Sabtu, 28 Ogos 2021

Daun Kuning & Gugur

 


Pokok D-168 ini hanya setahun empat bulan di kebun saya jalan Landeh.

Pernahkah pokok anda kekuningan dan terbantut seperti gambar dibawah. Walaupun dibaja tetapi pokok masih macam tak cukup nutrient. 


Masalah ini biasanya berkaitan dengan sistem pengakaran yang mempengaruhi penyerapan nutrisi.



Puncanya mungkin apa?

1. Tanah keras dan padat sehingga menyebabkan akar tidak dapat berkembang dengan baik
2. Tanah mati dan pengudaraan tanah lemah. Oksigen sangat penting untuk hidupan mikro tanah dan pokok menyerap oksigen dari akar.
3. Tanah masam. Nilai pH (potential of Hydrogen) tanah terlalu rendah hingga menggangu kadar penyerapan nutrisi. Pastikan pH berada pada julat 5.2-6.5
4. Akar diserang penyakit seperti penyakit busuk akar & akar putih 
5. Kecederaan akar secara mekanikal seperti pemotongan akar utama. 
6. Kerosakan pada akar rerambut yg banyak akibat serangga, anai2 dan cacing nomatode 
7. Tanah kekeringan dan panas (>35°C) terutamanya pada musim kemarau panjang.
8.  Tanah mati akibat penggunaan kimia (baja dan racun) berlebihan.
9. Tanah menakung air terlalu lama. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan akar pokok lemas dan senang dijangkiti oleh kulat
10. Pemberian nutrint yg tidak sesuai
11. Persaingan merebut air dan nutrisi antara akar pokok yg berdekatan
12. Kesan Allelopathic dari tumbuhan disekitarnya


Satu keadaan lagi yang sering dihadapi iaitu pokok mudah stress bila musim kemarau, daun cepat menjadi tua, kuning dan gugur tetapi toada tanda2 jangkitan kulat. Pertumbuhan juga lambat dan ruas daun pendek (<2.5cm). Saya tertarik dengan posting  Mr. Azizul Gjoy Ayob dalam satu group facebook durian. Daun durian beliau cepat tua dan banyak keguguran

Jangan terlalu risau, ini hanya fisiologi tumbuhan. Pokok tidak mati jika anda melakukan perawatan yang betul. 


Tanda2nya. 

Pucuk baru masih keluar walupun banyak daun tua gugur, bahagian tepi daun juga ada sedikit kekeringan. Manakala ruas antara tangkai daun agak rapat. Sepertinya ini adalah masalah defisiensi unsur potassium.


Perawatan awal perlu mengunakan kaedah semburan foliar organik yg tinggi kandungan unsur-K dan dicampur Chitosan. Pada masa yg sama buat pemereksaan akar dan pengujian asas pada tanah. Lakukan perawatan sebelum memberi semula baja.

Ada juga pokok yg mudah layu bila panas dan akan pulih bila malam dan awal pagi seperti yang dikongsikan dalam posting FB Mr. Laksamana Cheng Ho VI



Pucuk daun bergulung



Penyakit Pisang




 
Industri Pisang Malaysia jatuh teruk akibat serangan bakteria Ralstonia solanacerum yang menyebabkan penyakit Moko ini. Setakat ini (2020) Penyakit Moko belum ada penawarnya lagi. 

Tempat menanam yg pernah mengalami penyakit ini harus ditinggalkan tidak kurang drpd 5 tahun atau ditanam dengan tanan lain. Jangan mengunakan benih dari rumpun pokok yg  terjangkit kerana ianya boleh diturunkan ke pokok baru. Pastikan juga peralatan pertanian (parang, cangkul dll) yg digunakan utk kerja2 di pokok yang telah terjangkit itu dibersihkan sebelum diguna pada pokok lain.

Pembersihan lahan sebelum menanam sebaiknya dengan cara membakar. Tanah juga perlu ditabur dengan kapur pertanian Calcium Hydroxide ( Biasa digunakan utk kolam ikan.
 

Jumaat, 27 Ogos 2021

Buah Paksaan

 

Pokok berbuah apabila ianya mengalami stress atau terancam. Ada 2 jenis stress dalam bidang pertanian iaitu Abiotic dan Biotic Stress.

Dalam video dibawah saya telah melakukan kelaran bagi membuat simulasi stress pada pokok mangga. Teknik ini juga dinamakan teknik Sunat atau Girdling dan dalam bahasa Balau ianya dikenali sebagai 'Engkalong'

Teori disebalik teknik Girdling

Tumbuhan menyimpan makanan pada akar dan buah. Pokok akan berbuah apabila C:N ratio melebihi 18 pada pucuknya.

Kandungan C akan meningkat semasa proses fotosistesis. C (Carbon) dalam bentuk glukosa (Karbohidrat) yang dihasilkan sangat penting dalam kelangsungan hidup setiap hidupan. Kita manusia mahupun binatang, ikan dan burung memerlukan karbodlhidrat secukupnya utk menjana tenaga dlm sel.


Lebihan karbohidrat yang terhasil oleh pokok akan dihantar melalui tisu floem (kulit) lalu disimpan pada akar. Jika akar sudah penuh ianya akan disimpan pula pada batang, dahan/pucuk. Lebihan pada batang/dahan pula akan disimpan pada buah.

Apabila kita melakukan girdling pada kulit batang pokok, ini akan menyekat penghantaran karbohidrat ke akar dan menyebabkan lambakan pada pucuk. Pokok tersebut akan mengeluarkan bunga apabila nisbah C:N melebihi 18. Teknik ini anda boleh buat juga pada beberapa dahan utama tetapi pada bulan berbeza supaya pokok berbuah selang waktu seakan2 pokok berbuah sepanjang tahun.

Video 1 (Cara membuat Girdling)
https://youtu.be/eP2ZbFz0c9w


Video 2 (Pokok berjaya dibungakan)
https://youtu.be/nlkewgfYqoc


Video 3 (Hasil buah selepas pemaksaan)
https://youtu.be/witeNDNiyxU

Peringatan: Pastikan pokok yang anda hendak buat teknik ini dalam keadaan sihat. Bahagian kelaran hendaklah tidak terlalu rendah supaya tidak mudah dijangkiti kulat.

Khamis, 26 Ogos 2021

JAMUR TRICHODERMA

Apakah TRICHORDERMA? Dari pengeritian saya Trichorderma adalah jamur penaluk jamur.  Trichorderma adalah jamur baik yang membantu petani mengekang penularan jamur jahat seperti Phytophthora palmivora, Pythium vexans, Rhizoctonia Solani, Rigidiporus lignosus, Sclerotium rolfsii ... dll. 

Benih Trichorderma biasanya dihasilkan dengan memungut spora di kawasan bawah pohon buluh. Spora ini dibiakan lagi supaya lebih banyak. Trichorderma membiak dengan pantas ada persekitaran suhu 16-35°C. Boleh hidup bawah suhu 16°C tetapi kurang aktif, tempoh hayat sekitar setahun atau lebih.

Cara aplikasi untuk perawatan tanaman.

Pokok hiasan dan sayur-sayuran seperti Timun, Halia, Sawi, kartus dll

Selepas pemberian kapur dan tinjar ayam. Bancuh dan sembur Trichorderma ke media atau batas penanaman sebelum memindahkan benih semaian ke lapangan

Pokok berbuah seperti Durian, Limau, Engkado, Mangga dll.

Tabur baja organik disekeliling kanopi tanaman. Larutkan Trichorderma dengan air bersih tanpa klorin dan semburkan pada baja organik tadi. Digalakkan juga menyemburkan ke batang tanaman secara langsung. Ulangi setiap 1-3bulan.

Membiak Trichorderma.

- Indukkan Trichorderma boleh diperolehi dengan cara mengumpan.  Umpan yang disukai pathogen Trichorderma iaitu sumber karbohidrat seperti nasi, jagung, kentang dll. Letakan umpan di kawasan habitatnya seperti pohon buluh selama kira-kira seminggu dan kupulkan. Induk yg dikumpulkan ini boleh dibiakan lagi. Cara mudah anda boleh beli Trichorderma dari kedai pertanian dan biak seberapa banyak yang anda mahu.

Cara memperbanyak Trichorderma mengunakan bahan mentah yang sama iaitu sumber karbohidrat. 

- Nasi, Jagung atau gandum dimasak
- Gula Perang
- Air tanpa klorin

Bahan diatas ditaburi dengan indukan Trichorderma dan diletakan ditempat habitannya. Habitan yang digemari seperti suhu 26-32°C dan tempat redup yang tidak terkena sinaran matahari. Selepas 7-10hari ianya sudah boleh digunakan. 

Sukatan yang disyorkan

100gram Trichorderma dibancuh dengan air tanpa klorin sebanyak 20 liter. Biarkan 4-6jam atau semalaman dan sembur kpd baja organik / langsung ke tanaman.

Kesimpulannya Trichorderma adalah penawar pilihan secara organik untuk menghidari penyakit tanaman. Elakan penggunaan bahan kimia berlebihan dikebun anda terutama racun kulat.


Ahad, 22 Ogos 2021

Kasai, Mata Mayau dan Longan

Pokok Mata Kucing, Matoa dan Longan mempunyai buah yang hampir sama tetapi ramai yg masih keliru. Pokok Matoa dan Mata Kucing berasal dari kepulauan Borneo manakala Longan berasal dari tanah China dan Vietnam.

Pokok Mata Kucing atau isau (Dimocarpus longan Malesianus) 

Pokok matoa atau Kasai juga dikenali sebagai Longan Brazil (Pometia pinnata)

Pokok longan (Dimocarpus longan lour)

Ketiga-tiga jenis pokok ini bisa tumbuh di tanah rendah dan  sederhana tinggi.  Pokok Mata Kucing dan Matoa berbuah dengan lebat di Borneo tetapi sesetengah pokok Longan sulit berbuah. Hal ini kerana pokok longan memerlukan cuaca yg lebih sejuk dan kering untuk merangsang proses pembungaan. Cara lain yang biasa diamalkan oleh petani lokal iaitu dengan pembajaan baja tinggi unsur P & K seperti MKP. atau perangsang kimia.

Perangsang kimia yg biasa digunakan seperti Potassium chlorate (KClO3) atau Sodium chlorate (NaClO3). Jumlah yg diperlukan 8g per meter sq. 2-5minggu selepas dirangsang pokok akan mengeluarkan bunga. Buah boleh dipetik 5-7bulan kamudian. Klon komesial yg ditanam di Malaysia seperti Longan Edaw, Chompoo, Biew Khiew, Diamond dan PingPong

Longan yg lebih sesuai dengan iklim kita dan tidak menghadapi masalah utk berbunga seperti Longan PingPong . Longan Edaw ( juga boleh berbuah lebat tetapi memerlukan ransangan secara kimiawi dan waktu kemarau hampir 2 bulan.

Pokok longan secara asasnya memerlukan Air, Baja dan Cahaya (ABC) yg mencukupi.



AIR. Jika air kurang pokok lambat membesar, buah juga kecil. Manakala jika terlebih air pokok juga boleh mati. Akar pokok tidak boleh terendam dlm air terlalu lama. Jumlah air perlu cukup tapi tidak terlebih.


BAJA, Baja berfungsi untuk merangsang fungsi organ2 tumbuhan. Terdapat 18 unsur yg diperlukan oleh tanaman seperti N, P, K, Mg, Ca, S, Fe, B, Zn, Mn, Cu, Mo dll. Ianya perlu diberikan mengikut keperluan nutrient tanaman, setiap fasa memerlukan nutrisi yg berbeza. Pokok kecil memerlukan baja subur manakala pokok matang memerlukan formula baja yg berbeza. 

a. Apakah baja subur?

b. Apakah baja perangsang bunga?

c. Apakah baja buah?


CAHAYA, Cahaya adalah sumber tenaga untuk membentuk makanan. Semasa proses fotosentesis cahaya menukarkan karbon dioksida menjadi karbonhidrat dalam bentuk Glukosa. Hal ini terjadi pada bahagian daun yg mengadungi klorofil.


Saya tidak bercerita lanjut tentang baja subur dan baja bunga. Apakah nutrient yg diperlukan dlm pembentukan buah Longan. Buah longan terdiri dari Kulit, Isi dan Biji. Adakah anda seperti saya... saya mahu buah longan yg rasa manis dan isi tebal.


Sacara amnya utk menghasil buah longan yg berkualiti kita perlukan baja yg tinggi unsur K, Ca dan sedikit Mg. Tapi tidak bermakna unsur lain tidak penting.


Dari mana kita memperoleh unsur K, Ca & Mg?


Dua jenis baja NPK buah dibawah. Mana satu formula yg lebih sesuai untuk longan yg sedang berbuah.


A. 15:3:20

B. 12:12:17


Ingat kita mahu buah yg besar dan isi yg tebal. Dua perbezaan ketara formula NPK baja di atas. Baja A mempunyai unsur P-3 dan baja B mempunyai unsur P-12.  Unsur P mempengaruhi saiz biji. Untuk menghasilkan buah longan isi tebal dan biji kecil (kesep) kita perlu baja yg tinggi unsur K tetapi rendah unsur P. Maka baja A (15:3:20)

harus menjadi pilihan kita. Baja B (12:12:17) lebih sesuai diberikan kepada pokok bijirin seperti Petai, koko dll.

Program pembajaan Longan bermula dengan fasa lepas tuai.

1. Pemulihan pokok selepas menuai

- Pengapuran ikut pH tanah (Sulka atau Dolomite). Sebaik pengapuran pokok perlu disiram jika tiada hujan.

- Pembajaan semi-organik atau kompos

2. Pembajan kesuburan

- Sebulan selepas pengapuran baja subur harus diberikan. Guna baja formula NPK 15:15:15  atau jika pokok sihat boleh terus guna 12:12:17

3. Persedian pembungaan

- Pokok sedia untuk dibungakan semula 3 bulan selepas pemulihan. Baja bunga 10:18:24 boleh diberikan 

- Setelah daun pucuk semua matang pemberian hormon atau MKP diperlukan supaya bunga keluar.

- Sembur juga pokok dengan racun kulat bagi mengurangkan bakal bunga nanti diserang penyakit.

- Pemberian Ca & B juga amat penting supaya bunga terbentuk dengan baik dan tidak rontok.

4. Pembentukan buah

- Semasa berbunga tiada pembajaan diberikan. Hanya boleh sembur dengan foliar yg mengandungi Ca, B,K dan hormon pelekat sebelum bunga kebang.

- Selepas buah sebesar kapas pengorek telinga. Baja buah 15:3:20 pertama boleh diberikan sebanyak 2-3kg sepokok ikut saiz pokok. Baja buah kedua diberikan sebulan kamudian.

Banyak lagi yang saya tak ceritakan. Semoga dapat memberi sedikit panduan kpd semua.



Khamis, 12 Ogos 2021

Pemilihan Tanaman di Lahan Damit (masih dlm penulisan)

   Saya memiliki tanah sekangkang kera di pinggir bandar. Keluasan kira-kira 0.33 ekar berbentuk segi empat sama dengan ukuran 120ft x 120ft (13,400ft² atau 1,388m²). Apakah aktiviti pertanian yang saya harus pilih supaya dapat membantu menjana sedikit pendapatan kepada saya. Sumber pendapatan yang boleh diperolehi untuk masa singkat dan back up bila berhenti kerja atau bersara.

10 Faktor memilihan tanaan yang saya ambil kira.

1. Tanaman yang saya yakin saya dapat jaga dengan tenaga dan ilmu yg saya miliki skrg

2.  Tanaman yang ada permintaan di pasaran. Bagi saiz kebun kecil seperti ini saya hanya fokus kepada pasaran lokal

3. Tanaman yang ada harga

4. Tanaman yang sesuai dengan cuaca setempat

5. Tanaman yang tidak memerlukan penjagaan rapi

6. Tanaman yang hasilnya tidak mudah rosak

7. Tanaman yang kerjanya tidak terlalu berat

8. Tanaman yang tidak banyak musuh perosak

9. Tanaman yang tidak memerlukam tenaga kerja yang banyak

10. Tanaman yang memberi pulangan pelaburan (ROI) yang menguntungkan

Lama termenung sambil mencati ilham. Ada beberapa tanaman dan ternakan yang terlintas dikepalaku. Antara yang dapat saya fikirkan bagi jangka pendek dan jangka panjang seperti berikut.

1. Terong dayak
2. Ubi kayu
3. Ubi keladi
4. Ubi keledek
5. Asparagus
6. Sayur kucai
7. Halia
8. Kunyit
9. Langkuas
10. Kantan
11. Serai
12. Buluh manis/ pansuh
13. Kelapa 
14. Durian belanda
15. Buah Naga
16. Limau kasturi/ nipis/lemon
17. Manggo
18. Amra
19. Ciku
20. Nanas merah 
21. Pomelo merah
22. Avokado
23. Labu manis
24. Labu air
25. Jambu batu
26. Nangcem
27. Durian
28. Sayur pakis
29. Pucuk manis
30. Pucuk sabung
31. Pucuk kesindu
32.  Pokok hiasan
34. Ternakan ayam kampung/puyuh
35. Ternakan ikan/udang dalam tong

Saya sempat membuat sedikit kajian dari  pengalaman sendiri yang dahulunya masih skala hobi dan pengalaman orang lain di media rama. Pilih 1 dari 6 tanaman utama, 1 dari 4 tanaman jangka pendek dan 1 dari 2 ternakan.

Tanaman jangka panjang (Tanaman yang sekali tanam dan akan mengeluarkan hasil yang bertahun-tahun lamanya)
- Kantan
- Nangcem
- Avokado
- Durian
- Pomelo merah
- Durian Belanda

Tanaman jangka pendek (Tanaman yang boleh diambil dalam masa kurang dari setahun sebelum tanaman utama mengeluarkan hasil)
- Halia
- Nanas Merah
- Terong Dayak
- Pucuk manis

Ternakan (Sisa ternakan boleh dijadikan baja kepada tanaman)
- Arnab
- Burung puyuh

# Ensabi dayak boleh dijadikan tanan express. Hasil dapat dipunggut dalam masa 5minggu.

Sifat Tanaman & Hasil mengikut kajian ringkas saya bagi tanah seluas 0.33 ekar.

Kantan
Boleh mengeluarkan hasil seawal 14bulan bila ditanam dari rhezom pokok induk yang sudah matang. Pengeluaran hasil setiap bulan dengan anggaran 5-8 kuntum bunga sebulan. Harga borong RM0.50 sekuntum atau RM600-950/bulan

Durian
Durian boleh mengeluarkan hasil selepas 5 tahum dan pengeluaran optimum selepas 12 tahun dengan anggaran 80-120biji sepokok. Secara teori dengan pola penanam segi empat 8m-8m (20pokok) atau 12m-2m (9pokok). Tapi ini tidak mungkin kerana harus memikirkan jiran. Hati dan keselamatan jiran juga perlu dijaga supaya kita kekal tenang. Logiknya hanya 5 pokok sahaja dapat ditanam dengan pola penanan segi-tiga dan jarak 12m-12m.

5pokok x 80-120-160biji dapat kira-kira 400-600-800biji semusim. Jika musang king dengan harga ladang semasa RM23/kg dan sebiji kira-kira 2.2kg.

80 x 2.2kg x $23= RM20K
120 x 2.2kg x $23= RM30K
160 x 2.2kg x $23= RM40K


Khamis, 29 Julai 2021

BORNEO ENGKADO @ Avocado

 Pengenalan Ringkas Tanaman Avokado.

Ahuacatl atau Avokado adalah pohon dari keluarga Lauraceae. Buah yang sungguh istemewa ini boleh dimakan oleh semua lapisan umor. Khasiat avokado sangat baik kepada bayi dan orang dewasa.  Avokado dikatakan berasal dari nagara Mexico dan kini telah di kembangkan ke seluruh dunia. Terdapat 3 jenis utama avokado iaitu Guatemalan, Mexican dan West Indian. 

Kebanyakan avokado yg ditanam di Malaysia adalah dari ras West Indian. Manakala baka ras Mexican dan Guatemalan ditanam di dataran tinggi seperti di Ranau, Tambunan, Keninggau Sabah.

Bersama sahabat dan pemilik ladang Sabacado (520m dpl)  di Kenigau. Sabah

Perkembangan awal avokado ke Asia Tenggara awalnya dibawa oleh pengembara asing. Bahasa Spanyol memanggil buah ini sebagai Aguacate sebab itu di indonesia (pernah menjadi jajahan Spanyol pada tahun 1521) pokok ini dipanggil Alpukat. 

Sabah adalah pengeluar utama Avokado Malaysia. Bagi Sarawak avokado varieti premium seperti Pinkerton dan klon lokal seperti QAV1, Jays, SNR boleh ditanam di kawasan puncak Borneo Padawan dan Bekalalan Miri yang berketinggian melebihi 1000m dpl sesuai untuk avokado premium seperti Pinkerton, Lamb Hass, Gem. Dua tempat ini berpotensi menjadi tempat penanaman avokado komersial. Bagi yang ditadaran rendah bawah 200m dpl boleh memilih varieti seperti Btg. Rajang, Lynn, Lilin Singkawang, Pirak, Miki, Aligator dll

Para pengusaha avokado tempatan perlu membuat lebih banyak promosi sebab masih sedikit sahaja rakyat Malaysia yang sudah pandai makan avokada berbanding nagara jiran kita Singapore. Walaupun penduduk Singapore sedikit tetapi mareka mengimport lebih 5.5ribu Tons berbanding Malaysia hanya 4.2ribu Tons avokado pada tahun 2020. 

Sekarang buah avokado segar kebanyakan diimport dari Australia dan Indonesia. Pada tahun 2021 ladang komersial avokado di Sabah telah mula mengeluarkan hasil dan akan terus meningkat di tahun mendatang. 


Keperluan Pertumbuhan Avokado

Iklim : Sub-Tropika / Mediterranean

Suhu : 15-30°C ( Optimum 22-28°C). 
Kini terdapat beberapa klon lokal boleh menyesuaikan diri pada suhu 30-34°C

Tanah pH: 5.7-6.8 (sedikit berasid)

Iklim

Avokado tanah tinggi boleh hidup hingga ketinggian 1500mdpl varieti tanah rendah hidup subur bawah 5-300mdpl. Beberapa klon lokal yang dapat menyesuaikan diri dengan suhu lebih 30°C. Klon seperti Lilin Singkawang boleh hidup di dataran rendah manakala klon Hass sesuai pd ketinggian 750-2600mdpl. Dataran yang terlalu tinggi tidak sesuai kerana kadungan oksigen yang rendah dan suhu yang terlalu sejuk mempengaruhi pendebungaan.

* MDPL (Meter Dari Paras Laut) atau AMSL (Above Mean Sea Level)

Hujan min 300mm/tahun optimum 1000-3000mm/tahun

Kelembapan udara minimum 45%

Air (WR): 2.69-3.98mm/hari

Kadalaman akar: 6inci (15cm) kedalaman akar tunjang mencapai sehingga 1m

Kecerunan: 0-18°


Supaya hasil sentiasa berkualiti. Pokok memerlukan pembajaan NPK secara berjadual. Selain NPK avocado juga memerlukan unsur Ca, Mg, Zn, S, B, Mn dan Fe. 

Produksi: Berbuah seawal 3-5 tahun ikut varieti dan lokasi menanam. 

Usia produktif hingga 20-30 tahun.

Klon Malaysia utk komersial A7, A10, A16, A25, A27, A30. 

Pusat penyelidikan avocado Malaysia terletak di Stesen Penyelidikan Pertanian Bukit Quoin Tawau. Sabah

~Jarak tanaman komersial: 6-12meter ikut variati. Ada juga yang menanam dalam jarak 8x8m, 6x6m, 6x4m, 5x4m (Penanaman secara padat bagi klon tertentu). Saya memilih jarak 6x6 bagi klon berkenopi sederhana di tanah yg agak rata dan 7x7 bagi klon berkanopi besar. Jarak boleh diubah bagi penanaman di kawasan lereng bukit 

~Jarak minimum pokok ke struktur bangunan 10meter. 

~Jarak minimum bagi penanaman dlm pot 3.5-4.0meter



Tempoh buah matang: 6-14bulan ikut variati(mesti d peram). 

Ketinggian pokok: hingga 20meter (Komersial 2.5-5.0 meter)

Industri Avokado Sarawak. Setakat ini group peminat avokado Sarawak telah menemukan beberapa varieti lokal yang boleh dikembangkan baik untuk ditanam secara kecilan atau hobi. Senarai dibawah akan ditambah dari masa ke semasa, Nama varieti hanya untuk kegunaan sementara bagi memudahkan punggutan data. Maksud avokado lokal disini iaitu merujuk kepada pokok induk (PIT) yang ditanam dari biji avokado langsung di Sarawak. Pokok hendaklah pernah berbuah 3-5 musim dan mempunyai ciri-ciri yang layak untuk dikembangkan. Ini bukan rekod rasmi tetapi amat penting utk kita mejejaki perkembangam avokado lokal. Avokado lokal disini bermaksud - Pokok Avokado tanam biji langsung di Sarawak. Pokok tersebut hendaklah pernah berbuah 3-5musim. 


Contoh info yang saya perlukan adalah seperti berikut:-


Nama Varieti: ST3 (Tidak Rasmi)

Pemilik: Robert Kenneth

PIT:  Kpg Semadang (Pedawan-Sarawak)

Elevasi: 27m dpl

Saiz Buah: 350-600g

Bentuk buah: Bujur

Bentuk kulit: Halus

Tempoh buah matang: 6bulan

Tempoh buah masak: 4-6hari

Kandungan air: tiada data

Kandungan lemak: tiada data

Kandungan Gula: tiada data

Nisbah Buah (Isi/Biji/Kulit): tiada data

Saiz Kanopi pokok: 12-15fts (Jejari)


Juga sangat dihargai jika dapat disertakan gambar buah, daun dan google maps.


Cadangan Nama avocado lokal Sarawak.

ST1 - Avo Special Joshua Voon

ST2 - Avo Btg Rajang

ST3 - Avo Robert Kent / Buah bujur (Kpg. 

Semadang) 

ST4 - Avo Bai Epong (Kpg Sapit)

ST5 - Avo Bau Hass

ST6 - Avo TS Sukma

ST7 - Avo Robert Kent / Buah bulat (Kpg  Semadang)