Rabu, 28 Mei 2025

ENGKADO TANAH BARUH-2

 Engkado Sarawak 

Sebelum ini  telah ada 6 tapak percuba menanam avocado, dicuba hampir 50 vareati lokal dan luar nagara. 


Plot pertama di Ulu Mawang (Bawah kaki banjaran Kelingkang) yang bermula pada  tahu 2013. Projek ini gagal kerana kurang ilmu pengatahuan tentang Avocado. Tanah disini jenis tanah keranggas ianya tidak sesuai bagi tanaman avocado. Kegagalan juga disebabkan kurang tenaga kerja serta pemilihan varieti yang salah. Pokok avocado di ulu Mawang ini telah dihapuskan bagi menanam tanaman lain yang lebih menghasilkan.

Plot ke-2 di Landeh berdekatan dengan Semengok delta bermula pada tahun 2019. Tanah disini berbukit dan jenis tanah kuning liat. Masalah utama disini adalah penyakit reput akar, banyak pokok telah mati disebabkan kanker batang dan akar. Ada beberapa pokok yang masih hidup juga belum pernah menghasilkan buahnya. 

Plot ke-3 terletak di kaki puncak Borneo bermula pada tahun 2020. Tanah disini agak curam dengan elevatian 180-200meter dpl dan texture tanah jenis loam berpasir. Di plot ini saya mencuba beberapa jenis avovado tanah rendah dan sederhana tinggi seperti Pinkerton, Booth-7, Wina dan beberapa avocado tanah sederhana rendah seperti QAV1, QAV3, MB2, Jay, Red lady, ST1, BauHass.

Plot ke-4 terletak di puncak Borneo bermula pada tahun awal tahun 2022 berkerjasama dengan penduduk tempatan. Tanah disini agak beralun dengan elevatian 550meter dpl dan texture tanah jenis loam berpasir. Suhu disini sekitar 28°C. Ada beberapa pokok sudah berbuah. Terdapat beberapa pokok mati akibat penyakit reput akar yang disebabkan kulat akar putih dan kenkar. Plot ini saya mencuba jenis avocado varieti tanah sederhana tinggi seperti Pinkerton, Zutano, Booth-7, Wurtz dan beberapa avocado tanah sederhana tinggi seperti Semil-34, ST-1, Miki, QAV1.

Plot ke-5 di tanam pada hujung tahun 2022 di Samarindah tepi nurseri saya. Menggunakan teknik penanaman berbusut. Semua pokok baru belajar berbunga dan ada yang sudah menghasikan buah. Tanah disini rata dengan jenis tanah tembok berbatu.

Plot ke-6 juga ditanam pada hujung tahun 2022 di Bau. Plot ini terletak di elevation 30meter dpl. Tanah disini jenis tanah loam liat dangan lapisan top soil yang sangat nipis sebab tanah atas telah diratakan. Teknik penanaman menggunakan kaedah berbusut. Busut dibina dari susunan kayu, arang, daun pelepah sawit, kompos dan zeolite kasar. Jenis avocado yang ditanam disini dari varieti tanah rendah seperti Semil34, QAV1, QAV3, Btg Rajang, Perak, ST1, Miki, AV25 dan Singka. Kebanyakan pokok sudah belajar berbunga dan beberapa pokok telah berbuah.

Setelah melakukan percubaan dan penelitian terhadap tanaman avocado di 6 plot sebelum ini. Kini saya berasrat untuk membangunkan kebun avocado dari idea dan pengalaman sendiri. Kali ini saya lebih teliti dalam menentukan jenis varieti avocado yang hendak ditanam, pemilihan rootstock, teknik penanaman, program pemangkasan dan pembajaan.

Ahad, 17 September 2023

Buah Mawang


Belum dapat buah Mawang  (Embang/Embawang/Bambangan) yg betul2 memuaskan hati. Dari puluhan buah Mawang yg saya makan bulan ini dari penjual seluruh laluan Lundu - Lachau ini yg terbaik. Harap dapat buah yg lebih baik selepas ini


Saiz buah. Berat purata 1.2-1.5kg dengan ukurlilit datar 398mm/ tegak 423mm. Berat kulit 416g dengan ketebalan kulit 5.5-6.0mm. Bahagian boleh dimakan 637g dengan ketebalan isi (hujung 2.4mm /tengah 3.7mm). 








Saiz ini boleh dikatakan sangat mantap tapi isinya belum memuaskan dari segi kehalusan / texture apabila dimakan.


Mawang madu


Saiz buah. Berat purata 1.6-1.8kg dengan ukurlilit datar 431mm/ tegak 468mm. Berat kulit 420g dengan ketebalan kulit 5.5-6.0mm. Biji sederhana besar dengan berat 251g. Bahagian boleh dimakan 1130g dengan ketebalan isi (hujung 2.8mm /tengah 4.2mm). 


Buah mawang madu lebih manis dari kebanyakan mawang yg pernah saya rasa dan texture sederhana halus kurang serabut. Kadar kamanisan buah yg baru jatuh 11.2brix dan kamanisan meningkat selepas 6 hari kita dapat rasakan sehingga 15.9brix. Saya akan kembangkan mawang jenis ini.






Sabtu, 2 September 2023

Panduan Bulan Tani

 Panduan Lunar Tani



Pergerakan bumi berputar satu pusingan (1hari) mengambil masa 23jam56minit dan 4 saat. Putaran bumi mepengaruhi pertumbuhan tanaman. Terdapat 4 jenis  gerak balas tumbuhan yang disebabkan oleh rangsangan di sekelilingnya. Dalam bahasa buku gerak-balas ini dipanggil sebagai Tropisme. Semasa sekolah rendah dahulu kita ada pelajari tentang 4 tropisme ini iaitu :-


i. Cahaya

ii. Air

iii. Graviti

iv. Sentuhan


Bulan memberi 3 daripada gerak-balas tropisme kepada tumbuhan iaitu cahaya, graviti dan kelembapan/air. Secara ringkasnya iaitu Cahaya - Mempengaruhi pertumbuhan daun, pucuk dan batang. Manakala Air & Graviti - Mempengaruhi akar.



Sebelum menceritakan lanjut tentang tropisme, mari kita perhatikan pergerakan bulan di langit. Bulan yang mengelilingi bumi dalam sistem suria mengalami 8 fasa utama. Satu kitaran fasa mengambil masa kira-kira 29.5 hari.


i. Anak Bulan @ New moon (1-2)

ii. Anak Bulan Sabit (3-6)

iii. Anak Bulan separa (7-10)

iv. Bulan separuh Purnama (11-13)

v. Bulan Purnama (14-16)

vi. Bulan selepas Purnama (17-20)

vii. Bulan Separa surut (21-25)

viii.Bulan Sabit surut (26-29)


Fasa bulan ini akan mempengaruhi medan magnet dan sinaran cahaya bumi. Dalam amalan kaum saya di Borneo, kami akan merujuk kepada fasa bulan bagi hal harian seperti masa yg  sesuai menebang kayu  utk buat rumah panjang, masa menanam padi huma, masa mengambil madu, memburu haiwan di malam hari dan lain2.


Berpandukan fasa bulan. Hari menyemai biji bagi tumbuhan berbuah seperti Padi, Lingkau, Gandum, Kacang panjang, Bendi, terong atau sayuran berpucuk paling sesuai pada fasa anak bulan kerana kelembapan udara amat tinggi baik untuk proses percambahan benih. Cahaya malam juga akan jadi semangkin terang, keadaan ini baik utk pertumbuhan pucuk dan akar secara seimbang.


Menanam tumbuhan berumbi seperti Abok, Jabang, Lobak, keladi pula lebih sesuai dari fasa bulan purnama hingga bulan surut. Akar lebih aktif pada fasa bulan surut.


Pemangkasan utk mengeluarkan pucuk bagi merangsang bunga keluar pada tumbuhan seperti mangga paling sesuai 2 hari sebelum atau sehingga 2 hari selepas anak bulan. Manakala pemangkasan bagi pembentukan pohon dilakukan pada atau selepas bulan purnama kerana pertumbuhan pucuk baru agak perlahan. Selain itu faktor cuaca juga harus di ambil kira.


Pembajaan tanaman yang diberi melalui serapan daun (foliar) lebih efektif pada masa awal anak bulan hingga bulan Purnama manakala bagi serapan akar diberikan selepas bulan Purnama


Mari kita bincangkan hal dibawah ini, bilakah hari paling sesuai untuk aktiviti berikut?


1. Bilakah hari terbaik untuk menyemai pokok penanti


2. Bilakah hari terbaik untuk melakukan pembiakan tampang teknik keratan batang


3. Bilakah hari terbaik untuk melakukan pembiakan tampang teknik mengetut


4. Bilakah hari terbaik untuk melakukan cantuman pokok


5. Bilakah hari terbaik untuk menebang pohon bagi cantuman dewasa.


6. Bilakah hari terbaik untuk memberikan baja butir 


7. Bilakah hari terbaik untuk menyembur baja daun (foliar) pada pokok penanti.


Posting ini hanya sebagai info amalan pertanian berpadukan amalan yg digunakan oleh moyang kami terdahulu. Gambar yang digunakan adalah dari pihak lain, ianya hanya sebagai panduan penerangan shj. Abaikan jika anda tidak setuju


Rabu, 22 Februari 2023

Triazole

 Triazoles adalah kumpulan bahan aktif kimia yg sering digunakan dalam kawalan penyakit kulat. Contoh racun kulat dari kumpulan triazole iaitu Luna (Fluopyram dan Tubaconazole ), Anvil ( Hexaconazole ), AmistarTop (Azoxystrobin dan Difenoconazole ) dll... triazole juga boleh mehalang atau menutup pertumbuhan pucuk jika digunakan secara berlebihan. Selain itu ianya juga biasa digunakan utk merangsang pendebungaan. Dalam aruhan bunga kita boleh menggunakan Paclobutrazol


Pandai tutup mesti pandai buka. Ini yg sering terjadi dengan orang kita. Akibatnya pokok terlalu stress dan mudah sakit. Gambar dibawah ini adalah gambar pohon durian yg menggunakan paclobutrazol. Berbunga 4kali setahun di kuching.





Selasa, 9 Ogos 2022

Kebun atau Ladang

 Adakah anda pengusaha kebun atau ladang. Dalam pertanian apakah itu kebun dan ladang.

Saya mulakan dengan pergertian ladang. 

Ladang adalah tempat susuatu tanaman ditanam secara teratur dan mempunyai keluasan yg amat besar. Berapa saiz ladang?


Saiz tempat yg boleh digelar ladang adalah bergantung kpd jenis tanamannya. Contohnya kelapa sawit yg boleh dikatakan sebagai ladang apabila saiznya melebihi 300ekar manakala kalau cili hanya 1 ekar.


Saya tertumpu kpd dua tanaman ini. Bagi penanaman avokado dan durian keluasan yg boleh dikatakan sebagai:-

Ladang - Melebihi 100ekar

Ladang kecil - Melebihi 50 ekar tapi kurang drpd 100ekar

Kebun - Kurang daripada 50 ekar tetapi tidak kurang 3 ekar

Kebun kecil - Keluasan kurang daripada 3 ekar tetapi ditanami dengan pokok avokado atau durian dengan jumlah tidak kurang drpd 16pokok

Saya mempunyai 2 kebun rojak bersaiz (5 ekar + 4 ekar) dan dua kebun kecil bersaiz (0.25 ekar + 0.32 ekar).



Rabu, 29 Jun 2022

Minyak Avocado

 Ketupatan minyak avocado

1kg minyak avocado bersamaan kira-kira 1120ml. Kebanyakan lemak terkandung dalam pulp (isi) avocado iaitu mengadungi 4-30% manakala biji mengadungi sehingga 2% dan kulitnya mengandungi hingga 7%.

Bergantung kepada kandungan lemak dalam isi. Sebanyak kira-kira 16kg isi avokado diperlukan untuk menghasilkan 1L minyak avokado.

Extrak minyak avokado boleh disimpan 1-2tahun bila disimpan ditempat terkawal atau sehingga 6bulan apabila sering terdedah kpd udara.


Kandungan lemak dlm pulp avokado. Kasar ini berbeza mengikut varieti, kematangan buah dan tempat penanaman. Contoh dua varieti yg mengadungi kadar tinggi minyak.

Hass ~ 19.1% oil & 74.3% water

Ryan ~ 18.8% oil









Khamis, 12 Mei 2022

SUBUR TIDAK MAHU BERBUAH

 

POKOK SUBUR TIDAK MAHU BERBUAH

Sudah 3 tahun pokok durian tidak berbuah, pelbagai usaha sudah dilakukan termasuk menggunakan baja buah berjenama (Novatec/ Nifosk/ Innotec), perangsang bunga (MKP) dan hormone pengatur tumbuh (Chitosan/Paclobutrazol). Ada juga sahabat lain yang menutup tanah bawah kanopi dengan plastic dan sebagainya.

Belum ada rezeki bagi kita, semua usaha di atas gagal disebabkan oleh cuaca di selatan borneo yang sering hujan. Pada satu ketika jumlah hujan sebulan di Sarawak melebihi jumlah hujan tahunan di seluruh tanah Malaya.

 

Peta : Taburan hujan dan sinaran matahari  yang dikeluarkan oleh Jab. Meteorologi Malaysia 2021

Keperluan cuaca bagi tanaman durian secara umumnya seperti berikut.

Durian boleh hidup pada suhu 15-34C dengan Cahaya penuh matahari semasa fasa pertumbuhan 6-8jam sehari. Di fasa aruhan bunga, cahaya penuh selama 8 jam sehari berturut-turut selama 2 minggu sangat diperlukan. Cahaya 8jam sehari dapat membantu pembentukan gula (Carbohydrate – C6H12O6) semasa fotosíntesis supaya dapat meningkatkan C:N ratio melebihi 20, sesetengah durian C:N 18 shj contohnya seperti Kop Kecil (C:N beberapa klon sebagai panduan seperti dibawah). 

C:N 18 (D93, D99 dll)

C:N 19 (D168, D198 & D200)

C:N 20 (D2, D160 & 197)

Air Hujan sangat berguna dan memudahkan petani di fasa  pertumbuhan. Air digunakan oleh akar untuk menjangkau nutrisi dalam tanah. Dalam proses tranpirasi, nutrisi yang larut dalam air akan diangkut dari hujung akar ke hujung pucuk/daun tanaman. Dalam air hujan secara semulajadinya juga terdapat unsur N. Jumlah hujan yang diperlukan pohon durian iaitu 1500-3500mm/tahun dan memerlukan kemarau 5-8 minggu bergantung dengan jenis tanah (Bagi durian yg mudah berbunga sekurang-kurangnya 10 hari berturutan tiada hujan)

Merujuk kepada peta Taburan hujan dan sinaran matahari  yang dikeluarkan oleh Jab. Meteorologi Malaysia di atas. taburan hujan bagi selatan Sarawak 4000-45000mm/tahun dan tempoh purata matahari bersinar penuh selama 5.5jam/hari. Keadaan ini menyebabkan pokok subur tatapi tidak mahu berbuah.




Khamis, 5 Mei 2022

Ancaman Avokado 5 - Kumbang Kaboi

 nocturnal beatles



Ancaman avokado 4 - Helopeltis



 NYAMUK KEPINDING (Helopeltis)


Nyamuk Kepinding ini dari keluarga Helopeltis Sp. Serangga ini menghisap cairan buah avokado menyebabkan kesan rosak kehitaman (mole) pada kulit. Isi avokado menjadi kurang menarik dan tidak dapat dipasarkan.



Buah yang kecil mungkin gugur manakala buah yang hampir matang akan rosak dan tidak dapat dimakan

Ahad, 27 Mac 2022

Penternakan kambing

Masalah pada ternakan kambing

Catious Limphadinitis (CLA), kaedah rawat boleh cucuk dengan antibiotik dan sapu dengan dermanol cream. Kalau dah pecah boleh spray dengan zoosamex atau dermanol cream.


 Jangan pecahkan di kawasan kandang, sebab kalau nanah dia pecah atas kandang boleh merebak kpd kambing lain. Sumber Mohd Nazri Mathussin


Semua gambah dan info ini bukan asal dari saya. Haya saya simpan disini sebagai bahan rujukan peribadi.

Sabtu, 26 Mac 2022

Pengecatan batang pokok

 Apakah tujuan pengecatan pokok. 



Antara sebab2 mengapa kita perlu mengecat pokok.

- Mengelakan jangkitan kulat

- Menghalang serangan serangga pengorek batang

- Menutupi luka terbuka contohnya selepas pemangkasan

- Menghidari kerosakan akibat perubahan suhu dan cuaca terlampau



Apakah bahan yang digunakan?

Campuran bahan yang digunakan adalah terdiri drpd racun serangga, racun kulat, kapur / cat air dan air. Perlu berhati-hati mencampurkan racun serangga dan racun kulat, pastikan racun yg dicampur adalah serasi. Jika tidak pasti ianya harus di aplikasikan secara berasingan.

Bahan racun dicairkan/bancuh terlebih dahulu dan bukan dicampur langsung dengan cat. Gunakan cat berwarna putih supaya senang dipantau dan kurang menyerap haba bila terkena matahari. 


Antara bahan yang biasa digunakan 

Racun kulat Aliette + Cat

Racun kulat Luna + Fipronil + Cat

Racun kulat copper sulfat+ Alika Zc + cat

Racun kulat copper hydroxide + kapur siling


** Racun kulat Copper based tidak boleh dicampur;

- Copper Hydroxide tidak boleh bercampur dengan bahan yang yang berasid (bawah pH7)

- Copper Oxychloride tidak boleh bercampur dengan bahan yang  beralkali / racun serangga

- Copper Sulfate tidak boleh bercampur dengan bahan yang yang beralkali seperti racun serangga chlorpyrifos/fevalerate

- Tribasic Copper Sulfate tidak boleh bercampur dengan bahan yang beralkali




Bahagian / kawasan pokok yang perlu dicat

- Batang atau dahan yang mengalami kecederaan mekanikal (calar oleh binatang/ bekas pemangkasan

- Bahagian bawah batang yang kurang drpd 1.0meter dari level tanah

- Bekas luka yang disebabkan jangkitan kulat


Sebaik-baiknya pengecatan diulangi setiap 4-6 bulan pada batang bawah atau sehingga luka telah sembuh sepenuhnya bagi luka akibat penyakit atau luka mekanikal.







Ahad, 20 Mac 2022

Engkala

Engkala atau nama Litsea Garciae dari keluarga Lauraceae sama seperti Avokado (Persae Americana)

Nama Engkado di daerah lain seperti Engkala (Engkalak), Kalangkala, Kangkala, Medang, Pangalaban, Ta'ang, Pedar, Malai, Wuru lilin, Kelimah, Talal, Kelime, Kelima, Vengolobon, Wi-lahal, , Mali, Malei, Pengalaban, Pengolaban, Pongulobon atau Pong-labon, Kupa, Pipi, Bagnolo, Tebuluh atau Tebulus.


Sabtu, 19 Mac 2022

Rian Belanda

 𝗡𝗔𝗠𝗔 - 𝗡𝗔𝗠𝗔 𝗟𝗔𝗜𝗡 𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗜𝗞𝗨𝗧 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗣 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥A





Nama Saintifiknya Annona Muricata & Terdapat beberapa nama - nama lain bagi Rian Belanda yang sangat unik diantaranya seperti Soursop [English] / Corrossolier [Perancis] / Pulippala [India], Durian Belanda [Malaysia] / Sirsak [Indonesia] / Goyabrano @ Gunabano [Filipina] / Mak Khieb Thet @ Mang Can Chiem @ Tiep Parang [Vietnam] / Graviola @ Guanabana [Brazil] / Guanabana [Spanish] & Zuurzak [Belanda]




Sumber & Kredit Kepada https://www.facebook.com/taiwan.tilapia

Khamis, 3 Februari 2022

Varigata leaf

 Varigata adalah Keadaan dimana warna daun yang biasanya hijau tetapi mengeluarkan corak yang lain seperti warna putih, kuning, pink dan merah. Varigata sebenarnya adalah cacat pada tumbuhan. Namun semakin 'cacat' tanaman hias itu makin mahal. Keadaan varigata ini terjadi secara semulajadi akibat sel tanaman mengalami muatasi genetik. Bahagian tumbuhan yg mengalami varigated tidak memiliki klorofil. Klorofil adalah kilang untuk tumbuhan membuat makanan dengan bantuan air, karbon dioksida dan cahaya. Taman yang lamgsung tidak berklorofil mempunyai jangka hayat yang singkat kerana mudah kehabisan energy.





Bagaimana mencacatkan corak tanaman.

Selain kecacatan semulajadi , dua kaedah manual yang biasa digunakan iaitu dengan mengunakan sinaran radiasi (x-ray) dan menggunakan bahan kimia.

Penggunaan bahan kimia dan x-ray boleh mengubah sel genetik tumbuhan. Bahan kimia yang biasa digunaka seperti Streptomycin, Colchicine, Strepson, 2.4D atau Ethanol.




Tong Spray - Panduan keselamatan

 Demi keselamatan tanan dan pengguna, sebaik-baiknya tong spray bagi racun yang membahayakan tanaman perlu berasingkan. Contohnya racun rumput tidak seharusnya dibancuh dalam tong spray yang sama dengan foliar kerana seringkali jika tong tidak dibersihkan dengan baik. Ianya berkemungkinan memberi kesan kepada tanaman. Bahagian yang selalu tertinggal racun (terutama jika guna racun tepong) iaitu di bahagian pump selinder dan penapis dlm hose. Kita memerlukan 2 atau 3 jenis tong spray.

1. Tong spray untuk Herbicides (racun rumpai/kayu)


2. Tong spray untuk Pesticides (racun serangga) Dan Fungicides (racun kulat)

3. Tong spray untuk bio (contohnya untuk semburan EM dll)

Ahad, 2 Januari 2022

Kimia kawalan Perosak Tanaman

Panduan Asas

Jenis racun dan sukatan penggunaan bagi kegunaan di kebun anda mungkin berbeza. Ikut jenis tanaman apa yang dirawati


Voliam Flexi Sc

Kandungan: Dua bahan aktif

Chlorantraniliprole 8.8 %  Thiamethoxam 17.5 % SC

Sukatan

Belalang & kumbang daun 4ml/10L

Ulat beluncas 3ml/10L

pengorek batang lembut 4ml/10L

Kutu daun 4ml/10L

Teritip 5ml/10L

Pengulung daun 8ml/10L

Lalat buah (cili, terong, jambu) 4ml/10L

Pengorek buah (mangga/engkado) 5ml/10L

Pengorek buah (buah matang) 8ml/10L & (buah muda) 6ml/10L 




Alika Zc

Kandungan: Dua bahan aktif

Thiameethoxam 12.62%

Lambda-cyphalothrin 9.49%

Belalang, Kumbang, Ulat beluncas, pengorek batang lembut,Lalat putih, Kutu daun 8ml/10L


PesThrin 350 

Kandungan:  Bahan aktif tunggal

Cypermethrin 35%

Kumbang Kaboi, aphids, white fly, lalat buah, lelompat daun, beluncas & ulat ratus -6ml/10L

kumbang tanduk & ulat gulong - 30ml/10L


Hextar Malathion 84

Kandungan:  Bahan aktif tunggal

Malathion 84%

Kumbang Kaboi, aphids, white fly, lalat buah, kutu daun,  beluncas & ulat ratus -20ml/10L

Hamama, bena perang/hijau, lelompat daun- 45ml/10L campur white oil



Decis

Kandungan:  Bahan aktif tunggal

Deltamethrin 2.8%

Pengorek buah (mangga/engkado/koko) 11ml/10L

Kutu, lalat buah, nyamuk buah, kutu trip 6ml/10L

Kepiding 4ml/10L


ALBAROL

Kandungan:  Bahan aktif tunggal

White Oil 72.0%

Teritip - 20ml/10L



Perlu berhati-hati menggunakan racun pada tanaman kerana ada yg bersifat panas. Racun yg bersifat panas seperti decis, malation sebaiknya di aplikasi semasa cuaca sejuk seperti sebelah petang. Jika semburan dibuat di sebelah pagi maka gunakan racun seperti kerate, Alika zc dll.

Sabtu, 1 Januari 2022

Racun Sirap

Biasa kita beli racun kulat atau racun serangga. Kita selalu jumpa perkataan SC, EC, SL, WP dan ZC. Ada bermacam-macam kod lagi (AB, AE, AL, AP, BB, BR, CB, CF, CG, CL, CP, CS, DC, DL, DP, DS, DT, ED, EG, EO, ES, EW, FD, FG, FK, FP, FR, FS, FT, FU, FW, GA, GB, GE, GF, GG, GL, GP, GR, GS, GW, HN, KK, KL, KN, KP, LA, LS, LV, MC, ME, MG, MV, OD, OF, OL, OP, PA, PB, PC, PO, PR, PS, RB, SA, SB, SD, SE, SG, SO, SP, SS, ST, SU, TB, TC, TK, TP, UL, VP, WG, WS, WT, XX, ZE dan ZW)

Kita fokus kepada jenis-jenis racun yg biasa ditemuai di kedai-kedai pertanian lokal seperti. Kalau kod ZC, AS, SL, SP, SC, WSC, SG. Ini adalah jenis larut air. Kod WP, F, WDG/DF pula dari jenis tak larut air. Manakala jenis racun berasaskan minyak biasanya bermula dari E seperti EC, EW ...
Biasa teguk orang campur racun macam buat air bandung (sirap + susu).  Kebaikan mencampur pelbagai a i racun boleh menjimatkan air, masa serta tenaga kita. Namun bagitu kita perlu tahu adakah bahan tersebut boleh dicampurkan. Kali ini saya ingin berkongsi asas ilmu mencampur racun dengan kawan2.

Apakah petua yang kita perlu tahu jika mahu bunuh serangga dan pada masa yg sama mahu sembur racun kulat. Prinsip asasnya kita elakkan mencampur racun dari kumpulan yg sama. Juga jangan campurkan racun yg pH berbeza (Asid + Alkali).
Racun berasaskan tembaga (copper) adalah bersifat alkali harus disembur secara berasingan tanpa mencampurkan bahan lain. contohnya tembaga oksida dan tembaga hidroksida. Racun bersifat alkali jika bercampur dengan racun bersifat asid. Boleh menyebabkan kerosakan sel tanaman. Bukan shj meracuni kulat akan tetapi meracuni tanaman kita juga. Racun kulat Aliette juga tidak sesuai bercampur dengan racun lain, racun aliette berasaskan aluminium yg bersifat asid.

Ramai yg cadangkan racun perlu dibancuh berasingan sebelum di tuang ke dalam tangki alat penyembur. Tapi saya tidak akan buat seperti itu kerana kita akan memerlukan bekas extra untuk membancuh. Jadi saya gunakan urutan pencampuran. Urutan mencampur racun adalah seperti berikut

Pertama. Bancuhkan dulu jenis yg tak larut air Contoh WP/ F / WDG / DF.

Kedua dan atau ketiga. Bancuh jenis racun yg larut air (Contohnya AS / SL / SP / SC / WSC / SG) atau selanjutnya bancuh racun yang berasaskan minyak contohnya (EC / E / EW).

Keempat / last. Bancuh bahan pelekat / penyerap.

Pengorek Batang Engkado




Pengorek batang

Bubuk kayu


Terdapat tiga hama Pengorak batang pokok avokado yang biasa ditemui di Borneo.



1. Stem borer (pengorek batang stem) - Induknya ialah Longhorn

2. Bark borer (bubuk kayu) -lebih 5 jenis induk bubuk sepertinya Dinoderus minutus, Lyctus Brunneus, Platypus Spp, Heterobostrychus aequalis, Minthea rugicolis dan Entarthrum huttoni. Biasanya lubang amat kecil dan sukar dilihat dengan mata kita.

3. Carpenter Bee (Ridun) - induknya adalah Xylocopa Sp

Serangga pengorek batang (Bark & Stem borer) ini amat sukar dibunuh jika sudah berada dalam lapisan dalam kulit/batang. Racun sentuh tidak dapat digunakan maka kita boleh guna racun sistemik seperti Solomon (Imidacloprid + Beta-cyfluthrin), Movento, Alika Zc atau VoliamFlexi Sc atau racun serangga yang mengadungi bahan aktif permethrin dan bifenthrin. Bagi pokok tidak berbuah kita boleh menggunakan Carbofuran.



Harus berhati2 dengan serangan Bark borer. Selain merosak batang pokok secara mechanical ianya juga membawa dan menyebarkan pathogen penyebab kanker. Sembur sekali racun kulat Aliette dalam program perawatan anda.



Ridun banyak membantu dalam pendebungaan tetapi ianya juga suka membuat lunbang / rumah pada batang kayu. Serangan ridun tidak berapa teruk kerena targetnya cenderung kepada batang kayu yang sudah kering

Ancaman Avokado 2 - Teritip

 


Mealybug atau teritip adalah serangga yang memghisap cecair tanaman termasuk avokado. Terdapat ratusan jenis teritip ditemuai diseluruh dunia. Secara tidak langsung teritip juga sering menjadi punca marebaknya penyakit tanaman. Terdapat teritip yang bercekerang (armored scales insects) dan yang tidak bercekerang (unarmored scales insects).



Hanya menggunakan racun serangga biasa tidak mudah membunuh teritip. Kerana kulitnya keras dan tidak mudah ditembusi racun. Kawalan secara kimia boleh menggunakan White oil atau Adjuvant yang dicampur dengan racun serangga seperti (Adjuvabt + Dimethoate) atau (White Oil + Decis) atau (Adjuvabt + Buprofezin) . White Oil akan merosakan sistem pernafasan teritip lalu membunuhnya. Selain itu kita juga boleh menggunakan cuka kayu supaya kulit teritip menjadi lembut dan dapat ditembusi racun. Saya selalu menggunakan racun serangga yg mempunyai 2 bahan aktif yang bertindak secara setuh dan sistemik seperti Alika Zc.







Gambar diambil dari sumber pihak lain. Hanya sebagai rujukan supaya lebih senang difahami.

Jumaat, 31 Disember 2021

Aktiviti Perkebunan Pasca Bah


Pengurusan dan pemulihan kebun selepas banjir

Pertumbuhan tanaman dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti air, cahaya matahari, tekanan udara, pH, kelembapan udara, angin, dan ketinggian tanah dari aras laut boleh mempengaruhi perkembangan tumbuhan secara langsung. Unsur-unsur ini dipanggil sebagai faktor abiotik.

Sarawak menerima hujan yang tinggi berbanding negeri2 lain di Malaysia. Kita mempunyai tanah rendah dan juga berbukit yang luas untuk bertanam. Masalah yang sering dihadapi oleh petanindi dataran rendah iaitu ancaman banjir. Ada tanaman yang sukakan air dan ada yang sangat sensitif terhadap air yang bertakung. Para petani harus memikirkan jenis tanaman yang sesuai bagi tanah mareka. Masih banyak ruang pengeluaran pertanian yang belum dipenuhi. 

Pelbagai jenis tanaman untuk menjana pendapatan sesuai dengan persekitaran kita. Contohnya kawasan tanah rendah, kawasan tanah rendah biasanya mengandungi bahan organik yg tinggi seperti tanah gambut. Tanaman yang sesuai bagi tanah rendah seperti pokok robia, apong atau balak pelaie. Tanaman jangka masa pendek seperti padi, jagung, keladi juga sangat sesuai.

Jika anda sudah tersalah memilih tanaman. Dua contoh pokok yang sangat sensitif terhadap air bertakung iaitu engkado dan durian. Jika kebun anda mengalami bencana banjir? Apakah langkah awal yang perlu dilakukan bagi mengurangkan kesan kerosakan kepada tanaman. Perkara yang perlu anda ambil kira sebelum melangkah ke program pemulihan. 



1. Kenalpasti keluasan zon becana. Tandakan mana pokok yang terlibat. Kita boleh melihat bekas2 kotoran pada daun atau batang pokok 

2. Kenalpasti jenis air banjir. Sama ada air berkelodak seperti milo pekat atau teh tarik cair atau air teh kosong. Jika anda tidak dpt melihat air semasa banjir, anda2 masih boleh melihat pada tanda2 yang tertinggal pada daun atau batang tanaman

3. Adakah anda tahu berapa lama pokok terendam dalam air. Atau berapa lama hujan tanpa henti di kebun anda.


Tindakkan selanjutnya

Jika air banjir melanda kebun warnanya seperti milo mebih dari 2 hari. Maka anda perlu bersedia untuk mengantikan pokok. Manakala jika seperti teh kosong dlm tempoh 2 hari mungkin masih ada harapan untuk dipulihkan kembali. Bagi air banjir jernih mengalir, tempoh rendaman 3-4 hari mungkin masih ada harapan berbanding air berkelodak.

1. Bersihkan kawasan bawah kanopi supaya akar dapat menyerap oksigen dengan baik. Mendapan kelodak halus yang menutupi permukaan tanah akan menghalang  pengudaraan. Selain itu mendapan ini juga mungkin memerangkap compound bertoxic seperti sulfur, karbon dioksida, ferum dan manganes manakala semasa pereputan organik boleh membebaskan unsur seperti gas  ethanol, acetaldehyde dan hydrogen cyanide. Bagi mengatasinya kita perlu melakukan pengemburan tanah di ⅔ zon kanopi dengan menggunakan cangkul mata-3. 

2. Jika pokok kecil dan daunnya dibaluti kelodak. Kotoran di daun harus dibersihkan supaya proses transpirasi dan fotosintesis tidak terhalang. Aktiviti transpirasi dan fotosintesis ini mempengaruhi kadar penyerapan air dan gas O2 dari akar. Sembur chitosan bagi memgurangkan pokok stress

3. Air bah melarikan banyak mineral dalam tanah, iannya juga akan membawa sisa organik yg baru. Bahan organik baru yg belum terurai sepenuhnya mungkin membebaskan asid. Periksa pH tanah dan lakukan pengapuran jika pH tanah rendah.

4. Semasa bah banyak makluk dan pathogen hanyut bersama. Antara nya seperti tungau, spora kulat, nematode dan perosak tanaman yang lain. Buat semburan racun kulat dan serangga sebagai langkah berjaga-jaga.

5. Jika daun lekuningan ini menunjukan sistem pengakaran telah terjejas teruk. Berikan nutrint secara semburan foliar, pilih foliar organik yamg mudah diserap seperti FAA dan ransang pertumbuhan akar dengan HA. Perlu elakkan memberi baja kimia buat sementara waktu.

6. Jika daun sudah kelihatan kekuningan. Kita perlu melakukan pruning dengan membuang dahan yg kurang penting. Ini bagi mengurangkan beban stress yang dialami pokok. Begitu juga dengan bahan yang mati supaya tidak menjadi rumah kulat

7. Pokok yang mati perlu disulap dengan pokok baru. Tetapi sebelum itu kita perlu melakukan perawatan tanah. Jangan lupa utk membina batas atau busut lebih tinggi dari lavel air bah yang lalu. Sebaiknya tinggi tanah yang diolah sekitar 0.8-1.5m dari level tertinggi air bah.




Kebun saya di kawasan tinggi. Saya menulis artikal ini berdasarkan luahan hati rakan2 lain yang sedang mengalami banjir.