Sabtu, 28 November 2020

Khasiat petai

 Banyak Manfaat Petai



1. Mengurangkan  masalah tekanan darah tinggi.

2. Mengurangkan serangan Stroke 

3. Mengurangkan seranggan Anemia, depresi, stres

4. Mengurangkan kesakitan perut, kecacingan dan beberapa gangguan kesihatan lain


* Rujukan info dari blog Herba & Tumbuhan


Apakah kandungan Nutrisi bagi setiap 100gram biji petai?

Protein - (6.0–27.5g)
Fat- (1.6–13.3g)
Carbohydrate - (13.2–52.9g)
Crude fiber - (1.7–2.0g)
Energy - (91.0–441.5 kcal)
Calcium - (108.0–265.1mg)
Iron - (2.2–2.7mg)
Phosphorus - (115.0mg)
Potassium - (341.0mg)
Magnesium - (29.0mg)                                
Manganese - (42.0ppm)
Copper - (36.7ppm)   
Zink - (8.2ppm)

Dll Zat Vitamin

Selasa, 24 November 2020

Tips tanam petai

 TIP MENANAM PETAI




 

Gambar buah petai Padi


Pokok Petai merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Fabaceae berasal dari kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap. Boleh hidup pada suhu 16-36°C tapi pertumbuhan optimum pada 20-28°C di ketinggian sehingga 1400m dpl.

Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan-hutan Borneo, Malaya, Indonesia  and Thailand, tetapi jarang didapati selain kawasan Asia Selatan. Nama botaninya Parkia dari keluarga Fabaceae. Petai belalang juga dari keluarga Fabaceae tapi dari Genus Leucaena. Spesis petai yang biasa dan digemari ramai seperti Parkia Speciosa (Petai Padi), Parkia Timoriana (Petai Hutan/Kerayung), Parkia Javanica (Petai Jawa/ Kedong) dan Parkia sumatrana (Petai Siam/ Nering).

Pokok petai boleh dibiakan dengan cara Penyemaian Biji, Tut dan Cantuman. Pokok hasil Cantuman boleh berbuah seawal 3 tahun jika dijaga dengan baik, manakala pokok tanam dari Biji boleh berbuah seawal 7 tahun. Pokok petai yg ditanam haruslah tidak terlindung dari cahaya matahari. Jarak tanaman yang di syorkam 10-15meter


Pokok petai suka pada tanah yang memempunyai saliran yang baik seperti tanah loam berpasir. Dari pengalaman saya, pokok petai yang ditanam di tanah loam berpasir rata2 mengeluarkan buah selepas 3 tahun ditanam berbanding di tanah lain yang mengambil masa 4 ke 5 tahun.

Pokok petai pada sifat asalnya adalah seperti balak yang tumbuh tinggi. Oleh itu dari peringkat penanaman pokok perlu dibuat pemangkasan. Pemangkasan pemeliharaan perlu dibuat setiap 3 tahun jika pokok sudah matang dan berbuah.

 

Tiga jenis petai yang saya tanam

- Petai Padi (Parkia Speciosa)

- Petai Baning (Parkia paya)

- Petai Kelingkang (Parkia Timoriana)




PEMBAJAAN

Pembajaan petai tidak perlu terlalu rumit. Apa yg penting kita kena monitor pH tanah, bagi baja subur dan bagi baja buah. Tempoh buah petai matang agak singkat jd semasa berbuah hanya memggunakan foliar.

Baja awal. Semasa tanam bagi baja organik digaul dlm lubang tanaman. 3 bulan kamudian bagi baja semi-organik 8.8.8.8 diselang-seli dengan baja NPK kimia 15:15:15+Te setiap 2 bulan.

Apabila saiz pangkal batang mencapai ukurlilit 25cm. Hentikan pemberian baja 15:15:15 dan bagi pula baja NPK 12:12:17 atau 10:18:24. Pokok sedia untuk berbuah apabila ukur-lilit batangnya mencapai 40cm.

Persediaan sebelum pokok berbuah. Pokok hendaklah sihat / subur dan nutrient yang seimbang. Antara unsur penting iaitu K, Mg, Ca, S, B, Zn, Mn.

Jika pH tanah rendah, pengapuran boleh dilakukan 6 bulan sekali. Kapur juga sebagai pembekal unsur Mg dan Ca. Antara kapur yg biasa digunakan iaitu GML, Dolomite dan Zeolite. Jika pH tidak menjadi isu, maka anda boleh pilih Sulka.  

Pembajaan pokok matang dilakukan 3-4 kali setahun. Saya menggunakan 2 jenis baja utama yang ditabur secara selang seli.

1. Nifosk-S Premium
2. Innotec Blue

Jangan memberikan baja semasa pokok sedang berbunga kerana ianya boleh menyebabkan bunga keguguran. Sebab petai mempunyai tempoh buah yang agak singkat. Semasa pembentukan buah saya menggunakan foliar kerana ianya lebih efektif berbanding baja granular yang lambat diserap melalui akar.



Program pembajaan ini mungkin tidak sesuai bagi setiap orang kerana keperluan pokok mungkin berbeza mengikut iklim setempat.



Khamis, 19 November 2020

Petai Rumbau



 BUNGA PETAI GAGAL BERPUTIK





7 faktor utama menyebabkan pokok petai yang berbunga gagal menjadi buah.


1- Genetik

Pokok petai boleh ditanam secara tunggal kerana ianya mengeluarkan bunga jantan dan betina. Akan tetapi ada juga pokok petai yg hanya mengeluarkan bunga jantan. Pokok yg hanya menghasilkan bunga jantan dipanggil pokok jantan manakala pokok yg menghasilkan bunga betina dan juga bunga jantan dinamakan pokok betina. Setiap bunga yg dihasilkan oleh pokok jantan secara umumnya tidak akan berputik menjadi buah. Kadar terjadinya pokok jantan amat rendah berbanding pokok seperti gelugur, rambutan atau dabai. Jangan dibunuh sebab anda boleh ubah pokok tersebut menjadi klon dengan melakukan Top-Working.


2- Pokok belum cukup matang.

Pokok petai hasil tut biasanya akan berbuah selepas dua tahun. Manakala hasil cantum mata tunas akan berbuah selepas 3-5 tahun dan paling lambat 7 tahun bergantung dengan cara penjagaan. Pokok tanam biji berbuah agak lambat ada yg bernasib boleh berbuah selepas 6 tahun tapi ada juga yg mengambil masa belasan tahun. Bunga pertama dan kedua biasanya tak banyak yg lekat atau langsung tak melekat kerana pokok belum cukup matang.


3- Cuaca terlampau. 


Kemarau yang terlalu lama dan panas terlampau boleh menganggu bunga petai, dimana benang sari atau bunga jantan menjadi kekeringan. Bunga akan rosak dan akan keguguran.


Begitu juga jika terlalu kerap hujan. Jika hujan lebat berpanjangan semasa bunga sedang matang. Bunga Jantan boleh dihanyutkan bersama aliran air jatuh ke tanah. Agent pendebungaan juga tidak keluar bekerja semasa hujan lebat.


4- Kekurangan Nutrisi

Pembajaan pokok sangat menpengaruhi hasil. Bubuh baja buah yang unsur K dan P tinggi serta baja yang mengadungi unsur B, Ca, S,  Mn dan Zn. 


5- Bunga tidak Normal

Bunga tidak normal bermaksud Bunga Jantan dan Betina tidak matang dengan serentak. Ini menyebabkan pendebungaan gagal terjadi. Masalah ini boleh dikurangkan dengan memberi hormon Asid Gibberelin (GA3) dalam kadaran kepekatan rendah ~200ppm.


6. Faktor kelainan iklim

Masalah ini sering dihadapi oleh mareka yg menanam Parkia sumatrana atau Parkia Leiophylla (Petai Siam) atau popular dengan panggilan petai hybrid. Parkia sumatrana banyak ditanam di  Thailand, Vietnam atau Myanmar iklim sederhana dan tidak sesuai dengan iklim Malaysia. Jangan terpedaya dengan penjual bibit hibrid yg menayangkan petai berbuah dlm pasu atau petai pokok renek. Kena pastikan hybrid tersebut baka lokal atau baka dari tempat beriklim lain.


7. Pendebungaan

Pokok petai mengeluarkan bunga  jantan dan bunga betina. Pendebungaan terjadi pada waktu malam dengan bantuan angin, serangga dan haiwan. Tanpa agent pendebungaan penghasilan buah amat rendah. Agent pendebungaan utama bagi pokok petai adalah kelawar Nektar dan beberapa spesis lebah malam. Hanya 2 spesis lebah yg dikenalpasti bekerja pada waktu malam. Lebah liar spesis Reepenia Bituberculata dan Meroglossa Gemmata yang mencari makan waktu malam


    Kelawar adalah kawan kita... Bina habitat yg kelawar suka 

*Gambar ini hanya sebagai rujukaan. Di ambil dari sumber Mr.Google

Pembentukan Pokok Petai

PEMANGKASAN - Pembentukan Pokok


Secara semulajadi petai tumbuh tinggi hingga 20-30meter bagi Parkia Speciosa manakala Parkia Timoriana boleh tumbuh sehingga 45meter.  Dua faktor utama mengapa petai tumbuh meninggi

- Berebut Cahaya
- Sifat Semulajadi


Ketinggian pokok petai hampir sama seperti Babangan/Embawang, Kelapa atau Durian. Buah petai yang matang perlu dipanjat, tidak seperti pokok diatas yg mana buahnya jatuh sendiri apabila tua atau masak. 


  



Masalah UTAMA yang saya hadapi dalam budidaya petai iaitu memetik buah dari pokok yang sudah tinggi. Bagi mengatasi masalah ini, pokok petai hendaklah ditanam dalam jarak yang betul dan dicantas dari awal penanaman. Jarak tanaman yang di syorkam 10-15meter supaya pokok mendapat cahaya matahhari secukupnya.



Disamping itu pemangkasan berperingkat juga sangat penting. Pembentukan pokok boleh dilakukan semenjak kecil lagi supaya pokoknya rimbun dan rendah. Saya belum mendapat bahan rujukan tentang SOP (Standard of Practice) pemangkasan Petai. Jadi saya buat sendiri SSP (Self Standard Practice) mungkin boleh dijadikan rujukan kpd rakan yg lain. 



SSP1 (ketinggian 20-25ft)

Cantasan pertama dibuat ada ketinggian 4-5kaki dan cantasan kedua pada ketinggian 10-15kaki


SSP2 (cadangan ketinggian 15-20ft).

Cantasan pertama dibuat ada ketinggian 2 kaki dan cantasan kedua pada ketinggian 6-8kaki dan cantasan ketiga pada 10-12kaki.


SSP1 telah saya cuba dan memuaskan tapi masih terasa tinggi. Saya akan cuba perbaiki dlm SSP2 pada pokok yg baru ditanam. Dibawah adalah gambar2 yg pernah dikongsikan dlm group ini dari siaran Mohd Hasbi Asics, Abd Karim Karim,  Midi Solar, Pokciq Kayo dan Ramli Real. Semoga ianya dpt dijadikan panduan berguna kepada semua kita. Cara lain yg anda boleh gunakan iaitu 'melentur' seperti dalam youtube dibawah.

https://youtu.be/oS5pYXU7qlE


Sekiranya rakan2 ada cadangan atau pandangan sila kongsikan. Tq


Ahad, 15 November 2020

Musuh Tanaman1

 

ANAI-ANAI MUSNAHAN TANAMAN PETAI, DURIAN, GETAH Dll.


Anai-anai adalah salah satu perosak tanaman petai. Batang petai yang lembut sangat digemari dan mudah diserang oleh anai-anai. Biasanya bersarang dalam tanah atau dibawah batang pokok yang mati. Cara membunuh anai-anai  dengan yang efektif dan mudah iaitu dengan membuat umpan. pasang atau lakukan pengumpanan jika terlihat kehadiran mareka dalam kawasan tanaman kita.

 

Umpan secara sederhana dengan menggunakan kertaa kotak telur yg telah disembur atau disiram dengan racun anai2.




Buat umpan bagi mengawal serangan anai-anai


semasa membuka tanah untuk diusahakan, sebaik-baiknya batang kayu dibakar supaya tidak menjadi sarangga atau makanan kepada anai-anai seperti ini.

Bagi tanaman yg sedang berbuah. Pastikan penggunaan Fipronil mematuhi Pre Harvest Interval 28days. Kesan racun ini cepat hilang jika terkena UV. Bagi tempat yg tidak kena hujan atau UV. Contohnya bawah pondok kebun, racun ini masih dapat dikesan hingga 125days


Anai2 juga menjadi musuh utama bagi tanaman durian, avokado dan rumah berkayu.


Rabu, 11 November 2020

Musuh Petai

 MUSSIDIA PEROSAK BUAH PETAI



 
 
Mussidia Pectinicornella

Kali ini saya nak berkongsi tentang buah petai berulat. Mussidia Pectinicornella adalah satu spesis kupu-kupu yang suka bertelur di buah petai yang masih muda. Larva Mussidia ini akan menebuk kulit buah serta memakan bijirin petai. Kitaran hidup Mussidia sekitar 28hari dari telur hingga menjadi kupu2 dewasa.

Memadangkan pokok petai amat tinggi, penggunaan racun amat sukar. Bagi perladangan komersial pokok disyorkan tidak lebih drpd 10meter. Kebanyakan pesticide yg boleh digunakan utk membunuh serangga ini.


 

Kawalan secara kimia boleh menggunakan racun seperti Alika, Karate, Decis dll. Kawalan bukan kimia juga boleh digunakan dengan membuat asap dibawah pokok yg sedang berbuah atau membuat perangkap lampu. Buah petai yg rosak hendaklah dibakar supaya ulat2 ini mati. Gambar dari sumber Mr.Google

Selasa, 3 November 2020

Produk petaI

 PRODUK PETAI

Selain dijual segar petai juga boleh diproses untuk dijeruk atau ditinkan




Jangan hairan jika terjumpa petai isi putih😊




Petai dijual dalam Tin


Petai jeruk

  


Petai segar yang telah dibuang kulit boleh dijual dengan harga RM45 sekilo mengikut permintaan


Selasa, 20 Oktober 2020

Petai Akar

 PETAI AKAR



Rupa seperti petai biasa tetapi ianya adalah pokok menjalar. Di Sarawak ianya dinamakan pokok Beluru dan di Semanjung pula dikenali sebagai pokok Sintok. Dalam botani ianya dipanggil pokok Entada. Ada pelbagai spesis Entaba seperti Entaba Phaseoloides, Entada Spiralis, Entada Liana dll. 



Saiz buah Entada besar dan panjang berbanding petai. Panjang buah oleh mencecah lebih 4kaki dan ada yg bergulung seperti buah Jering. Saya tak pernah mendengar org makan buah beluru tetapi akarnya digunakan dalam bidang perubatan tradisional utk merawat kulit bermasalah.




Gambar diambil dari sumbar google di page mstar.com.my yang di siarkan oleh pengarang Mohd Izzat Mohd Khalizan.


Tujuan posting ini hanya utk memberi info dan pengatahuan Am sahaja. Ianya tidak penting dalam budidaya Petai.


Selasa, 28 Julai 2020

Durian Kampung Unggul

Memilih durian kampung untuk diangkat sebagai baka durian unggul bukan suatu yang mudah. Semasa kita membuat risikan, ramai yang mengatakan mereka memiliki durian hebat tetapi bila kita membuat penelitian hanya sedikit sahaja yg memenuhi ciri-ciri durian unggulan. Banyak faktor yg perlu diambil kira seperti.

1. Rasa, tekstur, aroma, warna dan ketebalan isi

2. Saiz, warna dan ketebalan kulit buah

3. Konsisten berbuah lebat, penyesuaian iklim dan tahan penyakit.

Senarai Durian kampung dari Malaydia yang diangkat menjadi durian klon unggul hingga ke peringkat dunia.

1. Durian Raja Kunyit dari Tanam Merah Kelantan didaftarkan dengan kod D197 dan di jenama semula sebagai Musang King

2. Durian Hjh. Hasman yg juga dikenali sebagai durian IOI atau di Sarawak lebih popular dengan nama Johor Mas. Didaftarkan demgan kod D168

3. Isu Kuab sempena nama asalnya dari kpg Kuab adalah Isu pertama didaftarkan dengan jabatan pertanian Malaysia dengan kod pendaftaran DQ1. Kod DG25 digunakan dalam pendendaftaran dengan jabatan pertanian Sarawak

4. Suluk 2 klon durian hibrid semulajadi antara species durio Zibethinus dan durio Graveolens 

Negara jiran kita juga banyak membuat penelitian durian unggul dari jaguh kampung melalui pertandingan durian seperti durian Djarum Mas, Raja Udang, Terong dll

 


Rasa itu subjektif. Sedap bagi saya belum tentu sedap bagi anda. Meskipun sebelum dapat merasa, kebanyakan orang akan menikmati durian dengan matanya. Ramai yang tertarik setelah kerana warna isi durian tersebut. Ciri2 warna isi yang menjadi tarikan selalunya berwarna kuning keemasan, kuning jingga, kemerahan. 


Panduan warna durian mengikut varieti 



Durian yang lemak dan sedikit pahit menjadi pilihan utama saya. Selain itu isinya hendaklah sederhana tebal lembut, kering dan tidak berserabut. 

Kemanisan antara ciri-ciri yang harus kita ambil kira. Kebanyakan durian unggul memiliki tahap kemanisan melebihi 30brix. Bagi kita Malaysia dan China level kemanisan yang digemari adalah seperti berikut.


17 < Poor > 21

22 < Avg > 31

32 < Good > 46


Musang King : 39-44 Brix

XO : 33 - 36 Brix

Tekka : 31 - 34 Brix

Monthong : 26 - 28 Brix

Buah durian terdiri daripada kulit, pulp dan biji. Durian unggul seharusnya bersaiz sederhana dengan berat antara 1.8-3.6kg sebiji. Katakan purata durian bersaiz 2kg, setengah daripada berat ini adalah kulit. Durian seperti musang king mempunyai banyak biji yang kesep menajadikan bahagian yg boleh dimakan melebihi 33%. Cateria dalam pencalonan pemilihan durian unggul isinya hendaklah cukup tebal dan tidak kurang daripada 22% daripada berat buah. Biji kesep adalah suatu kelebihan dan ketebalan kulit harus sederhana iaitu 13-17mm. Ketebalan kulit tidak terlalu nipis mahupun tebal, kulit nipis dikuatiri boleh menyebabkan mutu buah tidak baik dan mudah merekah. Ketebalan kulit dipengaruhi oleh sifat genetik dan pembajaan.

Biji kesep >22% daripada TW


Ketebalan kulit 13-17mm

Faktor yang menpengaruhi kualiti durian.

- Warisan genatik (spesis & varieti)
- Pembajaan dan penjagaan
- Kandungan galian setempat
- Cuaca semasa
- Iklim
- Keserasian rootstock


Kajian beberapa pakar dari segi iklim, lahan di kedudukan longitude (garisan bujur bumi) 3-6° menghasilkan buah yang lebih manis dan beraroma berbanding durian yg ke sebelah selatan atau utara. Lahan lebih 6° lebih sesuai kpd varieti saiz besar yg dimakan secara mentah seperti Monthong.

APA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM MAKAN DURIAN? 

Kandungan dan kesan durian kepada kesihatan manusia

a. Durian kaya bahan asid amino tryptophan - Bahan ini menenangkan fikiran dan sesuai untuk orang yang ada masalah insomnia (susah tidur). 

b. Durian merupakan satu-satunya buah tropika yang tinggi kandungan organosulfur. Bahan organosulfur (bahan bau) bersifat antikanser, antioksidan, antimikrob dan melindungi jantung.  

c. Jika kita makan 100 g durian, kandungan kalorinya adalah 147 berbanding nasi - 151

d. Pesakit kencing manis tidak boleh makan durian secara berlebihan. Ada kajian menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetis. Namun, peratus penurunan gula darah oleh kulit durian lebih rendah berbanding glibenklamid (‘ubat’ hospital) 

f. Ada kajian menunjukkan makan isi durian pada kadar tinggi boleh tingkatkan kadar denyutan jantung. Justeru makan ikut kadarnya 

g. Durian kaya potassium. Kandungan potassium dalam isi durian adalah 426 mg dalam 100g isi durian. Justeru untuk sesiapa yang ada masalah buah pinggang, dinasihatkan jangan makan berlebihan
 
h. Elak makan durian bersama paracetamol. Ini kerana dikhuatiri boleh sebabkan kesan toksik. Ujian ke atas tikus mendapati kombinasi durian dan paracetamol boleh menyebabkan suhu badan turun mendadak dan ia mungkin mendatangkan kesan toksik.

i. Durian juga tidak boleh dimakan bersama-sama minuman alkohol. Kes klinikal menunjukkan seorang wanita di India mati selepas makan durian bersama minuman beralkohol. Kombinasi alkohol dan durian boleh menyebabkan kembung perut. Memandangkan tapai juga mengandungi alkohol walaupun pada kadar yang rendah, memakan buah durian bersama tapai sebaiknya dielakkan. 

Justeru makanlah durian ikut kadarnya dan mengikut cara yang betul 

Rujukan dari seorang Principal Scientist Malaysia Dr.SuriRoowi Ph.D KMN


Aktiviti Durian Hunters

Antara aktiviti yang kami jalankan untuk mengumpulkan durian kampung unggul. 

1. Mendidik masyarakat desa yg memiliki durian asal membiakan baka unggul setempat

2. Mengadakan pertandingan buah durian unggul

3. Berkerjasama dengan jabatan pertanian tempatan untuk merisik durian 

Kursus Cantuman Durian group kpg Stass Bau

Pertandingan durian antara penduduk setempat

Berkerjasama dengan jabatan pertanian bagi memberi semangat kepada masyarakat setempat. Kursus Rehab (Pemulihan durian kampung yang berpotensi) 

Antara kejayaan program Rehab. Meningkatkan kualiti hasil seperti dalam gambar dibawah. Pokok milik saudara Abg Kamarul yang dulunya buah isi kuning pucat dan kini menjadi kuning kunyit selepas melalui perawatan khas.


Durian Mok Wok (Ganu) milik saudara Pie Dass yang telah memenangi pertandingan durian kpg premium peringkat Daerah tahun 2000 dan negeri pada tahun 2021. Durian Ganu menjadi kebanggan saya kerana suatu ketika dahulu (sebelum pokok popular) saya telah memilikinya. Pokok induknya perlu diselamatkan kerana sekah hampir sampai ke pangkal. Pokok induk Mok Wok terletak di kuala Nerus Terangganu



Mengapa Menanam Durian

MENGAPA ANDA MENANAM DURIAN

Durian merupakan buah yang sangat digemari dan paling popular di Asia Tengara. Di Borneo durian biasanya dimakan segar dan boleh dimasak sebagai lauk, tempoyak, jem, aiskrim, dodol dan produk makanan yang lain. Percubaan telah dibuat untuk mengeksport durian dalam bentuk sejuk beku menggunakan teknologi Nitrogen cecair.


Dibawah ini adalah ketegori orang yang menanam durian mengikut kemahuan masing2.

- Penanaman untuk komersial
- Penanaman untuk kendiri
- Penanaman untuk koleksi
- Penanaman untuk RnD
- Penanaman untuk diwarisi


Komersial

# Durian yg bermutu tinggi yg byk permintaan oleh masyarakat. Biasanya yg dipilih adalah durian klon unggul seperti Musang King, Ochee, Kanyou, Djarum Mas dll

# Di budidayakan secara besar-besaran dengan sistem yg teratur


Sendiri Makan

# Durian yg diminati oleh pemiliknya. Biasanya ditanam secara kecil-kecilan di kebun campur atau dihalaman rumah


Koleksi

# Durian yg memiliki ciri2 unik dikumpulkan oleh peminatnya. Biasanya ini dilakukan oleh durian hunter. Ada yg memiliki ratusan veriati durian di dusunnya. Contoh koleksi sahabat saya - Durian kerantongan, durian kura-kura, durian, isi merah, durian duri merah, durian daun, durian botak, durian burung dll


Sahabat-sahabat dari seluruh Malaysia yang aktif mengumpulkan durian kampung premium


RnD

Aktiviti Research and development ini biasanya dilakukan oleh badan tertentu untuk meningkatkan produktiviti durian masa depan. Contoh MARDI (Malaysian Agricultural Research and Development Institute) yg telah menghasilkan veriati MDUR 88 dll


Warisan

Ditanam sebagai warisan untuk cucu-cicit. dijadikan sebagai pengikat silaturahim dan tanda memiliki suatu tempat. Contohnya tembawai atau PNG

Adik-beradik dan keluarga masing-masing berkumpul semasa musim buah durian. Durian Junggur 



SPECIES DURIO

Terdapat kira-kira 30 spesies Durio yang sudah ditemuai, walaubagaimanapun hanya 11 spesis setakat ini telah dikenal pasti untuk menghasilkan buah yang boleh dimakan. Terdapat banyak spesies yang mana buahnya tidak pernah dikumpulkan atau digambarkan dengan betul dan kemungkinan ada spesies lain yang boleh dimakan juga. 

Pengelasan saintifiks

Alam: Tumbuhan

Klad: Angiosperms

Klad: Eudikot

Klad: Rosids

Order: Malvales

Keluarga: Malvaceae

Subkeluarga: Helicteroideae

Tribus: Durioneae

Genus: Durio



1. Durio Zibethinus

Durian ini adalah satu2nya yang telah dijadikan durian komersial. Dipasarkan keseluruh dunia. Durio zibethinus yang sangat terkenal adakah seperti durian monthong, musang king, Djarum mas, dll


2. Durio Dulcis

Durio dulcis juga dikenali sebagai durian marangang (merangang), durian merah, kusik, tutong atau lahong. Pokoknya besar dan boleh mencapai ketinggian 40 meter. Kulit buahnya berwarna merah kehitaman. Isi daging buahnya kuning pekat dan rasa sangat manis. Mempunyai bau yang sangat kuat. 


3. Durio Grandiflorus

Durio grandiflorus juga dikenali sebagai durian munjit yang terdapat dikepulauan Borneo. Pokoknya besar boleh mencapai ketinggian 30meter. Isi buahnya berwarna kuning


4. Durio Graveolens

Pelbagai jenis dan warna. Diantaranya ada yg dikenali sebagai durian isu, durian burung, durian kuning, durian merah, durian otak udang galah, tabelak, kiawit atau durian isi merah. Ia adalah pokok yang besar setinggi 50 m (160 ft). Sekam buahnya berwarna jingga kekuningan, dilitupi dengan duri piramida sepanjang 1 cm (0.4 in). Isi buahnya yang berwarna merah lembayung berbau seperti badam panggang.

Terdapat D. graveolens yang buahnya tidak pandai jatuh sendiri apabila baru masak. Jenis ini dipanggil durian Marahang atau Kolumanggang 

D. graveolens serupa dengan D. dulcis tetapi buahnya terbuka semasa ia masih di atas pokok dan mempunyai isi merah gelap, sedangkan buah D. dulcis jatuh tidak terbuka dan mempunyai isi kuning gelap. 

Terdapat durian hibrid semulajadi antara D. graveolens dan D. zibethinus seperti durian suluk, mungkom, sibatang..ianya mengekalkan rasa dan tekstur D. zibethinus. Durian suluk terdapat banyak di kawasan tengah Borneo, ianya juga dikenali sebagai durian siunggong.

Di Malaya juga terdapat durian hibrid semulajadi seperti durian Sempa. Ianya berperisa ringan, berisi kuning


5. Durio Kutejensis  

Dikenali sebagai pekkan, pakon, pantan, ukak, nyekak, lai, kiawit, pekawai, ruas, pulu, sekawi, tinggang, papaken. Terdapat banyak di kws tengah borneo. Pokok sedarhana besar dengan ketinggian sekitar 30meter. Buahnya yang masak rasa manis dan tidak mempunyai bau yang kuat. DQ2 adalah klon yg telah didaftarkan dgn jabatan Pertanian Sarawak


6. Durio Lowianus

Dikenali sebagai durian daun atau sempa dan popular dengan panggilan durian bunga merah. Ia adalah pokok besar sehingga 50 meter tinggi, mempunyai bunga merah dan memanjang. Buah berbentuk bujurnya mengandungi isi kuning. Ada beberapa varieti D. Lowianus  yang popular dan dikomersialkan seperti L13

 

7. Durio Macrantha

Durio macrantha, adalah durian yang ditemukan oleh Mr. H. Rijksen di Taman Nasional Gunung Leuser Sumatra Utara, pada tahun 1981. Di tempat asalnya durian ini dikenal dgn nama 

Durian Dok, Tukoi. Pohon Durio macrantha berbatang bulat lurus, berkulit halus, tinggi sama seperti pohon durian lainnya. Daun panjang-lonjong. Bunga keluar selama 3 bulan dengan sangat banyak dan besar-besar, tapi yang menjadi buah hanya sekitar 30 buah sahaja.


8. Durio Oxleyanus 

Dikenali sebagai durian sukang, durian beludu, maksarap, aji, tupolo,Rawon, mangkaak, kombirilan, isu taik anak/ kerontangan / kertongan. Isu rian dan isu taik anak adalah spesis bebeza. Ia adalah pokok yang cukup besar sehingga 40 m tinggi. Ia menghasilkan buah-buahan kecil, bulat, hijau-abu-abu dengan duri piramida yang besar, keras, dan melengkung. Dagingnya berwarna kuning, halus dan manis. 


9. Durio Testudinarum 

Dikenali sebagai durian kura-kura. Saiz pokok yang medium setinggi 25 m. Spesies pendebungaan sendiri, buahnya melekat pada pangkal pohon dan akar utama yg timbul dipermukaan tanah. Kayunya keras manakala buahnya berwarna hijau dan isi buahnya kuning pucat rasa tawar. Terdapat 3 lagi durio yg berbuah d pangkal pohon seperti ini iaitu durio pinangianus, durio johoricus dan durio malaccensis.


10. Durio Kinabalunensis

Durian ini hidup d banjaran crocker dan gunung kinabalu. Boleh hidup pada kawasan tanah berketinggian 4500 kaki dr paras laut.  menjadikannya satu-satunya spesis durian yg boleh hidup di tanah tinggi. Saiz buah agak kecil iaitu sekitar 300-500g sebiji. 


11. Durio Exelcus

Dikenali juga sebagai durian Apun


Panduan tanaman tentang durian hanya untuk pengatahuan Am


Lokasi penanaman pokok durian ( Altitude meter ASL)

# Hidup subur 5-250m dpl

# Berbuah lebat 150-600m dpl

# Berbuah sederhana 600-900m dpl

# Spesis tanah tinggi Durio kinabaluensis boleh hidup pada altitude melebihi 1000m dpl

# ketinggian / altitude mempengaruhi suhu. Sel pokok durian akan mula rosak bila suhu bawah  8°C

# Suhu subur 24-32°C

# Suhu pendebungaan 17-30°C

# Suhu pendebungaan terbaik 19-25°C

# Suhu bunga rosak bawah 15-17 °C





Lubang tanaman


PENYEDIAAN LUBANG TANAMAN

Perlukah kita buat lubang penanaman sedalam ini. Kredit kepada tn. Rosli Hassan atas gambar rujukan ini.

 

Mengapa nak buat dalam?
Akar leteral yang menjadi induk kepada akar rerambut ianya bergerak ke arah horizontal dan tidak pergi terlalu dalam. Kebanyakan akar leteral durian berada pada kedalaman sekitar 0-45cm dari permukaan tanah. Satu yang orang tidak sedar iaitu pokok bernafas dari akar. Akar rerambut berfungsi untuk mencari nutrient, air dan bernafas yang banyak dipermukaan tanah. Kalau terlalu dalam dia tak boleh sedut udara (oksigen) dengan optima kerana semangkin dalam semangkin kurang kandungan oksigen.  

Dua faktor yang amat penting dan mesti diambil kira semasa membuat lubang tanaman iaitu pengudaraan & pengairan/saliran. Kalau tanah keras pembinaan lubang penanaman hendaklah lebih besar dan kedalaman tengah lubang boleh dibuat lebih 1.5meter. Kedalaman tidak berapa kritikal tapi yang lebih penting adalah kelebaran lubang tanaman tersebut.  Menanam durian dilahan tanah keras adalah digalakan untuk membinaan sistem busut bersaiz sehingga  4-6meter lebar. Kestabilan pokok juga perlu dikawal dengan menghadkan ketinggian kira-kira 8meter. Penanaman secara berkembar mungkin boleh dipertimbangkan oleh petani durian.

Bina busut bersesuaian dengan keadaan. Bagi lahan yang tidak pernah mengalami sejarah berlakunya banjir. Bina busut dengan ketinggian cadangan 45-80cm,  Jika sumber air anda terhad jangan, bina busut terlampau tinggiManakala penanaman ditanah berbukit pada pendapat saya tak perlu buat lubang terlalu dalam dan tak perlu buat busut tinggi kecuali tanah tu memang keras.

Ada beberapa inovasi untuk membuahkan durian diluar musim, mareka pembinaan busut sehingga 2meter tinggi. Membuahkan durian diluar musim boleh dilakukan dengan mudah jika kebun tersebut mempunyai sistem penyiraman yang lengkap. Pokok durian boleh diaruh untuk berbunga awal iaitu 1-2bulan awal dari musim alami.

Tanah liat adalah kawasan tanah yang sangat rumit untuk menanam durian. Strukktur tanahnya padat dan sering menghadapi masalah pengairan / waterlogged.


Teknik Tanaman Berbusut sesuai untuk tanah rata bagi mengurangkan masalah akar busuk akibat waterlogged. 


Busut boleh dibuat lebih 2 meter tinggi daripada watertable jika kawasan tersebut pernah mempunyai sejarah banjir. Jika kawasan bebas banjir hanya perlu buat busut rendah 45-80cm tapi lebarnya buat seberapa besar yang anda boleh, biasa orang buat 2meter tapi saya syorkan 4-6 meter.



Bagi tanah rata. disyorkan buat satu lubang pertama dengan saiz 1m x 1m dangan kedalaman lebih 1.5meter dan biarkan semalaman. Tujuan membuat lubang adalah untuk mengukur watertable, sebaikknya lubang dibuat 3-5hari selepas hujan turun.

Nak buat busut atau tak itu tiada masalah jika akar durian tidak terendam lama dlm air (waterlogged) dan senang menyerap oksigen. Bagi pertumbuhan yang maksima paling penting akar durian sihat.

Setiap teknik ada keistimewaan dan kelebihan. Mengikut tempat, jenis tanaman dan kehendak pekebun. Sumber kewangan juga perlu diambil kira. Alasan2 mengapa orang membuat busut.

Contohnya.

Pembuatan busut mungkin di lahan yg watertable tinggi atau kerap banjir. Ada juga yg membuat busut sebab tanah di lahannya keras hingga akar susah berkembang dan kadar pengairan/ pengudaraan yang lemah. Ada juga yg membuat busut kerana ingin membuat aruhan awal supaya musim buah di kebunnya lebih awal dari musim normal... Banyak lagi alasan.

Tapi kalau nak buat busut kita harus ada sistem penyiraman. Tanpa sistem penyiraman dan bekalan air yg cukup... Bencana akan datang. Pokok mati bila sedikit kemarau.

Langkah seterusnya adalah pemasaran. Saya percaya jika  anda memilih untuk menanam durian lebih dari 15 pokok.... Tujuan anda adalah untuk buat kebun komersial. Pasaran lokal memang sudah tepu. Jadi pergilah ke pasaran luar nagara yg masih terbuka. Pahami syarat2 pengeksportan hasil pertanian. Sediakan diri dengan ilmu dan dapatkan persijilan2 seperti MyGAP.


Pastikan durian ditanam dengan jarak yang beraesuaian iaitu perlu ambil kira faktor keselamatan dan kesejehteraan jiran. Elak menanaam terlalu dekat dengan harta-benda jiran atau garisan sempadan. 

Saya tak mahu jika jiran ada tanam pokok terlalu dekat dengan garisan sempadan. Lebih2 lagi pokok yang tinggi... Mengapa
1. Melindung cahaya tanaman saya
2. Daun tua yang gugur jatuh masuk takongan air dan menyumbat pump air di tangki stok air saya 
3. Akar durian masuk ke kawasan tanah saya dan mencuri baja yg saya bagi kepada tanaman
4. Buah durian jiran yg berada didahan panjang jatuh terkena pondok/reban ayam saya. Walaupun rumah ayam tetapi duit juga utk upah orang repair dan beli paku

Gambar dibawah saya ambil dari sumber harian Metro. Gambar rumah yg dihempap dahan durian yang ditanam 45 kaki dari rumah (15kaki dari pagar) jiran.

Di kampung saya durian yang tingginya 35-40m (100-130kaki) itu biasa kita jumpa. Malah ada yg 45-55meter