Jumaat, 27 Ogos 2021

Buah Paksaan

 

Pokok berbuah apabila ianya mengalami stress atau terancam. Ada 2 jenis stress dalam bidang pertanian iaitu Abiotic dan Biotic Stress.

Dalam video dibawah saya telah melakukan kelaran bagi membuat simulasi stress pada pokok mangga. Teknik ini juga dinamakan teknik Sunat atau Girdling dan dalam bahasa Balau ianya dikenali sebagai 'Engkalong'

Teori disebalik teknik Girdling

Tumbuhan menyimpan makanan pada akar dan buah. Pokok akan berbuah apabila C:N ratio melebihi 18 pada pucuknya.

Kandungan C akan meningkat semasa proses fotosistesis. C (Carbon) dalam bentuk glukosa (Karbohidrat) yang dihasilkan sangat penting dalam kelangsungan hidup setiap hidupan. Kita manusia mahupun binatang, ikan dan burung memerlukan karbodlhidrat secukupnya utk menjana tenaga dlm sel.


Lebihan karbohidrat yang terhasil oleh pokok akan dihantar melalui tisu floem (kulit) lalu disimpan pada akar. Jika akar sudah penuh ianya akan disimpan pula pada batang, dahan/pucuk. Lebihan pada batang/dahan pula akan disimpan pada buah.

Apabila kita melakukan girdling pada kulit batang pokok, ini akan menyekat penghantaran karbohidrat ke akar dan menyebabkan lambakan pada pucuk. Pokok tersebut akan mengeluarkan bunga apabila nisbah C:N melebihi 18. Teknik ini anda boleh buat juga pada beberapa dahan utama tetapi pada bulan berbeza supaya pokok berbuah selang waktu seakan2 pokok berbuah sepanjang tahun.

Video 1 (Cara membuat Girdling)
https://youtu.be/eP2ZbFz0c9w


Video 2 (Pokok berjaya dibungakan)
https://youtu.be/nlkewgfYqoc


Video 3 (Hasil buah selepas pemaksaan)
https://youtu.be/witeNDNiyxU

Peringatan: Pastikan pokok yang anda hendak buat teknik ini dalam keadaan sihat. Bahagian kelaran hendaklah tidak terlalu rendah supaya tidak mudah dijangkiti kulat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan