Terdapat kira-kira 30 spesies Durio yang sudah ditemuai, walaubagaimanapun hanya 11 spesis setakat ini telah dikenal pasti untuk menghasilkan buah yang boleh dimakan. Terdapat banyak spesies yang mana buahnya tidak pernah dikumpulkan atau digambarkan dengan betul dan kemungkinan ada spesies lain yang boleh dimakan juga.
Pengelasan saintifiks
Alam: Tumbuhan
Klad: Angiosperms
Klad: Eudikot
Klad: Rosids
Order: Malvales
Keluarga: Malvaceae
Subkeluarga: Helicteroideae
Tribus: Durioneae
Genus: Durio
1. Durio Zibethinus
Durian ini adalah satu2nya yang telah dijadikan durian komersial. Dipasarkan keseluruh dunia. Durio zibethinus yang sangat terkenal adakah seperti durian monthong, musang king, Djarum mas, dll
2. Durio Dulcis
Durio dulcis juga dikenali sebagai durian marangang (merangang), durian merah, kusik, tutong atau lahong. Pokoknya besar dan boleh mencapai ketinggian 40 meter. Kulit buahnya berwarna merah kehitaman. Isi daging buahnya kuning pekat dan rasa sangat manis. Mempunyai bau yang sangat kuat.
3. Durio Grandiflorus
Durio grandiflorus juga dikenali sebagai durian munjit yang terdapat dikepulauan Borneo. Pokoknya besar boleh mencapai ketinggian 30meter. Isi buahnya berwarna kuning
4. Durio Graveolens
Pelbagai jenis dan warna. Diantaranya ada yg dikenali sebagai durian isu, durian burung, durian kuning, durian merah, durian otak udang galah, tabelak, kiawit atau durian isi merah. Ia adalah pokok yang besar setinggi 50 m (160 ft). Sekam buahnya berwarna jingga kekuningan, dilitupi dengan duri piramida sepanjang 1 cm (0.4 in). Isi buahnya yang berwarna merah lembayung berbau seperti badam panggang.
Terdapat D. graveolens yang buahnya tidak pandai jatuh sendiri apabila baru masak. Jenis ini dipanggil durian Marahang atau Kolumanggang
D. graveolens serupa dengan D. dulcis tetapi buahnya terbuka semasa ia masih di atas pokok dan mempunyai isi merah gelap, sedangkan buah D. dulcis jatuh tidak terbuka dan mempunyai isi kuning gelap.
Terdapat durian hibrid semulajadi antara D. graveolens dan D. zibethinus seperti durian suluk, mungkom, sibatang..ianya mengekalkan rasa dan tekstur D. zibethinus. Durian suluk terdapat banyak di kawasan tengah Borneo, ianya juga dikenali sebagai durian siunggong.
Di Malaya juga terdapat durian hibrid semulajadi seperti durian Sempa. Ianya berperisa ringan, berisi kuning
5. Durio Kutejensis
Dikenali sebagai pekkan, pakon, pantan, ukak, nyekak, lai, kiawit, pekawai, ruas, pulu, sekawi, tinggang, papaken. Terdapat banyak di kws tengah borneo. Pokok sedarhana besar dengan ketinggian sekitar 30meter. Buahnya yang masak rasa manis dan tidak mempunyai bau yang kuat. DQ2 adalah klon yg telah didaftarkan dgn jabatan Pertanian Sarawak
6. Durio Lowianus
Dikenali sebagai durian daun atau sempa dan popular dengan panggilan durian bunga merah. Ia adalah pokok besar sehingga 50 meter tinggi, mempunyai bunga merah dan memanjang. Buah berbentuk bujurnya mengandungi isi kuning. Ada beberapa varieti D. Lowianus yang popular dan dikomersialkan seperti L13
7. Durio Macrantha
Durio macrantha, adalah durian yang ditemukan oleh Mr. H. Rijksen di Taman Nasional Gunung Leuser Sumatra Utara, pada tahun 1981. Di tempat asalnya durian ini dikenal dgn nama
Durian Dok, Tukoi. Pohon Durio macrantha berbatang bulat lurus, berkulit halus, tinggi sama seperti pohon durian lainnya. Daun panjang-lonjong. Bunga keluar selama 3 bulan dengan sangat banyak dan besar-besar, tapi yang menjadi buah hanya sekitar 30 buah sahaja.
8. Durio Oxleyanus
Dikenali sebagai durian sukang, durian beludu, maksarap, aji, tupolo,Rawon, mangkaak, kombirilan, isu taik anak/ kerontangan / kertongan. Isu rian dan isu taik anak adalah spesis bebeza. Ia adalah pokok yang cukup besar sehingga 40 m tinggi. Ia menghasilkan buah-buahan kecil, bulat, hijau-abu-abu dengan duri piramida yang besar, keras, dan melengkung. Dagingnya berwarna kuning, halus dan manis.
9. Durio Testudinarum
Dikenali sebagai durian kura-kura. Saiz pokok yang medium setinggi 25 m. Spesies pendebungaan sendiri, buahnya melekat pada pangkal pohon dan akar utama yg timbul dipermukaan tanah. Kayunya keras manakala buahnya berwarna hijau dan isi buahnya kuning pucat rasa tawar. Terdapat 3 lagi durio yg berbuah d pangkal pohon seperti ini iaitu durio pinangianus, durio johoricus dan durio malaccensis.
10. Durio Kinabalunensis
Durian ini hidup d banjaran crocker dan gunung kinabalu. Boleh hidup pada kawasan tanah berketinggian 4500 kaki dr paras laut. menjadikannya satu-satunya spesis durian yg boleh hidup di tanah tinggi. Saiz buah agak kecil iaitu sekitar 300-500g sebiji.
11. Durio Exelcus
Dikenali juga sebagai durian Apun
Panduan tanaman tentang durian hanya untuk pengatahuan Am
Lokasi penanaman pokok durian ( Altitude meter ASL)
# Hidup subur 5-250m dpl
# Berbuah lebat 150-600m dpl
# Berbuah sederhana 600-900m dpl
# Spesis tanah tinggi Durio kinabaluensis boleh hidup pada altitude melebihi 1000m dpl
# ketinggian / altitude mempengaruhi suhu. Sel pokok durian akan mula rosak bila suhu bawah 8°C
# Suhu subur 24-32°C
# Suhu pendebungaan 17-30°C
# Suhu pendebungaan terbaik 19-25°C
# Suhu bunga rosak bawah 15-17 °C
Tiada ulasan:
Catat Ulasan