Ahad, 22 Ogos 2021

Kasai, Mata Mayau dan Longan

Pokok Mata Kucing, Matoa dan Longan mempunyai buah yang hampir sama tetapi ramai yg masih keliru. Pokok Matoa dan Mata Kucing berasal dari kepulauan Borneo manakala Longan berasal dari tanah China dan Vietnam.

Pokok Mata Kucing atau isau (Dimocarpus longan Malesianus) 

Pokok matoa atau Kasai juga dikenali sebagai Longan Brazil (Pometia pinnata)

Pokok longan (Dimocarpus longan lour)

Ketiga-tiga jenis pokok ini bisa tumbuh di tanah rendah dan  sederhana tinggi.  Pokok Mata Kucing dan Matoa berbuah dengan lebat di Borneo tetapi sesetengah pokok Longan sulit berbuah. Hal ini kerana pokok longan memerlukan cuaca yg lebih sejuk dan kering untuk merangsang proses pembungaan. Cara lain yang biasa diamalkan oleh petani lokal iaitu dengan pembajaan baja tinggi unsur P & K seperti MKP. atau perangsang kimia.

Perangsang kimia yg biasa digunakan seperti Potassium chlorate (KClO3) atau Sodium chlorate (NaClO3). Jumlah yg diperlukan 8g per meter sq. 2-5minggu selepas dirangsang pokok akan mengeluarkan bunga. Buah boleh dipetik 5-7bulan kamudian. Klon komesial yg ditanam di Malaysia seperti Longan Edaw, Chompoo, Biew Khiew, Diamond dan PingPong

Longan yg lebih sesuai dengan iklim kita dan tidak menghadapi masalah utk berbunga seperti Longan PingPong . Longan Edaw ( juga boleh berbuah lebat tetapi memerlukan ransangan secara kimiawi dan waktu kemarau hampir 2 bulan.

Pokok longan secara asasnya memerlukan Air, Baja dan Cahaya (ABC) yg mencukupi.



AIR. Jika air kurang pokok lambat membesar, buah juga kecil. Manakala jika terlebih air pokok juga boleh mati. Akar pokok tidak boleh terendam dlm air terlalu lama. Jumlah air perlu cukup tapi tidak terlebih.


BAJA, Baja berfungsi untuk merangsang fungsi organ2 tumbuhan. Terdapat 18 unsur yg diperlukan oleh tanaman seperti N, P, K, Mg, Ca, S, Fe, B, Zn, Mn, Cu, Mo dll. Ianya perlu diberikan mengikut keperluan nutrient tanaman, setiap fasa memerlukan nutrisi yg berbeza. Pokok kecil memerlukan baja subur manakala pokok matang memerlukan formula baja yg berbeza. 

a. Apakah baja subur?

b. Apakah baja perangsang bunga?

c. Apakah baja buah?


CAHAYA, Cahaya adalah sumber tenaga untuk membentuk makanan. Semasa proses fotosentesis cahaya menukarkan karbon dioksida menjadi karbonhidrat dalam bentuk Glukosa. Hal ini terjadi pada bahagian daun yg mengadungi klorofil.


Saya tidak bercerita lanjut tentang baja subur dan baja bunga. Apakah nutrient yg diperlukan dlm pembentukan buah Longan. Buah longan terdiri dari Kulit, Isi dan Biji. Adakah anda seperti saya... saya mahu buah longan yg rasa manis dan isi tebal.


Sacara amnya utk menghasil buah longan yg berkualiti kita perlukan baja yg tinggi unsur K, Ca dan sedikit Mg. Tapi tidak bermakna unsur lain tidak penting.


Dari mana kita memperoleh unsur K, Ca & Mg?


Dua jenis baja NPK buah dibawah. Mana satu formula yg lebih sesuai untuk longan yg sedang berbuah.


A. 15:3:20

B. 12:12:17


Ingat kita mahu buah yg besar dan isi yg tebal. Dua perbezaan ketara formula NPK baja di atas. Baja A mempunyai unsur P-3 dan baja B mempunyai unsur P-12.  Unsur P mempengaruhi saiz biji. Untuk menghasilkan buah longan isi tebal dan biji kecil (kesep) kita perlu baja yg tinggi unsur K tetapi rendah unsur P. Maka baja A (15:3:20)

harus menjadi pilihan kita. Baja B (12:12:17) lebih sesuai diberikan kepada pokok bijirin seperti Petai, koko dll.

Program pembajaan Longan bermula dengan fasa lepas tuai.

1. Pemulihan pokok selepas menuai

- Pengapuran ikut pH tanah (Sulka atau Dolomite). Sebaik pengapuran pokok perlu disiram jika tiada hujan.

- Pembajaan semi-organik atau kompos

2. Pembajan kesuburan

- Sebulan selepas pengapuran baja subur harus diberikan. Guna baja formula NPK 15:15:15  atau jika pokok sihat boleh terus guna 12:12:17

3. Persedian pembungaan

- Pokok sedia untuk dibungakan semula 3 bulan selepas pemulihan. Baja bunga 10:18:24 boleh diberikan 

- Setelah daun pucuk semua matang pemberian hormon atau MKP diperlukan supaya bunga keluar.

- Sembur juga pokok dengan racun kulat bagi mengurangkan bakal bunga nanti diserang penyakit.

- Pemberian Ca & B juga amat penting supaya bunga terbentuk dengan baik dan tidak rontok.

4. Pembentukan buah

- Semasa berbunga tiada pembajaan diberikan. Hanya boleh sembur dengan foliar yg mengandungi Ca, B,K dan hormon pelekat sebelum bunga kebang.

- Selepas buah sebesar kapas pengorek telinga. Baja buah 15:3:20 pertama boleh diberikan sebanyak 2-3kg sepokok ikut saiz pokok. Baja buah kedua diberikan sebulan kamudian.

Banyak lagi yang saya tak ceritakan. Semoga dapat memberi sedikit panduan kpd semua.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan