Selasa, 28 Julai 2020

Lubang tanaman


PENYEDIAAN LUBANG TANAMAN

Perlukah kita buat lubang penanaman sedalam ini. Kredit kepada tn. Rosli Hassan atas gambar rujukan ini.

 

Mengapa nak buat dalam?
Akar leteral yang menjadi induk kepada akar rerambut ianya bergerak ke arah horizontal dan tidak pergi terlalu dalam. Kebanyakan akar leteral durian berada pada kedalaman sekitar 0-45cm dari permukaan tanah. Satu yang orang tidak sedar iaitu pokok bernafas dari akar. Akar rerambut berfungsi untuk mencari nutrient, air dan bernafas yang banyak dipermukaan tanah. Kalau terlalu dalam dia tak boleh sedut udara (oksigen) dengan optima kerana semangkin dalam semangkin kurang kandungan oksigen.  

Dua faktor yang amat penting dan mesti diambil kira semasa membuat lubang tanaman iaitu pengudaraan & pengairan/saliran. Kalau tanah keras pembinaan lubang penanaman hendaklah lebih besar dan kedalaman tengah lubang boleh dibuat lebih 1.5meter. Kedalaman tidak berapa kritikal tapi yang lebih penting adalah kelebaran lubang tanaman tersebut.  Menanam durian dilahan tanah keras adalah digalakan untuk membinaan sistem busut bersaiz sehingga  4-6meter lebar. Kestabilan pokok juga perlu dikawal dengan menghadkan ketinggian kira-kira 8meter. Penanaman secara berkembar mungkin boleh dipertimbangkan oleh petani durian.

Bina busut bersesuaian dengan keadaan. Bagi lahan yang tidak pernah mengalami sejarah berlakunya banjir. Bina busut dengan ketinggian cadangan 45-80cm,  Jika sumber air anda terhad jangan, bina busut terlampau tinggiManakala penanaman ditanah berbukit pada pendapat saya tak perlu buat lubang terlalu dalam dan tak perlu buat busut tinggi kecuali tanah tu memang keras.

Ada beberapa inovasi untuk membuahkan durian diluar musim, mareka pembinaan busut sehingga 2meter tinggi. Membuahkan durian diluar musim boleh dilakukan dengan mudah jika kebun tersebut mempunyai sistem penyiraman yang lengkap. Pokok durian boleh diaruh untuk berbunga awal iaitu 1-2bulan awal dari musim alami.

Tanah liat adalah kawasan tanah yang sangat rumit untuk menanam durian. Strukktur tanahnya padat dan sering menghadapi masalah pengairan / waterlogged.


Teknik Tanaman Berbusut sesuai untuk tanah rata bagi mengurangkan masalah akar busuk akibat waterlogged. 


Busut boleh dibuat lebih 2 meter tinggi daripada watertable jika kawasan tersebut pernah mempunyai sejarah banjir. Jika kawasan bebas banjir hanya perlu buat busut rendah 45-80cm tapi lebarnya buat seberapa besar yang anda boleh, biasa orang buat 2meter tapi saya syorkan 4-6 meter.



Bagi tanah rata. disyorkan buat satu lubang pertama dengan saiz 1m x 1m dangan kedalaman lebih 1.5meter dan biarkan semalaman. Tujuan membuat lubang adalah untuk mengukur watertable, sebaikknya lubang dibuat 3-5hari selepas hujan turun.

Nak buat busut atau tak itu tiada masalah jika akar durian tidak terendam lama dlm air (waterlogged) dan senang menyerap oksigen. Bagi pertumbuhan yang maksima paling penting akar durian sihat.

Setiap teknik ada keistimewaan dan kelebihan. Mengikut tempat, jenis tanaman dan kehendak pekebun. Sumber kewangan juga perlu diambil kira. Alasan2 mengapa orang membuat busut.

Contohnya.

Pembuatan busut mungkin di lahan yg watertable tinggi atau kerap banjir. Ada juga yg membuat busut sebab tanah di lahannya keras hingga akar susah berkembang dan kadar pengairan/ pengudaraan yang lemah. Ada juga yg membuat busut kerana ingin membuat aruhan awal supaya musim buah di kebunnya lebih awal dari musim normal... Banyak lagi alasan.

Tapi kalau nak buat busut kita harus ada sistem penyiraman. Tanpa sistem penyiraman dan bekalan air yg cukup... Bencana akan datang. Pokok mati bila sedikit kemarau.

Langkah seterusnya adalah pemasaran. Saya percaya jika  anda memilih untuk menanam durian lebih dari 15 pokok.... Tujuan anda adalah untuk buat kebun komersial. Pasaran lokal memang sudah tepu. Jadi pergilah ke pasaran luar nagara yg masih terbuka. Pahami syarat2 pengeksportan hasil pertanian. Sediakan diri dengan ilmu dan dapatkan persijilan2 seperti MyGAP.


Pastikan durian ditanam dengan jarak yang beraesuaian iaitu perlu ambil kira faktor keselamatan dan kesejehteraan jiran. Elak menanaam terlalu dekat dengan harta-benda jiran atau garisan sempadan. 

Saya tak mahu jika jiran ada tanam pokok terlalu dekat dengan garisan sempadan. Lebih2 lagi pokok yang tinggi... Mengapa
1. Melindung cahaya tanaman saya
2. Daun tua yang gugur jatuh masuk takongan air dan menyumbat pump air di tangki stok air saya 
3. Akar durian masuk ke kawasan tanah saya dan mencuri baja yg saya bagi kepada tanaman
4. Buah durian jiran yg berada didahan panjang jatuh terkena pondok/reban ayam saya. Walaupun rumah ayam tetapi duit juga utk upah orang repair dan beli paku

Gambar dibawah saya ambil dari sumber harian Metro. Gambar rumah yg dihempap dahan durian yang ditanam 45 kaki dari rumah (15kaki dari pagar) jiran.

Di kampung saya durian yang tingginya 35-40m (100-130kaki) itu biasa kita jumpa. Malah ada yg 45-55meter

Tiada ulasan:

Catat Ulasan