Pengenalan Ringkas Tanaman Avokado.
Ahuacatl atau Avokado adalah pohon dari keluarga Lauraceae. Buah yang sungguh istemewa ini boleh dimakan oleh semua lapisan umor. Khasiat avokado sangat baik kepada bayi dan orang dewasa. Avokado dikatakan berasal dari nagara Mexico dan kini telah di kembangkan ke seluruh dunia. Terdapat 3 jenis utama avokado iaitu Guatemalan, Mexican dan West Indian.
Kebanyakan avokado yg ditanam di Malaysia adalah dari ras West Indian. Manakala baka ras Mexican dan Guatemalan ditanam di dataran tinggi seperti di Ranau, Tambunan, Keninggau Sabah.Perkembangan awal avokado ke Asia Tenggara awalnya dibawa oleh pengembara asing. Bahasa Spanyol memanggil buah ini sebagai Aguacate sebab itu di indonesia (pernah menjadi jajahan Spanyol pada tahun 1521) pokok ini dipanggil Alpukat.
Sabah adalah pengeluar utama Avokado Malaysia. Bagi Sarawak avokado varieti premium seperti Pinkerton dan klon lokal seperti QAV1, Jays, SNR boleh ditanam di kawasan puncak Borneo Padawan dan Bekalalan Miri yang berketinggian melebihi 1000m dpl sesuai untuk avokado premium seperti Pinkerton, Lamb Hass, Gem. Dua tempat ini berpotensi menjadi tempat penanaman avokado komersial. Bagi yang ditadaran rendah bawah 200m dpl boleh memilih varieti seperti Btg. Rajang, Lynn, Lilin Singkawang, Pirak, Miki, Aligator dll
Para pengusaha avokado tempatan perlu membuat lebih banyak promosi sebab masih sedikit sahaja rakyat Malaysia yang sudah pandai makan avokada berbanding nagara jiran kita Singapore. Walaupun penduduk Singapore sedikit tetapi mareka mengimport lebih 5.5ribu Tons berbanding Malaysia hanya 4.2ribu Tons avokado pada tahun 2020.
Sekarang buah avokado segar kebanyakan diimport dari Australia dan Indonesia. Pada tahun 2021 ladang komersial avokado di Sabah telah mula mengeluarkan hasil dan akan terus meningkat di tahun mendatang.
Keperluan Pertumbuhan Avokado
Iklim : Sub-Tropika / Mediterranean
Kini terdapat beberapa klon lokal boleh menyesuaikan diri pada suhu 30-34°C
Tanah pH: 5.7-6.8 (sedikit berasid)
Iklim
Avokado tanah tinggi boleh hidup hingga ketinggian 1500mdpl varieti tanah rendah hidup subur bawah 5-300mdpl. Beberapa klon lokal yang dapat menyesuaikan diri dengan suhu lebih 30°C. Klon seperti Lilin Singkawang boleh hidup di dataran rendah manakala klon Hass sesuai pd ketinggian 750-2600mdpl. Dataran yang terlalu tinggi tidak sesuai kerana kadungan oksigen yang rendah dan suhu yang terlalu sejuk mempengaruhi pendebungaan.
* MDPL (Meter Dari Paras Laut) atau AMSL (Above Mean Sea Level)
Hujan min 300mm/tahun optimum 1000-3000mm/tahun
Kelembapan udara minimum 45%
Air (WR): 2.69-3.98mm/hari
Kadalaman akar: 6inci (15cm) kedalaman akar tunjang mencapai sehingga 1m
Kecerunan: 0-18°
Supaya hasil sentiasa berkualiti. Pokok memerlukan pembajaan NPK secara berjadual. Selain NPK avocado juga memerlukan unsur Ca, Mg, Zn, S, B, Mn dan Fe.
Produksi: Berbuah seawal 3-5 tahun ikut varieti dan lokasi menanam.
Usia produktif hingga 20-30 tahun.
Klon Malaysia utk komersial A7, A10, A16, A25, A27, A30.
Pusat penyelidikan avocado Malaysia terletak di Stesen Penyelidikan Pertanian Bukit Quoin Tawau. Sabah
~Jarak tanaman komersial: 6-12meter ikut variati. Ada juga yang menanam dalam jarak 8x8m, 6x6m, 6x4m, 5x4m (Penanaman secara padat bagi klon tertentu). Saya memilih jarak 6x6 bagi klon berkenopi sederhana di tanah yg agak rata dan 7x7 bagi klon berkanopi besar. Jarak boleh diubah bagi penanaman di kawasan lereng bukit
~Jarak minimum pokok ke struktur bangunan 10meter.
~Jarak minimum bagi penanaman dlm pot 3.5-4.0meter
Tempoh buah matang: 6-14bulan ikut variati(mesti d peram).
Ketinggian pokok: hingga 20meter (Komersial 2.5-5.0 meter)
Industri Avokado Sarawak. Setakat ini group peminat avokado Sarawak telah menemukan beberapa varieti lokal yang boleh dikembangkan baik untuk ditanam secara kecilan atau hobi. Senarai dibawah akan ditambah dari masa ke semasa, Nama varieti hanya untuk kegunaan sementara bagi memudahkan punggutan data. Maksud avokado lokal disini iaitu merujuk kepada pokok induk (PIT) yang ditanam dari biji avokado langsung di Sarawak. Pokok hendaklah pernah berbuah 3-5 musim dan mempunyai ciri-ciri yang layak untuk dikembangkan. Ini bukan rekod rasmi tetapi amat penting utk kita mejejaki perkembangam avokado lokal. Avokado lokal disini bermaksud - Pokok Avokado tanam biji langsung di Sarawak. Pokok tersebut hendaklah pernah berbuah 3-5musim.
Contoh info yang saya perlukan adalah seperti berikut:-
Nama Varieti: ST3 (Tidak Rasmi)
Pemilik: Robert Kenneth
PIT: Kpg Semadang (Pedawan-Sarawak)
Elevasi: 27m dpl
Saiz Buah: 350-600g
Bentuk buah: Bujur
Bentuk kulit: Halus
Tempoh buah matang: 6bulan
Tempoh buah masak: 4-6hari
Kandungan air: tiada data
Kandungan lemak: tiada data
Kandungan Gula: tiada data
Nisbah Buah (Isi/Biji/Kulit): tiada data
Saiz Kanopi pokok: 12-15fts (Jejari)
Juga sangat dihargai jika dapat disertakan gambar buah, daun dan google maps.
Cadangan Nama avocado lokal Sarawak.
ST1 - Avo Special Joshua Voon
ST2 - Avo Btg Rajang
ST3 - Avo Robert Kent / Buah bujur (Kpg.
Semadang)
ST4 - Avo Bai Epong (Kpg Sapit)
ST5 - Avo Bau Hass
ST6 - Avo TS Sukma
ST7 - Avo Robert Kent / Buah bulat (Kpg Semadang)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan