Khamis, 29 Julai 2021

BORNEO ENGKADO @ Avocado

 Pengenalan Ringkas Tanaman Avokado.

Ahuacatl atau Avokado adalah pohon dari keluarga Lauraceae. Buah yang sungguh istemewa ini boleh dimakan oleh semua lapisan umor. Khasiat avokado sangat baik kepada bayi dan orang dewasa.  Avokado dikatakan berasal dari nagara Mexico dan kini telah di kembangkan ke seluruh dunia. Terdapat 3 jenis utama avokado iaitu Guatemalan, Mexican dan West Indian. 

Kebanyakan avokado yg ditanam di Malaysia adalah dari ras West Indian. Manakala baka ras Mexican dan Guatemalan ditanam di dataran tinggi seperti di Ranau, Tambunan, Keninggau Sabah.

Bersama sahabat dan pemilik ladang Sabacado (520m dpl)  di Kenigau. Sabah

Perkembangan awal avokado ke Asia Tenggara awalnya dibawa oleh pengembara asing. Bahasa Spanyol memanggil buah ini sebagai Aguacate sebab itu di indonesia (pernah menjadi jajahan Spanyol pada tahun 1521) pokok ini dipanggil Alpukat. 

Sabah adalah pengeluar utama Avokado Malaysia. Bagi Sarawak avokado varieti premium seperti Pinkerton dan klon lokal seperti QAV1, Jays, SNR boleh ditanam di kawasan puncak Borneo Padawan dan Bekalalan Miri yang berketinggian melebihi 1000m dpl sesuai untuk avokado premium seperti Pinkerton, Lamb Hass, Gem. Dua tempat ini berpotensi menjadi tempat penanaman avokado komersial. Bagi yang ditadaran rendah bawah 200m dpl boleh memilih varieti seperti Btg. Rajang, Lynn, Lilin Singkawang, Pirak, Miki, Aligator dll

Para pengusaha avokado tempatan perlu membuat lebih banyak promosi sebab masih sedikit sahaja rakyat Malaysia yang sudah pandai makan avokada berbanding nagara jiran kita Singapore. Walaupun penduduk Singapore sedikit tetapi mareka mengimport lebih 5.5ribu Tons berbanding Malaysia hanya 4.2ribu Tons avokado pada tahun 2020. 

Sekarang buah avokado segar kebanyakan diimport dari Australia dan Indonesia. Pada tahun 2021 ladang komersial avokado di Sabah telah mula mengeluarkan hasil dan akan terus meningkat di tahun mendatang. 


Keperluan Pertumbuhan Avokado

Iklim : Sub-Tropika / Mediterranean

Suhu : 15-30°C ( Optimum 22-28°C). 
Kini terdapat beberapa klon lokal boleh menyesuaikan diri pada suhu 30-34°C

Tanah pH: 5.7-6.8 (sedikit berasid)

Iklim

Avokado tanah tinggi boleh hidup hingga ketinggian 1500mdpl varieti tanah rendah hidup subur bawah 5-300mdpl. Beberapa klon lokal yang dapat menyesuaikan diri dengan suhu lebih 30°C. Klon seperti Lilin Singkawang boleh hidup di dataran rendah manakala klon Hass sesuai pd ketinggian 750-2600mdpl. Dataran yang terlalu tinggi tidak sesuai kerana kadungan oksigen yang rendah dan suhu yang terlalu sejuk mempengaruhi pendebungaan.

* MDPL (Meter Dari Paras Laut) atau AMSL (Above Mean Sea Level)

Hujan min 300mm/tahun optimum 1000-3000mm/tahun

Kelembapan udara minimum 45%

Air (WR): 2.69-3.98mm/hari

Kadalaman akar: 6inci (15cm) kedalaman akar tunjang mencapai sehingga 1m

Kecerunan: 0-18°


Supaya hasil sentiasa berkualiti. Pokok memerlukan pembajaan NPK secara berjadual. Selain NPK avocado juga memerlukan unsur Ca, Mg, Zn, S, B, Mn dan Fe. 

Produksi: Berbuah seawal 3-5 tahun ikut varieti dan lokasi menanam. 

Usia produktif hingga 20-30 tahun.

Klon Malaysia utk komersial A7, A10, A16, A25, A27, A30. 

Pusat penyelidikan avocado Malaysia terletak di Stesen Penyelidikan Pertanian Bukit Quoin Tawau. Sabah

~Jarak tanaman komersial: 6-12meter ikut variati. Ada juga yang menanam dalam jarak 8x8m, 6x6m, 6x4m, 5x4m (Penanaman secara padat bagi klon tertentu). Saya memilih jarak 6x6 bagi klon berkenopi sederhana di tanah yg agak rata dan 7x7 bagi klon berkanopi besar. Jarak boleh diubah bagi penanaman di kawasan lereng bukit 

~Jarak minimum pokok ke struktur bangunan 10meter. 

~Jarak minimum bagi penanaman dlm pot 3.5-4.0meter



Tempoh buah matang: 6-14bulan ikut variati(mesti d peram). 

Ketinggian pokok: hingga 20meter (Komersial 2.5-5.0 meter)

Industri Avokado Sarawak. Setakat ini group peminat avokado Sarawak telah menemukan beberapa varieti lokal yang boleh dikembangkan baik untuk ditanam secara kecilan atau hobi. Senarai dibawah akan ditambah dari masa ke semasa, Nama varieti hanya untuk kegunaan sementara bagi memudahkan punggutan data. Maksud avokado lokal disini iaitu merujuk kepada pokok induk (PIT) yang ditanam dari biji avokado langsung di Sarawak. Pokok hendaklah pernah berbuah 3-5 musim dan mempunyai ciri-ciri yang layak untuk dikembangkan. Ini bukan rekod rasmi tetapi amat penting utk kita mejejaki perkembangam avokado lokal. Avokado lokal disini bermaksud - Pokok Avokado tanam biji langsung di Sarawak. Pokok tersebut hendaklah pernah berbuah 3-5musim. 


Contoh info yang saya perlukan adalah seperti berikut:-


Nama Varieti: ST3 (Tidak Rasmi)

Pemilik: Robert Kenneth

PIT:  Kpg Semadang (Pedawan-Sarawak)

Elevasi: 27m dpl

Saiz Buah: 350-600g

Bentuk buah: Bujur

Bentuk kulit: Halus

Tempoh buah matang: 6bulan

Tempoh buah masak: 4-6hari

Kandungan air: tiada data

Kandungan lemak: tiada data

Kandungan Gula: tiada data

Nisbah Buah (Isi/Biji/Kulit): tiada data

Saiz Kanopi pokok: 12-15fts (Jejari)


Juga sangat dihargai jika dapat disertakan gambar buah, daun dan google maps.


Cadangan Nama avocado lokal Sarawak.

ST1 - Avo Special Joshua Voon

ST2 - Avo Btg Rajang

ST3 - Avo Robert Kent / Buah bujur (Kpg. 

Semadang) 

ST4 - Avo Bai Epong (Kpg Sapit)

ST5 - Avo Bau Hass

ST6 - Avo TS Sukma

ST7 - Avo Robert Kent / Buah bulat (Kpg  Semadang) 


Stara Kebun Engkado

Seiring dengan zaman dan perkembangan teknologi sekarang, kebun avokado terbahagi kepada beberapa kelas seperti


1. Kebun Kayangan (Super-Tech)

2. Kebun Moden (Hi-Tech dan Sistematik)

3. Kebun Bangsawan (Hi-Tech + Mewah + Cantik)

4. Kebun kelas pertengahan

5. Kebun Tradisional

6. Kebun Senangan

7. Kebun 3T (Tanam, Tinggal & Tuai)


1. Kebun Kayangan (Super-Tech)

Kebun ini mempunyai sistem terknologi masa hadapan. menghasilkan buah avokado premium dan sesuai dengan teknologi yang digunakan terkini. Pokok mungkin ditanam dalam rumah hijau yang mana semua keperluan dikawal supaya dapat memberi produksi maksima. Keperluan hidupnya seperti nutrisi, suhu, pencahayaan, kelembaban tanah & udara, hormon dll semua diberi dan diukur tepat dengan alatan canggih dan ujian-ujian makmal. Semua musuh dan penyakit juga dikawal dengan rapi. Kebun avokado seperti ini mungkin hanya dilakukan oleh pihak NASA bagi kebun masa depan.


2. Kebun moden (Hi-Tech dan Sistematik)

Kebun avokado skala besar yang mana banyak menggunakan teknologi bagi memudahkan kerja dan peningkatan hasil tanaman. Kebun diurus secara moden, sistematik dan memiliki kemudahan moden. Kebun seperti ini memelukan satu pasukan yang lengkap dari peringkat lapangan hingga peringkat pengurusan.


3. Kebun Bangsawan (Hi-Tech + Mewah + Cantik)

Kebun avokado yang dimiliki oleh orang kenamaan atau kelas atasan. Dilengkapi dengan infrastruktur moden, mewah dan disusun cantik. Kebun seperti ini berorientasi  kepuasan kepada pemilik sebagai simbol status kemegahan mareka.


4. Kebun kelas pertengahan (Mid-Class)

Kebun avokado dengan saiz sederhana hingga besar, hanya dilengkapi dengan kemudahan asas. penggunakan teknologi juga adalah secara sederhana tetapi cukup untuk keperluan utama tanamannya.  contohnya memiliki sistem penyiraman asas, gudang pemunggutan hasil, stor baja/racun jentera-jentera ringan dll.


5. Kebun Tradisional

Kebun avokado dengan biasanya saiz kecil hingga sederhana.  Tahap pengurusan dan perawatan juga secara sederhana. kebanyakkan peralatan yang digunakan adalah secara manual


6. Kebun Senangan 

Kebuan yang dibuat sebagai hobi dimasa lapang untuk senaman badan dan minda. Hasilnya nanti untuk dikonsumsi sendiri atau sebagai pendapatan sampingan. Kebun ini biasanya bukan hanya ditanami dengan avokado tetapi bercampur dengan tanaman lain mengikut citarasa pemiliknya. Peralatan dan kemudah yang disigunakan adalah tidak tentu tetapi ianya bukan masalah kerana saiz kebun jenis ini adalah kecil. 


7. Kebun 3T (Tanam, Tinggal & T uai)

Kebun avokado yang hanya mengharapkan nasib kepada tuhan. Kebun yang tanpa penjagaan dan perawatan atau perawatan yang minima. Si pemilik hanya bersemangat semasa menanam tetapi tiada kesinabungan atas alasannya sendiri. Kebun seperti ini sering terjadi dalam bangsaku, sehingga suatu hari kita tidak tahu siapa pemiliknya


Jako kenang

Bekebun ini adalah umpama menanam biji-biji Harapan jika kita mahu menjadikan ianya sebagai sumber pendapatan atau untuk diwariskan. Jangan lakukan seperti orang  yang menjadikan ianya sebagai Hobi. Jika hobi ianya hanya untuk menghiburkan hati. Pokok hidup  mahupun mati atau buahnya nanti laku atau tidak.... itu tidak penting kerana tujuan kita hanya utk menghabiskan masa lapang. 

Jika kita menjadikan ianya sebagai suatu harapan, kita akan memikirkan ke hadapan. adakah pokok yang kita tanam nanti menghasilkan buah yang boleh berbuah lebat dan rasa enak, dapat diterima oleh pembeli. Adakah pokok yang kita tanam itu memberi hasil boleh menjanjikan dan disukai oleh anak cucu. Harapan adalah suatu yang menjanjikan oleh itu kita perlu memilih benih yang kita sudah tahu berkualiti dan ditanam serta dijaga dengan baik.

Memilih benih yang berkualiti dan penjagaaan yang baik menyumbangkan hanya 40 peratus. Bakinya 60 peratus lagi adalah diluar kawalan kita. Ayuh....Tetap bersemngat dan berusaha.

Rabu, 28 Julai 2021

TIPS MENANAM ENGKADO

16 Pekara yang anda perlu tahu sebelum berhajat untuk menanam avokado dengan jayanya.

Hanya sebagai panduan dan perkongsin dari pengalaman. Mungkin pengalaman penanam avokado yang lain berbeza dengan pengalaman saya. 

1. Periksa potential Hydrogen (pH) atau kesesuaian kemasaman tanah. Julat pH optimum adalah 5.2-6.8 Selalunya sukar nak kekalkan pada pH ini (memadai jika dapat kita laraskan ke nilai 4.5-6.0) Avokado lebih suka pada tanah yg sedikit berasid



2. Pariksa struktur tanah. Avokado suka pada tanah yang gembur dan tidak menakong air. Elak menanam dikawasan yang pernah terkana banjir. Akar avokado boleh pergi hingga ke kedalaman 1 meter oleh itu watertable haruslah lebih daripada 1 meter bagi tanah yang tidak mengalami banjir.

Kira-kira 80% kepadatan akar avokado berada pada kedalaman 20cm teratas. Teksture tanah pada zone ini mesti dijaga supaya pertumbuhan pokok dapat dioptimakan.



3. Periksa altitute atau ketinggian lokasi (elevasi) ladang cadangan anda. Ketinggian akan mempengaruhi biome iaitu suhu  dan kandungan udara. Kandungan oksigen dlm udara bagi avokado tidak kurang daripada 16% atau pokok akan  mudah mati apabila kandungan oksigen bawah 10%  (Rujukan: Paper No. 1544, University of California CRC-AES). Avokado ras Mexician dan Guatemalan sesuai ditanam di dataran tinggi 1000-2200m dpl


Latitute mempengaruhi musim iaitu tempoh cahaya dan suhu manakala Elevation (Altitute) mempengaruhi kandungan udara dan suhu. 




Boleh menggunakan apps pada Smartphone. 
Mudah sahaja... Saya guna android Altimeter Apps


Gunung kinabalu adalah gunung tertinggi di Asia Tenggara iaitu 4,095meter atau kira-kira 13,435 kaki dari aras laut. Merujuk kepada graft suhu Atmosfera, dengan ketinggian ini dipuncak gunung kinabalu suhunya boleh mencapai -2°C (Suhu ini juga dipengaruhi oleh angin+arus lautan+suhu tersimpan oleh batuan. Dijangkakan suhu waktu malam boleh mencecah ke -2°C hingga -4°C)

- Perubahan suhu 0.65-1.0°C bagi setiap 100m ketinggian. Berapa altitute lahan anda dari paras laut (m dpl)?


Suhu pada ketinggian 12ribu meter boleh mececah -60°C. suhu ini saya rakamkan semasa menaiki flight dari Kuching ke Kota Kinabalu.


- Berapa suhu harian?. (Avokado hidup dgn subur pada suhu 12-32°C). Ada beberapa klon tertentu boleh hidup pada suhu beku, tetapi pokok akan mengugurkan daunnya apabila tiba musim sejuk. 

Istimewa cuaca Malaysia bagi tanaman avokado, Hasil avokado malaysia boleh dinikmati hampir sepanjang tahun kerana kita tiada musih sejuk atau panas melampau. Hampir semua jenis avokado boleh ditanam di Malaysia mengikut zon tertentu. Masalah utama kita adalah hujan, hujan boleh menyebabkan bunga/ buah kecil gugur. masalah lain dari hujan iaitu reput akar yang boleh menyebabkan pokok mati. Cuaca malaysia yang panas dan kadang kala hujan sepanjang tahun menjadi kesukaan kebanyakan tumbuhan termasuk avokado. 

Pokok yang subur tidak semestinya berbuah. Kejayaan pendebungaan avokado dipengaruhi oleh perubahan suhu siang-malam. Contohnya anda ingin menanam Pinkerton, maka suhu ideal bagi Pinkerton iaitu suhu waktu siang <26~28°C manakala sebelah malam kira-kira 16-18°C. Varieti lain seperti Hass (optima pada suhu 18-23°C) didapati boleh juga berbuah di dataran sederhana rendah yang suhu siangnya sekitar  28-31°C dan sebelah malam 20-23°C. Hass boleh berbuah tetapi jumlah buah tidak selebat buah di dataran tinggi yang suhu sejuk. 

Jika anda bertanam di pingir bandar Kuching seperti saya yang mana suhu siang 30-34°C dan di sebelah malamnya 25-27°C. Saya tidak boleh menanam Hass, kerana suhu pendebungan Hass 16-23°C. ini yang saya katakan tadi "Pokok subur tidak berbuah". Maka pokok yang sesuai bagi saya ialah Lilin Singkawang dan pokok ketegori tanah rendah yang lain.

# Saya tidak cukup data utk ulasan ini. Kesesuaian varieti ini saya rujuk dari pengalaman orang lain. Kebanyakan klon yang saya tanam adalah dari pokok yg telah terbukti sesuai dengan iklim di tempat saya seperti Miki, Lilin, Aligator, Semil34, ST1, ST2, ST3, ST6, QAV1 , QAV3 dan AC2.

4. Lupakan dulu tentang elevasi kerana iklim dikota singkawang (indonesia) yg elevasinya kira-kira <100meter dpl jauh berbeza dengan cape town (Afrika Selatan) yang juga <100m dpl.  Suhu waktu malam di singkawang 23-26°C dan 29-34°C di siang hari, manakala di cape town 20-29°C sebelah siang dan 11-17°C di sebelah malam. Perbezaan iklim bagi dua bandar ini disebabkan jauhnya dari kedudukan garisan lintang khatulistiwa (Latitute)

Kedudukan geografi 

Singkawang latitute 0.9060° N

Cape town latitute 33.9249° S

Pilih benih yang sesuai dengan iklim tempat anda menanam. Jangan tanam varieti iklim sejuk di dataran tanah rendah yg agak panas - pokok tak akan berbuah seperti yg anda harapkan (Buah sikit atau lambat keluar hasil). Buahnya juga mungkin mempunyai rasa berbeza dengan pokok di tempat asal. Katahui juga jenis bunganya, sama ada bunga type-A atau type-B. Bibit yg mahal tidak menjamin pokok itu boleh berbuah di tempat anda. Jenis bunga tidaklah kritikal kerana Malaysia tidak mengalami musim dingin seperti nagara sub-tropika.

Jangan jadi pusing mencari berapa suhu siang atau malam ditempat cadangan kebun kita. Ada dua kaedah yg boleh digunakan utk mendapat anggaran kesesuaian tapak 

i. Mengunakan apps dari jab. Kaji cuaca. Mareka memiliki rekod cuaca yg boleh dijadikan panduan asal

ii. Mengunakan pengukur suhu yg dpt merekodkan perubahan suhu sing-malam


Tak dinafikan bahawa pokok jenis iklim sejuk masih dapat mengeluarkan bunga di dataran rendah. Seperti yg saya katakan tadi, jumlah buah yang melekat mungkin sedikit sahaja atau langsung tak lekat. Dari segi kualiti, contoh Miki yang dibudidaya di dataran tanah tinggi lebih 1200m dpl. Pokok masih produktif tapi isinya banyak berair berbanding Miki yang ditanam di dataran bawah 500m dpl yg lebih manis dan isinya kering. Contoh lain iaitu Hass yang ditanam di dataran tinggi 1400m dpl kandungan lemak yang lebih tinggi berbanding yang ditanam dilahan 120m dpl (rujukan dari pohon Handa Sugiharto dan superavo). Akan tetapi didapati juga Hass yg ditanam ditanah rendah saiz buah lebih besar dan bulat.



5. Penuhi keperluan asas pokok seperti yang sering saya kongsikan berpandukan formula Dr ABC (D-Duit @ Dana, r - Racun/Rawatan,  A - Air, B- Baja & C-Cahaya). Lakukan perancangan supaya pelaburan anda tidak sia2   


6. Rawat bibit sebelum dibawa masuk ke lapangan. Hapuskan segala kemungkinan penyakit yg terdapat di nurseri semaian daripada merebak ke kebun anda. Mencegah pokok dalam polibag lebih baik daripada mengubati penyakit di lapangan

7. Lakukan hardening sebelum membawa pokok ke lapangan bagi mengurangkan transplant shock (burn injury)



8. Air adalah keperluan asas tanaman. Siram secukupnya supaya pokok anda tidak mati kekeringan. Pokok juga boleh mati kelemasan jika terlebih air. Kadar tranpirasi avokado 2.4-3.4L/m², ini bermakna setiap pokok dengan keluasan kanopi 1meter sq memerlukan kira-kira 3.4L air untuk pertumbuhan optima. Bagi penanaman di tanah rata disyorkan menanam dengan kaedah berbusut atau jika skala hobi boleh tanam dalam pasu khas (Air Pruning Pot).


 

Menanam avokado dalam Air Pruning Pot seperti pokok milik Mr.P C Cheok diatas


9. Avokado sangat peka kepada garam. Kandungan garam yang terlalu tinggi meningkatkan kadar salinity tanah jika tidak dikawal ianya boleh merosakan pokok avokado. Kekalkan salinity tanah dibawah zon akar pada EC 2, setiap 640 ppm larutan garam boleh meningkatkan EC tanah 1dS/m.  Apabila EC melebihi 4dS/M akar tidak lagi dapat menyerap air.

Normal: 0.5-0.7 (pertumbuhan dan pengisian buah)

Optima: 0.8-1.2 (pembentukan buah)

Sederhana: 1.3-2.5 (selepas pembajaan)

Tinggi: 2.6-3.8 (nilai sementara semasa aruhan bunga)

Avokado dari Ras West Indian lebih tinggi toleransi terhadap salinity berbanding Ras Mexican

10. Baja hendaklah diberikan tepat dengan keperluaannya. Ada 13 unsur nutrisi penting yg kita harus berikan mengikut dos yang bersesuaian dengan keperluan pokok. Selain drpd NPK, Mg dan Ca.. Tanaman avokado memerlukan unsur Zn yang lebih banyak berbanding tanaman lain. Elakkan penggunaan baja yang tinggi kandungan klorida, bacaan klorin melebihi 100ppm dikira tinggi dan kurang baik kepada pokok avokado.

Jumlah baja yang diperlukan pokok avocado dilapangan.

Pada usia 1 tahun 400g (50-80g x 6)

Pada usia 2 tahun 800g (120-200g x 6)

Pada usia 3 tahun 1.5kg (250-300g x 6)

Pada usia 4 tahun 2.0kg (500-650g x 4)

Pada usia 5 tahun 3.0kg (800-950g x 4)

Pada usia 6-10 tahun 6.0kg (1.5kg x 4)

Pada usia lebih 10 tahun 8.0kg (2.0kg x 4)

pada usia 1 tahun baja yang diberikan adalah baja subur seperti 16:16:16 + Te sebanyak 400g atau baja semi-organik 1kg yg diberikn 6 kali. Jumlah baja akan ditingkatkan pada tahun berikutnya sesuai kesuburan dan dengan saiz kanopi pokok. Pada tahun ke-4 pembajaan boleh diberikan 3-4 kali setahun (jika berbuah sepanjang tahun bagi 4 kali) baja bunga yg saya gunakan iaitu nisfoks 10:18:24 dan baja buah 15:3:20 atau 12:6:24 yang diperkaya dengan unsur Zink. Jumlah pemberian baja bunga / buah sesuai dengan jumlah hasil yang kita kutip pada tahun tersebut atau musim sebelumnya.



11. Pokok sedang berbuah (fasa fruit setting) dan pada masa yg sama muncul bakal bunga. Bolehkah membaja semasa pokok sedang berbunga?

Elakkan membaja jika terdapat calon bunga walaupun pokok sedang berbuah. Memang benar semasa pembentukan buah banyak nutrin diperlukan tetapi jika salah jadual pembajaan maka bunga akan gugur. Di sini kita berada dlm delima, yang mana jika tidak dibaja juga menyebabkan kualiti buah menurun dan buah juga boleh gugur sebelum matang. Oleh itu perancangan awal sangat penting.

Jika buah tidak berapa lebat mungkin anda akan terfikir untuk mempertimbangkan calon bunga itu putik buah. Disini pemilihan baja dan cara pembajaan sangat penting. 

a. Gunakan baja organik bagi hanya ⅓ daripada kadar biasa. Tetapi selepas bungae jadi pintil buah kita perlu mbaja sekali lagi

b. Buat semburan foliar yg mengadungi K, Mg, Ca dan B

Sumber gambar dari website https://www.agric.wa.gov.au

12. Pastikan tempat menanam mendapat sinaran matahari yg cukup. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari yang cukup untuk membuat makanan melalui proses fotosintesis. Elakan menanam avokado ditempat yang terlindung.


13. Tanam pada jarak yang sesuai bagi memastikan pulangan yang optima. Jangan terlalu padat mahupun terlalu jarang. Jika terlalu rapat pokok akan bersaing sesama sendiri, jika terlalu jauh pula akan membazir ruang dan rumput mudah tumbuh. Jarak yang biasa digunakkan iaitu 6m x 6m hingga 8m x 8m. Bagi penanaman kendiri dihalaman rumah pastikkan jarak bersesuaian iaitu 2m ke dinding atau pagar dan pilih klon yang berkanopi kecil.


14. Jangan benarkan pokok berbuah sebelum tiba waktunya kerana kita tak mahu pokok tersebut terbantut. Mengikut saiz bibit.. Usia 12-18 bulan adalah masa utk pembentukan batang/dahan pokok tersebut. Pokok boleh mula diberi baja buah selepas 32 bulan penananan.

15. Jika anda menanam lebih daripada untuk keperluan sendiri. Maka tanamlah yang mendapat permintaan dipasaran, bukan tanam yang kita sukai sahaja. Tanam 2-3 varieti dan jangan lebih drpd 5 varieti di satu tempat. 


Kelas Dataran 

Dataran rendah <150mdpl

Dataran sederhana rendah 150-350mdpl

Dataran sederhana tinggi 350-800mdpl

Dataran tinggi >800mdpl



Variati Popular dan kesesuaian iklim

 #Hass - Iklim sejuk <24. sesuai ditanam di dataran Tinggi (Tidak sesuai dengan lahan saya)

 #Pinkerton - Iklim sejuk<26°C sesuai ditanam di dataran Sederhana Tinggi

 #Booth7 - Iklim sejuk sesuai<26°C ditanam di dataran Sederhana Tinggi

 #QAV1 - Iklim panas <30°C sesuai ditanam dataran Sederhana Rendah

 #Semil34 - Iklim panas <30°C sesuai ditanam dataran Rendah 

 #Miki - Iklim panas sesuai ditanam dataran Rendah & Sederhana Rendah

 #Alligator - Iklim panas sesuai ditanam dataran Rendah & Sederhana Rendah

 #Btg. Rajang- Iklim panas sesuai ditanam dataran Rendah

 #Lilin Singkawang- Iklim panas sesuai ditanam dataran Rendah


Klon Avokado Unggul dari Borneo seperti QAV1, Lilin Singkawang, Borneo Jay, Btg Rajang. Kebanyakan avokado Borneo dari ras West Indian yang mana buahnya berkulit halus serta bersaiz besar. 

Kandungan Nurtrient Avokado

Mengatahuai kandungan nutrient bukan sahaja penting untuk mareka yang mahu mengawal diet. Para petani juga perlu mengatahu asas kandungan pada buah avokado. 

Mengatahui kandungan nutrient sangat penting terutama dalam program pembajaan. Setiap buah yang kita petik akan membawa keluar mineral dari zon akar tanan. Kemungkinan pokok akan menunjukan sifat2 masalah nutrient deficiency jika tidak diganti. Akibatnya pada musim yang akan datang hasilnya mungkin akan berkurangan.


Jadual diatas dariapada sumber: Hass Avocado Board

Seperti tanaman buah-buahan yang lain. program pembajaan avokado juga perlu sesuai dengan peringkatnya. Bagi pokok kecil yang baru ditanam sehingga usia 2 tahun, pemberian baja subur harus dilakukan setiap 2-3 bulan sekali. Digalakan untuk memberi baja subur dengan ratio NPK 2:1:1 atau 1:1:1.... Bagaimana? Dibawah adalah cara amalan saya.

Bulan

Foliar

(Daun/Batang)

Jenis Baja

Jumlah (anggaran/ ikut saiz pokok)

Menanam

Siram atonik pada rootball

Kompos + CIRP

Kompos = 10kg

CIRP = 250g

Bulan ke-3

Foliar subur + Booster / Chitosan

atau

Foliar CaBMag setiap 2-3minggu

8:8:8 + Te

0.5kg

Bulan ke-5

15:15:15 + Nitrabor

0.2kg

Bulan ke-7

8:8:8 + Te

0.8kg

Bulan ke-9

15:15:15 + Nitrabor

0.4kg

Bulan ke-11

8:8:8 + Te

1.0kg

Bulan ke-13

15:15:15 + Nitrabor

0.6kg

Bulan ke-15

8:8:8 + Te

1.5kg

Bulan ke-18

15:15:15 + Nitrabor

1.0kg

Bulan ke-20

8:8:8 + Te

2.0kg

Bulan ke-22

15:15:15 + Nitrabor

1.3kg

Bulan ke-24

Foliar Buah atau Special-K setiap 2-3 minggu

12:12:17 + Sulka

1.6kg

Bulan ke-27

12:12:17 + Nitrabor

2.0kg

Bulan ke-30

10:18:24 + Sulka

2.3kg

Bulan ke-33

12:6:24 +

≥ 3.0kg (Ikut Jumlah Buah)



Selasa, 27 Julai 2021

ENGKADO HARAPAN




ENGKADO TANAM DARI BIJI

Kita utamakan pokok grafted (yang sudah dicantum dengan varieti unggul) dan kali ini kita juga cuba menanam bibit biji dari buah terpilih. Semua buah yang dipilih adalah dari pokok lokal Sabahan yang  baru saya beli.

Baru-baru ini saya pilih 9 biji yang luaranya sangat memikat hati. Selepas dibuka dan di jamah. Hanya 2 sahaja daripada 9 biji tadi mendapat pekenan dihatiku. Dua biji ini kita mahu tanam langsung ke lapangan dengan harapan, apabila berbuah nanti ciri buahnya akan mirip2 kepada ibunya.

Manakala baki yang 7 biji tadi akan dijadikan pokok penanti kerana sifatnya tidak memenuhi kriteria buah unggulan. Ciri2 buah unggulan yang dipilih untuk ditanam bagi menghasilkan pokok buah unggul adalah seperti berikut:-

- Isi tebal dan berwarna kekuningan
- Isi padat dan rasa creamy (butter)
- Isi rasa sedikit manis (10brix) sebagai buah dimeja makan
- Bertekstur lembut dan sedap
- Tidak berserat
- Kulit tebal (tahan disimpan lama)
- Berat buah 450-1200g
- Buah cukup matang dan tidak busuk

Apa plan seterusnya jika pokok berbuah kelak?

Penanaman dari biji dikatakan bukan "True to Type" maknanya buah yang dihasilkan nanti berkemungkinan tidak menyerupai buah seperti pokok induk. Kita akan buat keputusan selepas pokok berbuah. Adakah pokok dan  buahnya memiliki ciri2 unggulan. Sama2 kita tunggu dengan penuh kesabaran.

Sebagai kenangan biji ini nanti akan ditanam langsung ke tanah oleh 2 orang puteri saya.

Cipta Jenama Sendiri

Bolehlah kita buat namanya sendiri kalau pohon menghasilkan buah yang unggul dan popular. Seperti pemilik avokado Miki yang mengunakan nama sendiri. Avokado Miki ini pernah beberapa kali menjadi juara dipertandingan buah2an peringkat Indonesia bermula tahun 2015 menggunakan nama sebagai Alpukat Cempedak.

Walaupun didaftarkan sebagai Alpukat Cempedak tetapi nama alpukat Miki masih sangat popular. Bukan sahaja di desa Cempedak tetapi Miki sudah popular di seluruh Indonesia malah ke negara tertangga termasuk di kebun saya juga. 

ENGKADO KOMERSIAL.

AVOKADO KLON UNTUK KOMERSIAL


BIJI ATAU KLON?

Menanam Avokado secara Komersial adalah bermaltalamat untuk menjana ekonomi. Kita hendaklah menanam pokok yang buahnya seragan dan berkualiti. carilah klon yang buahnya mengadungi tinggi minyak, manis, isi kuning dan tebal, tahan disimpan lama dan saiz tidak terlalu besar 

Kata kuncinya adalah " Tanam apa yang ada Permintaan di Pasaran". Dua faktor utama ini harus kita pertimbangkan. 


1. Menanam pokok klon yang orang suka beli. Harga semasa avokado lokal di Sarawak mengikut kualiti sekilogram RM12-20
2. Menanam pokok klon yang boleh mengeluarkan hasil setimpal.


Avokado ditanam untuk beberapa tujuan iaitu

- Produk kosmetik
- Salad
- Jus
- Minyak

Apa Ciri-ciri buah yg mendapat permintaan? 

- Buah yang Sedap rasa sederhana berlemak (oil:18-28%) dan sedikit manis (brix:8-10) ada juga avokado yg amat manis (14-18brixs). Rasa manis ini hanya untuk pasaran tempatan sebab orang kita sukakan manisan.

- Buah yang Tahan Lama
- Buah yang bersaiz Sederhana

Apa ciri-ciri klon yang sesuai ditanam?
- Pokok yang sesuai dengan iklim kita
- Pokok yang kurang diserang penyakit


 

Gambar di atas adalah Hass Versi Malaysia yang ditanam dari biji 

Sebaiknya tanamlah bibit klon yang sudah terbukti unggul. Pokok yang ditanaman dari biji  berbeza dengan induk. Hasil mungkin lebih baik atau sebaliknya. Bagi penanaman kendiri, tidak kisahlah jika anda mahu tanam dari biji atau pokok klon. Tetapi jika anda menanam banyak dengan tujuan untuk berjual. Bayangkaan selepas bertahun kita menanam akhirnya anda mendapat buah sulung seperti dalam gambar diatas (Hass-My). 

Apa yang anda boleh lakukan jika pokok anda menghasilkan buah yang kurang berkualiti. Biji yang besar dan isi yang sangat nipis, adakah ciri-ciri ini layak untuk dikomersialkan! 

Langkah terbaik iaitu dengan melakukan cantuman dewasa dilapangan (Top Working). Kredit kepada Pn. Fatimah. Gambar dari posting beliau.


Contohnya avokado klon berikut

Klon: Pinkerton

Kandungan Minyak: 17-25%
Tempoh Penyimpanan: 20-26hari
Saiz Buah: 270-400g

Klon: Hass

Kandungan Minyak: 18-20%
Tempoh Penyimpanan: 10-14hari
Saiz Buah: 250-350g

Klon: Wina

Kandungan Minyak: 6-19%
Tempoh Penyimpanan: 7-10hari
Saiz Buah: 1200-1800g


Kandungan minyak sesuatu klon juga dipengaruhi oleh pembajaan, lokasi dan cuaca. Untuk komersial dan penghantaran ke peringkat antarabangsa. Tempoh penyimpanan hendaklah melebihi 20hari


Avokado merupakan satu sumber minyak makan yang memberikan manfaat kepada kesihatan. Kandungan minyak avokado secara puratanya 6-30%. Buah yang berkualiti untuk sumber minyak mengandungan lemak > 20%. Kebanyakan avokado dari ras west indian mengandungi minyak sebanyak 12% menjadikkan avokado west indian kurang sesuai untuk dibuat minyak berbanding avokado dari ras mexican atau guatemalan

KLON PILIHAN SAYA 

Banyak variati avokado 'unggulan' diperkenalkan baik varieti lama dari maxico, US, Afrika atau varieti baru dari rantau asia. Hanya 5 yang akan saya tanam sebagai pilihan hati. Bagi tujuan itu saya hanya memilih avokado yang sudah popular dan terbukti unggul. Ciri2 utama pilihan saya.

1. Pokok yang dapat berpoduksi dengan baik di dataran rendah <200meter dan suhu 28-32°C

2. Buah hidangan meja dengan kandungan Lemak~20% & manis~10brix

3. Saiz sederhana (400-650gram) atau tidak lebih 1kg 

4. Ras pelbagai dimana 2 dari Guatemala atau Mexican, 1 dari west india, 1 dari Malaysia dan 1 hibrid rantau asia.

a. Pinkerton
b. Booth-7
c. Semil-34
d. Miki
e. QAV1 atau Jay atau Super T-1 atau Lilin atau Btg. Rajang atau Mitah atau Pirak

Miki adalah varieti utama menjadi pilihan saya kerana miki sudah terbukti boleh berbuah lebat di dataran rendah dan kualiti buah juga lumayan bagus

Isnin, 26 Julai 2021

PEMANGKASAN ENGKADO

PANDUAN PEMANGKASAN ENGKADO


Pokok engkado tumbuh 80-100cm setahun, manakala bagi nagara yg tidak mengalami cuaca 4 musim seperti Malaysia pertumbuhan engkado boleh mencapai 120cm setahun. Bagi mengawal ketinggian dan membentuk dahan produktif, pokok engkado perlu dipangkasan (Pruning) dari peringkat awal penanaman. Pemangkasan pucuk (topping) adalah untuk mengawal pucuk tumbuh terus meninggi manakala pemangkasan pembentukan dahan dilakukan supaya buah dapat dihasilkan dgn optimum.


Empat pertingkat pemangkasan yang perlu dilaksanakan sebelum pokok sedia dibuahkan. 

- Pembentukan batang utama

- Pembentukan dahan primer

- Pembentukan cabang sekunder

- Pembentukan cabang tersier

Hanya satu batang utama dibiarkan tumbuh. Jika terdapat 2 cabang yang bersaing untuk menyadi batang utama, maka satu daripadanya hendaklah dipotong.



Pemangkasan pembetukan dahan primer dilakukan pada ketinggian 0.8-1.5meter dari paras tanah. Ini bagi menyediakan ruang yang cukup untuk pengudaraan & pencahayaan yang baik.  Bahagian bawah kanopi harus cukup terang terkena sinaran matahari supaya kulat tidak tumbuh dengan mudah. Selain itu ianya memastikan buah tidak kotor atau menyentuh permukaan tanah. Lakukan cantasaan pucuk pada ketinggian 0.8 - 1.5m bagi batang utama yang tumbuh tidak berdahan. Selepas pucuk keluar,  pilih 2 atau 3 tunas untuk di bentuk menjadi dahan primer.


Ada 3 pola pembentukan dahan yg biasa diamalkan iaitu modified central leader (1:2:2:2 atau 1:2:2:3) atau open center (1:3:3) atau central leader 1:4x:2

Pokok yang ditanam dari biji biasanya dilakukan pemangkasan secara central leader. Pemangkasan pembentukan dibuat pada tahun ke-3 atau ke-4. 

Manakala bagi pola open center dibuat dari tahun pertama. Selepas 4-5 bulan lakukan pemangkasan untuk pembentukan cabang sekunder. Dan 4-5 bulan berikutnya untuk pembentukan dahan tersier. Program pemangkasan mengabil masa 12-18bulan. Jgn biarkan pokok berbuah sebelum pembentukaan pokok dilakukan.




Gambarajah diatas adalah contoh pokok yg dibuat pemangkasan dengan pola 1:3:3.



Penerangan lanjutan
- Berapakah ketinggian dahan terendah (80-150cm)
- Berapakah panjang dahan primer (80-120cm)
- Berapa panjang cabang sekunder (60-100cm)
- Berapa panjang cabang tersier (50-80cm)


Pola Pemangkasan yang biasa digunakan pada tanaman Engkado adalah seperti 1:2:2:2 (seperti gambarajah diatas) atau 1:3:3 atau 1:(X+4...):2

Maksud 1:2:2:2 ialah pokok tersebut mempunyai satu Batang Primer (BP) lalu membentuk 2 Cabang Primer (CP) setiap cabang primer dipecah kepada 2 Cabang Sekumder (CS) dan dipecahkan lagi 2 Cabang Tersier (CT). 

Jumlah cabang bagi polar 1:2:2:2, Ada juga yg menulisnya sebagai 1:2:4:8. Dengan pola seperti ini sudah pasti ketinggian boleh dbuat tidak melebihi 15kaki dengan panjang setiap satu seperti berikut:-

BP = 1 (2-5kaki) 
CP = 2 (2-3kaki)
CS = 4 (2-3kaki)
CT = 8 (2-3kaki)

BP 5ft disyorkan bagi lahan tanah rendah.


A - Air (Watertable)
B - Busut
C - Crown (Tajuk)

A = 1meter minimum
B = 0.3meter tinggi minimum (bagi tanah rata atau atas teres yang lebar). 
       Lebar bergatung dengan saiz CRZ atau saiz canopy
C1 = 0.6meter hingga 1.5meter

Mengapa ketinggian pokok kita perlu dihadkan. 
- Memudahkan kerja perawatan
- Memudahkan pemungutan hasil
- Menjaga kestabilan pokok


Buah yang dijuluk. Jatuh pecah dan lebam