung niling dan sabung jawa. Pokok sabung manis dan sabung niling boleh didapati dalam hutan Borneo.

Sabung manis (daun kecil kemerahan tetapi sedap dimakan. Pokok saiz 2-4meter tinggi). Hidup subur di bawah tempat yg redup

Sabung Niling (daun lebih tebal dan pokok lebih besar 4-6meter tinggi daripada pokok sabung manis)

Sabung Jawa/Muling/Tangkil (daun tebal dan lebar tetapi sedikit kelat, buahnya juga lebih lebat dan biasa dibuat sebagai emping. Saiz pokok besar sehingga 20m tinggi). Boleh hidup subur di kawasan terbuka.

Khasiat sabung. Pucuk dan buah yang masih muda mengandungi khasiat makanan yang agak tinggi, terutama vitamin A dan vitamin C. Buah yang matang kaya dengan protein, lemak, karbohidrat, fiber dan zat galian yg lain.

Cara membiakan pokok sabung iaitu dengan kaedah semai biji, keratan dan tut. Pokok yg saya tanam adalah hasil drpd semaian biji. Penyemaian biji mengambil masa 4-6bulan utk bercambah.


Ulasan pakar tentang pokok sabung

Biji Melinjau dan GOUT

Biji melinjau mengandungi bahan khasiat resveratrol yang mempunyai banyak khasiat.  

Kajian telah dilakukan ke atas 29 lelaki berusia antara 35-70 tahun. Sebahagian lelaki diberi serbuk biji melinjau manakala sebahagian lagi tidak. 

Hasil kajian dalam masa 4 hingga 8 minggu mendapati, lelaki yang diberi serbuk biji melinjau kurang asid urik dalam darah berbanding lelaki yang tidak diberi serbuk melinjau. Kolesterol ‘baik’ atau HDL juga meningkat dengan ketara. 

Biji belinjau segar lebih tinggi kandungan bahan khasiat resveraterol (1.3 mg/g berat kering). Biji melinjau biasanya dimakan dengan cara memanggang, menggoreng (emping) dan merebus.  Hasil kajian mendapati, bahan resveratrol dalam biji melinjau menurun dari 36% menjadi 10% setelah digoreng. 

Cara terbaik untuk mendapatkan biji melinjau tinggi khasiat adalah dengan cara merebus. Kandungan bahan khasiat masih lagi tinggi (30%) berbanding yang digoreng.

Sumber lain tinggi khasiat bahan resveratrol adalah biji anggur dan buah mulbery. Manakala sumber yang boleh digunakan untuk membantu merawat gout adalah misai kucing, ceri, saderi dan kunyit. Pesakit gout juga perlu kurangkan memakan makanan tinggi bahan purine seperti hati, kupang, ketam dan sardin.

#DrSuriRoowi Ph.D KMN
Principal Scientist