ENGKADO TANAM DARI BIJI
Kita utamakan pokok grafted (yang sudah dicantum dengan varieti unggul) dan kali ini kita juga cuba menanam bibit biji dari buah terpilih. Semua buah yang dipilih adalah dari pokok lokal Sabahan yang baru saya beli.
Baru-baru ini saya pilih 9 biji yang luaranya sangat memikat hati. Selepas dibuka dan di jamah. Hanya 2 sahaja daripada 9 biji tadi mendapat pekenan dihatiku. Dua biji ini kita mahu tanam langsung ke lapangan dengan harapan, apabila berbuah nanti ciri buahnya akan mirip2 kepada ibunya.
Manakala baki yang 7 biji tadi akan dijadikan pokok penanti kerana sifatnya tidak memenuhi kriteria buah unggulan. Ciri2 buah unggulan yang dipilih untuk ditanam bagi menghasilkan pokok buah unggul adalah seperti berikut:-
- Isi padat dan rasa creamy (butter)
- Isi rasa sedikit manis (10brix) sebagai buah dimeja makan
- Bertekstur lembut dan sedap
- Tidak berserat
- Kulit tebal (tahan disimpan lama)
- Berat buah 450-1200g
- Buah cukup matang dan tidak busuk
Apa plan seterusnya jika pokok berbuah kelak?
Penanaman dari biji dikatakan bukan "True to Type" maknanya buah yang dihasilkan nanti berkemungkinan tidak menyerupai buah seperti pokok induk. Kita akan buat keputusan selepas pokok berbuah. Adakah pokok dan buahnya memiliki ciri2 unggulan. Sama2 kita tunggu dengan penuh kesabaran.
Sebagai kenangan biji ini nanti akan ditanam langsung ke tanah oleh 2 orang puteri saya.
Cipta Jenama Sendiri
Bolehlah kita buat namanya sendiri kalau pohon menghasilkan buah yang unggul dan popular. Seperti pemilik avokado Miki yang mengunakan nama sendiri. Avokado Miki ini pernah beberapa kali menjadi juara dipertandingan buah2an peringkat Indonesia bermula tahun 2015 menggunakan nama sebagai Alpukat Cempedak.
Walaupun didaftarkan sebagai Alpukat Cempedak tetapi nama alpukat Miki masih sangat popular. Bukan sahaja di desa Cempedak tetapi Miki sudah popular di seluruh Indonesia malah ke negara tertangga termasuk di kebun saya juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan