Saya memiliki tanah sekangkang kera di pinggir bandar. Keluasan kira-kira 0.33 ekar berbentuk segi empat sama dengan ukuran 120ft x 120ft (13,400ft² atau 1,388m²). Apakah aktiviti pertanian yang saya harus pilih supaya dapat membantu menjana sedikit pendapatan kepada saya. Sumber pendapatan yang boleh diperolehi untuk masa singkat dan back up bila berhenti kerja atau bersara.
10 Faktor memilihan tanaan yang saya ambil kira.
1. Tanaman yang saya yakin saya dapat jaga dengan tenaga dan ilmu yg saya miliki skrg
2. Tanaman yang ada permintaan di pasaran. Bagi saiz kebun kecil seperti ini saya hanya fokus kepada pasaran lokal
3. Tanaman yang ada harga
4. Tanaman yang sesuai dengan cuaca setempat
5. Tanaman yang tidak memerlukan penjagaan rapi
6. Tanaman yang hasilnya tidak mudah rosak
7. Tanaman yang kerjanya tidak terlalu berat
8. Tanaman yang tidak banyak musuh perosak
9. Tanaman yang tidak memerlukam tenaga kerja yang banyak
10. Tanaman yang memberi pulangan pelaburan (ROI) yang menguntungkan
Lama termenung sambil mencati ilham. Ada beberapa tanaman dan ternakan yang terlintas dikepalaku. Antara yang dapat saya fikirkan bagi jangka pendek dan jangka panjang seperti berikut.
1. Terong dayak
2. Ubi kayu
3. Ubi keladi
4. Ubi keledek
5. Asparagus
6. Sayur kucai
7. Halia
8. Kunyit
9. Langkuas
10. Kantan
11. Serai
12. Buluh manis/ pansuh
13. Kelapa
14. Durian belanda
15. Buah Naga
16. Limau kasturi/ nipis/lemon
17. Manggo
18. Amra
19. Ciku
20. Nanas merah
21. Pomelo merah
22. Avokado
23. Labu manis
24. Labu air
25. Jambu batu
26. Nangcem
27. Durian
28. Sayur pakis
29. Pucuk manis
30. Pucuk sabung
31. Pucuk kesindu
32. Pokok hiasan
34. Ternakan ayam kampung/puyuh
35. Ternakan ikan/udang dalam tong
Saya sempat membuat sedikit kajian dari pengalaman sendiri yang dahulunya masih skala hobi dan pengalaman orang lain di media rama. Pilih 1 dari 6 tanaman utama, 1 dari 4 tanaman jangka pendek dan 1 dari 2 ternakan.
Tanaman jangka panjang (Tanaman yang sekali tanam dan akan mengeluarkan hasil yang bertahun-tahun lamanya)
- Kantan
- Nangcem
- Avokado
- Durian
- Pomelo merah
- Durian Belanda
Tanaman jangka pendek (Tanaman yang boleh diambil dalam masa kurang dari setahun sebelum tanaman utama mengeluarkan hasil)
- Halia
- Nanas Merah
- Terong Dayak
- Pucuk manis
Ternakan (Sisa ternakan boleh dijadikan baja kepada tanaman)
- Arnab
- Burung puyuh
# Ensabi dayak boleh dijadikan tanan express. Hasil dapat dipunggut dalam masa 5minggu.
Sifat Tanaman & Hasil mengikut kajian ringkas saya bagi tanah seluas 0.33 ekar.
Kantan
Boleh mengeluarkan hasil seawal 14bulan bila ditanam dari rhezom pokok induk yang sudah matang. Pengeluaran hasil setiap bulan dengan anggaran 5-8 kuntum bunga sebulan. Harga borong RM0.50 sekuntum atau RM600-950/bulan
Durian
Durian boleh mengeluarkan hasil selepas 5 tahum dan pengeluaran optimum selepas 12 tahun dengan anggaran 80-120biji sepokok. Secara teori dengan pola penanam segi empat 8m-8m (20pokok) atau 12m-2m (9pokok). Tapi ini tidak mungkin kerana harus memikirkan jiran. Hati dan keselamatan jiran juga perlu dijaga supaya kita kekal tenang. Logiknya hanya 5 pokok sahaja dapat ditanam dengan pola penanan segi-tiga dan jarak 12m-12m.
5pokok x 80-120-160biji dapat kira-kira 400-600-800biji semusim. Jika musang king dengan harga ladang semasa RM23/kg dan sebiji kira-kira 2.2kg.
80 x 2.2kg x $23= RM20K
120 x 2.2kg x $23= RM30K
160 x 2.2kg x $23= RM40K
Tiada ulasan:
Catat Ulasan